Showing posts with label Dairy. Show all posts
Showing posts with label Dairy. Show all posts
Assalamualaikum wbt.

Jom buat check list. 😊
Alhamdulillah, cinta hati cikguma belikan buku nota dan alatan tulis untuk di rumah. Maklum, awal cuti memang tak teringat nak bawa balik alatan tulis dan buku. Semua di sekolah. Jadi buku baru cikguma rasmi untuk check list Ramadan. 🥰

Ada macam-macam check list yang boleh kita buat. Bergantung kepada aktiviti masing-masing.
Tujuannya supaya kita dapat didik diri kita untuk jadi lebih disiplin dan melatih diri. Nanti kita boleh semak dan perbaiki mana kurang kita tambah bagi tangki penuh 😊 mudah-mudahan..kita usaha. Redha dan rahmatilah kami Ya Allah.

Dalam check list Ramadan cikguma masukkan :

1. Sahur
2. Tarawih.
3. Mengaji Al Quran
4. Tahajud/ Qiamullai
5. Sedekah
6. Solat Dhuha/ Solat Sunat
7. Kuliah
8. Zikir
9. Masak
10. Satu hari satu ayat (untuk dikongsikan di fb dan ig)


Cikguma masukkan juga jadual kuliah (fb) pilihan mengikut masa yang berkelapangan dan Jadual waktu sekolah sempena PKP

InsyaAllah moga lebih banyak masa yang terisi. Kalau anda buat juga, meh la share dengan cikguma 😉

Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Aaminn..








Tidak dapat digambarkan,
Ia bermain dalam hati sahaja.
Tak mampu nak dikata.
Kerana ia jadi sia-sia saja.

Benarkah.
Hanya tertunduk dan hanya pejamkan mata.
Masa.
Terus berputar tanpa hiraukan bencana.
Faham.
Tiada siapa dapat lekatkan dijiwa.
Pergantungan.
Hanya Dia yang selayaknya.
Sesal.
Dapat diundur, atas kehendaknya.
Aku.
Masih goyah dengan pegangan sendiri.
Masih jauh dengan Pencipta sendiri.
Masih lemah jadi hamba sejati.
Masih sebu dalam fikiran sendiri.
Temui jalan mati.
Bahagia.
Kebahagiaan, Bahagia di Syurga sana.
Tidak Mampu, tanpa BantuanMu.



Allahurobbi.
Allah...........





 
"Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima,"
Semakinku sakit semakin kau bahagia,
Mengapakah aku jadi lemah,
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu."
BERSAMAMU.
[~_~'] [^_^']



P/S: Salah diri. Iman itu ada ada pasang surut. Salah diri, kerana tidak kekalkan dan tidak tingkatkan. Allah, ampuni dan berkati hambaMu. Aminn Ya Robb.
Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, terlalu banyak bersedih buat hati mudah dihantui hasutan syaitan yang pasti akan melemahkan iman.. Ahh...bangunlah dengan segaran IMAN.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita ketika saya berada di Hospital Temerloh seminggu yang lepas.
Sehari sampai kat sana, selera makan memang xde..mungkin abah kene puasa jadi saye pun berkire-kire untuk tidak makan. Sehingga masuk hari ke dua, doktor bagi green light untuk abah boleh makan .
Saye turun ke tingkat dua untuk ke cafe dan kedai runcit mencari makanan dan bahan bacaan.

Ramai jugak manusia kat hospital ni...pasti mereka datang ke sini dengan pelbagai situasi kesihatan. Moge mereka semua dilimpahkan Rahmat dan diberi kesihatan yang baik..Allah, sembuhkan mereka, kerana ku tahu tiada ubat yang paling mujarab selain redha dari-Mu..

Saya beratur untuk membayar barang-barang yang saye beli dari kedai runcit tersebut. Uih...panjang, saya berdiri berdekatan dengan pintu masuk. Sedang berdiri mata teralih kepada seorang budak kecil dalam lingkungan umur 2-3 tahun berdiri kaku di tepi akak chasier sambil menunjuk-nunjuk botol air mineral. Saya cuba memahami keadaan, ape sebenarnya budak tu nak dan ape yang akk chasier tu cakap kat budak kecil tu. Saya berdiri lebih hampir dengan budak kecil dan akak chasier untuk mendengar "apekah yang berlaku".

"Nak air"
"Tak boleh, pergi cari ayah atau mak..bagi duit dulu"
"Nak.."
"Tak boleh, mane duit?"

dan perbualan itu berulang-ulang sehingga datang akak kepada adik kecil itu yang dalam lingkungan 4-5 tahun.

"Adik jom...mane boleh beli, duit xde"
dan budak kecil itu masih menunjukkan jarinye ke arah air mineral tersebut. Berdiri kaku...

Allahuakhbar...macam mana kalau ini anak saya?

"kak, die nak ape? air ni..tak xpe saye bayar...bape ringgit?"
dan budak kecil itu terus berlalu bersama akaknya......
Bukan nak kata saya superwomen atau wonderwomen...
Ahhh...bukan.

Kaki saye melangkah dari kedai itu dengan penuh tanda tanya...
Sanggupnya akak chasier tu xnak bagi hanya sebotol air mineral...kesian kat budak tu...
Saya cube letakkan diri dalam situasi akak chasier tu...
Ini punca rezekinya, mungkin kedai ini bukan kedai die yang mana die hanya  diamanahkan saja untuk menjaganya. Mungkin takut dimarahi tuannya dengan kurangnya barang tapi untungnya tiada.

