Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
JT

Assalamualaikum wbt..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan keluarganya.

Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat dan ikhlas menghadapi segalanya di dunia.

Hari ini 18 Mac 2013, keputusan STPM keluar. Moga semua pelajar mendapat keputusan yang masing - masing inginkan. Moga keputusan itu terbaik buat diri dan keluarga. Tinggi atau tidak , pointer banyak atau sikit..terima dengan lapang dada. Mungkin itu hikmah yang perlu dipelajari sepanjang usaha yg telah dikerahkan. Keputusan yg mungkin membahagiakan atau yg mengecewakan itu bukan penamat bagi segalanya. Tapi ia permulaan bagi meneruskan kehidupan baru nanti.

Banyak2 berdoa dan tenang 2 shja. Tawaqal padaNya. Dia lebih tahu aa yg tebaik buat hambaNya.

* Teringat masa ambil result, saya sendirian saja
ke sekolah dihari kedua selepas keputusan dikeluar. Cikgu Ali yg tolong kirekan pointer.

May Allah bless you all,
kepada pelajar SMKBBST & SMKClifford.


~nothing can change or will i change that  ?~ Uummm...

21 Mac 2013, Keputusan STPM PENGGAL 1 akan keluar..Moga dapat keputusan yg terbaik.Aamin.






Tangisan air mata itu tidak kira duka,
Ia mengalir mengikut nalurinya sahaja.
Buat hati melepaskan jiwa yang diduga,
Ini hanya ujian dari Tuhan..
Ya, berat membuat pilihan…
Bagai terbelah rasa dan jiwa.
PadaNya aku serahkan..
Untuk Dunia dan Akhirat sana..
Tanpa ada yang sengsara dan terluka,
Namun jika ada biarlah aku sahaja yang hiba.






24.Nov.2012



Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum wbt...moge semua dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa. Em...alhamdulillah diberi nikmat sihat sehingga sekarang..Allah Maha Besar, Maha Lembut dan segalanya...Walaupun kite pernah melupakan Dia seminit tapi Dia tetap menjaga kita setiap SAAT!..ALLAHUAKHBAR.

Lame sangat xupdate...Ramadhan dan kini Syawal...masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H dan selamat menjalani ibadah Puasa 6 dalam bulan ini. Terime kasih buat follower yang sudi singgah kat sini, moge ada manfaat yang boleh diambil dan jika ada penambahbaikan, sebagai tuan rumah di sini..saye amat mengalu-alukan =)

Banyak yang ingin dikongsikan, melalui hikmah yang telah dijalani sepanjang beberapa bulan ni..namun, apakan daya "kemalasan" menghantui diri.. astaghrafirullahala'zim... huhu...first thing first, jadi saye ketepikan utk ruangan disini dahulu. Bulan Ramadhan lepas, Alhamdulillah satu Pengisian Ramadhan telah diaturkan untuk pelajar asrama. Perkara biasa, sebagai guru baru..[ saya budak baru belajar] ada kekurangan dan bermacam cabang masalah yang berlaku. Hampir putus asa, namun Alhamdulillah berjaya selesaikan hingga penghujung Ramadhan. Moge apa yang disediakan, memberi manfaat..walaupun tak banyak..moge2 ade manfaat walaupun sikit. aamin.

Pengalaman itu Mengajar Erti Hidup dan Mematangkan Diri. Yup..saye setuju. Masalah dan Dugaan yang diberi oleh Allah bukan sia-sia, bukan niat untuk menyusahkan hamba, tapi mengajar dan melatih untuk BERJAYA. Kesedihan itu bukan beerti Melemahkan tapi memberi Nikmat Gembira Setelah Duka Dalam Mengecapi BAHAGIA. Kite akan mengingati setiap detik yang dilalui, jatuh, bangun, sakit dan gembira..dan akhirnya jelas ternyata, ada Hikmah yang tersedia..itulah kenangan perjalanan yang membahagiaan apabila dikenang. Jika tidak diuji dengan cabaran dan dugaan, kosonglah kenangan untuk dikenang..tidak ada turun dan naik dalam hidup, bermakna sunyilah hidup daripada segala perasaan gembira, sedih, letih dll yang dianugerahkan, bermakna juga, statistik kehidupan kita hanya mendatar sahaja..tidak ada pusingan roda, Sungguh tak Menarik! =)

Senyum Sebagai Penawar..Yes, itu ubatnya...setelah merancang, berusaha dan berdoa & bertawaqal..hanya padaNya, insyaAllah penawar segala masalah akan terzahir untuk memberikan semangat dan meneruskan langkah. Walaupun dalam kedukaan, dan hampir putus asa, Allah tetap gerakkan antibody, menggerakkan segala urat saraf untuk teruskan VISI dan MISI perjuangan. Maka terzahirlah senyuman walau dalam KEPENATAN, senyuman menyembuhkan KELEMAHAN & KESUKARAN dan senyuman memberikan isyarat kepada minda supaya jangan mengalah dan teruskan semangat sehingga titisan terakhir, teruskan apa yang telah kite mulakan. Jadi jangan memandang remeh terhadap senyuman yang kite zahirkan. Jika hampir putus asa, fikir dan fokus kembali pada MATLAMAT utama perjuangan..adekah meraih Redha Allah atau manusia? Jika Allah, jangan lemah hadapi cabaran apabila ade manusia yang tidak bersetuju, menentang dan membenci kita melakukan sesuatu. Itu cebisan latihan untuk kite belajar menguruskan emosi, mental, fizikal dan tanggapan kita pada manusia. Jadi jangan bersangka buruk pada manusia, itu semua Allah aturkan. Allah berikan manusia yang menyukai kita, Allah berikan manusia yang membenci kita, Allah berikan manusia yang salah faham pade kite, Allah berikan manusia yang sentiasa berikan semangat pada kite...semua itu Allah berikan sebagai cebisan latihan untk kite bangun menjadi Hamba-Nya yang taat dan tidak bergantung pada manusia. Jangan bimbang dengan masalah (tentangan), jika apa yang kita lakukan untuk menikmati Redha Allah, jangan bimbang jika apa yang hendak kita usahakan, cara dan gaya bertetapan dengan apa yang dianjurkan oleh Allah. Jadi bersangka baik sepanjang menjalani kehidupan kerana yang pasti itu Kasih Sayang daripada Dia.

