Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikim wbt. =) moga kita sentiasa dalam lindungan Allah Swt dan moga Allah redha pada diri kite.



Teringat kata - kata bekas pengetua sek ini, katanya keutamaan bagi guru adalah waktu PdP. Walau macam mana pun prority adalah di dalam kelas. Itu tidak dinafikan.

Tapi jika guru diamanahkan dengan pelbagai tugasan yang di luar kelas, itu yang menimbulkan persoalan dalam diri guru itu sendiri. Apabila guru ditugaskan pelbagai tugasan luar yang nak ataupun tidak guru perlu laksanakan dengan sebaik mungkin kerana tugasan luar ini bukan hanya melibatkan pelajar tetapi org luar. Dan perbincangan atau apabila berurusan dengan pihak luar secara tidak langsung mberi kesan kepada sekolah dan guru itu sendiri khususnya. Dan apabila melibatkan pihak luar nak ataupun tidak guru terpaksa meninggalkan kelas dan selesaikan urusan dengan mereka terlebih dahulu.

Jika guru sudah keletihan menyelesaikan tugasan luar kelas bagaimana dengan pdp ? jika guru meninggalkan kelas dan meninggalkan pelajar tanpa pengawasan mungkinkah masa itu dapat ditebus semula ? Mungkin dasesetenngah pihak lupa yang manusia hanya ada dua tangan dan dua kaki. 

TAPI...kita ada minda yang luas anugerah Allah untuk menguruskan apa yang diamanahkan. Kita ada hati yang besar untuk menerima segala cabaran dalam kehidupan. Kita ada jiwa yang kental untuk tidak mudah mengalah. Cuma mungkin kita kurang motivasi diri bila tidak mendaat sokongan, mudah hilang semangat bila menerima celaan, rungutan atau omelam daripada beberapa pihak yang tidak faham dengan apa yang ditugaskan untuk kita.,

Jadi bersabarlah. Tanamkan dalam diri bahawa kita berkerja untuk Allah dan bukan manusia. Kita ingin balasan dan redha Allah bukan manusia. Manusia itu adalah perantaraan ujian dari Dia untuk kita. Penat, sedih, tension hatta gembira itu semua dtg dari Dia. Latih dri dari tarbiyah dan hikmah Tuhan supaya lelah kitta bukan yang sia - sia. Ya kita kuat denhan Nantuan dari - Nya !

1 comments:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

banyak typing error..huhu..laptop xdpt berfungsi utk layari internet..n kne gunakan skrin yg lebih kecil. Moga dpt membacanya =)

omelam = omelan
nantuan - bantuan
dasesetengah = ada sesetengah
denhan = dengan


"Always Be There"