Adik kecil...
Ibunya entah kemana...adakah disitu?
fahamkah dia, apabila mengambil sesuatu kena tukarkan dengan wang?
Sangat dahaga atau apa saja...

Apapun...saya cume berandaian..Allah jua yang mengetahuinya.

Saya tidak setuju, ibu bapa membiarkan anak-anak sendirian...
Saya juga kurang setuju, masyarakat tidak mengendahkan sesamanya...
Tapi kita masing-masing punya alasan...
Moga saya dapat mendidik, diri untuk lebih menjaga manusia yang ada di mana sahaja bukan sahaja pada saudara tapi seluruh makhluknya...Aamin Ya Robb.

Baik itu sahaja...Wallhua'lam...
Ampukan saya jika ada silapnya..
:')

p/s : dah lama tak update blog, syukran jazilan buat follower blog ini..insya-Allah bekesempatan saya akan singgah di blog anda yang osem..insya-Allah :)



*Ya Allah, sangat-sangat sakit....tersepit,
Allah, tabahkan hatiku untuk hadapi semua ini...
Maafkan hambamu yang lemah ini.





Ke kiri ke kanan,
ke atas dan ke bawah,
binggung sendirian..

Ke sana dan ke sini,

ke tepi dan ke tengah,
gundah dan gelisah...

Setiap gerak kelakuan dan tindakan,
ada yang menjadi dan ada yang bergelimpangan...

benar, ini proses kehidupan...


Ya Allah, adakah ini petanda aku semakin jauh dengan-Mu?

Ya Allah, adakah gundah ini petanda Kau ingin menarik aku supaya lebih dekat dengan-Mu?
Adakah aku sedang melupai Kamu?
Astagrafirullahala'zim....Ampuni aku.


Ada yang datang dan pergi,

dalam kehidupan ini...
ada yang mendesak, ada yang memberontak,

ada yang memaksa dan tidak memahami..

kepala jadi sesak...tolonglah, berikan ruang...

Adakah ini cerbisan tarbiyah yang ingin Kau timpakan
supaya aku dapat membiasakan diri? Tunjuki jalan Ya Rabb, moge perjalanan ini jernih semula dan sentiasa...

Sungguh, aku lelah...

dalam suatu ketika,
Aku lelah...Namun,
Kau tetap berikan kekuatan melalui senyuman..

Kau tetap berikan kekuatan melalui ayat-ayatMu kepada hati ini..

jangan lepaskan aku sendirian..
Ingin aku teriakkan apa yang terbuku..
biar lepas...biar lepas...

~Bina Rohani, Dekatkan Diri DenganNya..Kerap dan Sentiasa!
Jika ingin menangis, menangislah di hadapanNya..~

13 September 2012,PSS

Bismillahirahmanirrahim…..Maha Suci Allah..yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam, menjadikan angin dan taufan, menjadikan manis dan pahit malah segala adalah ciptaanNya.

Sesungguhnya tidak dapat dilampiaskan rasa kesyukuran buat Rabbi yang telah menghidupkan diri ini di dunia yang serba indah nan sementara. Allah, telah banyak nikmat dan kurniaan yang diberikan lantas hati ini sentiasa rapuh menyebut kalimah syahadahMu…

Alhamdulillah, dah masuk bulan baru untuk tahun ini..selama 42 hari di sekolah sejak dipostingkan. Sukar digambarkan dan dinyatakan perasaan. Sukar dihembuskan nafas yang kian sesak, namun demi perjuangan yang tinggal akan dilangsaikan sehingga hujung nyawa jika diizinkan olehNya.

Alhamdulillah, sekolah ini amat baik…mempunyai rakan sejawat yang tidak kurang baik, mempunyai anak-anak murid yang juga sangat baik dan seluruh staf dan pekerja yang juga amat baik. Moge Allah melapangkan dada untuk menerima suasana baru ini sebaiknya dan secepatnya, Aamin. Perlu diingatkan pada diri, disini bukan untuk tempoh 3 bulan atau 2 minggu (seperti praktikal & ROS) tapi selama yang diizinkan.

Sepanjang tempoh ini, banyak aktiviti yang telah diadakan..alhamdulillah, sebagai penambahan pengalaman. Diantara program dan aktiviti setakat ini yang berlangsung adalah:

i. Pemantauan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012

ii. Ceramah Kesihatan

iii. Sambutan Israk Mikraj

iv. Kejohanan Olahraga Tahunan

v. Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan dan Hari Kantin Sekolah.

vi. Latihan Rumah Sukan

vii. Penutupan Sukan Tahunan SMKC

viii. Malam Simfoni Kearifan

ix. Kem Motivasi (UKM)

Dan program yang bakal menyusul:

i. Kuiz Kenegaraan

ii. Perlawanan persahabatan sukan

iii. Kem Motivasi (Asrama)

iv. Perkhemahan Bersepadu

v. Menghabiskan silibus (yang ni je xterlibat)

Tidak dinafikan, sekolah ini agak banyak menjalankan program dan aktiviti. Minggu lepas, minggu yang agak keletihan, bermula Isnin- Jumaat dipadatkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya Hari Kejohanan Sukan Tahunan, dan keunikan disekolah ini melancarkan perasmian penutupan sukan tahunan pada waktu malam!. dan penutupan itu berakhir pada jam 12.30 tengah malam…majlis habis agak lewat mungkin disebabkan kedatangan pihak VIP yg lewat seperti yang dijangkakan dan perasmian itu bermula pada 10.00 malam. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah Rumah Sukan saya dapat naib johan berbanding tahun lepas dapat tempat keempat iaitu tempat terakhir. Apepun, hepi je walau penat ^_~ saya yakin disekolah lain juga tidak kurangnya dengan pelbagai aktiviti dan itulah realitinya.

nape la dapat sekolah ni?. .

