Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah selesai mesyuarat permulaan persekolahan kali pertama untuk hari ini dan akan disambung pade esok hari dan seterusnya. MasyaAllah, hari ini saje, pelbagai perkara yang dihenyak di atas bahu dan kepala. Em..apepun, memandangkan sekolahku sangat hebat jadi sebagai guru juga perlu bertindak secara hebat dan yang penting profesional. Satu perkare juga yang menjadi tanda tanye untuk satu tugas ‘khas’ yang paling dielak oleh semua guru akhirnye terjawab pada hari ini, dan siapa yang bertuah menyandangnya..ialah Guru Baru iaitu Saya, bagi J/K Relief. Wah..haha. Selain dari itu juga, secara rasmi ‘dianugerahkan’  9 lagi bidang tugas yang lain. Eheh, nak pengsan jap..huhu. Em..ape pun, moge segalanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan.

Program…dikira-kira yang ada setakat ini, sebanyak 63 program yang akan dijalankan dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Cuti…hanya cuti penggal dan umum sahaja yang betul-betul cuti..sabtu dan ahad kebanyakkanya sudah dipenuhi.

Kursus…paling terdekat, PBS Ting. 1 & 2.

Tugas yang banyak bukan bermakna kite perlu lemah dan putus asa tak tentu arah. Ambillah ia sebagai ilmu dan pengalaman untuk menjadi insan yang dapat berikan manfaat pada sekelilingnya. Mudah-mudahan, Aamiin.

Jadual pun dah dapat.
Subjek M/P pun dah dapat.
Takwim pun dah ada.
Tugas Kokurikulum & Kurikulum pun dah ada dll,
Abah @ Cikgu Duan senget sebab ganggu time mesyuarat,
Pn. Pang tak kenal?..adeh, spoil...
Badan pun dah nak demam,
Esok lusa mesyuarat lagi…
Sekarang..Zzzzz.

*P/S : “Usia sekadar angka, hanya TAQWA yang membezakan makhluk disisi-Nya”



Dia lelaki pertama yang memperdengarkan kalimah Allah,
Dia lelaki pertama yang menjaga dengan penuh kasih sayang,
Dia lelaki pertama yang merasa bimbang dan khuatir keadaan anaknya,
Dia lelaki pertama yang memahami hati dan kelakuan anaknya,
Dialah lelaki pertama yang dicintai oleh anaknya...
Dialah segala-galanya yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada anaknya.


Em...merajuk sekejap..dan seperti biase abah akan lakukan taktik yang same untuk pujuk...

i love u Abah...
~Moge Allah berkati dan limpahkan rezeki dan kemuliaan buatmu di dunia dan akhirat..aamin.





p/s : "Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....
Assalamualaikum wbt...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar....






Tidak rasa ingin berbicara,
Mulut terkunci seribu bahasa,
Air mata tidak ada,
Hati sunyi tidak rasa apa-apa,
Tanda kecewa atau Bahagia?

Bagai jasad tidak bernyawa,
Fikiran entah kemana-mana,
Unggas tak berbunyi suara,
Bunga sembunyi dalam kelopaknya saja,
Tuhan, aku fikirkan apa?

Iman, apa khabar kamu?
Baik-baik sahaja?
Masih dalam hatiku yang kian kelam?
Masih ingin membantuku sucikan sang hitam?
Masih mencintai Tuhan Pencipta Alam?
Ingin mati dalam Islam?
Ingin bersama insan yang berdoa di setiap malam?

Hati, kamu sihat sentiasa?
Masih tidak peroleh ketenangan?
Sudah sujud kepada Tuhan?
Sudah mengaji surat cinta Al-Qur'an?
Lazimi Zikrullah sebagai amalan?
Sudah berselawat kepada Rasulullah s.a.w 
yang di dunia sebagai pedoman?
Kamu sudah bina kekuatan?


Allah...lemahnya aku.

Aku, perlukan kamu..
Membantu aku...
Hadapi kehidupan ini..
Menggapai Redha dari Ilahi..
Sehingga Syurga Firdausi...

