Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat2. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa keranya. Datangnya dari dua sumber, yakni dari nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat2 keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain2 sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, Maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut nafsu. Termasuk dalam meletakkan
cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu. Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikkannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta kepada lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain2 keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat menumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata2.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing2 maka berlangsunglah babak2 melahirkan rasa cinta. Dari surat-menyurat, telefon, keluar makan2, berdua2an di taman bunga, ziarah, dalam keadaan saling rindu merindu....Ketika itu tak ada yang lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tak telefon tak bersms rasa bagai terpisah jauh setahun lamenya..Sudah tak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak timbul rasa takut dan beringat. lantaran itu, mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing2.

Hatta yang perempuan sanggup menyerahkan maruah diri kononnya ingin membuktikan rasa cinta pada lelakinya. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cintanya. Akhirnya bila si perempuan berbadan 2, lelaki serta merta hilang cintanya angkat kaki meninggalkan si perempuan. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada si lelaki, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepenti
ngan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya hanya sementara. Sakitnya lama, sakit yang paling dasyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat dise
nangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make -up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun dah banyak hilang macam opah, badan pun dah kendur maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah si isteri yang sudah hilang perhatian suami apalagi kalau terang2 depan mata suami berkepit dengan perempuan lain, lagilah si isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi kasih sayang suami padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara maka serta merta hilang cinta pada suami malah berbakul2 datangnya rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar menjadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata mengata, ungkit mengungkit, suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pun hilang rasa hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat un
tuk ditalqinkan ke kubur penceraian. Ketika itu tidak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara.

Itulah gara2 cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia ini.

em...bile cakap pasal cinte, semue nak bagi pandangan masing2,biase la manusie berbeza2 malah pemikiran dan pandangan pun lain2. Dan saye bukanlah satu2 nye nak org yang nak ulas menidakkan dan mengiyekan perkare ini..jauh sekali nak memandang serong pade yg berpasangan atau tidak..manusie same je. mungkin pade yg terikat dengan isu ni itu adalah ujian padenye untuk bertindak dengan bijak..dan pade yg tidak ade ujian lain yang bakal ditempuhi dalam mengawal nafsu..

"ala xsalah la nk bercinte, bukan kacau orang len pn" "ala ko boleh la cakap sebab ko x b'cinte, nnti klu kne pade diri ko sndiri baru ko tahu mcm mane rasenya cinte" "biasela tu semua orang nak rase disayangi dan menyanyangi" "ala..xleh nak kawal la rase cinte 2 dah sayang sangat kat die..nnt ko tahu la macam mane rase cnte kat pakwe kite" ala...ala...ala...dan..laaa....(komen yg biase kite dengar)

ye xnafikan kite di anugerahkan perasaan cinte, dan semue orang ade perasaan ingin menyanyngi. klu nak hindar dari semue ni boleh, bukan ke segale perbuatan dan ape yg kite inginkan dikawal oleh kite sendiri? adekah sebab kite xpernah bercinte bermaksud kite xtahu ape ertinye cinte? adekah disebabkan kite xmnrime cinte bermakne kite jumud?kolot?xberperasaan??...

em..pelbagai persoalan. "ala boleh nak bercinte p pandai2 la"
pandai2 macam mane 2??em...perkare ini boleh dianggap perkare yang subjektif. dan ye saye tahu berpasangan tidak boleh..Melihat 'fenomena' secare terbuke...ye tak dinafikan sebilangan pasangan yang mengamalkan cara yang bertepatan dengan kehendak yang ditetapkan, dan sebilangan juga yang telah tersasar dari landasan yang sepatutnya. Berpegangan tangan sudah menjadi kewajipan, bersebelahan menjadi kemestian, bersentuhan menjadi keinginan..adakeh ini yang selalu kite inginkan dalam perhubungan? adekah dengan semue ni benar2 membahagiakan kite? Masih adakah Kesucian dalam perhubungan apabile semua yang dilarang telah di gunakan sebelum tiba waktunye? Kerinduan menjadi kemestian, bukan ke bile terbit rase rindu telah menjatuhkan kite ke lembah maksiat? jika kite yg memulakan langkah bukan ke perkare ini akan berlarutan. Bile dh mule pegang tangan alik2 tangan dah merebak ke tempat lain..begitulah nafsu dan syaitan mengajar supaye kite tersesat dan sentiasa menyesatkan..Kawal...kawal dan kawal nafsu yang ingin menerjah ke luar yang boleh menyungkurkan kite ke lembah hine. macam mane nak kawal?Ingatilah Allah...ingatilah ALLAH,dan sentiasa ingatilah ALLAH...,tebalkan rase malu dan takut pade Yang Maha Esa..tanpa restu darinye...bercinte la bagai nak rak pun...kite tahu kesannye macam mane.

Cinta adlah sesuatu anugerah yang sangat ajaib dan suci, jangan nodainye dengan kecetekan pemikiran kite jangan salutinye dengan debu2 hitam yang sukar di bersihkan dan jangan kotorinye dengan nafsu yang merajai, kelak jiwe yang merane.


Carilah pasangan yang boleh membawa kite ke jalan Allah.


akan bersambung : Cinta Kerana Allah..
Salam...
peace:)

0 comments:


"Always Be There"