=) Allah ada jawapannya, tidak saje-saje Allah letakkan saye disini, bukan saje-saje Allah berikan cabaran ini , bukan sengaja Allah campakkan saye disini seorang diri dan segalanya pasti ada sebabnya, kadang akal lemah tak bermaya, pasrah dengan keadaan dan bukan Redha! Sangat dungu memikirkan ape yang telah diberikan dan itulah sikap manusia. Mahukah aku menjadi sedungu itu? Aha…jauhkan.

Kini, menetap di asrama walau secara teknikalnya masih belum dilantik secara rasmi. Mungkin agak janggal berjauhan dengan keluarga dan rumah kerana jarak 10-15 minit yang memisahkan. Namun, itulah pengorbanan yang perlu digalas, yang perlu ditempuh, insyaAllah pasti Allah mengetahui kemampuan diri ini.

Sedikit sebanyak, saye mule merasai hikmah di sebalik apa yang dilalui..ramai guru disini menjangkakan saye bekas pelajar sekolah ini, namun bukan sama sekali. Saya diberikan ‘perantauan’ yang agak jauh dan sangat besar hikmah saye ditempatkan disini..mudah-mudahan…kini, saye berusaha untuk dapatkan yang terbaik insyaAllah.

Malam semakin larut, dan kini mata ini sentiasa memujuk diri untuk beradu lebih awal daripada biasa…^_^ insyaAllah, esok akan ke SMK Seri Lipis untuk Kuiz Kenegaraan, doakan moge ia dipermudahkan…Rabbi yassir Wala Tu’assir.. Rabbi yassir wala tu'assir!

p/s : Ya Allah, jadikan diri ini insan yang menyenangkan dan bukan menyusahkan, Aamin.



~ MOGA ALLAH REDHA~


Bismillahirohmanirrohim....Assalamualaikum, em...macam kejap pulak rase kat sni..rase macam baru semalam je masuk sni..pakai baju Perkasa, kawad..g kuliah...dan sebagainya..tup2 dh nak habis pun...em..3thn setengah kat sni...setengah lagi hbiskan tuk praktikum 9Mei 2011 ni kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor Darul Ehsan..huhu...full plk..em...one step to be a teacher...beleh ke saye?huhu...tepuk dada tanya iman:) insyaAllah,boleh kan (sendiri tanye sndiri jawab..^^) em...semalam semua ahli rumah dah balik,tinggal sendiri je malam tdi..ri ni giliran sye plk...

Macam xpercaye plk,dh nak berpisah gan semue orang..means lepas ni dh xblaja sme2..g kuliah sme2..makan same2..jalan2 same2..present same2 semue le..huhuhu...insyaAllah moge ukhwah ini berterusan dan diredhai Allah. InsyaAllah berjumpe time konvo..moge diberi kesempatan,namun andaikata diri ni xberkesempatan...atau 'dijemput' terlebih dahulu mane tahukan...sedekahkanlah al-Fatihah bile teringat name saya...Moge Allah membalasnya^____^ Alhmdllh jugak, tesis dapat disiapkan, exam pun dah berakhir...Doakan moge saye dapat Result YANG TERBAIK dari YANG TERBAIK..begitu juge buat semue..Amin..:)

Ok..buat kawan2 semue...gud luck 4 Praktikum...hope pengalaman ini dapat mematangkan kehidupan dan jadikan ia salah satu persediaan untuk menjadi "Guru yang Bitara"...(bitara ke...? boleh la..) buat kawan2 blogger gud luck too in your future:)

Tata...Sayang kamu semue kerana Allah^____~


p/s : ~Diakhir perpisahan jangan diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga bertemu lagi, walaupun bukan dibumi Allah tapi insyaAllah disyurga nanti~ Wallahu'alam


Assalamualaikum...hope semue sihat dalam lindungan rahmatNya,insyaAllah..
Alhamdllh,exam dah selesai..dan kini tibe cuti semester..dlm cuti ni byk jg yg perlu diselesaikan terutamanye,tesis..huhu..belum mule pun,hope dapat siapkan dengan baik..amin..cuti2 sekolah ni, ramai kwan2 yang akan diijabkabulkan dengan pasangan masing2..moge2 semuenya dalam redha Allah selalu...insyaAllah jike b'ksmpatan akan hadir..tahniah tuk semue(^___^)moge kekal hingga akhir hayat dan tabah dalam menepuhi kehidupan baru.

ok,dh nak balk kg pun..org lain semue dh balk..kite je ketinggalan, atas hal2 yang xdapt dielakkan..tpi sepattnye kne balk lewat lgi 9hb..tpi terpakse dibatalkan..pe2 pun insyaAllah de hikmat semuenye(^__^)

sampai sini dlu,walapun azam tahun ni xbpe dilaksanakan sepenuhnya...insyaAllah akan diteruskan pade tahun yang baru..insyaAllah..!jum same2 berazam dan laksanakan..! Sama2 menginsafi diri atas ape yg telah berlaku dan ape yg telah kite lakukan sepanjang usie ini diberi..adekah perbuatan sia2 lebih banyak dari amal yg diterime olehNya..atau sebaliknya,insyaAllah pintu taubat dan Allah sentiase mendengar rintihan hambanya yang tagihkan ampunan dan redhaNya...insyaAllah,moge2 Allah m'ampuni kesalahan dan dosa2 yang telah kite lakukan selama ini..dan diberikan petunjuk untuk sentiasa dalam ketetapan olehNya..amin.

