Showing posts with label Islam is the way of life. Show all posts
Showing posts with label Islam is the way of life. Show all posts
TIGA NIKMAT UTAMA ❤️
Surah Al Nahl : 78
Juzuk 14.
✔️Manusia tidak perlu sombong.
✔️Perlu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
✔️Kerana Manusia itu tidak mengetahui sesuatu pun.
๐Ÿ‘ถAwalnya keluar daripada perut ibu dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Hanya tangisan menjadi pengantara untuk melontarkan kehendak diri.
✔️Tiada apa yang perlu dibanggakan. We know nothing.
3 nikmat UTAMA kurniaan Allah :
❤️ Pendengaran
❤️ Penglihatan
❤️Hati
๐Ÿ’šNikmat ini, penggunaannya sedikit demi sedikit semakin bertambah. Untuk memahami, memperhalusi, memerhati ke semua kurniaan Ilahi. Dipergunakan sebaiknya. Menambah pengetahuan. Mendengar, melihat keajaiban Allah sebaik-baiknya lantas membentuk hati yang sebenar-benar tunduk hanya kepada Allah SWT. Dan mensyukuri segala nikmat. ๐Ÿค—(supaya kamu bersyukur). ๐ŸŒท
๐Ÿ’šApa jua bidang dan kerjaya yang diceburi, jadilah seorang hamba yang bertakwa dan menyumbang untuk manfaat bersama supaya lebih dekat dengan Tuhanmu. Sungguh Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan.
ูˆَูฑู„ู„َّู‡ُ ุฃَุฎุۡฑَุฌَูƒُู… ู…ِّู†ۢ ุจُุทُูˆู†ِ ุฃُู…َّู‡َٰุชِูƒُู…ۡ ู„َุง ุชَุนูۡ„َู…ُูˆู†َ ุดَูŠูۡ€ุٔٗง ูˆَุฌَุนَู„َ ู„َูƒُู…ُ ูฑู„ุณَّู…ุۡนَ ูˆَูฑู„ุۡฃَุจุۡตَٰุฑَ ูˆَูฑู„ุۡฃَููۡ€ِุٔฏَุฉَ ู„َุนَู„َّูƒُู…ۡ ุชَุดูۡƒُุฑُูˆู†َ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
-Surah An-Nahl, Ayah 78






Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk Ramadan ke 4 hari ini.
Apa khabar iman kita? Astaghfirullah, MasyaAllah...

Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang melanda.
Covid 19. Corona Virus.
Allah hantar tenteranya sebagai ujian semua mahkluk di muka bumi.
Ya, semua terkesan kecuali manusia yang masih sombong dan tidak peduli.
Jauhkan daripada menjadi golongan ini. Nauzubillahiminzalik...

Walaupun banyak aktiviti harian biasa, kita tidak dapat lakukan seperti bersalaman, berjumpa rakan-rakan, tidak boleh berjemaah di surau atau masjid, berkumpul, ziarah ibu bapa, menjual di pasar, tidak boleh ke sekolah atau kerja dan sebagainya. Perlu duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Allah berikan nikmat terbesar yakni - Hiasi "masjid" iaitu rumah. Kenapa rumah? Setiap pasangan yang bernikah, kita diibaratkan dan mengumpamakan ia untuk mendidikan masjid. Kan? ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah. Masjid yang kita inginkan sebelum ini, Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah berikan peluang untuk kita perbaiki hubungan ahli keluarga. Allah beri peluang untuk kita perbaiki compang-camping, senget-benget, lompong-lompong urusan dalam "masjid" kita. Dalam kesibukan sebelum PKP ini. Masing-masing kurang ada masa, saling terkejar-kejar urusan dunia dan tidak dapat menyediakan masa bersama suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Subhanallah...kini kita banyak masa bersama keluarga tersayang.

Jika sebelum ini kita terlupa atau terlepas pandang untuk berjemaah, bertanya khabar pasangan dan anak-anak, terlepas pandang untuk curahkan kasih sayang, lupa untuk peluk sayang, kita mungkin jarang dan tidak sempat  untuk menyediakan hidangan, terlepas pandang untuk bertanyakan urusan anak-anak di sekolah, solat mengaji anak-anak dan sebagainya. Jadi masa ini, hikmah PKP yang semakin dilanjutkan...Allah bagi peluang sebesar-besarnya untuk kita duduk di rumah, menikmati masa dengan orang yang paling kita sayang dunia akhirat. Alhamdulillah, seronokkan. Ibu ayah yang jauh, kita lepaskan rindu dengan telefon , bervideo call dan sebagainya untuk bertanya khabar tanya resipi ke..hehe... Mungkin kita jarang-jarang juga dapat call mak ayah sebelum ni. Rindu masakan mak di kampung, raut wajah mak ayah. Semua ada...tunjukkan sayang ketika ini, jangan simpan!