Aku, perlukan kamu..
Menyebarkan bahagia kepada mereka yang disayangi..
Seluruhnya di dunia...
Berjalan dan berlari demi kasih yang suci..
Untuk bekalan di akhirat nanti...

Aku, perlukan kamu...
Membantu aku...
Hadapi ujian ini...
Hadapi kelemahan ini..
Bersama kasih sayang Dari-Nya,
Tidak kira masa dan ketika...

Aku, Perlukan Kamu...

Sungguh, Allahurobbi!





Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, terlalu banyak bersedih buat hati mudah dihantui hasutan syaitan yang pasti akan melemahkan iman.. Ahh...bangunlah dengan segaran IMAN.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita ketika saya berada di Hospital Temerloh seminggu yang lepas.
Sehari sampai kat sana, selera makan memang xde..mungkin abah kene puasa jadi saye pun berkire-kire untuk tidak makan. Sehingga masuk hari ke dua, doktor bagi green light untuk abah boleh makan .
Saye turun ke tingkat dua untuk ke cafe dan kedai runcit mencari makanan dan bahan bacaan.

Ramai jugak manusia kat hospital ni...pasti mereka datang ke sini dengan pelbagai situasi kesihatan. Moge mereka semua dilimpahkan Rahmat dan diberi kesihatan yang baik..Allah, sembuhkan mereka, kerana ku tahu tiada ubat yang paling mujarab selain redha dari-Mu..

Saya beratur untuk membayar barang-barang yang saye beli dari kedai runcit tersebut. Uih...panjang, saya berdiri berdekatan dengan pintu masuk. Sedang berdiri mata teralih kepada seorang budak kecil dalam lingkungan umur 2-3 tahun berdiri kaku di tepi akak chasier sambil menunjuk-nunjuk botol air mineral. Saya cuba memahami keadaan, ape sebenarnya budak tu nak dan ape yang akk chasier tu cakap kat budak kecil tu. Saya berdiri lebih hampir dengan budak kecil dan akak chasier untuk mendengar "apekah yang berlaku".

"Nak air"
"Tak boleh, pergi cari ayah atau mak..bagi duit dulu"
"Nak.."
"Tak boleh, mane duit?"

dan perbualan itu berulang-ulang sehingga datang akak kepada adik kecil itu yang dalam lingkungan 4-5 tahun.

"Adik jom...mane boleh beli, duit xde"
dan budak kecil itu masih menunjukkan jarinye ke arah air mineral tersebut. Berdiri kaku...

Allahuakhbar...macam mana kalau ini anak saya?

"kak, die nak ape? air ni..tak xpe saye bayar...bape ringgit?"
dan budak kecil itu terus berlalu bersama akaknya......
Bukan nak kata saya superwomen atau wonderwomen...
Ahhh...bukan.

Kaki saye melangkah dari kedai itu dengan penuh tanda tanya...
Sanggupnya akak chasier tu xnak bagi hanya sebotol air mineral...kesian kat budak tu...
Saya cube letakkan diri dalam situasi akak chasier tu...
Ini punca rezekinya, mungkin kedai ini bukan kedai die yang mana die hanya  diamanahkan saja untuk menjaganya. Mungkin takut dimarahi tuannya dengan kurangnya barang tapi untungnya tiada.

Adik kecil...
Ibunya entah kemana...adakah disitu?
fahamkah dia, apabila mengambil sesuatu kena tukarkan dengan wang?
Sangat dahaga atau apa saja...

Apapun...saya cume berandaian..Allah jua yang mengetahuinya.

Saya tidak setuju, ibu bapa membiarkan anak-anak sendirian...
Saya juga kurang setuju, masyarakat tidak mengendahkan sesamanya...
Tapi kita masing-masing punya alasan...
Moga saya dapat mendidik, diri untuk lebih menjaga manusia yang ada di mana sahaja bukan sahaja pada saudara tapi seluruh makhluknya...Aamin Ya Robb.