ok..doakan moge selamat di dunia dan akhirat..

p/s : Apakah permohonan maaf itu suatu permohonan
atau sekadar kalam tanpa makna
yang terlafaz sebagai adat?..

may Allah bless us,illa'liqa=)





Assalamualaikum W.B.T

Dengan izin yang Maha Pencipta, Pelindung lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, semoga kita dalam lembayung RahmatNya. Selawat serta salam kepada kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W Nabi junjungan besar. Semoga kita sekalian umat tidak tersisih dari syafaatnya, InsyaAllah.


Apa khabar semue?huhu..hope semue sihat hendaknya...Alhamdulillah,masih diberi kesempatan dalam menghirup udare segar lagi nyaman di muka bumi Allah yg penuh keindahan ini..dan masih berkesempatan bertemu dgn bulan Ramadhan yang penuh Keberkatan dan Kerahmatan yang xlame lagi..insyaAllah esok...(^_^)..So pe persediaan tuk menjalani Ibadah Berpuasa?..hope kite same2 mengambil peluang keemasan ni, menghayati sepenuh jiwa dan raga dalam menunaikan ibadah kepadaNya..sama2 rebutlah peluang untuk menjernihkan tautan hati kehambaan kita terhadap Allah..moge2 kite mendapat Keampunan dariNya,.insyaAllah...Jangan lupe sahur n solat terawih..rugi tau klu xtunaikan..setahun sebulan je..moge kite bkn sekadar berkobar2 pada awalnye je..insyaAllah moge kite mantainkan ibadah kite sehingga p'tengahan, akhir dan selamenye..jadi la hamba Allah yang sejati dan bukan hamba kpd Ramadhan..mksdnye,kite bukan berkejar2 pahala n ibadat semase bulan Ramadhan je..p bulan lain xteruskan...kite kan mesti,perlu dan wajib beribadah xkire bulan dan mase?jadi teruskan beribadah(^_~)

Em...agk sedih jgk coz xdapat sama2 menyambut bulan mulia dgn keluarga..(T_T) berkire2 jg utk balik, apekan daye..tiap2 minggu de je p'kare yg perlu diselesaikan..mintak maaf byk2 ma n abah..em.. yg inilah dikatekan p'gorbanan apabile menuntut ilmu..berjauhan...moge2 Allah sentiasa melimpahkan Rahmat kasih sayang, kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa, keluarga kite, dan seluruh umat Islam..insyaAllah..amin=)

Pade rakan2 blogger,sye mintak maaf cz xberkesempatan tuk meninggalkan comment2 di ruangan kalian..p sempat jgk jenguk2 n sempat bace je,maaf ye..beberape minggu ni byk tgsan yg perlu disiapkan..p insyaAllah dlm minggu ni sye akan bersiar2 dan menerjah dilaman kalian..bersedie ye...huhu..(^_^) moge setiap coretan kalian diberkati dan sentiasa memberikan kebaikan kepada pembaca2..dan moge dipermudahkan urusan kalian semue..

Baikla..sampai sni dlu..tingkatkan ushe kite dalam beribadah sepanjang bulan Ramadhan,ia bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahage..p seluruh pancaindera,(mulut-jgn ckp p'kare yg sia2, bykkn memuji Allah bce surat Cinta Allah, mata-jg p'lihtn jgn tgk p'kare yg xelk, telinga-jgn dgr p'kre yg xelk..bykkn dgr alunan ayt al quran, tangan-jgn bt p'kre yg dlrg...hndari dri m'gmbl sesuatu yg bkn kite pnye, kaki-sllu pergi ke rumah Allah jgn g tmpt yg blh m'dtgkn mksiat, minda-fikir yg baik2...dan keseluruhannnya)

moge kite diantara insan yang terpilih untuk mendapat keampunan dariNya...em..jike ini Ramadhan yg terakhir sye jalani..moge2 sye mendapat Kenikmatan dari bulan mulia ini..amin ya Allah...


Salam,illa'liqa=)

May Allah bless us....

Salam...moge2 semue sihat dalam RahmatNya selalu.....
em...lebih krg 3 minggu jgk xm'jenguk ruangan ni,p alhmdllh ia xsunyi dgn kesudian kunjungan daripada kalian...time ksh=) saye minta maaf lambat rply msg2 yg hadir dan xsmpt utk menziarahi blog kwn2..insyaAllah diberi kesempatan sye akn ziarah n follw ek ^_^

Cuti semeste ni mgkn jrg dpt cek blog (online),sebenarnye xde cuti sem pun...skrg tgh buat latihan Industri selame due bulan,jadi cuti sem digantikan utk menimbe pengalaman n ilmu di mahkmah rendah syariah...em..mmg byk pengalaman baru yg dpt, nak2 first time msk court ddk b'sme2 gan pegawai mhkmah kat depan siap panggl plaintif n dfendan kat dpn..huhu...best la jgk..p fhm2 la kat mhkamh syariah byk kes ape kan...p pe2 pun manfaatkan ilmu yg diperolehi...sekarang tdo pun dh awl (kecuali ri ni,hu2) kdg2 xsmpt isyk pun dh ngtk..(alhmdllh isyaknye xlupe^_^ )

em..ok smpai sni dlu,insyaAllah pjg umr murah rzki jumpe lagi di alam maya,doakan sye dlm menjalani LI dan kesejahteraan kite bersame..moge Allah sentiase melindungi di mane jua kite berada..amin=)