Ambil masa dan peluang untuk kita bina 'masjid'  dengan mengimarahkan rumah kita seperti suasana masjid. Belajar, saling menghormati, saling menyantuni, saling mengingati, saling berjemaah dalam semua urusan, saling mengaji, saling bertadarus, saling bertadabbur, saling bekerjasama, saling bertolak-ansur, saling menjaga antara satu sama lain, saling berkasih sayang hanya kerana Allah SWT. MasyaAllah, hebatkan Allah, bagi rasa ini. ๐Ÿฅฐ 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Asbab kita semakin mengenali dan mendekati Allah. Suami makin memahami urusan isteri di rumah, isteri saling membimbing suami, suami membimbing dan mendidik isteri, ibu ayah saling mendidik anak-anak, perbetulkan salah silap supaya sama-sama rasa bahagia duduk dalam "masjid" yang kita bina. Aura selamat dan bahagia.  Ha...para suami pun dah pandai membeli barang dapur. (cikguma alhamdulillah, Allah beri suami mahir bab barang  di rumah ๐Ÿ˜hehe). Bertambah nikmat, menjalani ibadah puasa sepenuhnya di rumah. Allahuakhbar! Hikmah besar, kita sebagai ibu bapa atau pasangan suami isteri dapat membangunkan amalan ibadah puasa bersama-sama dengan anak-anak tercinta. Sama-sama ulangkaji tentang ramadan, bersama melaksanakan ia kerana Allah. Suami lebih kerap berjemaah sama-sama, dapat meneliti bacaan Quran isteri dan anak-anak. Beriadah dalam kawasan rumah, tanam pokok sayuran kecil-kecil dan sebagainya. MasyaAllah, banyak sangat perkara boleh buat, macam-macam. Sama-sama beribadah untuk Allah, kerana Allah. 

Selain itu, kita ada banyak masa untuk belajar, dan alhamdulillah hikmah PKP ini juga cikguma dapat jumpa 'Bulatan Gembira' yang dicari-cari selama ini. MasyaAllah Tabarakallah. Ada banyak kuliah-kuliah, tazkirah, group belajar Quran di fb dan ig umpama bulatan gembira (usrah) yang setelah lama dinantikan. ๐Ÿ˜ Ya Allah bahagia! Jom rebut peluang. Susun atur jadual kita supaya masa kita dimanfaatkan dengan baik. Hidup sentiasa memerlukan nasihat daripada sesiapa pun. Menasihati diri sendiri amatlah sukar, banyak cabaran dan kita tidak hidup keseorangan. Namun  juga, janganlah berputus asa dan sentiasalah berusaha menasihati diri untuk melihat apa yang di depan mata kita dengan kebaikan. 

Semuanya nikmat Allah ๐Ÿ’–

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar- Rahmaan]

Semuanya bermanfaat selagi kita tidak sia-siakan waktu dan ruang masa ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Atau kita semakin lalai dan jauh daripada Allah. Sedikit masa dengan Allah dan menyibukan diri dengan urusan dunia yang tidak putus-putus. Melayani media sosial tidak henti, membaca dan menulis yang tidak memberi manfaat. Menyebarkan berita-berita yang boleh menjadi penyambung dosa mengumpat dan fitnah. Melewat-lewatkan solat. Tidak berzikir dan belajar Quran. Alangkah ruginya kita. ๐Ÿ˜ฅ Nauzubillah...jauhkanlah daripada semua yang lagha ini. ๐Ÿ˜Œ Adakah kita  akan mengaku yang kita melakukan perkara lagha? Allahuakhbar. Semoga Allah tidak memadamkan cahaya iman kita untuk melihat kebaikan dan hidayah Allah SWT. 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)":(Al-Kahfi 18:1)

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik." (Al-Kahfi 18:2)



Sungguh sabahat-sahabat sekalian, kehidupan dunia ini hanya sementara. Ia didatangkan dengan penuh tipu daya yang mempesonakan. Beruntunglah bagi orang-orang yang dikurniakan hidayah dan memeliharanya. Moga itulah kita. Manusia sering tertipu dengan dua keadaan, ketika sihat dan waktu lapang. Marilah bersama-sama menjadikan masjid kita penuh barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah..

