ISLAM ITU MUDAH ?
BENARKAH Islam itu mudah?. Pertanyaan ini sering bermain difikiran kite. Apatah lagi difikiran Mereka yang baru mengenali Islam. Kat mane nak rujuk perkare ni?dalam komik ke?(ana suke bace komik huhu) em...bagi menjelaskan perkare ni, marilah kite merujuk kepade petunjuk Allah SWT yang mengatakan bahawe Dia tidak mahu menyusahkan atau membebankan manusia sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"(Dengan ketetapan yang demikian) Allah mengkehendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran".
(Al-Baqarah :185)
Rasulullah SAW telah bersabda bagi menjelaskan perkara tersebut melalui hadith baginda yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud :
"Sesungguhnya Islam itu mudah."
Umumnye, perkataan mudah dan susah/payah itu bersifat agak subjektif bagi saye, (mengikut penilaian masing2). Neraca timbangan digunakan untuk memastikan sama ade perkare tersebut satu bebanan yang tidak mampu dilakukan atau faktor persekitaran yang menyebabkan keupayaan kite terbatas.
Menurut prinsip Islam, semue perintah, tanggungjawab dan bebanan dibuat mengikut kaupayaan manusia. Betul x?? Allah SWT tidak membebankan manusie melainkan dengan ape yang mereka mampu. Ini ditegaskan dalam firmanNya yg bermaksud :
"Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang TERDAYA
olehnya. Dia mendapat Pahala kebaikan yang diUsahakan dan juga Menanggung
Dosa kejahatan apa yang diusahakannya. " (Al-Baqarah:280)
Contoh ketare adelah perintah Ibadah Solat. Permulaan sebelum menunaikan Solat pe yang kene ade ?em... wudhuk dan bahan asas yang diperlukan??... ialah air. Dalam keadaan tertentu, jika berlaku ketiadaan air, Islam membenarkan dan memberi Kelonggaran Tayammum bagi menggantikan air.
Perkare kedue adelah bab menutup aurat. Pakaian yang biase boleh digunekan untuk mengerjekan solat Kecuali jika terkena Najis. Garis panduan pakaian yang ditetapkan untuk Lelaki ialah menutup antara pusat sehingga lutut. Manakala bagi Wanita pulak adalah menutup seluruh anggota badan Kecuali Muka dan tapak tangan. Dalam perkara ni, klu pakai Tudung Labuh dan Stokin pun kite dah boleh mengerjakan solat.
Oleh sebab solat merupakan ibadah yang tak boleh kite tinggalkan, make Islam memberi Kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. Klu kite dalam Musafir (dalam perjalanan dengan tujuan baik dan dibolehkan syarak) yang melebihi 2 Marhalah (lebih 91 kilometr), make kite boleh menjamak dan mengqasarkan solat.
Begitu juge klu kite sakit, kite boleh mengerjekan solat secare duduk, berbaring, mengiring atau dengan isyarat. seperti dalam beberape kaedah, kite boleh membace Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Al-Fatihah) atau ayat surah sebagai ganti Surah al-Fatihah yang merupekan Rukun Solat jika tidak dapat membacenye setelah diusahakan dengan bersunggung2.
Daripade contoh yang diberikan di atas, jelas bahawe Islam Itu Mudah, ia akan menjadi Sukar jike kite keterlaluan dalam mengamalkannya.
akan bersambung...
ill'liqa...ma'ssalamah
peace:)
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
0 comments:
Post a Comment