Balasan Buruk atau Baik?. Setiap yang kita lakukan pasti menginginkan perkara yang baik-baik sahaja sebagai balasan. Tidak salah mengharap tapi jangan silap percaturan. Dunia ini luas, pelbagai warna dan gaya pelbagai rasa dan rona. Jadi berpijak di bumi yang nyata. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-ankabut ayat 2-3:

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Jadi, hati-hati mengharap...letakkan Harapan pada Allah jika tak nak terlalu bersedih jika tak dapat apa yg kita harapkan. Kita pasti Diuji...dan balasan buruk itu bukanlah bermaksud Allah tidak sayangkan hambaNya, tpi kalau dapat yg baik...sahaja, tak de lah perjuangan utk mendapatkan yang baik daripada yg buruk dan jangan sangka "buruk" itu tiada manfaatnya..itu semuanya adalah pengalaman yg perlu difikirkan dan jadikan pedoman.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah: 216]


Apapun, Alhamdulillah..diakhir Slot Pengisian Ramadhan, hati saya berbunga-bunga. Nafas dihembus penuh makna. Alhamdulillah...semuenya pengalaman untuk memperbaiki, memahami, menyesuaikan diri, pengajaran untuk lakukan yang lebih terbaik pade mase akan datang. Terime kasih, pada semue pihak yang berikan kerjasama, terime kasih kepada penceramah jemputan yang terdiri daripada guru SMKC dan Mahasiswa IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.


" (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya paa disisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." [Surah al-Baqarah : 112]

Jadi, begitulah kehidupan..pelbagai cerita dan kisah. Hadapi dengan berlapang dada. InsyaAllah...Allah sentiasa bersama. InsyaAllah, jumpe dilain entry...Moge diberikan kejernihan hati, mencintai hanya pada Ilahi.=)


P/S : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” - Hadis Riwayat Imam Bukhari.


Alhamdulillah..Alhamdulillah, Alhamdulillah.. All Praises to Allah....


Di Petang Jumaat yang hening  27hb April 2012...hanya tangisan disujud syukur dan kalimah buat pujian padaNya dapat dinyatakan...syukran Ya Allah. Em...walaupun tahu akan cabaran yang bakal dihadapi pade mase akan datang..nak xnak perlu ditempuhi...InsyaAllah pergantungan pade Allah sentiasa dekat dan perlu lebih kuat. Tahniah buat semue rakan seperjuangan terutama rakan batch sulung  AT 58 Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan dan rakan2 dari program yang lain yang lulus temuduga utk posting.. moge Allah sentiasa merahmati kite semue. Masih ade debaran, sebab tak tahu di mane akan ditempatkan, Pahang, Terengganu, Johor, Mungkin di Sabah atau Sarawak? Wallahua'lam....pepun..moge dipermudahkan Allah SWT...Masih tergiang-giang kenangan interview di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu di bilik temuduga 3...umm...AllahuRabbi.


p/s : tahi lalat tumbuh lagi di tapak tangan kanan..

4 Mei bakal tiba......


Bismillahirahmanirrahim....Assalamualaikum wbt.. moge kite sihat-sihat dalam RahmatNya selalu…amen.

Enrty Agak Panjang ツ Alamak tuliskannye kecik.. kene tekan CTRL +

Alhamdulillah…masih diberi kesempatan untuk hidup, untuk bernafas, untuk berjalan dan melihat…Syukur atas nikmat kuniaan dariNya.

Teringat kejadian hari ini…seusai membace Al Mathurat dan Solat Dhuha..saye terus ke dapur utk membasuh pinggan-mangkuk yang ade di disingki. Disebabkan semalam ketiadaan air..pinggan yang digunekan tak dicuci..selesai mencuci pinggan saye mengelap tangan dan meneruskan rutin yang lain..basuh baju dan kemas bilik..tibe-tibe ditapak jari manis terase sakit dan pedih..Ya Allah…adui…saye membelek-belek jari manis..xde luke plk..p nape sakit..saye biarkan..seketike kemudian..sakit lagi..pedih..seperti terhiris dek pisau..rasenye xpegang pisau lagi..saye membelek lagi..o…ade luke..kecil seperti terhiris..mase bile pulak kne luke ni…

Petang hari…menyiapkan makan malam..memotong bahan-bahan di singki dan membasuh singki..Allah..tangan terhiris lagi..rupenye ade sesuatu di lubang singki..tajam..xpasti ape..lalu saye buang sekli dgn sisa yang ada di singki..Jelaslah..punca luka ade disingki..Memandang jari manis..terkesan belahan luka kecil dan besar..pedih…berdenyut...agak terbatas untuk memegang sesuatu hatta menaip sekarang.. Andai dapat diundur waktu…. akan berhati-hati..mengharapkan luka itu tidak berjadi…mungkin??


(bukan jari saye ye...huhu...)

Seperti dalam kehidupan, tiada siapa meminta kesakitan, tiada siapa meminta diberikan ujian..namun..Allah berikan tanda menguji kehambaan hambaNya… Dalam setiap perjuangan, setiap langkah berterusan tidak hanya ade kebahagiaan, pasti ada penderitaan pasti ade liku dan selekoh yang perlu kite hadapi..untuk melatih erti kesabaran dan keyakinan untuk jadikan perjuangan itu lebih manis dan bermakna. Bila, bagaimana bentuk masalah, ujian, cabaran dan dugaan itu tiada siapa yang tahu…kecuali Dia Pencipta Ujian dan Nikmat untuk hambaNya. Bersedia mahupun tidak… ia tetap ada. Mungkin kite dah berhati-hati..tpi dalam hati-hati itu mungkin ade kecuaian yang kite lakukan..walaupun kite xhati-hati tapi Allah berikan kesempurnaan dalam urusan kite..tiada siapa boleh menyangka hatta menduga..Allah perancangan segalanya.. Mungkin luke itu perlu, supaye tiada orang lain yang terluke selepas ini…

Kite sering mengeluh..lemah semangat, putus ase bile ape yang terjadi tidak seperti yang diimpikan. Menyoal, “Kenape jadi macam ni, kenape aku kne hadapi semue ni? Kenape susah sangat ni...Kenape, kenape dan kenape”?. Mengape tidak salahkan diri? Mungkin dugaan dan masalah itu datang berpunca dari kesalahan kite sendiri.. hati, jiwa yang tidak tegar berusaha sebaik mungkin? Mungkin hati masih belum cukup bersabar dan hati tidak redha atas percaturan kehidupan.

“Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan hambaNya.”

