Salam...

berpusu-pusu rakan2 yang mengendong beg untuk balik kampung. Tak tahu kenape kehangatan Aidilfitri semakin mengamit perasaan..tak sabar nak menjejakkan kaki di rumah ma dan abah..kerinduan yang teramat. Di kesempatan yang ada cek mencoretkan perasaan yang tidak dapat digambarkan..Dengan kesedihan lambaian pemergian bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberape hari lagi...

di suatu majlis yang cek hadiri...

semua mata para hadirin tertancap di skrin melihat tayangan video montaj yang disediakan sepanjang berlakuya program sambutan ihya' Ramadhan..hati cek tersentak dengan alunan syahdu lagu yang dinyayikan oleh Man Bai...

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ke lalui dengan sempurna....."
dan seterusnya....lagu itu terus bermain dicuping telinga..

terfikir sejenak,tanpa menyedari setitis demi setitis manik2 mengalir ke pipi...mate makin pedih, pedih dan makin pedih...

'Adakah Ramadhan kali ini lebih baik/lebih elok dari Ramadhan yang sebelumnya?,
atau adakah ramadhan aku kali ini lebih teruk dari ramadhan sebelumnya?...
Berape banyakkah amalan dan ibadah aku pade kali ini? adakah makin bertambah atau makin berkurangan?

Berapa banyakkah malamku di penuhi dengan menyebut namaMu, berteleku mengharapkan redhaMu atau adakah malamku hanya dipenuhi dengan buaian mimpi yang kabur dan keasyikan yang tiada erti?...
Adakah kakiku lebih banyak terhayun pergi ke tempat yang membawa kemaksiatan berbanding pergi ke rumahMU

Mengapa lebih mudah kita melampiaskan luahan, mengadu kepada manusia berbanding dengan Mu yang sudah pasti menberikan petunjuk?
Mengape mudah benar kite menitiskan air mata di hadapan manusia tetapi suker untuk menitiskan air mata itu di HadapanMu? yang sudah tentu memberikan pertolongan yang hakiki?mengape??
Adekah pada kali ini aku lebih kerap mengucap Syukur kepadeMu?...
dan Andai kata ini adalah kali terakhirku merasai bulan yang Mulia ni? adakah masih sempat aku bermunajat dengan sisa baki hari yang masih ade? Jiwa bergetar melihat dan mendengar kata2..."Kejarlah 10 Malam terakhir Ramadhan kerana terdapat 1 malam yang amat3 diingini oleh setiap insan yang dipanggil Lailatul Qadar...adakah aku insan terpilih untuk merasai malam itu?...(dan aku yakin malam tadi adalah malamku...)Segala puji bagi ALLAH SWT...Moge Allah memberkati kite semue...AMIN.
em...ni mood nak raye pulak..
huhu...macam2 gelagat..semue xsabar2 nak balik,nak balik nak balik...masing2 bawa kuih raye, baju raye n pe2 yang nak dibawe balik..kehangatan amat terasa...tapi xlupe juga pada yang telah tiade..(Sedekahkan Al-Fatihah buat arwahyarham atuk, ayah saudare, arwah akak tersayang ,saudare dan seluruh umat Islam yang dh kembali ke Rahmatullah..moge mereka ditempatkan di sisi para Solehah...)

Berhati2 pulang ke kampung..semoge selamat sampai dan selamat kembali..amin..Berhari raya dengan keserdehanaan dan di dalam bulan Syawal juga kite boleh bermaaf2an...em...pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu...
warna warni di Aidilfitri...huhu...cek xsabar nak balik dah ni...semoge kite semua selamat dan dilindungi Allah selalu..dan di kesempatan ini juga cek nak mintak maaf kat semua insan yang mengenali diri ini...tanpa kemaafan tak tenang hidup...

k...selamat berhari raye,dan jangan makan ikut nafsu,sian kat perut..

Salam,ill'liqa...
peace:)

1 comments:

Anonymous said...

This is very interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your feed and look forward to seeking more of your magnificent post. Also, I've shared your website in my social networks!

"Always Be There"