Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri dari mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang juga ramai oran yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh membawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk ke neraka lantaran cinta?


Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni : Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain ; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." (HR.Bukhari dan Muslim)


Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasullullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami dan isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya, dalam ayat yang bermaksud :


"Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri

dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka.

Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya pada yang

demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)


Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Demi Dzat yang diriki ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga

sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu

saling mencintai. Hendaklah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan

kalian akan saling mencintai?. Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)


Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah dan asas dalam agama. Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistemyang mempunyai batas. Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.


Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat dengan hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan denga lagu cinta dan dipertontonkan dengan kiah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikanmakna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.


Oleh yang demikian, renungilah hakikat "cinta" ini agar kita tidak terlajak di dalam memahami erti cinta sebenar. Perhatikan dua hadis Nabi SAW berkenaan dengan cinta :


"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri."


"Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah.: (HR Muslim)


sambungan : Cinta Kerana Nafsu


p/s ; Moga kita beroleh Cintanya Allah...


Salam,ill'liqa

May Allah Bless us...

peace:)

0 comments:


"Always Be There"