“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” [Surah An-Nisa]

Allah lebih mengetahui daripade kite…tiap kali diuji..kuatkan semangat..dan jangan mudah melatah..dan perlu bersikap optimis dan mengigati diri bahawa Allah boleh buat lebih dari apa yang kita lalui hari ini. Mungkin kite merasai kesusahan yang kite hadapi melebihi kesusahan orang lain..tapi yakinlah bahawa masih ade orang yang lebih susah daripade ape yang kita alami.


"Matahari memang dicipta untuk memberi cahaya, untuk memberi kepanasan dan bukan untuk meneduhkan. Lalu untuk apa mengeluh dan memberitahu dunia betapa panasnya matahari? Tugas kita manusia ini adalah bersyukur sekiranya sesuatu diletakkan pada tempatnya dan Allah tidak pernah silap meletakkan sesuatu pada tempatnya. Baik panasnya matahari, redupnya awan dan malah rawannya hati, semua itu Allah sudah tetapkan tempatnya. Jika kita mengeluh, umpama kita ini cuba memberitahu Tuhan yang Dia salah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Lalu kite mahu menyalahkan Tuhan?"


Teringat kate-kate seorang teman..yang mengeluh gare-gare markah observevation tidak berape baik..mukenye kelat selepas di observe..ke kiri salah ke kanan salah..saye tersenyum melihat..dan buat-buat bertanye..mungkin die perlukan seseorang untuk luahkan sesuatu.

“Em..macam mane tadi, ok? ..tidak semena-mena die menerpa kearah saye dan merengek seperti budak kecil.. “ Awak…saye dapat teruk dari lecterr saye..die bagi markah macam baru observe kali pertame..padahal dah last observe, markah saye stay macam tu jgk..macam mane ni..?” saye, “ o..macam mane blh jdi macam tu..bebudak bising sangat ke? (saye ingat masalah kawalan kelas) , die..” tak..die xpuas hati gan RPH (rancangan pelajaran harian ) saye.. die kate content saye xbertepatan..bla…blaa…. Die menceritekan masalah yang dihadapi.. sambil menuju ke kantin… “saye dah wat solat hajat, mintak doa tapi nape makin teruk?” coop….saye berhenti berjalan dan memandang masih dalam senyuman..sambil memegang tangannye.. “Aishah (bukan name sebenar)…ape yg kite hajat dan pohon…ia tak jatuh sekelip mate..mungkin Aisyah hanye minta untuk dapatkan yang terbaik..tapi tidak minta supaya Aisyah dapat lakukan yang terbaik sepanjang diobserve?” Dia terdiam dan tunduk.. “ Sabar sayang insyaAllah setiap yang berlaku pasti ade hikmah, mungkin lectrr saje nak uji Aisyah, nak tgk Aisyah tahan dengan tekanan atau tidak. nak provok je tu...Nak jadi cikgu kene kuat dengan tekanan.. =) Nak dapat yang terbaik mesti de kecewe sikit..dah..jangan runsing...Aisyah dah usahe, skrang tawaqal...

Petangnye, saye dapat panggilan dari Aisyah.. “ Assalamualaikum awak…em..betulla, saye punye RPH de masalah sikit..patutnye saye perlu buat perbandingan dalam topic saya hari ni..….bla…bla… “ [ Alhamdulillah, Aisyah dah dapat jawapannye……..(^_^) ]

Kite doa supaye dapat keputusan cemerlang [straight A]..tpi xpernah doakan supaye kite dapat jawab dengan tenang, ditenangkan hati dan dilapangkan dada untuk menerima ilmu supaya mendapat kecemerlangan... ?? Jelas...puncanye....dihati.. =) Sepanjang jalan, tidak semue jalan itu elok..pasti ade lopak dan lubang...



Tidak kurang juge dengan diri saye sendiri..bile dah habis STPM orang2 disekeliling akan bertanye..tak sambung belajar ke? Dah habis belajar, bile posting? Bile nak keje? Bile nak kawin? Bile?bile….bla..bla…. Jike diikut hati…nak saje teriak di hujung bukit, dilembah pantai {ade ke?} huhu…tapi iman yang nipis ini katekan..jangan….cool beb…baru sikit Allah nak uji kamu…nak dapat kesenangan mesti ade kesusahan dulu.. Rugi je kalau tertekan….rugi nak marah, rugi nak sedih, rugi kalau nak tension2…rugi kalau hanye bazir waktu menyoal, nape aku xposting2 lagi..nape aku xkje kerje lagi , nape itu nape ini….Npe Allah xbagi ape yang aku nak??. Orang lain mungkin tak faham kesedihan yang kite tanggung, orang lain mungkin tak faham hati kite terguris..siape yang xnak sambung beljar? siape yang nak dapt kerje lambat? siape yang tak nak hidupnye berjalan lancar tanpe perlu rungsing dengan masalah? jadi memang letih nak buat orang lain faham? Allah faham..sebab Dia yang aturkan.. Jadi jangan rungsing kalau orang lain mengatekan ape-ape.. jangan melatah dan letih dengan keadaan.. Mungkin juge Allah nak tengok sejauhmane usahe kite untuk mendekati bahtera kite kepadaNya.. Qiamulail? AL-Quran? Solat Hajat? Doa? Buat Kebaikan?. Tipu kalau saye katekan time praktikal dulu saye xde masalah macam Aisyah..ade..sedih.. Jadi siape lagi nak positifkan diri kite melainkan diri kite sendiri.. Jadi latih minda untuk berfikiran positif dan Optimis!. Senyum pade cabaran insyaAllah cabaran tu akan jadi kecik..Allah menguji tanda sayang..jadi bersyukur jike diuji daripada sebilangan yang terbiar tidak diuji lalu tidak dipandu... Hakikatnye kesemue jawapan itu hanya pada Allah.. point = Jangan Cepat Menghukum Keadaan Yang Terjadi..Lebih-lebih lagi jangan persoalankan kenape Allah Buat Macam ni kat Aku?.. Jangan......

