agar dapat ke lalui dengan sempurna....."
agar dapat ke lalui dengan sempurna....."
Thursday, September 17, 2009
Labels: Dairy 5 commentsAku sedih, gembira dan sedih kembali,
Aku marah, tenang dan marah kembali,
Aku lupa, alpa, dan bersyukur akhirnya,
Aku leka, lalai dan bersyukur akhirnya,
Aku rebah, lagha, dan bersyukur akhirnya,
Bila berjaya aku lupa,
Bila susah aku Ingat,
Bila aku di atas aku lupa,
Bila di bawah aku ingat,
Kau berikan udara,
Kau berikan hujan,
Kau berikan dingin,
Kau berikan keteduhan..
KAU BERIKAN NYAWA,
Segala nikmat Kau berikan.
Aku?...
leka dengan mainan dunia,
keseronokan yang berpanjangan,
tanpa sekelumit mengingati kebesaranMu,
Aku?...
tersembam dengan nafsu yang menjalar,
mengabaikan tanggungjawab yg dipikul,
mengetepikan Amar Makruf nahi Mungkar,
Suruhan Mu...
Aku benci, aku bosan, aku lemas dengan semua itu,
Apakah caraku benar? Adakah SunnahMu sukar?
Adakah kehendakku benar? Adakah SyariatMu SUKAR?
Berikan aku pedoman, berikan aku Jalan KeredhaanMu Ya ALLAH...
Berikan aku petunjuk, Supaya aku tidak tersungkur ke lembah jahanam...
Berikan aku kefahaman yang utuh, supaya aku teguh di sisiMu YA ALLAH...
Aku xmahu berada di panas yang menjalar,
Aku xmahu berada dlm kedinginan yang melampau,
Aku xmahu Kau berpaling dariku sebagaimana aku berpaling darimu dulu...
Aku xmahu azab yang pedih Ya Allah...tidakkkk....
Aku menzalimi diriku,
Aku menghayutkan diriku,
Aku biarkan diriku menjadi lalang yang buntu,
mengikut tiupan yang xbertempat...
Di mana silapku?
Kau hantarkan Surat CintaMu padaku,
tapi....
Kenapa aku?
Kenapa aku abaikan?
Laungkan kalimatMu berkumandang,
tapi...
Kenapa aku?
Kenapa hatiku tidak pernah bergetar mendengarnya?
Kenapa aku tepiskan seruan itu?
Adakah ini tempat yang ingin aku singgahi?
Adakah ini tempat yang tenang bagiku?
Di Dunia yang Fana ini? Di Dunia yang penuh Kepalsuan ini??
Jangan tinggalkan Aku di sini,
Panggil...seru jiwaku agar aku menjejaki LangkahMu...
Wahai hati, wahai jiwaku...
Cintailah RabbiMu...
AkucintaAllah...
Tuesday, September 15, 2009
Labels: ilusiku 0 commentsPada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?
Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul.
Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan.Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan.Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal Ramadan, jemaah penuh menunaikan solat Tarawih, tetapi pada pertengahan dan hujungnya, jumlah mereka tinggal separuh daripada kapisiti jemaah.Mengapa perkara itu boleh berlaku? Jika pada awal Ramadan, masjid penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Tarawih, sepatutnya di pertengahan dan hujungnya, keadaan adalah sama.Tetapi, sayangnya tidak begitu.
Kebanyakan masjid suram di hujung Ramadan. Ramai umat Islam sibuk membuat persiapan Aidilfitri, membuat kuih raya, bermain mercun atau berpusu-pusu ke pusat beli-belah.Justeru, di mana KPI berpuasa mereka sepanjang Ramadan ini? Perunding Motivasi Human-Touch Consultant, Mohd Zawawi Yusoh, berkata sebahagian umat Islam semakin hilang stamina beribadat dan jumlah jemaah menunaikan solat tarawih merudum pada hujung Ramadan."Malah, jemaah makin maju ke depan, sebabnya di belakang sudah kosong dan makin kurang jemaah."Sepatutnya makin ke hujung Ramadan makin seronok dengan janji fadilat Ramadan," katanya.Persoalannya, mengapa fenomena begini berlaku dan tidak serupa semaraknya ketika awal dahulu? Ibadat yang dilakukan bukan saja berkurang kuantitinya malah kualitinya boleh dipersoalkan.