Baik itu sahaja...Wallhua'lam...
Ampukan saya jika ada silapnya..
:')

p/s : dah lama tak update blog, syukran jazilan buat follower blog ini..insya-Allah bekesempatan saya akan singgah di blog anda yang osem..insya-Allah :)



*Ya Allah, sangat-sangat sakit....tersepit,
Allah, tabahkan hatiku untuk hadapi semua ini...
Maafkan hambamu yang lemah ini.







Wahai si pemendam rasa,
Mengapa baru kini kau luahkan segala,
Hasrat yang kian lama,
Setelah aku mengangkat pena.
Mengapa dibuang masa
Yang diberi Allah percuma
Adakah semuanya tidak bermakna
Sehingga membiarkan ia.
Mungkin demi mengambil masa
Tapi masa sudah tiada, menuju singgahsana
Masa tidak mengenal kita siapa
Dan Hati berkata Ya kerana kamu tidak berkata apa-apa.
Mana jalan yang perlu aku hadapi
Demi kamu yang sengsara atau dia yang meminta
Atau tidak pada kamu semua.
Mana jalan yang perlu ku tempuhi jika
Segalanya sia-sia
Benarkah ia sia-sia.
Mengapa baru kini
Mengapa baru tergesa-gesa
Adakah ia dari naluri kamu
Atau kerana mereka
Kamu tahu aku turut terluka
Aku harus Bagaimana.
Kini tiada gunanya
Pena telah ternyata
Kerana aku sudah melepasi semua
Iaitu aku dan kamu…
Ini takdirnya yang perlu ditempa
Dengan redha kepada-Nya.
Tidak sekali gagal jika tidak memiliki
Pada wanita yang pasti mati
Dan jasad akan reput bersemi
Kecuali aku dapat berikan kamu
Syurga Firdausi milik Ilahi
Dan ia pasti kamu boleh perolehi
Dari sesiapa yang dipilih oleh-Nya
Tidakkah kamu yakin dengan aturan-Nya.
Bangkitlah demi Dia
Yang berikan kamu Nyawa
Untuk meneruskan segala
Bukankah cinta-Nya melebihi dari segala yang ada
Hapuskan duka kerana aku tidak membina bahagia
atas wajah duka..
Kamu bimbang aku tidak bahagia
Allah sentiasa ada pastinya Bahagia
Lupakan ia, dan maafkan diri kita
Kerana ini yang dapat aku laksana
Demi kepastian yang telah terpatri
Kerana Allah sudah meneliti
Suratan aku dan dia
Atau mungkin bukan untuk kedua-dua.
Noktah.


Besarkan Jiwa, Lapangkan Dada....Ya Robbi.
Demi Allah, bukan aku, kamu dan dia...Demi Allah.






Tangisan air mata itu tidak kira duka,
Ia mengalir mengikut nalurinya sahaja.
Buat hati melepaskan jiwa yang diduga,
Ini hanya ujian dari Tuhan..
Ya, berat membuat pilihan…
Bagai terbelah rasa dan jiwa.
PadaNya aku serahkan..
Untuk Dunia dan Akhirat sana..
Tanpa ada yang sengsara dan terluka,
Namun jika ada biarlah aku sahaja yang hiba.






24.Nov.2012

Bismillahirahmanirrahim...

Tanah Suci itu diserang lagi...
Wanita, Pemuda, Bapa dan Ibu,
rebah berdarah hilang arah...
Kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa,
Kezaliman yg tidak sudah..

Bagaimana nak ceritakan derita,
Sedih melihat nasib mereka...
Hati sebak menahan rasa...
Mungkinkah aku dapat gagah sepertinya.

Bumi Suci itu dibanjiri letupan bencana,
Menghilangkan kedamaian sepurnama,
Bayi kecil turut memejamkan mata,
Syahid menghadap Kekasih Yang Esa.

Ya Allah,
Berikan kekuatan kepada Saudara Islamku di sana,
Janji memperjuangkan tanah yang mulia,
Mati sebagai pembela ummah yang setia,
Mungkin aku mati dengan sia-sia..
Jadikan aku seperti mereka,
berjuang tidak kira masa, kudrat dan tenaga.

