Tidak ada insan yang ingin dirinya dipersalahkan.
Tidak ada insan yang ingin mengatakan dirinyalah yang bersalah.
Tidak ada insan yang ingin mengungkapkan dirinyalah punca terjadinya kesalahan.

"Berdirilah dengan gagah dengan mengatakan.. Aku tidak bersalah. Aku dipihak yang benar. Tanpa mengalah. Tanpa ingin dipersalahkan. Bukan aku yang salah, tapi kamu.
Ya,aku berani kerana benar. Aku tidak salah. Tapi kamu yang salah. Apa yang terjadi dan bakal terjadi bukan aku yg salah tapi kamu. Aku berani kerana benar. Kamu tidak memahami dan sebab itu kamu salah. Kamu yang mulakan sengketa. Bukan aku. Aku berani kerana benar."

"Ya...kamu berani.
Ya...kamu benar.
Aku yg penakut..menghadapi kehidupan bersama kamu.
Aku salah kerana memilih kamu.
Ya...aku salah kerana memaksa kamu memahami aku.
Ya...aku salah kerana mengharapkan kamu.
Aku salah bukan ?.
Aku salah mentafsir keinginan aku sendiri.
Kamu teruslah berdiri gagah, kerana kamu benar dan aku yang salah.
Ya...aku salah, dari permulaan lagi.
Dan mungkin sehingga akhirnya aku yang salah.
Sungguh, aku yang salah."

Allah, tunjuki jalan buat insan yg salah ini dan yang benar. Hentikan jika ia salah dan berikan jalan yg sentiasa benar. Hanya padaMu, kami berserah. Tunjuki kami jalan yang lebih baik dwngan apa yg kami rencanakan.



0 comments:


"Always Be There"