Assalamualaikum wbt...moga semuanya dalam lindungan Allah. SWT.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik.

Pelbagai perkara telah berlaku bukan sahaja pada diri kita tetapi berlaku kepada negara yang kita cintai kini Malaysia. Apa yang berlaku? Pencerobohan daripada pihak luar. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah di antara Sabah dan kaitannya dengan Filipina iaitu Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu.

Em..kita semua sudah cukup berdebar dengan peristiwa yang berlaku, mengenangkan keselamatan sahabat,saudara yang berada di sana kini kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi yang tidak rasional daripada pelbagai pihak.

Selain daripada itu,hari ini 3 Mac cukup 89 tahun kejatuhan kerajaan khalifah yang diambil oleh Mustafa Kamal Artartuk yang menghancurkan Islam dengan kezaliman.

Melalui peristiwa yang berlaku..pelbgai pengajaran yang perlu kita sebagai muslim ambil.

Sejauhmana dalam diri kita menegakkan Islam ?
Sejauhmana kita berjuang untuk memakmurkan Islam di sekeliling kita ?
 Sedalam mana kecintaan kita terhadap perjuangan Rasulullah saw mempertahankan kalimah Lailahaillah?

Apakah usaha kita mempertahankan Islam di bumi Allah?
Adakah kita sedar bahawa kita perlu mengembalikan Islam di jalan yang benar dengan adanya sistem khalifah?
Adakah kita sedar yang kita dibelenghu dengan  'jahiliyyah' yang menebal dalam diri kita?

Adakah kita diantara manusia yang membuat onar terhadah agama?
Adakah kita diantara manusia yang ingin menghilangkan Islam dibumi Allah yang tercinta?
Adakah kita diantara manusia pengecut yang tidak berani mempertahankan kalimah Allah di muka bumi?
Adakah kita diantara manusia yang lemah tersadai dalam kemewahan dan kesenangan sehingga lupa perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat?
Adakah kita antara manusia yang langsu
ng tidak tahu apa yang berlaku di negara kita? tidak ambil peduli apa yang terjadi terhadap Islam?


3 comments:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Moga kita dihindari daripada sikap alpa dan moga kita sentiasa sedar bahawa kita ada amanahd an tanggungjawab yang perlu dipikul dan laksana demi Islam yang disanjung. Maaf tak dapat habiskan diruangan entry disebabkan masalah teknikal. Sejarah itu wujud dan kita perlu pelajarinya.

Moga Islam terus unggul n bangkit!
Allahuakhbar!

p/s ; selamat tinggal toshiba :(

Angah said...

semoga islam terus makmur....

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

insyaAllah..amin =)


"Always Be There"