Ya Allah selamatkan mereka,
saudara-saudara SeIslamku di sana..
Aku tahu janji-Mu pasti,
menanti para Pejuang Agama yg suci,
Di pintu Syurga Firdausi,

HANCURKAN ISRAEL LAKNATULLAH,
PEMUSNAH KEAMANAN DUNIA.
BANGUNLAH WAHAI PEMUDA ISLAM,
DEMI AGAMA YANG DIJANJIKAN SYURGA
ALLAH YANG ESA, ALLAHUAKHBAR!





ayat berterabur..kepala pusing memikirkan bagaimana mereka di sana...
bagaimana mereka....lagi pusing fikir diri aku bagaimana...
kerana mereka dijanji syurga tpi belum tentu kita...


Bismillahirahmanirrahim...

Bagaikan baru tersedar daripada terhantuk ke dinding,  surat yang diterime sebelum cuti sekolah tempoh hari adalah Menghadiri Kursus PBS untuk Matapelajaran Bahasa Malaysia. [?]

"Setelah mengikuti kursus ini, setiap peserta WAJIB mengadakan latihan dalaman peringkat sekolah dalam tahun 2012 INI juga dan laporannya akan diminta oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Pahang."

Ini antara perenggan dalam surat tu..
Haha...mane pergi guru lama yang ajar BM? 
Ya, cikgu baru kena belajar benda baru..
Bahasa Malaysia + PBS.
Nanti selepas kursus akan dikongsikan @ ditunjuk ajar kepada cikgu yang dah mengajar lebih 5-10 tahun?
Haha.. Allahu Robbi..
Penyelesaian : Berhenti merungut, mula cari Buku Teks BM dan menelaah ok? huhu...


TIDAK ADA YANG MUSTAHILKAN? ALLAHUAKHBAR, CHAIYOKK!!!



Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum..

I received a song from someone. Kira Engkau Tahu by Aidil..I listen to a song over and over again, but I still do not understand the meaning of the lyrics..that's means i do not understand. But I hear it over and over again.

Hari ini 5 Nov 2012, buat pertama kali STPM Penggal 1 akan dijalankan. Moga Allah Redhakan segalanya..mengampuni dosa-dosa kami, berikan ketenangan dan dipermudahkan menghadapinya. Walaupun  diberi kesempatan hanya beberapa bulan utk berkongsi ilmuNya bersama pelajar 6 rendah, namun kerisauan tu tak dapat dinafikan. Apapun, Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui..moge dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, aamin.

~Allahumma nawwir quluubana binuuri hidayatik,kama nawwartal ardho binuuri syamsik,abadan abadaa birohmatika ya arhamar rohimiin. "
Ya Allah terangilah hati2 kami dgn cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau terangi dunia ini dgn cahaya matahariMu selama2nya dgn rahmatMu wahai Tuhan yg Maha Penyayang.."



Tidak semestinya hanya pelajar yg solat hajat, berdoa, berusaha, istiqamah dan tawaqal..tapi gurunya juga...Rabbi Yassir Wala Tua'sir..

Untuk pelajar yang menduduki SPM, semoga berjaya untuk anda...buat yang terbaik!


sakittt peruuutt......Allah, Ya Allah, Allah, Ya Allah... ^_^




Bismillahirahmanirrahim.....
Assalamualaikum wbt, MasyaAllah, Allahuakhbar.....
Lama meninggalkan ruangan ini, kini rindu mengamit disanubari.. 

Alhamdulillah, masih hidup..moge ada Redha dalam setiap nafas yang dikurniakan. Bulan demi bulan berlalu, pasti banyak yang berlaku. Moga ia menjadi pedoman untuk lebih tegar dihadapan.