Selamat malam,illa'liqa..
Salam..may Allah bless us=)



p/s : Moge kite dijauhkan dari segle yg menjadi kemurkaan Allah..
Salam kembali..em..demi masa yang ade menilik blog yg lame xtgk..dh bersarang ruangan ni..p alhmdllh keceriaan dengan kesudian teman maya yang singgah di ruangan yg xseberapa ni..time kasih banyak.Moge kite semua dalam RahmatNya selalu..em...menghadapi minggu yg memenatkan...dan disebabkan kecuaian seluruh badan sengal2..hu2..sebabnye x stretching sebelum men netball..huhu...bukan xnak, p sampai2 diorg dh suh men..dh lame x men tibe2 latihan Tuhan saje yg tahu sakitnye..lemak terkejut...hihi..jalan dh macam robot..malam ni xleh nak g latihan kne rhat dulu..huhu..Assgnment pn dh bergande2..sekarang pening cri tmpat tuk LI...Ya Allah,moge dipermudahkan urusan...xde pe yg nak ditaipkan lagi..i’Allah panjang umur bertemu lagi diruangan maya ini, jage diri dan semoge tabah dalam kehidupan..

p/s : Takziah buat keluarga Allayarham Saudara Mohd Faizol Bin Abd. Sukor dan Allayarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin (Sama2 doakan dan sedekahkan Al-Fatihah) berita lanjut: http://www.din3187.com/upsi/2-pelajar-upsi-maut-motosikal-dilanggar-lori/#more-422

Salam,illa'liqa..
Sweet Dream..peace=)

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. "

Salam….lame jari tak menaip tuk ruangan ni…banyak perkare yg nak diceritekan di sini terpakse ditunde dan dilupekan menjadi diary hati..huhu..dan banyak ucapan yang xsempat tuk di nyatakan…pertamenye Salam Maalhijrah 1413 , Semoga tahun baru ini meningkatkan azam dan matlamat kite untuk mendekatkan diri pada Pencipta dan moge ape yang telah dilalui menjadi ujian dan ambillah ibrah dari setiap yang berlaku , itulah tanda kasih dan sayang dariNya…

Cuti baru2 ni…ramai sahabat2 yang m’girimkan kad jemputan perkahwinan, alhmdllh bertemu jodoh jua mereka..doakan moge mereka diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat sehingga bertemu semula di alam yang seterusnya, I’Allah…Selamat Pengantin Baru untk Mardiana Sumardi dan pasangan, Noor Hanisah Haniffuddin dan pasangan dan Siti Fazarah Jamaluddin dan pasangannya…Dan I’Allah pade tahun 2010 ni jgk sye dh dpt jmputan dari 3 lagi sahabat saye…Diberi kesempatan dan umar yang panjang I’Allah akan memeriahkan majlis mereka…
Dedikasikan lirik ini untuk sahabat2 yang telah dh kwin …:



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga




Tatkala ramai yang bertemu jdoh..ade juge yang tidak bernasib baik dalam berkasih..bertahan sahabat I’Allah bukan masenye lagi dan jike ia baik untuk kite I’Allah ia akn tetap milk kite dan jike ia bukan milik kite siape la kite untuk melawan takdir…jadi jangan sedih sahabat…!!
Saye nak bagi nasihat xbape reti, dedikasikan lirik ini untuknya..:

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Dikecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan yang dapat membantu
Bukankah ini suatu dugaan
Dari TuhanNya Pengasih Penyayang
Kita hanya dapat merencana
Hanyalah dia yang menentukanNya

Titis air mata
Jangan dipersia
Curahkan hanya Kepada Yang ESA
Semoga hidupkan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkan Iman dihati
Selalu Menginsafi Diri Sendiri
Tiap Ujian Pembuka Jalan
Untuk Kembali Kepada Tuhan.


Ok...tutup kes ni...
Alhmdullh…bertemu kembali rakan dan sahabat2 sekuliah pade pembukaan sem baru ni, yg penuh juge dengan cabaran yang sedie menanti…Agak kelam kabut sikit, cz jadual banyak xsame gan sahabat2 yang lain seperti biase , disebabkan system terbuka yang digunekan sem lps..menyebabkan kami tercampak di utare dan selatan..p alhmdllh de jgk 2 3 kls yg masih same..menjadi kebiasaan, kne sentiase berdikari w’pn saye hampir xmasuk kls pade ri isnn sebab???.....hu2..klkr…xpe la sye je yg thu. Buke sem baru soalan cepumas yg org tanye ttg result, em…alhmdllh hasil yang memberangsangkan, doakan moge sem ni meningkat lagi, I’Allah…Tahniah pade kawn2 yg dapat reslt yang baik dan yang sebliknye..xpe usahe lagi..i’Allah klu kite xberhenti berusahe pasti akan ade jalan kejayaan kelak.