Tak nafikan saye “rebah” jugak selepas STPM gare-gare xdpt further study… haha…tension dengan keadaan, sedih org lain dapt tpi saye x…p Alhamdulillah pengalaman tu buat saye lebih yakin perancangan Allah itu.. Rezeki Allah itu Maha Luas..Kite hanye perlu sujud dan mengagungi Kekuasaan Allah melebihi kuasa manusia. Akhirnya……Allah berikan lebih daripade ape yang saye gambarkan… Subhanallah…=_= Itulah ibrahnye.. jike kite meletakkan kepercayaan kepada manusia, kite akan sering terluke tapi jike kite letakkan kepercayaan kepada Dia yang Maha Pencipta kite akan bahagia ^_^

“Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah hanya kerana Allah, berbahagialah duhai hati walaupun payah..kerana itulah jalan menuju ke Jannah”

Mana mungkin Allah tidak berikan hak kite jike kite penuhi tuntutanNya..Allah itu Adil..Allah Maha Penyayang..InsyaAllah Allah mengetahui mana yang terbaik untuk kite..cume cepat atau lambat..Moge Hati sentiasa tegar hadapi dugaan yang mendatang.



Belajarlah untuk HIDUP berdikari KERNA kita hidup di DUNIA yang banyak tipu
daya pada diri , Belajarlah untuk CARI bekalan yang mencukupi KERNA kita harus teruskan PERJALANAN sendiri, Belajarlah untuk SABAR kuatkan diri KERNA kita perlu hadapi PELBAGAI ranjau berduri, Belajarlah untuk REDHA takdir yang melanda diri KERNA Dia telah TETAPKAN , apa yang Dia ketahui,

Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat.

Tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS..Tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..Tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TAK SANGGUP lagi..
Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA.
Allah jadikan sesuatu untuk jadikan Aku lebih Kuat dan Berharga..Bersabarlah...

Tatkala melihat orang lain bahagia, tentu setiap manusia mengimpikan yang sama, namun jangan di cemburukan kebahagiaan yang menjadi milik mereka, kerana setiap manusia Allah telah sediakan bahagiannya, bersyukurlah dengan apa yang kita punya, nescaya Allah akan menambah nikmatnya, kerana bahagia tu bukanlah apabila kita mendapatkan apa yang kita idamkan tetapi bahagia itu terasa bila Allah menghadirkan rasa bahagia itu walaupun pada jalan yang berbeza. kerana, RASA BAHAGIA ITU KURNIAANNYA.

Senyum akan membuat kita 'lebih' baik..
Do'a akan 'menjaga' kita agar tetap tegar...
Cinta akan mengajarkan kita arti kehidupan...
Persahabatan akan membuat kita mengerti arti kesetiaan...
Masalah akan membuat kita mengerti erti kedewasaan...
Kehidupan dunia akan menentukan siapa & bagaimana kita dikehidupan akhirat...


Jadi ayuh, usah lemah jike diuji dugaan... Thabatkan hati... (^_~)



P/S :~ Dah temui cinta sejati, tapi ia bukan milik saye. Allah berikan yang lebih terbaik, InsyaAllah.
~Baru terluke sikit..kalau xde tangan macam mane? ~_~"
Contoh : Bila cakap soal JODOH ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.TAPI bila bercakap soal HIDAYAH ramai pula yang memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah bukannya jatuh ke riba.


Bismillahirahmanirrahim…Assalamualaikum wbt..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

(Al-Baqarah:286).

Dunia indah harum mewangi,

cantik bersinar si matahari,

hidup gundah tiada terperi,

tanda ujian dari Ilahi..

Hati damai senyum terukir,

Tanda kasih kurniaan Ilahi,

Hikmah terselit di tepi tabir,

Hanya Allah kunci rahsia dihati.

Kehidupan yang diberikan kepada setiap hambanya di muka bumi ini tidak diaturkan oleh hamba itu sendiri, ada yang sentiasa merencanakannya…disetiap detik yang dilewati. Apa yang berlaku, kejadian yang menimpa atau pelbagai masalah yang ditempuhi telah diaturkan oleh Maha Pencipta. Kite sebagai hamba, perlu berusaha sehabis baik, teguhkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa Pentadbir sekalian alam, yang memiliki kerajaan dilangit dan dibumi pasti kebaikan atas setiap yang berlaku.

Tidak diminta dugaan, tidak diminta kesenangan namun Allah mengetahui kesemue yang diperlukan oleh hambanya tanpa berkurangan sedikitpun. Cume yang menjadi persoalan, hanye kepada manusia yang dikurniakan hidup didunia.

Terkenangkan kepada seorang sahabat, junior saye (diikut umur & ilmu dia adalah senior saye), pertama kali mengenali, kami tinggal di rumah yang same time di kolej. Pade awalnya, masih renggang dan time tu saye agak sibuk uruskan pengajian utk sem 5, mase agak terhad utk mengenali lebih dekat. Pade suatu ketike saye dan teman sebilik dikejutkan yang die sakit dan ahli rumah saye yang lain terlalu panic menyebabkan rumah tu agak kelam-kabut. Saye sangat blur time tu, sebab xtahu “die sakit ape? Sampai xleh nak gerak?” dan saye hanye ingatkan die gastric. Saye tanyekan pade rakan serumah yang lain, rupenye diorang semue dah tahu die sakit ape..kecuali saye n rakan seblik saye yang xtahu..Oh..big mistake…baru saye terfikir, saye masih tidak dapat luangkan mase dgn rakan serumah. Selepas dari kejadian tu..Alhamdulillah kami makin rapat dan die menceritekan penyakit yang die hadapi. Walaupun saye xbape faham name penyakit tu, tapi saye tahu penyakit tu sangat menyakitkan. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan saye cube memahami keadaan kesakitan die, sehingga saye ditakdirkan untuk menjage die pade hujung exam final year semester 5. Penyakit die menyerang tanpe mengira waktu, dan bile penyakit die menyerang boleh menyebabkan die tak boleh bergerak, sendinye akan membengkak dan jike teruk die xboleh bersuara untuk memanggil. Jadi alternative saye pastikan die letak telefon disebelahnye untuk segere memanggil sekiranya berlaku ape2 (takut yg menjage terlelap..huhu), tapi ade mase die xboleh angkat telefon, jadi xleh tido terlalu lena.. ^_^

Ketike die menghadapi kesakitan yang tidak dapat digambarkan walaupun hanye terlantar, mulut kunci seribu bahasa dan peluh dingin mengalir di dahi… (umm…kalaulah saye boleh m’ambil rase sakitnye tu utk kurangkan kesakitannye……….) tatkale menggosok jarinye yang membengkak, mengurut kaki dan badannye yang lemah..terbayang difikirkan, macam mane die boleh menanggung kesakitan yang bersarang dalam tubuhnye bertahun-tahun? Bagaimana die menghadapi kesakitan yang terpakse mengorbankan keinginan dan hasrat hati die selame ini, berjalan dalam keadaan yang terbatas(perlu dipapah jike berjalan terlalu lama), terpakse menelan ubat saban waktu?. Die pernah belajar di Darul Quran dan sambung ke Syria, namun terpakse berhenti sebelum waktunye kerana keadaan dirinye yang tidak mengizinkan. Namun cite-citenye tidak terhenti disitu, kekuatan azamnye menyebabkan die menyambung pengajiannye di UPSI dalam jurusan Pendidikan Bahasa Arab. MasyaAllah, hebat orangnye semangatnye tidak pernah luntur. Die seorang yang ceria, baik hati dan sangat senang didampingi. Namun ape yang menimpanye tidak pernah tukarkan die menjadi seorang yang tidak yakin pade diri malah die semakin yakin dan meneruskan hidup dengan tabah. Adekah saye boleh hadapi ape yang die hadapi? Allahurabi…sangat kerdil rase diri ini.