Sukarnya untuk mendidik. Melebarkan pengetahuan dan kefahaman. Mentadbir kecintaan agama di bumi Tuhan. Memberikan secebis lakaran dalam kehidupan buat diri dan mereka. Ya, mungkin akar sudah terlalu besar, susah untuk dicabut dan ditanam yang baru. Tapi itu bukanlah bererti ingin mengantikan segalanya baru, tidak.. cukup jika mereka memahaminya mengapa.

Saya hanya memerhati dan menyelami, mengapa... Diantara salah satu masalah yang agak dipandang enteng dan tindakannya agak kurang berkesan adalah berkaitan Kebersihan. Sampah merata tempat, tidak ada rasa bersalah membuangkan sampah bukan ditempatnya, tidak rasa ingin mengindahkan kawasan, tidak ada rasa tanggungjawab, kurang prihatin, kurang rasa sayang ditempat menimba ilmu. Namun rasa tanggungjawab itu bukan saya lampiaskan dikepala para pelajar semata, namun semua komuniti yang ada di dalamnya. Sama ada sedar atau tidak ia sangat-sangat mempengaruhi kehidupan. 

Jika tidak dibendung, masalah sampah ini akan menjadi  masalah yang sangat-sangat parah. Hal ini juga adalah sangat berkaitan dengan sensitiviti seseorang, sejauhmana mereka mengambil berat mengenai suasana disesuatu tempat. Pada kebiasaan, menjumpai sampah bila berjalan, saya akan kutip tapi disepanjang.... perjalanan dan hampir setiap hari, sampah tidak pernah surut dan pelajar sewenangnya membuang sesuka hati..keadaan ini lama-kelamaan m'jengkelkan saye..haha..Di asrama pun macam tu. Setakat ni, saye tak de lah marah membabi buta "Jangan Buang Sampah!, Kutip Sampah, Kutip....Kutip....Kutip. " 

Cuba guna pendekatan psikologi. Mempersoalkan kepada pelajar. "Adakah kita tahu yang Allah amat mencintai keindahan dan menyukai kebersihan? Tidakkah kita tahu yang ada satu makhluk Allah yang sangat menyukai kekotoran? adakah kita bersahabat dengannya?. Tidakkah kamu lebih selesa jika bilik bersih dan udaranya nyaman? Tidakkah kamu rasa serabut jika bilik yang tidak kemas dan bersepah? Tidakkah kita semua ada kesedaran sivik? Atau kita tidak pernah amik kisah?"  

Kadang-kadang, semasa berjalan dan terserempak dengan pelajar dan kebetulan ada sampah, saya akan kutip sampah dan meminta tolong pelajar buangkan..bersama membuang kotoran daripada pandangan.Em....tapi untuk memahamkan 9++ manusia yang ada..agak memerlukan usaha yang keras dan tidak boleh berputus asa. Hakikatnya saya tidak mengimpikan untuk mereka berubah, cukup jika mereka memahami dan berfikir apa yang pada haknya.

Masih mencari solusi... 


“KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN”. (RIWAYAT MUSLIM).

P/S : Jangan buang sampah ketika kita masih dalam kenderaan, Tunjukkan nilai murni di mana kita berada dan hormati hak orang lain.

Ke kiri ke kanan,
ke atas dan ke bawah,
binggung sendirian..

Ke sana dan ke sini,

ke tepi dan ke tengah,
gundah dan gelisah...

Setiap gerak kelakuan dan tindakan,
ada yang menjadi dan ada yang bergelimpangan...

benar, ini proses kehidupan...


Ya Allah, adakah ini petanda aku semakin jauh dengan-Mu?

Ya Allah, adakah gundah ini petanda Kau ingin menarik aku supaya lebih dekat dengan-Mu?
Adakah aku sedang melupai Kamu?
Astagrafirullahala'zim....Ampuni aku.


Ada yang datang dan pergi,

dalam kehidupan ini...
ada yang mendesak, ada yang memberontak,

ada yang memaksa dan tidak memahami..

kepala jadi sesak...tolonglah, berikan ruang...

Adakah ini cerbisan tarbiyah yang ingin Kau timpakan
supaya aku dapat membiasakan diri? Tunjuki jalan Ya Rabb, moge perjalanan ini jernih semula dan sentiasa...