Waallahualam. Sehingga berjumpa lagi. 




Bismillah...
Assalamualaikum wbt..moga semua dalam rahmatNya. Moga kita gandakan usaha utk jadi hamba Allah yang lebih beriman lebih tawadhuk lebih rendah hati lebih lemah lembut lebih sabar lebih baik dari sebelumnya. Aamin.

5 Mei 2013 dah berlalu. Menjadi kenangan.

Bermula dari episod ini, mari sama - sama muhasabah diri. Bangkit jadi pemuda pemudi yg lebih gagah dan kuat bukan semata demi politik tapi demi saham diakhirat. Tanam dalam diri, kenali agama yg sejati dlm diri iaitu Islam yg suci. Ingat pada diri agama bukan hanya sekadar keturunan tapi anugerah dan nikmat yg tidak terperi. Ayuh, bangkit mengenali Tuhan punya agama Islam. Bangkit utk mengenali Kekasih punya dunia iaitu Rasulullah saw. Kaji dan selidik perjuangan Nabi dan sahabat - sahabatnya.

Jangan jadi pejuang yg lembik. Mengalah bila mula ditempik. Tumpas bila akal tidak cerdik. Akhlak tidak terjaga bila kalah bergolek.

Istiqamah, bukan sekejap - sekejap. Mujahadah bukan sekali dua. Dua perkara ini perlu kekal sampai bila - bila. Jika tidak jangan tmempersoalkan tentang perjuangan. Kita cari hikmah, kite tambahkan kekuatn benteng supaya tiada siapa dapat membolosi walau sikit.

Kebenaran atau kepalsuan ini nyata ada di mana-mana. Allah Maha kuasa menjadi saksinya.

Dalam apa jua keadaan, jadikan Rasulullah saw sebagai tauladan. Lidah dan tangan tidak menyakiti perasaan orang lain. Ramai yg menyatakan pendapat tentan PRU 13 ni, tapi lebih ramai yg menggunekan kata - kata yg buruk berbanding kata yg baik. Mana pergi iman an ihsan yg menyakini Allah ada melihat kite dlm semue perbuatan?Mana pergi kepercayaan yg ada malaikat yg akan mencatat dikiri dan kanan? Tak takutkah kita? Tak takutkah kita atas perbuatan - perbuatan ini akan dipersoalkan diakhirat kelak?

Marah atau kecewa tidak semestinya dapat dihapuskan dengan melontarkan kata - kata yg kesat. Muhasabahlah, kiamat dh nak dekat!.

Tak dinafikan banyak isu yg timbul.
1. Dakwat tak kekal, duit yg digunekan utk beli dakwat ni berjuta gune duit rakyat.
2. Rakyat Bangla dpt ic utk mengundi.
3. Kertas undi sampai lewat, peti undi hilang tibe tibe.
4. BLACKOUT tibe - tibe.
5. Analisis tak betul..bla..bla..bnyk lagi.

Kalau benar ini tidak terjadi,  Allah saksinya moga Allah ampunkan kita yg buruk sangka. Tapi jika benar terjadi, kita di "perdungukan" hidup hidup namun Allah jua saksinya. Jangan khuatir Allah Maha Bijaksana berbanding ciptaanNya. Serah saja kepadaNya..jangan habis tenaga utk membidas dan berbalah sesama sendiri. Jangan habiskan masa utk berantam sesama Islam sedangkan masa itu boleh digunekan utk berjemaah cari ilmu dimasjid, boleh guna utk baca buku agama dan buku yg bermanfaat dunia dan akhirat. Boleh guna utk bina dan latih diri utk menjadi pejuang agama dan pewaris nusa dan bangsa, mengangkat agama Islam dimata dunia bukan hanya sekadar dialam maya.! Bangun wahai anak muda.! Islam perlukan kita. Hanya ilmu dapat berikan pencerahan kepada kegelapan. Jaga lidah, jaga tangan, jaga kelakuan. Jangan sumpah seranah. Malu dengan Allah, Malu dengan Rasulullah. Kita tak dapat satukan manusia dengan politik kita satukan dulu manusia dengan agama.