Kami sering berkongsi cerita diantara suke dan duke…ketawa dan sedih bersame, bertukar fikiran , sumber rujukan dan sebagainye. Sangat rindu mengenangkan kenangan di kolej dulu. Die saye jadikan model terbaik. Agak lame tak jumpe selepas saye tamatkan pengajian hujung tahun 2011 sementare die sekarang sedang dalam pengajian di semester yang ke 5. Mase nak amik transkrip awal tahun ni kami xberkesempatan untuk berjumpe sebab die di Kuala Lumpur untuk pertandingan bahas Bahasa Arab. Hanye bebalas massage namun xsame klu berjumpe bertentang matekan… semalam rindu saye makin bertambah selepas bace post-postnye difbnye… diantare postnye ;

28/2/2012 via SLimRiverHospital
~kata doktor: " Penyakit awak xada penyembuhnya, xleh d rawat, hanya bule d kawal sblm masuk peringkat yg lebih teruk, kalo dah teruk sgt, awak xkan ada keupayaan untuk bergerak selama2nya.." YAKIN lah Pada ALLAH..La syifaa illa syifahu..syifaan la yughodiru saqoma.."

Sungguh, sangat sebak..dan….hanye Allah yang tahu perasaan bile baca post tu…jike saye sesedih itu, bagaimane perasaan die yang menghadapi situasi tersebut, mendengar kate-kate doctor tu? Macam mane die terime? Ya Allah, besar dugaanMu untuknye..Apepun doctor hanye utusan Allah untuk meramal, namun yang menentukan hanye Allah. insyaAllah segala penyakit ade penawarnye kecuali mati…nukilan kate-kate semangat saya utuskan, moge die tabah hadapi dugaan. Sungguh, die dalam keadaan sukar sekarang… moge Allah sentiasa titipkan ketabahan dan keyakinan yang teguh berpanjangan dan moge Allah berikan kesembuhan untuknye. Ameen.

Allah menguji tanda sayangnye pade hamba, hikmahnye pasti ade terukir sebagai ganjaran pahala di sisiNya. Jadi malu sendiri, pade die yang tabah menghadapi kesakitan ujian yang besar berbanding diri yang hanye diuji tidak seberat mane namun sangat cepat mengeluh…Allahuakhbar. bagaimane kite gunekan nikmat kesihatan yang ade dalam hidup seharian..bersyukurkah kite atas kesempatan hidup yang diberikan Allah..bersyukurkah kite atas nikmat untuk berjalan tanpa batas, melangkah dengan penuh gagah, berbicare tanpe henti, menggapai tangan setinggi langit, berdiri tanpa dipapah dan mempunyai teman sehati...ya die pernah 'ditolak' kerana dugaan yang satu ini..Ya Rabbi sungguh banyak nikmatNya..bersyukurlah kite kerana masih diberi peluang merasai nikmat kesihatan berbanding die. Lailahaillah...

Bersangka baik dengan Allah, insyaAllah disetiap kesulitan itu pasti ade kemudahan. Jike kesakitan yang die hadapi itu lebih mendekatkan Dia dengannya dan menjadikan die serikandi yang terpilih dikalangan terpilih, redhakan hatinye dengan setiap dugaanMu ini. Ya Rahman, jadikan kehidupan die sebagai pengajaran untuk hambanye ini, tabah dan yakin dengan ketentuanMu. Selamanya.

*Minta doakan untuk kesembuhan, kekuatan dan ketabahan die @ kak fida.

Abu Zar menyatakan :

" Aku mencintai dunia pada 3 perkara ; 1) lapar, 2) sakit, 3) mati "

Rasulullah s.a.w bertanya : " Kenapa demikian? "

Abu Zar menjawab :

" 1) Aku cintakan lapar kerana dengan lapar dapat menjernihkan hati, 2) aku cintakan sakit kerana ia dapat mengurangkan dosaku, 3) aku cintakan mati kerana melalui mati aku dapat menemui Allah "

p/s : Masih adekah yang dapat menerime saye sekiranye saye dikurniakan penyakit sedemikian atau selainnye? Masih sudikah si dia?


Bismillahirahmanirrahim… Assalamualaikum wbt.. Moge semuenya dalam lindungan Rahmat dan Keberkatan Allah SWT sentiasa.

~Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?~

Menghadapi hari-hari yang agak sedikit memenatkan dan padat, tapi Alhamdulillah Allah sentiasa berikan kekuatan untuk menghadapi setiap detik yang dihadapi oleh hambanya yang lemah ini…

Alhamdulillah wa syukur lillah…15 Februari baru ni dapat panggilan untuk ke sekolah, untuk guru ganti di sekolah rendah. Walaupun agak terkejut dan sedikit gusar mengajar di sekolah rendah tapi saye letakkan kepercayaan dan keyakinan pada Allah yang saye perlu cube. (Kalau xcube kite xtahukan kemampuan kite?). Saye terime. Alhamdulillah rezeki Allah itu Maha Luas dan tanpa kite duga. Sebelum dapat tawaran ke sekolah yg sekarang, saya dapat tawaran mengajar di salah sebuah sekolah menengah agama secara sukarela. Namun disebabkan agak jauh dari rumah dan saye terpaksa menetap disana (dan saye memang ingin menetap di sana) tapi saye terpaksa menolak Sebab pada hari kebiasaan saya mengajar tuisyen di sebelah malam. Jadi jika saye menetap disana saye perlu korbankan yang belajar tuisyen dengan saye..huhu…agak pening memikirkan antara impian sendiri dan impian orang lain. Nak mencari pengalaman juge agak sukar, dan peluang tidak selalu ade…namun Sayu hati mendengar si ibu (yg belajar tuisyen) jangan tinggalkan anak mereka dan sangat memerlukan bantuan sye untuk m’gajar anak mereke walaupun saye bukan pandai sgt utk mengajar. Jadi, tawaran ke sek.men.agame saye lupekan (walaupun saye sendiri yang apply ke sane..) Haip ! lupekan………