Sungguh, aku lelah...

dalam suatu ketika,
Aku lelah...Namun,
Kau tetap berikan kekuatan melalui senyuman..

Kau tetap berikan kekuatan melalui ayat-ayatMu kepada hati ini..

jangan lepaskan aku sendirian..
Ingin aku teriakkan apa yang terbuku..
biar lepas...biar lepas...

~Bina Rohani, Dekatkan Diri DenganNya..Kerap dan Sentiasa!
Jika ingin menangis, menangislah di hadapanNya..~

13 September 2012,PSS


Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum wbt...moge semua dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa. Em...alhamdulillah diberi nikmat sihat sehingga sekarang..Allah Maha Besar, Maha Lembut dan segalanya...Walaupun kite pernah melupakan Dia seminit tapi Dia tetap menjaga kita setiap SAAT!..ALLAHUAKHBAR.

Lame sangat xupdate...Ramadhan dan kini Syawal...masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H dan selamat menjalani ibadah Puasa 6 dalam bulan ini. Terime kasih buat follower yang sudi singgah kat sini, moge ada manfaat yang boleh diambil dan jika ada penambahbaikan, sebagai tuan rumah di sini..saye amat mengalu-alukan =)

Banyak yang ingin dikongsikan, melalui hikmah yang telah dijalani sepanjang beberapa bulan ni..namun, apakan daya "kemalasan" menghantui diri.. astaghrafirullahala'zim... huhu...first thing first, jadi saye ketepikan utk ruangan disini dahulu. Bulan Ramadhan lepas, Alhamdulillah satu Pengisian Ramadhan telah diaturkan untuk pelajar asrama. Perkara biasa, sebagai guru baru..[ saya budak baru belajar] ada kekurangan dan bermacam cabang masalah yang berlaku. Hampir putus asa, namun Alhamdulillah berjaya selesaikan hingga penghujung Ramadhan. Moge apa yang disediakan, memberi manfaat..walaupun tak banyak..moge2 ade manfaat walaupun sikit. aamin.

Pengalaman itu Mengajar Erti Hidup dan Mematangkan Diri. Yup..saye setuju. Masalah dan Dugaan yang diberi oleh Allah bukan sia-sia, bukan niat untuk menyusahkan hamba, tapi mengajar dan melatih untuk BERJAYA. Kesedihan itu bukan beerti Melemahkan tapi memberi Nikmat Gembira Setelah Duka Dalam Mengecapi BAHAGIA. Kite akan mengingati setiap detik yang dilalui, jatuh, bangun, sakit dan gembira..dan akhirnya jelas ternyata, ada Hikmah yang tersedia..itulah kenangan perjalanan yang membahagiaan apabila dikenang. Jika tidak diuji dengan cabaran dan dugaan, kosonglah kenangan untuk dikenang..tidak ada turun dan naik dalam hidup, bermakna sunyilah hidup daripada segala perasaan gembira, sedih, letih dll yang dianugerahkan, bermakna juga, statistik kehidupan kita hanya mendatar sahaja..tidak ada pusingan roda, Sungguh tak Menarik! =)