Perjalanan kelas dari Isnin hingga Khamis…berjlan lancar dan sem ni de 1 kls di Taman Bernam ri Selase cume 1 jam 10-11am..(kwn2 kate: ala ruginye..baik cuti xyah de kls cume 1 jam je..)huhu…xpe la,klu bnyk2 cuti xblja plk..(cuti pn ok gak..hihi) ok la isnn- jumaat time kls,sabtu and ahad time rest..ulgkji dan cari bhn tuk asgmnt..Cakap sal asgment..em…sem ni tough jgk tugasannye…dan blh dikatekan separuh daripade subjek dh dpt tugsan msg2…dan sebilgannye kene anta dalm bulan Januari ni..huhu…Tabahkan hati hamba mu dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat…




Waa..ri ni dh 1 Januari 2010…pe azam baru?huhu..blm ade..dlm prss memikirkanye..p klu x thn baru xleh nak berazam ek...hi2..tiap2 kali pn de azam xtggu berganti tahun..yg penting de matlamat dan objektif dalm hidup dan ianye seiring dengan Keredhaan Illahi… I’Allah..Menjelang tahun baru, cube muhasabah diriku yg kerdil..Adekah amaln aku semakin bertambah/ semakin berkurang?adekah tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnye?...fikir..renung…lihat...



Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti..pe nak buat ek?..em…fikir2 kan..
K la ..i’Allah panjang umur de kesempatan kite bertemu lagi…Moge dengan kehadiran Tahun baru dapat mematangkan lagi fikiran dan menjadi insan yang lebih baik, I’Allah..same2 kite doakan.
Salam,ill'liqa...
May Allah Bless us...peace:)

Salam....harap semue sihat dan dalam lindungan Rahmat hendaknye,hari2 berlalu dengan cepat..em..xsilap dh 3 minggu cuti..banyak jgk mase terluang macm 2 je..bce buku pn mls..hu2..novel dh lame xbeli..sedikit terkilan cz reunion yg diatur xdpt dijlnkn seperti yg dirncg..xde rzki..i'Allah len mase akn plan semule..mgkin de hikmah disebaliknye..Lame xtgk blog ni rindu plk..kesmpatn yg ade alhmdllh smpt jgk lihat ruangan pink ni..hu2..(pink?)..em..time ksh pade yg sdi singgh kat sni..maaf sye lambat reply msg kalian..jangan marh ek..dan yg mane saye xfllow..jgn merajuk..i'Allah spe2 yg singgh akn sye fllow..cume lmbt skt..sye smpt cek mane yg smpt..hu2..mklum la di rumah line xde..p i'Allah dlm pross m'cri brodbnd..Alhmdllh..kalian semue sdi berkongsi ilmu dgn saye..blog kalian semue banyak memberikan motivasi pade sye..dan maaf sekali lagi xsmpt nak comment pe2 wt mase ni..lain kali ek..tapi de sedikit dukecite..em..sye hargai pade yg sdi follw,tpi sye harp kejadian ni xberlaku lagi..em..maaf klu saye melukekan hati sesiape tapi..sye rase saye perlu katekan ni..em..mne2 yg menyiarkan GAMBAR2 yg xsepattnye di blog..harp jagn tingglkan link anda di sini..mohon sangat,anda bukan sje meningglkan kesan yg buruk pade saye malah pade yang lain2 juge...TOLONG...saye pn xth nk explain cm ne ..p mohon faham ape yg saye maksudkan..dan sye dh block!!..maaf.

Hari ni birthday adik saye yg bongsu..Selamat Hari Lahir Aina Atiqah,May Allah bless u..be a good girl ok..:) Malam tdi sye dh buat kek tuk die..hu2..my first kek...i'Allah de mase kang sye g cari hadiah tuk die..em..nak bagi pe ye??...em..best betul die..dpt hadiah motor dri abah..em..jeles betul..hu2..rzki die,xpe..akk die yg akn bawak nnti...hi2...

Em...skrg ni..mcm banyak sgt berfikir...xtahu la npe...dh xlme kot..hu2..Ya Allah..tabahkan hati hamba ini..dn xlame lgi sye bkl kehilangan sahabt..em..bkn nak ke mane pe..just ke kl..p..jauh jgk 2..die la kawan sye di lipis ni..klu g bente pn gan die..pas ni spe la nk teman sye ke bente nnt..hu2..time cuti sllu kua sme,jog sme..borak2..semalam bile die kate dh xakan balik lipis...ummm...cam hilang hidung sebelah je..hu2..xleh nak nafas..em..sedih,terkilan..cuak..tah la semue bercampur aduk..em..xpe la ..sye kne redha,support dan fhm keadaan masalah die sekarang dan klu 2 yg terbaik buat die saye sllu doakn kesejahteraan die buat selamnye..i'Allah akma pasti die akn blk smule..pasti.
em...dh panjang plk membebel nih..lepas rindu la dikatekan...haha...grau je..em..skli lagi sye nak mntk maaf yg mane sye xreply msg..mf sye xdpt masuk ke link anda..em..k la smpai sni dlu..harap anda semue sentiase ceria dan senyum sllu..:)

i'Allah de mase,panjang umur kite jumpe lagi di alam maya destinasi ini..jage diri..
Jazakumullahu khairan khatira & ukhwah fillah fi abadan-abada :)


Salam,ill'liqa...
peace:)
Salam semue..moge kite diberkati dan diRahmati Selalu..i'Allah..hope smue sht..
em..dh lame x taip di blog ni..time ksh pde yg sdi singgh...dikesempatan yg ade ni..nk ucapkan selamat menyambut hari raye Aidiladha dgn penuh berkat...em..xth plk nk tls pe..persiapan raye?em..xde pe..just sebak je tgk khabar haji..hu2.t'ingin nak g sane...p tuk rye ni..sye de cipte 1 resepi kuih rye baru..(popia nestum) hu2..actually housemate yg ajar...dh try kelmarin..alhmdllh menjadi..ma pn bagi green light..(ank suke ibu setuju)..hi2..habs 1 peket popia,malm 2 jgk ma bl 1 peket lagi suh buat tuk raye..hu2..malm ni kot baru beropeasi semule..klu spe2 yg dh biase gan resepi ni..hu2..sori ana bru bljr..p spe2 yg nak cbe wt dialu2kan..i'Allah..simple je..n sedap..hu2..(pde sye je..)..k la..i'Allah pjg umr jmpe lagi di alam maya yg serbe indah ni... jage diri..