Allahuakhbar..Allahuakhbar...Allahuakhbar.
Macam nak berkhutbah pulak.. Eheh.
Apapun..moga nikmat iman yg diberi Allah ini kita jaga baik -baik. Moga Allah ampuni kesalahan dan dosa kita. Moga Allah berikan kefahaman pada hati - hati kite tentang Islam, tentang ilmu dunia dan akhirat. Moga Allah bantu kita jadi hamba yg bersyukur dan tidak putus asa atas ujian yg Kau berikan. Moga Allah hindari kita jadi org yg zalim.. menjadikan penipunan sebagai amalan dan hindari dari segala keburukan. Aamin.

Jauhi sikap buruk sangka. Eheh. Aman Makmur untuk Malaysia.  LANGKAH MUDAH.,BINA ISLAM DALAM JIWA.

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan: Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.” Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah. Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889) Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)



Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu: Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.” Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda: Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.” “Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.” Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t. Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’” Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji. Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim) Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja. Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah) Menurut riwayat sebuah athar iaitu,

Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.


Fais: Atuk, nape bawak Mak Lang datang sini?
Atuk: Mak Lang tak sihat, Mak Lang demam
Fais :o..sebab tu Mak Lang kene cucuk ek..tapi nape suare Mak Lang jadi lain?
Atuk: Ha'ah badan Mak Lang kurang air..badan pun panas..tekak Mak Lang pun sakit sebab tu Mak Lang batuk n suara jadi lain..
Fais: Mak Lang jangan takut ek..fais ade..(sambil mengusap2 tangan Mak Langnye)


"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." (Hadis Qudsi)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan kurniaan kebahagiaan, kesedihan, kehampaan, kesenangan dan segalanya yang seluas langit di bumi ini. Moge diri ini menjadi hamba yang benar-benar taat kepada Penciptanya dengan sebenar-benar iman.

Alhamdulillah, telah dipostingkan diakhir bulan Mei iaitu pade 23 Mei 2012. Walaupun seawal sebelum itu telah tahu negeri penempatan dan tarikh keramat itu, namun di hati masih tertanye-tanye disekolah manekah diri ini akan menumpahkan bakti yang secebis ini. Hari yang ditunggu telah tiba, 23 Mei 2012 bergegas ke PPD Temerloh untuk mendapatkan taklimat guru baru dan mendapatkan surat penempatan ke sekolah. Wah…macam amik anugerah je, bila kami dipanggil nama seorang demi seorang ke atas pentas untuk mengambil surat penempatan. Apabila surat ditangan, akma bergegas pergi kpd abah yang setia menunggu di luar dewan, membuka surat bersama dengan bisikan “Bismillahirrahmanirrahim” , di mane lah agaknye…Meneliti kandungan surat dan name sekolah yang dicari dulu..dan akhirnya segala tanda tanye terlerai juge. SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS menjadi destinasi pertama utk menimba pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih Ya Allah!

Seawal pemikiran, dekat mahupun jauh tidak menjadi persoalan..yang menjadi persoalan pade diri akma adalah bagaimana akma akan ‘hidup’ di tempat yang baru dan menyesuaikan diri untuk memberi manfaat untuk manusia yang lain. Walaupun dapat mengajar di sekolah yang hanya 10 minit dari rumah belum memberikan jaminan akma dapat memberikan yang terbaik , tidak memberikan jaminan bahawa akma tidak akan diuji dengan dugaan, dan sebagainye. Dan tidak semestinya jike hanye mendapat penempatan jauh dari rumah semestinye ujian dan cabaran bakal menerpa bertubi-tubi..tidak same sekali. Manusia itu punya ujian dan dugaan yg tersendiri kecil mahupun besar, tidak same mahupun serupa tapi ada ^_^

Ini diantara dialog yg pernah dilalui….huhu :

Kawan : wah hebat kebel hang dapat ngajar sek dkt umah, untung la..!

Aku : kebel?

Kawan: yela..bkn senang nak dapat posting dekat umah, hang gune kebel ka?sapa?

Aku : o..of course gune…

Kawan : sape?

Aku : ALLAH SWT=)

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawaqal."

[ Surah Ali Imran: 159]

~ Rabbi yassir wala tu'assir!