Senyum Sebagai Penawar..Yes, itu ubatnya...setelah merancang, berusaha dan berdoa & bertawaqal..hanya padaNya, insyaAllah penawar segala masalah akan terzahir untuk memberikan semangat dan meneruskan langkah. Walaupun dalam kedukaan, dan hampir putus asa, Allah tetap gerakkan antibody, menggerakkan segala urat saraf untuk teruskan VISI dan MISI perjuangan. Maka terzahirlah senyuman walau dalam KEPENATAN, senyuman menyembuhkan KELEMAHAN & KESUKARAN dan senyuman memberikan isyarat kepada minda supaya jangan mengalah dan teruskan semangat sehingga titisan terakhir, teruskan apa yang telah kite mulakan. Jadi jangan memandang remeh terhadap senyuman yang kite zahirkan. Jika hampir putus asa, fikir dan fokus kembali pada MATLAMAT utama perjuangan..adekah meraih Redha Allah atau manusia? Jika Allah, jangan lemah hadapi cabaran apabila ade manusia yang tidak bersetuju, menentang dan membenci kita melakukan sesuatu. Itu cebisan latihan untuk kite belajar menguruskan emosi, mental, fizikal dan tanggapan kita pada manusia. Jadi jangan bersangka buruk pada manusia, itu semua Allah aturkan. Allah berikan manusia yang menyukai kita, Allah berikan manusia yang membenci kita, Allah berikan manusia yang salah faham pade kite, Allah berikan manusia yang sentiasa berikan semangat pada kite...semua itu Allah berikan sebagai cebisan latihan untk kite bangun menjadi Hamba-Nya yang taat dan tidak bergantung pada manusia. Jangan bimbang dengan masalah (tentangan), jika apa yang kita lakukan untuk menikmati Redha Allah, jangan bimbang jika apa yang hendak kita usahakan, cara dan gaya bertetapan dengan apa yang dianjurkan oleh Allah. Jadi bersangka baik sepanjang menjalani kehidupan kerana yang pasti itu Kasih Sayang daripada Dia.

Balasan Buruk atau Baik?. Setiap yang kita lakukan pasti menginginkan perkara yang baik-baik sahaja sebagai balasan. Tidak salah mengharap tapi jangan silap percaturan. Dunia ini luas, pelbagai warna dan gaya pelbagai rasa dan rona. Jadi berpijak di bumi yang nyata. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-ankabut ayat 2-3:

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Jadi, hati-hati mengharap...letakkan Harapan pada Allah jika tak nak terlalu bersedih jika tak dapat apa yg kita harapkan. Kita pasti Diuji...dan balasan buruk itu bukanlah bermaksud Allah tidak sayangkan hambaNya, tpi kalau dapat yg baik...sahaja, tak de lah perjuangan utk mendapatkan yang baik daripada yg buruk dan jangan sangka "buruk" itu tiada manfaatnya..itu semuanya adalah pengalaman yg perlu difikirkan dan jadikan pedoman.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah: 216]


Apapun, Alhamdulillah..diakhir Slot Pengisian Ramadhan, hati saya berbunga-bunga. Nafas dihembus penuh makna. Alhamdulillah...semuenya pengalaman untuk memperbaiki, memahami, menyesuaikan diri, pengajaran untuk lakukan yang lebih terbaik pade mase akan datang. Terime kasih, pada semue pihak yang berikan kerjasama, terime kasih kepada penceramah jemputan yang terdiri daripada guru SMKC dan Mahasiswa IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.


" (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya paa disisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." [Surah al-Baqarah : 112]

Jadi, begitulah kehidupan..pelbagai cerita dan kisah. Hadapi dengan berlapang dada. InsyaAllah...Allah sentiasa bersama. InsyaAllah, jumpe dilain entry...Moge diberikan kejernihan hati, mencintai hanya pada Ilahi.=)


P/S : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” - Hadis Riwayat Imam Bukhari.


Bismillahirahmanirrahim…..Maha Suci Allah..yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam, menjadikan angin dan taufan, menjadikan manis dan pahit malah segala adalah ciptaanNya.

Sesungguhnya tidak dapat dilampiaskan rasa kesyukuran buat Rabbi yang telah menghidupkan diri ini di dunia yang serba indah nan sementara. Allah, telah banyak nikmat dan kurniaan yang diberikan lantas hati ini sentiasa rapuh menyebut kalimah syahadahMu…

Alhamdulillah, dah masuk bulan baru untuk tahun ini..selama 42 hari di sekolah sejak dipostingkan. Sukar digambarkan dan dinyatakan perasaan. Sukar dihembuskan nafas yang kian sesak, namun demi perjuangan yang tinggal akan dilangsaikan sehingga hujung nyawa jika diizinkan olehNya.