Mengapa umat Islam di negara ini tidak mahu mencari fadilat pada 10 malam terakhir Ramadan yang terkandung satu malam yang sangat berkat, iaitu Lailatul Qadar?Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah dalam al-Quran.Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih, Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak. Jika bertemunya, berdoa untuk kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.
Mohd Zawawi berkata, generasi salafussoleh dahulu makin tidak senang duduk apabila Ramadan makin memasuki penghujung kerana bersemangat hingga bergilir tidur, bangun dan saling mengejutkan yang lain untuk qiamullail."Boleh jadi juga tanggapan tak betul dalam menghayati ibadat Ramadan. Kalau beribadat hanya ikutan sahaja, dorongan memang tak kuat. Bukan sahaja tak kuat, tetapi tak dapat bertahan, hanya main ikut 'mood'."Hari ada 'mood', beribadat bukan main manakala hari tak ada 'mood' main-main pula beribadat," katanya, sambil menegaskan: "Beribadat bukannya boleh dibuat main-main sebab ibadat hendak masuk syurga."Hadis Nabi s.a.w bermaksud: "Jalan ke syurga penuh dengan duri manakala jalan ke neraka penuh dengan seronok dan lalai." Solat katanya, memang duri bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh, manakala Tarawih beratnya dirasa seperti ditusuk duri."Duduk lama sedikit ketika bertadarus tidak tahan, sebab terasa macam duri," katanya.
Beliau berkata, dek salah faham antara makna Ramadan dan bulan puasa juga menjadi sebab kenapa ramai cepat sangat malas menggandakan ibadat?"Kalau difahami ini bulan puasa, seolah-olah bulan ini hanya untuk puasa. Orang ajak buat kerja lebih sedikit, dia kata ini bulan puasalah. "Apabila diajak bergotong-royong, dijawab ini bulan puasalah dan bila hendak buat kursus ketika bulan puasa, terus disanggahnya, 'ini bulan puasa', seolah-olah bulan ini bulan rehat saja."Berbeza dengan kefahaman Ramadan, sebab apabila difahami ini Ramadan bermakna bulan ini bukan hanya untuk berpuasa."Malah, bulan ini menjadi penghulu segala bulan kerana sangat banyak ibadat yang perlu dilakukan sebagai pakej," katanya.
Menurutnya, bulan ini juga adalah bulan mencipta prestasi kerana dalam sejarah Islam, perang pertama berlaku dalam keadaan lapar kerana berpuasa."Boleh jadi juga semakin tidak bersemangat sebab jahil mengenai ganjaran dan nilai yang terkandung dalam ibadat pada Ramadan. "Inilah akibatnya tak bersedia dengan ilmu ketika menyambut kedatangan Ramadan. Tak baca dan menelaah kembali hakikat tawaran Allah."Sehingga yang terpikat bukannya tawaran Allah, tetapi lebih kepada jualan murah 'beli dan belah'. Membeli bukan main sakan, tetapi bab ibadat asyik belah saja," katanya.
Kekurangan stamina sebelum Ramadan lagi, katanya, menjadi satu lagi punca yang menyebabkan momentum beribadat ketika Ramadan tidak begitu stabil."Benarlah doa Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah berkatkan Rejab dan Sya'ban serta panjangkan umur sehingga Ramadan.""Rupanya kerajinan beribadat sepatutnya sudah bermula persiapannya sejak Rejab lagi dan kalau ikut sepatutnya memang sejak baligh lagi sudah kena rajin beribadat. "Kalau sudah mula berazam nutuk bersungguh ketika Rejab lagi taklah terkejut melayani dan menangani jadual ibadat Ramadan. "Bayangkan kalau jarang ke masjid, tetapi bila saja tiba puasa hendak berterusan 30 hari ke masjid. "Rasanya, mungkin tak larat. Begitu juga dengan membaca al-Quran, berbulan-bulan tak ada jadual membaca al-Quran, tiba-tiba hendak khatam 30 juzuk, memang berat sangatlah," katanya.