Saye tidak tahu ape itu ‘kebel’, yang tahu hanye pergantungan kepada Allah SWT dan bukan manusia ^_^ (xpernah terfikir..tpi depa fikir..huhu..Allahuakhbar)




Ya…tak dinafikan, bile dapat penempatan yang berdekatan dengan rumah terdapat beberapa kelebihan, contohnye..tak berjauhan dengan keluarga, tak serabut nak cari rumah, dan sebagainye. Tapi tanggungjawab yang digalas tidak berkurangan pun kan? Amanah yang dipikul tidak semakin pudar pun kan? Tetap sama…

Memang akan ade yang kate, “org yang tidak berada ditempat orang lain tidak akan merasai keadaan orang lain” .

Hakikatnye…..bersangka baik dengan kurniaan Allah itu lebih baik..dan usah menyempitkan hati dan perasaan dengan bahagian yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kite dan orang lain. Allah Maha Adil, masakan kite nak mempersoalkan ape yg diterime oleh orang lain daripada pemberian Tuhan?.masih ada yang tak dapat peluang utk dipostingkan..maka bersyukurlah walau dimana kite berada..

Sejujurnye, akma teringin juge utk ke Sabah dan Sarawak, dan tidak nafikan yang akma ade mendoakan untuk dapat ke sana. Tapi Allah itu lebih mengetahui kemampuan hambanya…mungkin akma tidak sepantasnye berada di sana utk ketika ini. Doa ibu dan bapa itu lebih mustajab…dan mereka mendoakan akma dapat berhampiran dengan mereka…nyata Allah memakbulkan doa ma dan abah akma. Dan secara tidak langsung, ini juge memakbulkan satu doa akma selama ini..aduhh…jadi malu dengan Allah…banyak yang Dia kurniakan tanpa sedar..

Walaupun demikian, bahang utk mengajar masih belum terasa..2 hari masuk sekolah dah cuti..huhu…tapi still kne pi sekolah utk oreintasi..tapi bukan sepanjang minggu cuti…de jgk akma ‘curik tulang’ tak datang..tpi bersebab ^_^

SMK CLIFFORD

Di daerah Lipis, siapa yang tak tahu name sekolah ni? Sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

§ Tun Muhamad Ghazali Shafie ( Mantan Menteri Pertahanan Malaysia dan Mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)

§ Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) (Wartawan, Penulis dan Aktivis Politik)

§ Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin(Penyanyi)

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

§ SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.

§ Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.

§ SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .

§ Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

§ Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.

Dan banyak lagi sejarah di sekolah ni..klu rajin boleh bace di sini ^_^

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Clifford_Kuala_Lipis

Apepun, reputasi di sekolah ni sangat2 tinggi dan terbaik..em..berdebar dan takut hanya Allah yang tahu..akma bukanlah mahasiswa yang cemerlang di universiti, bimbang tidak dapat berikan komitmen yang terbaik utk sekolah dan pelajar..akma akan cube sedaya yang termampu untuk berikan yg terbaik..Sesungguhnya Allah akan ade utk kite kan.."Memanusiakan Manusia" membawa kepada ilmu Allah dan meladani kehidupan Rasulullah SAW..sungguh besar amanah..Moge Allah merahmati hingga ke hujung perjuangan..aamin.! Apepun..walau rumah dekat, akma bakal jadi warden lepas cuti ni..hehe..merasa jugak perasaan 'balik kampung' huhu....

bimbingi daku Ya Allah..berikan insan-insan yang dapat memberikan kekuatan disepanjang perjalanan perjuangan ini..aamin.


AaAaaaaaa? emm....zzzZzz...



I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late


Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent



by Maher Zain~

Ampuni aku ya Allah, sembuhkan aku Ya Allah...aamin.!

Wahai diri yang lemah tidak berdaya.
Ingatlah, dunia ini bukanlah tempat asal mu, usah terpesona dengan keindahan dan tipu dayanya.

DI SINI kita hanya PENGEMBARA yang singgah sebentar.
DI SINI kita kena sediakan BEKAL.
DI SINI kita mencari MODAL untuk suatu perjalanan yang jauh.
Berlindunglah kepada-Nya dari cinta dan tarikan dunia.