Tekad dalam hati..insyaAllah mungkin akan ada yang lebih baik..InsyaAllah akan ade yang lain ^_^ . Dalam kesayuan mendung hati, Allah berikan pelangi..sekolah kluster kini dijejaki. Alhamdulillah secare tak langsung membantu saye mengajar tuisyen. (ajar adik sek.ren) Cantikkan aturan Allah?. Alhamdulillah…namun cabaran sentiasa menanti dan dimana-mana ade cabaran..huhu..Di sekolah menengah dan sekolah rendah agak sedikit berbeza melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran..aras yang berbeza, di sekolah rendah perlu gune arah yg rendah (gune ilmu keibubapaan walaupun belum jadi ibu..huhu..) berbanding sek.men, itu yg kene titik beratkan..lagi pulak majoriti murid kat sekolah ni anak-anak lecturer, guru besar, guru..sedikit terkesan dan bimbang bile masuk sekolah cemerlang dalam daerah. Tapi…mendapat pesanan dari seorang sahabat :

“ bile sekolah hebat, mesti parent expect cikgu pun kne hebat sekali..jangan kesah sangat ape expectation diorang..janji kite dah wat yang terbaek..learn from experience”

Yup..insyaAllah, akan cube sedaye upaye..moge Allah lapangkan dada untuk pelajari ilmu dalam setiap langkah. Ameen. First time kene isi data murid melalui online, huhu..sangat mencabar cz kne semak banyak kali dan paling kne banyak bersabar cz line xbape laju dan selalu logout sendiri..huhu…memang xtido malam.

Walaupun menjadi guru sementara saye tetap nantikan untuk guru tetap. Menanti name untuk panggilan SPP…moge name saye & kawan2 yang lain (yg diphg, Terengganu n Kelantan-antara negeri yg terakhir dipanggil) ade, dan dipermudahkan ketika ditemuduga nanti…amin. Doakan moge kami diantara yang terpilih untuk mendidik anak bangsa demi mengenali ilmu Allah SWT yang seluas alam ini..amin..

Moge Allah sentiasa bantu saye untuk berikan didikan yang terbaik untuk yg belajar tuisyen dengan saye dan yang di sekolah sekarang. InsyaAllah…time kasih buat sahabat2 yang selalu berikan sokongan, nasihat, semangat dan yg mendoakan ketika senang dan paling tdak lupe ketika susah…hnya Allah yang dapat membalasnye..moge Allah berikan kebaikan di dunia dan akhirat buat kamu semua……..(^_~’)

Tambahan, huhu...saye dah jadi rakan sejawat dengan guru yang pernah ajar saye time sek.ren dulu..huhu..teacher Siti Khadijah gan Ustzah Salmah..mcm xpercye plk..dan kat sini jugak saye mengajar anak-anak cikgu yang mengajar saye dulu time sek.men dan sek ren..xsedar diri dah tua..huhu..

Ok, Have a Nice day=)

Di sekolah menengah, klu pelajar diam dalam kelas itu biasa.

Tapi kalau sekolah rendah, pelajar diam itu luar biasa =P

Dengan ucap Bismillah, aku menekan..mencari-cari perkhabaran..meneliti satu persatu...menekup muka yg basah..bukan sedih bukan gembira namun ketabahan. Hanya Allah yang tahu, bukan kecewa hatta terkilan...bisik hati, Allah lebih mengetahui segalanya...ingin menguji kesabaran hamba yang lemah supaya tabah . Ingat pesan abah.. " Sabar..nanti ade, sabar dulu..."

Aku mengumpul kekuatan dengan tadahan doa, bisik hati kepada Tuhan..ampuni segala dosa, yang nyata atau dusta..yang mungkin menjadi halangan mengecap iman dan impian. Jika ini menyambung kecintaan kepada Rabbiku..tidak putus, Sungguh aku redha..Sesungguhnya jika ia menjadi milikiku namun tiada redha dariMu..jauhilah.

Jika dulu bertahun-tahun aku boleh melatih kesabaran..menanti dengan tidak putus asa..walau lambat dan tidak cepat.. kenape tidak sekarang? Bukankah latihan itu untuk diamalkan sepanjang perjalanan dan bukan sambilan? Mesti boleh, Pasti Boleh..Allah bukakan cabang ujian bermule dengan satu punca..sebagai tarbiyah supaya tidak goyah..melihat dan melatih dari pelbagai sudut pandangan. Sungguhpun, lelah fikiran..menahan hati, mungkin kerna jiwa tidak sepenuhnya serahkan padaNya. Takut realiti. Pejamkan mata, ingat semula.. Hanya padaNya tempat bergantung..hanya Dia yang layak untuk segalanya.

Dalam kehidupan, Memang sukar untuk membuat pilihan, susah untuk tentukan yang mne lebih terbaik..jaminan, kebaikan dan keburukan...kite tak tahu..buntu, serba salah..mungkin hati perlu dikorbankan...Allah akan tentukan. Moge kebahagiaan itu milik orang yang berhak..moge aku meredhai keputusan. Kata-kata yang mengingatkan " Fikirkan diri dulu, baru orang lain" , tapi mungkin boleh jadi " fikirkan orang dulu baru diri sendiri". Sesungguhnya kaki aku nak ke sana.................tapi mungkin bukan untuk ketika ini.mungkin. Pasti Allah ada disetiap perancangan.

Dahannya satu, rantingnya beribu.....
Kite tahu ape yang kite nak, tapi jarang kite tahu ape yang kite perlukan... Ya Allah jangan Kau serahkan diri aku padaku walau sekejap..Hanya padaMu yang berhak. ya Allah, jika sukar permudahkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika dilangit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah dan jika haram sucikanlah...jika gundah tenangkanlah...wahai hati, tabahlah.. kukuhkan semangat..jangan mudah mengalah..hadapi dengan senyuman...kamu tahu dimana kekuatan, cari balik!...teliti kata-kata itu semula......