Klu nk cbe resepi:

BAHAN2:
1-popia (saiz besar)
2-nestum (biase/madu- klu nk mnis +gule)
3-putih telur/tepung gndum(tuk lekatkan gulungn popia)

CARA:
1-gulung kulit popia-jdi mcm kuih roll
2-gunting popia-dlm 1/2cm..(ikut cite rse)
3-goreng popia yg dh digunting
4-kisar nestum dgn gule..(jgn smpai hncr..! sdrhane je)
5-dh msk gaulkn popia dgn nestum..
6-siap dimakan dgn dimulekan dgn Bismillah....



2 je..sori xsertekn gan gmbr...hope dpt la gmbrn nk wt cm ne...Selamat Mencube...!!

p/s: Apa jua masalah yang mendatangimu Tumpahkanlah air matamu dikaki sejadah, ubati jiwamu dgn Solat, hilangkanlah resahmu diGenggaman Doa ,Serahkan hatimu padaNya Moge Dia Membimbing kite

Walau Langkah tak bertemu, Tangan tak berjabat,Ucap tak terdengar, Mata tak Bertatap, tapi izinkan Hati ini mengucapkan.....






Salam Ceria,

ill'liqa,peace:)

Salam....moge2 kite semue sihat di dalam Rahmat dan RedhaNya selalu...em...Alhmdllh dapt lagi menghirup udara di Bumi ni..segar dan penuh nikmat...ri ni seronok la jgk..hu2..cz jap lagi nak blik kg..hu2..smlam tepat kul 345pm...habisla exm yg memberatkan kepale...alhmdllh..lege sik kepale...brg pn dh kems..ma and abah dh otw kul 8pgi tdi..moge2 perjalannnye selamat dan di dalam lindunganNya...kak de pn ikut...konvoi 2 kete..hu2..mcm nak g mane je...bia la jln sekali sekali....cuace pn..mndung je..sejuk...em..mmbr umah malm td 2 org dh balik..nnt tinggl 2 org je blk 25hb cz de kem..hu2..sian diorg..jeles tgk org balik..(xpe.. rubi and yam trskn perjuangan..!!)..nnt blh blk jgk kn..cme lambt je skt...pd kwn2 yg nk bercuti, semoge cuti2 kite dipenuhi dgn perkara2 yg bermanfaat dan diredhai selalu....sye pn xth g nk wt pe cuti ni..dlu cuti sem de gak kje..p ni cm xnk je kje..hu2..duk umah wt pe yg ptt je kot..p kne tlg settlekan tuk reunion sek..tuk f5 dl..huhu...cm ne la jmp mmbr2 lm..rmai gak mmbr dh kwin,kje..tunang,dah berkejaye...rindu plk time sek dlu..em..mcm2 krenah..dh hbs sem 4 ni..umr pjg smpai sem 5 plk..cm cpt je mse berlalu..pe yg dh aku bt s'pjg sem niek?em..mcm2.. hari2 dh meninggalkan kite dibelkg....k la..i'Allah klu umar pjg kite bertemu lagi di alam maya ni..hu2..pade kawan2 jage diri, moge siht2 selalu dan saye doakan semoge yg baik2 shje hadir dalam hidup kalian dan saye...w'pn dh bis exm..kne sllu doakn utk daptkan hasil yg terbaik...i'Allah..

Ok la..selamat makan t/hri, dan selamat bercuti..moge cerie2 sllu dan tabah mengharungi liku2 kehidupan...

p/s : Hati memiliki 2 sikap (menerima dan menolak) manfaatkanlah kedua2 situasi ini...ketika hati cenderung menerima banyakkan amal soleh dan sunnat sebanyak mungkin..
ketika hati sedang menolak (futur) ,ikut la hati dgn melakukan amal2 wajib..
berinteraksilah dgn hati dgn lemah lembut sehingga smpai saatnya ia cenderung utk menerima kembali...(Ibnu al Qayyim)

Salam Ceria,
ma'assalamah...illa'liqa,
peace:)



Salam...em...rse mcm dh lame xbalik umah,cadangnye minggu ni cek nak balik umah gan akk tapi disebabkan ri sabtu malam semalam cek de test (midterm) tuk paper Dasar2 Negara..jadi hajat nak balik terpakse ditangguhkan. Rindu kat abah, ma dan adik brdik..ri khamis ri 2 akk tanye smpai 2 kali kate nak balik xnak...huhuhu...bukan xnak balik ngah tapi xleh...

Sampai la ni...rindu sgt2...em...bru nak dail tgk2 abah dh tefon dlu...huhu....seakan2 tahu anaknya tgh gundh gulane sekarang...lepas jgk kerinduan walaupun xsmpat nk ckap dgn ma sebab ma kua gan adik dan akk ke psrye..Abah bru balik di KL, kursus di sne beberape hari..Abah ingat cek balik gan akk ngah cek..tapi tidak...tapi i'Allah klu stdy week ni xde pe2 mgkin balik kot sekejap pn jadila kan..nnti nak cuti sem dh..