Alhamdulillah, sekolah ini amat baik…mempunyai rakan sejawat yang tidak kurang baik, mempunyai anak-anak murid yang juga sangat baik dan seluruh staf dan pekerja yang juga amat baik. Moge Allah melapangkan dada untuk menerima suasana baru ini sebaiknya dan secepatnya, Aamin. Perlu diingatkan pada diri, disini bukan untuk tempoh 3 bulan atau 2 minggu (seperti praktikal & ROS) tapi selama yang diizinkan.

Sepanjang tempoh ini, banyak aktiviti yang telah diadakan..alhamdulillah, sebagai penambahan pengalaman. Diantara program dan aktiviti setakat ini yang berlangsung adalah:

i. Pemantauan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012

ii. Ceramah Kesihatan

iii. Sambutan Israk Mikraj

iv. Kejohanan Olahraga Tahunan

v. Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan dan Hari Kantin Sekolah.

vi. Latihan Rumah Sukan

vii. Penutupan Sukan Tahunan SMKC

viii. Malam Simfoni Kearifan

ix. Kem Motivasi (UKM)

Dan program yang bakal menyusul:

i. Kuiz Kenegaraan

ii. Perlawanan persahabatan sukan

iii. Kem Motivasi (Asrama)

iv. Perkhemahan Bersepadu

v. Menghabiskan silibus (yang ni je xterlibat)

Tidak dinafikan, sekolah ini agak banyak menjalankan program dan aktiviti. Minggu lepas, minggu yang agak keletihan, bermula Isnin- Jumaat dipadatkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya Hari Kejohanan Sukan Tahunan, dan keunikan disekolah ini melancarkan perasmian penutupan sukan tahunan pada waktu malam!. dan penutupan itu berakhir pada jam 12.30 tengah malam…majlis habis agak lewat mungkin disebabkan kedatangan pihak VIP yg lewat seperti yang dijangkakan dan perasmian itu bermula pada 10.00 malam. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah Rumah Sukan saya dapat naib johan berbanding tahun lepas dapat tempat keempat iaitu tempat terakhir. Apepun, hepi je walau penat ^_~ saya yakin disekolah lain juga tidak kurangnya dengan pelbagai aktiviti dan itulah realitinya.

nape la dapat sekolah ni?. .

=) Allah ada jawapannya, tidak saje-saje Allah letakkan saye disini, bukan saje-saje Allah berikan cabaran ini , bukan sengaja Allah campakkan saye disini seorang diri dan segalanya pasti ada sebabnya, kadang akal lemah tak bermaya, pasrah dengan keadaan dan bukan Redha! Sangat dungu memikirkan ape yang telah diberikan dan itulah sikap manusia. Mahukah aku menjadi sedungu itu? Aha…jauhkan.

Kini, menetap di asrama walau secara teknikalnya masih belum dilantik secara rasmi. Mungkin agak janggal berjauhan dengan keluarga dan rumah kerana jarak 10-15 minit yang memisahkan. Namun, itulah pengorbanan yang perlu digalas, yang perlu ditempuh, insyaAllah pasti Allah mengetahui kemampuan diri ini.

Sedikit sebanyak, saye mule merasai hikmah di sebalik apa yang dilalui..ramai guru disini menjangkakan saye bekas pelajar sekolah ini, namun bukan sama sekali. Saya diberikan ‘perantauan’ yang agak jauh dan sangat besar hikmah saye ditempatkan disini..mudah-mudahan…kini, saye berusaha untuk dapatkan yang terbaik insyaAllah.

Malam semakin larut, dan kini mata ini sentiasa memujuk diri untuk beradu lebih awal daripada biasa…^_^ insyaAllah, esok akan ke SMK Seri Lipis untuk Kuiz Kenegaraan, doakan moge ia dipermudahkan…Rabbi yassir Wala Tu’assir.. Rabbi yassir wala tu'assir!

p/s : Ya Allah, jadikan diri ini insan yang menyenangkan dan bukan menyusahkan, Aamin.



~ MOGA ALLAH REDHA~

"Always Be There"