Ingatlah!
DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.

kata orang HATI♥ yang marah kerasnya bagai kerikil tajam.......
kata orang HATI♥ yang sakit parahnya bagai tertusuk duri sembilu.......
kata orang HATI♥ yang luka bisanya bagai disengat ribuan lebah.......
namun benarlah kata orang hanya keMAAFan yang dapat mencairkan segalanya......

HATI♥ yang keras kembali lembut.......
HATI♥ yang sakit kembali bangkit.......
HATI♥ yang luka kembali ceria.......
memang benarlah hanya keMAAfan penawar bagi HATI♥ yang redha..♥

ALLAH lah yang memegang Hati itu.◕♥

(¯`♥◕ Andai hati itu terluka,ingatkan ia tentang Penyembuhnya,agar DIA titipkan penawar bisa..◕♥

(¯`♥◕ Andai hati itu kecewa,ingatkan DIA tentang Pelindungnya,agar DIA usirkan segala duka...◕♥

(¯`♥◕ Andai hati itu terpalit dosa,ingatkan DIA tentang Pengampunnya,agar Dia bersihkan debu noda..◕♥

(¯`♥◕ Andai hati itu gundah gulana,ingatkan DIA tentang Pentadbirnya,agar DIA hembuskan ketenangan ke dada


:: Inginkan MUTIARA selamilah LAUTAN
:: Inginkan BAHAGIA tempuhilah PENDERITAAN
:: Inginkan KEJAYAAN relailah PENGORBANAN

❖Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap KEPAHITAN itu terkandung 1000 KEMANISAN

Ya Allah,
Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh/solehah,
Kuatkanlah hati kami untuk mengikut segala syariatMu,
Jauhkanlah diri kami dari kesesatan dan kealpaan,
Cukupkanlah kami dengan apa yang telah Engkau berikan pada kami,
Teguhkanlah iman kami untuk berdiri di jalan takdirMu,
Ampunilah kami dan berkatilah hidup kami..
Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengharap dan meminta pertolongan..

Ada tiga hal yang jika dimiliki dalam diri seseorang, maka ia akan mendapat pemeliharaan dari Allah, akan dipenuhi rahmat-Nya dan Allah akan memasukkannya ke dalam lingkungan hamba yang mendapat cinta-Nya, yakni:


♥ Orang yang selalu bersyukur ketika mendapatkan nikmat


♥ Orang yang mampu meluapkan amarahnya tapi mampu memberi maaf atas kesalahan orang


♥ Seseorang yang apabila sedang marah dia menghentikan marahnya.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt...moge kite semue dalam lembayung rahmatNya sentiasa..ameen..em..agak usang di sini...time kasih yg sudi singgah..insyaAllah ade kesempatan, saya akan balas kunjungan kalian..pade sesiapa yang ade twitter leh la join n follow ^_^ em..ade beberapa entry yang dah ditaip tapi masih belum siap sepenuhnya..kebuntuan idea untuk menyiapkannye...huhu..

Ade sesuatu nak kongsi...jum bace=)

Dulu hamba suke dengar lagu-lagu, nak-nak sebelum tidur..kadang-kadang sampai tak tertutup lagu tu..ibu selalu tegur.."kalaulah mati dalam tidur macam mana? bukannya kalimah Allah yang didengar, tapi alunan muzik..!"

hehe...sengih nampak gigi..

Jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan untuk kite semua..

Perkara sebelum Tidur (Tafsir Haqqi), Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini, iaitu :

1. Sebelum khatam Al-Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah : " Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas 3x seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Qur'an.

Bismillahirahmaanirrahim..
"Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad" (3x)

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillahirahmaanirrahim,
"Allahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad" (3x)

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih" (3x)

Dan , perbanyakkan bertasbih , bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan haji dan umrah.

Bismillahirahmaanirrahim,
"Subbahanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu allahu akbar" (3x)atau lebih...

Jika bagi yang suke mendengar lagu (muzik) pastikan pilihan muzik itu baik..yang mane liriknya berkaitan memuji kebesaran Allah dan KekasihNya.. Jika mengikut perancangan Yahudi laknatullah, muzik ini adalah salah satu agenda mereka untuk menghancurkan umat Islam..muzik boleh melalaikan, boleh melekakan..jadi jadilah muslim yang bijak..

" Always Remember : Qur'an is better than music, Sunnah is better than tradition, Prayer is better than sleep & Silence is better than bad speech."

Ingatan Bersama^_^,moge kite mati dalam Husnul Khotimah..amin.








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

"Always Be There"