HASBUNALLOH WA NI’MAL WAKIIL..
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari berganti hari, umur kian panjang dan bertambah...nyawa masih terlekat di badan..teringat pade satu kisah, bukan penghijrahan Rasulullah SAW.. itu jelas..insyaAllah, kite umat Islam memahami dan menghayati setiap detik perjuangan dan kejayaan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW..Selawat dan Salam Buat Baginda dan seluruh keluarga dan sahabat..

Penghijrahan tanpa mengenal erti baik mahupun buruk..mengape perlu 'Hijrah' dalam diri?
Ini Kisahnya..Tapi Awas Kisah Ini Panjang..dan...Mungkin Agak Membosankan...haha...Atas tu ade Butang [X] leh tekan Situ..^_^


Seawal usia kecilnya..sungguh die tidak tahu ape itu Tuhan? "mengapa aku perlu hidup" , ape yang perlu aku lakukan?..Sehingga dia menjejakkan kaki ke sekolah dan ibu bapanya menghantarkan die ke fardhu ain..die pelik? adekah ini yang perlu dilalui oleh semue manusie sekecil aku?pertanyaan tetap ada.. tapi tetap meneruskan ape yang dihidangkan untuknya..

Masuk darjah 3, dia dilantik sebagai pengawas...namun dihati dia terdetik sesuatu dan menyatakan pade ibunya.."Ma, dah jadi pengawas ni adik nak pakai tudung boleh?" Ibunya hairan dan ingin menguji.." tak panas ke nanti?" "Tak de la, orang lain pakai xde pe pun...lagipun malu la xpakai tudung pi sekolah" . Ibunya menuruti dan hanya tersenyum..

Si kecil tetap mengikut ibunya ke surau untuk solat terawih, solat magrib dan isyak..kenduri di surau..berbuke puasa di surau..dan pade ketikenye..ketike berjemaah solat terawih di surau ada sorang kakak menegurnya dan kian rapat dengannya..Tapi yang jadi tanda tanye pade si kecil ini..disetiap 8 rakaat terawih, kakak tu solatnya diselang-selang maksudnye..2 rakaat yg pertama dia solat, dua rakaat yg 2 die xsolat , 2 rakaat yang 3 die kembali solat dan 2 rakaat yg ke 4 die xsolat dan terus witir..si kecil tu pun pelik..boleh ke macam tu?. Sejurus balik ke rumah die bertanyakan kepada ibunya.." Ma, boleh ke kalau kite semayang terawih tu selang-selang, dua rakaat kite buat pastu tinggal dua rakaat?" Ibunya menjawab " Kalau adik xlarat xpe, wat sikit-sikit nanti dah lame2 biase solat banyak-banyak" Die pun berfikir.."em..kakak tu xlarat kot solat banyak2 janji die semayang" itu kesimpulan bagi die..^__^

Di kelas Fardhu Ain...dia meneruskan pengajian..dari Iqra 1 sampai 6 dan berterusan mengaji muqaddam..dan akhirnya die berjaya membaca Al-Quran..gembira bukan kepalang..ibunya menghantar die ke rumah Pok De jiran tetangganye untuk mengajar mengaji..balik dari sekolah..die dan rakan-rakannya berlumba-lumba ke rumah Pok De untuk mengaji..Berlumbanye tu bukan ape..malas nak tunggu lame2..nak dapat Ngaji paling awal..huhu..Dia hanya bace tulisan di dalam Al-Quran dengan Tartil yang diajar oleh Pok De..tanpa tahu Isi dan Maknanya..Tanpa Tahu Ape Pentingnya Al-Quran..dia hanya tahu..semue orang Islam perlu baca Quran. Dia hanya buat tanpa tahu kenape alasannya..Akhirnya die Khatam Quran bersame rakannya yang lain..Senyum meleret dah habis ngaji Quran besar katenye..

Habis darjah 6..banyak pulak tawaran ke sekolah menengah..banyak-banyak sekolah yang berhampiran, akhirnya die , ibu dan ayahnye memilih sekolah paling jauh untuknya..Masuk Asrama diusia 13 tahun..Die sendiri xtahu sekolah tu kat mane dan kenape die pilih sekolah tu..tapi satu yang membuat hatinye terpegun..name sekolah , sebab namenye panjang sangat dan diberi cuti khas selame seminggu, yang mane pelajar lain dah mule mendaftar dan bersekolah..bermaksud bagi die.."yea..tambah cuti lagik..kesian orang lain kne sekolah awal" tapi lain pulak ibu dan ayahnye..memilih sekolah tersebut sebab die dapat kelas " Aliran Agama". Pernah juge ibu dan ayahnya bertanyekan padenye.." Betul ni nak duk asrama? Nanti duk asrama, xtakut rindu kat ma abah?" " Xpenya..kan dah besar"... Memang die tak tahu ape maksudnya..janji seminggu tu die dapat cuti lagi..haha..

Perjalanan ke sekolah yang agak jauh dari rumah membuatkan die bosan dalam kereta..pemandangan yang hanya dikelilingi pokok-pokok= hutan dan bengkang-bengkok buat die loya.."Aduh kat mane la sekolah ni..hutan je banyak.." die mengeluh..berkire-kire nak lelapkan mata..tak sampai 10 minit kedengaran suara ayahnya " Ok..sampai daa..sekolah die". Dia bingkas bangun..tibe-tibe tersirap darah.." Adui, takut la pulak..da la xde kawan" . Keluar dari kereta dan mengikut ibu dan ayahnya untuk mendaftar..die hanye tertunduk sehingga matanya menangkap sesusuk tubuh.."Macam kenal". Tibe-tibe namenye dipanggil.. Haha...member sekolah rendah rupenye..Die hanye tersenyum..adelah dalam 3 4 orang kawan dari sekolah rendah bersamenye di sekolah baru ni..tanpa die tahu yang ibu bapanya akan meninggalkan die sebentar saje lagi....

Di sekolah baru..bermaksud kehidupan baru bagi die..dah xde ibu untuk masakkan makanan kegemarannya..dah tak de ayah yang selalu dodoikan die untuk tidur...dan xde cite karton si kancil dan si buaya yang jadi tontonan selepas baik dari Fardhu Ain..Hari pertama di asrama, sayunye hati..tidur di katil tingkat atas (katil 2 tingkat) terkebil-kebil die memanjat..selimut tertinggal..nasib rakan disebelahnya menghulurkan selimut dan menenangkannya..seakan tahu die merindui rumahnya..Dan esoknya..die bergegas menelefon ke rumah dan bercakap dengan ayahnya..ayahnya bertanya.." Sihat?".. die diam seribu bahase..bukan xtahu nak cakap ape..tapi tekaknye perih menahan sendu.." Nape ni.." " Em..abah..orang xbawak selimut.." menahan getar suara..ayahnya cam suara lain tu.. "Ok2..esok abah datang, ade barang lain lagi yang xde atau xcukup". " Ade hanger.........dll" ... Kini, die mula tahu ape itu 'RINDU' .

