Cuba kita duduk dan berfikir sejenak sebelum tidur, apakah sebenarnya tugas kita sebagai umat Islam? Kita selalu mentafsirkan seseorang itu alim hanya dengan melihat mereka melakukan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain.

Adakah Islam hanya setakat itu sahaja? Terdapat satu kisah ketika Rasulullah SAW sedang berjalan dengan Sayyidina Abu Bakar RA. Tiba-tiba datang seseorang yang baru memeluk agama Islam berjumpa Nabi. Dia bertanya kepada Nabi, "Ya Nabi Allah apakah yang boleh membuatkan aku masuk Ke Syurga?".

Nabi menjawab," Cukuplah sekadar engkau sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji jika engkau mampu."
Kemudian Sayyidina Abu Bakar bertanya kepada baginda, "Kenapa tuan berkata begitu kepadanya sedangkan kepada aku, tuan berkata untuk masuk ke Syurga bukan hanya dengan melakukan perkara yang lima itu."
Nabi SAW menjawab, "Baginya, itulah yang terbaik, tetapi bagimu banyak tanggungjawab yang harus engkau lakukan sebelum merasai Syurga Allah."

Ertinya, mendapat Syurga Allah bukanlah hanya dengan melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja, tetapi ia mencakupi segala bentuk pekerjaan dalam hidup seharian. Sesungguhnya bukan mudah dan senang untuk memasuki Syurga Allah. Terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi di dunia sebelum memasukinya.

Di dalam dunia, tiada istilah rehat bagi seorang Muslim yang betul2 menghayati Islam. Rehat bagi kita yang sebenar ialah di Syurga. Jadikan dunia ini sebagai jambatan menuju ke Akhirat. Pada satu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, " Mahukah aku beritahu kamu satu perniagaan yang menguntungkan?". Sabahat menjawab," Apakah pekerjaan itu ya Rasulullah?". "Lakukanlah amal kebajikan di dunia dan itulah sebaik-baik perniagaan." Jawab Rasulullah SAW.

Sesungguhnya hasil yang diperolehi tidak akan dirasai di dunia. Tambahan pula hasilnya pasti ada dan kita tidak akan mengalami kerugian. Kita akan merasai segala hasil dan nikmatnya di akhirat kelak. Dunia sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam dan hasilnya dituai di akhirat kelak. Jadikanlah dunia sebagai ladang akhirat.

Tetapi, sejauh manakah kita mampu mengharungi onak duri duniawi? Di dunia ini, Allah telah memberikan kita dua jalan. Jalan yang membawa kepada kebaikan atau jalan yang membawa kepada kehancuran. Sesungguhnya menjadi sunnah Allah SWT menjadikan jalan menuju ke syurga penuh dengan cabaran dan rintangan. Jalan menuju ke neraka itu mudah, cantik serta penuh dengan keenakan dan keseronokan. Tidak ramai yang mampu mengharungi cabaran rintangan ini.

Untuk masuk ke syurga, bukan hanya lihat pada luaran sahaja zahirnya islam tapi dalamannya?batinnya?bagaimana? sucikan hati, ikhlaskan jiwamu untuk berdepan dengan Allah SWT. Bukan sekadar kita mendabik dada mengatakan kita islam melakukan ibadat solat tetapi mengapa maksiat tidak ditinggalkan?Kenape kite hanya memikirkan malu di hadapan Masyarakat tetapi tidak malu dengan Allah yang sentiasa melihat perbuatan kita dalam terang dan gelap?Adakah dengan hanya bersedekah dan tidak menunaikan solat kita boleh menduduki SyurgaNya Allah? Adakah dengan hanya duduk di masjid, setiap masa kita confrm masuk ke syurgaNya Allah? Adakah kita hanya perlu mendapat pujian daripada masyarakat dan tidak mahu mendapat pujianNya dari Allah?Jadi kita perlu mendalami apa ertinya Islam pada seseorang Muslim..Apa yang perlu kita lakukan dan apa yang patut kita tinggalkan. Tetapkan iman kite. Moge kite beroleh KeredhaanNya Allah SWT..


Ingatlah, bukan senang hendak memasuki syurga Allah. Insya Allah marilah kita sama2 berusaha untuk masuk ke SyurgaNya...



Salam...
peace:)

3 comments:

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..em tersentuh baca entry akak ttg masuk syurga nie..mg kte semua akan tergolong di dalamnya..amin ya rabb..tinggalkan iman..semoga malam lailatulqadar menjadi milik kte semua..=)

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

W'slm...banyak tempat yang ingin akk g..tapiii...palinggg...nak g di 'Situ'...(Syurga Allah)i'Allah...

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

i'Allah...same2 kite doakan...amin.


"Always Be There"