Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya Tuhan engkau ada hak (kewajipan) di atas engkau dan bagi diri engkau sendiri ada hak (kewajipan) di atas engkau dan bagi ahli engkau ada hak (kewajipan) di atas engkau. Maka hendaklah engkau tunaikan kepada tiap2 yang mempunyai hak akan haknya."

em...maksudnye,kite mempunyai hak terhadap diri sendiri, hak pade org lain dan Allah ade hak ke atas kite. Jadi kite harus menunaikan hak2 tersebut..rugilah kepada sesiapa yang tidak melaksanakan hak2 atau kewajipannya itu.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN


Islam mengajar kita bertanggungjawab dan memahami makna serta tugasan hidup kita. Bukan sekadar nak tidur atau mencuci mata sahaje. Manusia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya. Kita dikurniakan akal fikiran dan kemampuan dalam berusaha, ikhtiar serta boleh memilih perkara yang baik, buruk dan bermanfaat bagi diri dan masyarakat sekeliling. Dengan adanya kelebihan yang dikurniakan ini, maka segala tugas (hak) dan kewajipan haruslah ditunaikan dengan baik. Jadi ape kawajipan2 yang perlu kita lakukan?..em..diantaranye...:

1. Kewajipan Terhadap Allah.

Kita wajib untuk mengenal, beribadah dan berbakti kepada Allah SWT dengan mematuhi segala hukum dan ajaran yang disampaikan oleh RasulNya sama ada dari segi zahirnya malah batinnya. Tugas dalam mengenal Allah merupakan kewajipan yang penting dan utama bagi setiap manusia. Akan tetapi kita bukan sahaja sekadar mengenaiNya malah kite wajib untuk beribadah kepadaNya sebagai menunjukkan tanda taat setia kite terhadap Pencipta, yang menjadikan alam ini, menghidupkan kite dan yang mengatur segalenye...yang mana segala rezeki dan nikmat datang daripadaNYa.

Oleh itu, kita dilarang untuk menyembah dan beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah kerana yang lain itu adalah makhluk Allah yang diciptakan supaya tunduk kepadaNYa. Mereka yang tidak mahu mengenal atau mensyirikkanNya dikira melakukan keslahan besar dan tidak akan diampunkan dosanya serta diharamkan dari memasuki syurga.

Mahukah kita dianggap sebagai manusia yang tidak bersyukur?. Adekah kite yang menciptakan diri kita sendiri? adekah alam semesta ini terjadi dengan sendirinya? adakah matahari, bulan dan bintang timbul dengan sendirinya?..Jadi kite perlu mengenal penciptaNya yang merupakan kuasa Agung dalam kehidupan kite.

2. Kewajipan Terhadap Diri Sendiri.

Walaupun kite mempunyai kewajipan terhadap Allah, kite juga tidak terlepas dengan kewajipan terhadap diri kite sendiri. Di mana manusia wajib menunaikan beberapa tugas untuk dirinya iaitu memelihara diri daripada perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kerosakan. Sebagai contoh, menjaga kebersihan, kesihatan diri, memakan makanan yang baik, menjaga fikiran serta menjauhi perkara jahat seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya. Kita juga wajib untuk mendalami ilmu pengetahuan yang berguna dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan mempunyai budi pekerti yang baik. Diri umpama tin kosong,jadi kita perlu mengisinye dengan perkara yang disuruh dan meninggalkan ape yang dilarang. Membentuk akidah, ibadah dan akhlak yang mulia akan menjadikan kite dekat dengan Allah SWT.

3. Kewajipan Terhadap Keluarga.

Tabiat semulajadi manusia ialah hidup bermasayarakat. Oleh itu, setiap orang mesti membentuk keluarganya menjadi keluarga Islam yang baik dan seterusnya memelihara keselamatan dan kebahagiaan ahli2nya iaitu anak, isteri, dan orang yang dibawah jagaannya. kita juga diwajibkan menjaga kesihatan, makan, minum, asuhan yang baik, pelajarn agama yang membentuk peribadi, tingkahlaku dan sebagainya. Selain itu juga, kite perlulah menjaga hubungan di antara sesama manusia. Sentiasa membantu dan menjaga kebajikan sesama umat muslim. idak menerapkan nilai2 Islam dan sebagainye.

Kita biase melihat institusi keluarga yang tidak menjaga dan memelihara kesejahteraan ahli keluarganya. Anak2 terbiar, bergelumbang dengan masalah keruntuhan akhlak, ibu bapa tidak menerapkan dengan nilai2 dan unsur2 yang diunjurkan di dalam Islam. Jadi siapa yang perlu diperslahkan? adekh anak anak smakin kecil dan tidak mampu mencari ilmu Agama yang suci?adekah kite perlu mencari alasan menyalahkan sepenuhnye kepada ibu dan ayah kite?Itulah kewajipan kite sebagai anak2 untuk membantu keluarga kite ke arah yang diredhai..

Semua tugas tersebut wajib ditunaikan oleh manusia daripada semua peringkat, keturunan dan bangsa. Apabila tugas tersebut terlaksana, maka terjaminlah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Setiap manusia mempunyai tugas dan kewajipan yang mesti disempurnakan dengan baik. Tugas kita di dlam kehidupan adalah seperti berikut:


i) Mengenal Allah dan beribadah kepadaNYa.
ii) Menjaga dan memelihara kebaikan serta keselamatan diri sendiri.
iii)Menjaga dan memelihara kebaikan serta kebahagiaan keluarga dan masyarakat.

Orang yang tidak menjalankan tugasnya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.. dan kite hanya menuju yang 1 SyurgaNya Allah SWT...amin.






Salam,ill'liqa...

peace:)

0 comments:


"Always Be There"