Selang beberapa minggu dan bulan..dari bertudung biase...tibe-tibe seorang guru adekan 'dasar baru' wajib bertudung labuh..kene lepas paras siku dan melepasi punggung. Ramai..ramai gile yang mengeluh.. " Aduh, bukannye sekolah agame nak pakai tudung labuh..tension betul aku" itu la diantare keluhan-keluhan yang banyak n selalu didengari..Memandangkan die ditempatkan dikelas KAA (Kelas Aliran Agama) di Sekolah Kebangsaan..die hanye ikut dasar baru tu.."peraturan sekolah, ikut je..xkan la cikgu tu suke-suke je nak buat." itu jawapan die jike ade rakan-rakannya bertanyekan tentang dasar baru tu..Die hanye pakai tudung barunye tu walaupun tanpa sebab mengape..bagi die itu Peraturan Sekolah jadi wajib ikut klu xnak kne denda or kne tulis name dalam buku record..haha..lantak korang la nak mengeluh atau ape..nak xnak kne pakai gak..hehe..

Satu ketike die baru tersedar..ketika die ditugaskan untuk memadam papan hitam..sedang asyik die memadam..die teringat "Dulu time aku padam papan hitam dengan tudung bawah sikit pade bahu..nampak singlet aku alik dalam ni..aku pelik..aik..baju aku ni jarang sangat ke? dan teringat kate kawan aku.."da namenye baju putih memang la jarang.." aku jadik malu pulak..mane tahu ade orang pandang time aku padam papan hitam?Same gak kalu aku nak angkat tangan tuk tanye soalan ke.. Haishh.....Tapi sekarang tudung baru ni dah dapat cover kejarangan baju putih sekolah. Die dah tak bimbang lagi kalau nak padam papan hitam..Die Selamat dengan tudung baru tu..Tudung Labuh.

Dah masuk tige tahun die kat sekolah tu..banyak jugak perubahan dalam diri die..dengan masalah sekolah, kawan, asrama dan lain-lain..buat die jadi sangat berdikari..Duk asrama ni satu fenomena yang buat die pelik iaitu "keluarge angkat".. kakak angkat, adik angkat, abang angkat..semue die sapu...haha..layan.. die pun pelik..ape la maknenye tu.. p ok gak..macama ade orang concern gitu..haha..p Alhamdulillah ukhwah terjalin baik..pastu klu..dulunye setiap balik ke rumah pasti dibawa baju kotor untuk dibasuh dirumah..tapi sekarang tidak lagi..Kalau dulu time balik umahnye nagis-nagis xnak balik asrama..Kini tidak lagi..Dah Form 3 kan..Dah pertengahan senior tu..haha..die suaikan diri dengan baik dengan keadaan di sekolah tu..

Time ni jugak ade terdetik kat hati die..lepas die tengok ustazah di kelas fardhu ain nya di sebelah petang habis sekolah.."Em..nape la ustazah ni pakai stokin yek, xpanas ke? tapi macam best je pakai.." Tak de niat pulak die bertanye kepade ustazahnya..dan hanye mengajak kawannya untuk memakai stoking..

" Ecah, jum pakai stoking nak..aku tengok ustazah duk pakai macam best pulak..hehe"
"bukan macam best la, kaki kan aurat bagi perempuan sebab tu ustazah tu pakai.." "O..yeke..jum pakai nak?"

Bermula pade itu, mereka mule pakai stoking dengan hanya menggunakan stokin putih sekolah..die cube pakai secare beransur-ansur..kejap pakai kejap tak..lame-lame ramai kwan-kawannye mengikutnye..ditambah dengan kehadiran dua rakan baru dari sekolah agama.... [bersambung....] 







Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


كلو نفسين ذائقة الموت,

ertinya: setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja..


Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :

1. amal ibadah..sedekah jariyah,

2. ilmu yang bermanfaat,

3. anak soleh yang mendoakan kepadanya”.


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.



Innalillahiwainnailahrajiu'n..Al-Fatihah, kepada ibu saudara saye yang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi selepas asar..Jumaat,16 September 2011. Moge arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dalam RahmatNya, ameen~~'

LaTahzan...Ya Allah,tabahkan hati kami sekeluarga...



Moge perjalanan pergi dan pulang ke Kelantan diberkati olehNya,ameen.



Assalamualaikum wbt...29hb Ogos 2011, insyaAllah hari ini adalah hari terakhir kite umat Islam menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan..Hakikatnye, hati ini masih kurang 'ruh'nye untuk menyambut kemenangan pade esoknye..Em..xtahu plk knpe..slalu xmacam ni..Mungkin pade Ramadhan kali ini, diri ini masih blm cukup puas, masih ade yang tidak dapat dilangsaikan pade Ramadhan kali ini..Ya Allah berkati diri ini untuk sampai pade Ramadhan akan datang..ameen. Namun jike ini Ramadhan yang terakhir untuk diri ini..ampuni aku, dan terimelah amalanku yang secebis cume ini...ameen.T__T

Baik, dikesempatan ini saye..ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin(^___^). Moge Perjalanan ke kampung pergi dan pulang sentiasa dalam RahmatNya..Berhati2 dan berhematlah di jalan raya..Sabar itu Penting^__^ . Amik masa untuk berehat klu penat dan jangan lupe bace doa ke mane sje kite berade...



P/S : Doakan kesejahteraan ku..dan jike terdengar mengenai 'ketiadaanku' di dunia ini lagi, sudilah kirenye sedekahkan Al-Fatihah kepada diri ini..Moge diri ini tenang 'disana' ameen=)

Time anda mbawa Al-Quran, syaitan blh chill lg.
Time anda mbukanya, syaitan stat to "weh dia ni da apahal doh".
Time anda mbacanya, syaitan da gigil .
Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time anda m'amalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke Teruskn baca & amalknnya spya syaitan totally stroked , jntungnya mati
When u guys wanna send this msg , syaitan pn m'cegahnya.
Syaitan kta"Jgn SEBARKAN, x pnting, BUANG MAHSE je"

Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal. Didoakan Allah menerima ibdaah kita & memperkenankan keampunan kepada kita, seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H.

"Always Be There"