Minggu ni agak longgar sikit jadualnye coz tugasan pn dh siap, cume malas je nak bace buku..
huhu....2 minggu g dh nak exm...Moge exm kali ini lebih baik dari sem lepas..i'Allah,yang penting jangan lupe usahe, doa dan tawaqal...i'Allah Allah akan tolong..


ok,solat isyak dlu..
Love myfamily.


Salam,ill'liqa,
peace:)

Salam...em...ri ni alhmdllh nak kte hpi xla sangat...biase je..alhmdllh hari yg baik..Syukur pade Pencipta Yang Satu.

ri ni leh tahan, di antare org yg awl datang ke kelas..ingat dh lwt rpenye dlm 15 mnt awl..biase la cek duk jauh kne peruntukan dlm 30mnt tuk ke kampus..tunggu bas dan sebagainye..Blajr ri ni pun best, dsr yg terakhir dlm bab..xsdr pejam celik pejam celik dh nak sampai ke penghujung sem dh..lectrr pn hjg bln dpn nak ke hji..em..bestnye la mude2 dapt g haji..dapat tengok Mekkah dapt merasai tmpat Rasulullah..em...teringin kan?i'Allah akan de peluang tuk kite...Moge dipanjangkan usia..Amin..Dalam pesanan dan tazkirah akhir yg disampaikan oleh kak lin..menitis jg air mate die..dan di luar kelas die kate yg hati die dh bkn disini tapi dah di sane..i'Allah cek sentiase doakan perjalann pergi dan pulang beliau sentiase dalam lindngan Allah SWT dan mendapat Haji yg Mabrur i'Allah.

Dan kami dh berbncg nak adekan farewall party with kak lin bagi kelas kami je..huhu..dan segale persiapan i'Allah cek dan kawan2 akn siapkan klu xde aral melintang/ menegak...huhu..lepas bork2 pas kls..die ajk balik sekali..die nak anta..fuh...mmbr len leh la die anta klj diorg dkt p cek
jh..xpe cek nak nek bas je..cz bas dri kmps i'Allah mdh nk ade..em..xde die trik gak nak anta...nek la jgk..xbaik die ikhlas nak anta...huhu..pas anta mmbr kat khar die anta cek plk..huhu...bersiar2 kat proton city jap..die teringin nak bli umah kat c2 p ayah die xbgi..ye la kat tg.mlim..lagpun bkn lame duk c2..em..p cntik umah kat c2...cek pun ske..hihi...bsr de tmpat nk bercck tanam g...hihi...best de umah cm 2 duk gan ma n abah...

Dalam berbork2 die nk cri jdh tuk cek...huhu....klkr dan mrpk btl..siap tny dlm ms t'dkt ni dh nk kwin ke x?..mls nk uls ttg 2..huhu..cek serahkan pade Allah SWT dan bukan cek xushe..p xprlu lagi..daptkan Cinte Yang Maha Kuasa..lagipun cek kene btl2 kne cintekn diri sendri,keluarge dan cinte Dia yg penting..banyak g perkare yg cek perlu belajr n tingkatkan diri...haha..stop this kes.

Pastu sempat gak ckp2 sal exm skt2..banyakkan bace ek akma..sabtu ni test dasar..huhu...so be ready k..pas die anta,cek trs g cafe bli tuk makan tenghri...plih2 time nak bayar...em..."bpe ni ye kak"..."2.50 je dik.." cek senyap...tanye g.."2.50 je"...wat2 xcye plk..huhu...ye la cek mik nasi, ayam mask mrh gan syr..sllu ayam dh 2.50 ni cmpr smue bru 2.50?? aik...Alhmdllh rzki...cek terime kenyataan huhu...time ksih ek kak...pas makn, slt trs g kls plk kul 2...alhmdllh bas sedie menunggu...hihi...Dlam kls ok...ri ni 4 group akhir yg prsent...Pas kls trs balik...Cam 2 la ri ni...semue berjalan dgn lancar dan baik..Cme masalah add sbjek tuk sem dpn je blm selesai...

em...masalah2...p xpe..sabr, masih de mase dan kami diwar2 kan utk mik subjk dri sem 6/7... Skrg cek xadd 2 lgi sbjek yg telah diunjurkan tuk sem dpan..dan 1 sbjek tuk sem 6 cek dh add..huuhu...grm pnye psl..hihi..Sukar jgk...cz klu bleh nak ikt pkej yg dh dittapkan ikut setiap sem..p dh jadi cm ni..nk wt cm ne..ni pn Alhmdllh cek blh add 4 sbjek..de g kwn cek hnye dpt add 1 sbjek je...!...sedangkan kami kne ckpkan 21 jam krdt...jadi cek kne bersyukur...bkn cek je yg ssh..rmai g yg lgi ssh dri cek...jadi pe2 pn sblm 30 ni kne cri sbjk n ckpkan 21 jam krdit k..


K la...i'Allah de mase smbg g..

p/s : Jangan Menangisi kesusahan kamu, Kerana masih ade yang lebih menderite daripade yang kamu hadapi...Sesungguhnya ujian yg ditrunkan itu satu nikmat dalam hidup kite sebagai insan.


Salam, May Allah Bless us...
ill'liqa,peace:)

"Always Be There"