Kadang - kadang kita saja menjauhkan diri..
Tapi bukan kerana membenci,
Hanya ambil masa untuk sembuhkan,
Hati yang terluka ini.

Kita perlukan ruang menyendiri,
Supaya tidak tersalah lagi...
Apa yang kita lalui...
walau mengabaikan perasaan sendiri
Allah lebih mengerti...
Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..
Mematangkan hati dan diri.

Barangkali yg kita suka itu memberikan keburukan yg banyak dan barangkali yg tidak kita suka itu memberikan kebaikan yg banyak. Allah lebih mengetahui berbanding kita.

Setiap hari selagi masih hidup,
Allah berikan peluang untuk kite berubah.
Lebih taat dan patuh padaNya.
Lebih yakin dan bergantung padaNya.
Merasai cintaNya dan kekasihNya.

Kita hamba yg lemah,
sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,
Mudah rebah dengan manusia.
Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan manusia.

Mulai tika ini..
Jaga hati kerana Allah,
dan bukan untuk manusia.
Biar apa yg kita terima dari mereka,
kita tidak sedih dan gundah.
Walau kite dilukai. jangan sesekali kite biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.

Kita sebarkan bahagia..
padam luka - luka..


Senyum! ^_^'

2 comments:

asma diyana said...

maksudnya, walaupun kita sedih disebabkan kawan kita, kita still kne buat baik dan berlakon mcm bahagia, camtu ke?... susahnye

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Kita nak memahami orang lain pun susahkan? apatah lagi kalau kite nak orang faham kite...hidup ni saling memerlukan, ada masa kite tersilap dan ada masa orang lain tersilap..saling bertoleransi, mungkin ada masa kite tak perasan buat orang lain terasa dan mungkin jugak orang lain tak perasan buat diri kite terasa..jika kite dapat berterus terang dengan hikmah dan lebih menyayangi pabila menasihati itu lebih baik ^_^

apapun, jom latih diri berlapang dada hanya utk Allah kerana Allah pasti tidak mengecewakan..doakan saya =)


"Always Be There"