Tanggapan sesetengah pihak yang berasakan usianya masih panjang dan muda juga menyebabkan ibadat Ramadan tidak dilakukan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir bulan. "Sekarang masa bersuka ria, masih bujang lagi, nanti apabila sudah kahwin atau bila tua barulah ibadat betul-betul dan ini pun satu punca tidak bersungguh dalam beribadat. "Kalau yang muda terasa masih awal serta banyak lagi peluang dan ruang, kerenah yang tua pula mula pasang angan-angan walaupun ramai teman taulan sudah jalan."Mati bukan ikut usia dan penyakit, tetapi rahsia Allah. Marilah pada kesempatan Ramadan yang masih berbaki kita bersungguh-sungguh menggandakan ibadat."Ini supaya kita berasakan kehangatan pesta ibadat menjadi hiburan dan pengisian rohani agar bersiap dengan bekal mencukupi di alam selepas dibangkitkan semula," katanya.
copyrightsomewere...
"Sesungguhnya Tuhan engkau ada hak (kewajipan) di atas engkau dan bagi diri engkau sendiri ada hak (kewajipan) di atas engkau dan bagi ahli engkau ada hak (kewajipan) di atas engkau. Maka hendaklah engkau tunaikan kepada tiap2 yang mempunyai hak akan haknya."
em...maksudnye,kite mempunyai hak terhadap diri sendiri, hak pade org lain dan Allah ade hak ke atas kite. Jadi kite harus menunaikan hak2 tersebut..rugilah kepada sesiapa yang tidak melaksanakan hak2 atau kewajipannya itu.
TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN
Islam mengajar kita bertanggungjawab dan memahami makna serta tugasan hidup kita. Bukan sekadar nak tidur atau mencuci mata sahaje. Manusia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya. Kita dikurniakan akal fikiran dan kemampuan dalam berusaha, ikhtiar serta boleh memilih perkara yang baik, buruk dan bermanfaat bagi diri dan masyarakat sekeliling. Dengan adanya kelebihan yang dikurniakan ini, maka segala tugas (hak) dan kewajipan haruslah ditunaikan dengan baik. Jadi ape kawajipan2 yang perlu kita lakukan?..em..diantaranye...:
1. Kewajipan Terhadap Allah.
Kita wajib untuk mengenal, beribadah dan berbakti kepada Allah SWT dengan mematuhi segala hukum dan ajaran yang disampaikan oleh RasulNya sama ada dari segi zahirnya malah batinnya. Tugas dalam mengenal Allah merupakan kewajipan yang penting dan utama bagi setiap manusia. Akan tetapi kita bukan sahaja sekadar mengenaiNya malah kite wajib untuk beribadah kepadaNya sebagai menunjukkan tanda taat setia kite terhadap Pencipta, yang menjadikan alam ini, menghidupkan kite dan yang mengatur segalenye...yang mana segala rezeki dan nikmat datang daripadaNYa.
Oleh itu, kita dilarang untuk menyembah dan beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah kerana yang lain itu adalah makhluk Allah yang diciptakan supaya tunduk kepadaNYa. Mereka yang tidak mahu mengenal atau mensyirikkanNya dikira melakukan keslahan besar dan tidak akan diampunkan dosanya serta diharamkan dari memasuki syurga.
Mahukah kita dianggap sebagai manusia yang tidak bersyukur?. Adekah kite yang menciptakan diri kita sendiri? adekah alam semesta ini terjadi dengan sendirinya? adakah matahari, bulan dan bintang timbul dengan sendirinya?..Jadi kite perlu mengenal penciptaNya yang merupakan kuasa Agung dalam kehidupan kite.
2. Kewajipan Terhadap Diri Sendiri.
Walaupun kite mempunyai kewajipan terhadap Allah, kite juga tidak terlepas dengan kewajipan terhadap diri kite sendiri. Di mana manusia wajib menunaikan beberapa tugas untuk dirinya iaitu memelihara diri daripada perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kerosakan. Sebagai contoh, menjaga kebersihan, kesihatan diri, memakan makanan yang baik, menjaga fikiran serta menjauhi perkara jahat seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya. Kita juga wajib untuk mendalami ilmu pengetahuan yang berguna dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan mempunyai budi pekerti yang baik. Diri umpama tin kosong,jadi kita perlu mengisinye dengan perkara yang disuruh dan meninggalkan ape yang dilarang. Membentuk akidah, ibadah dan akhlak yang mulia akan menjadikan kite dekat dengan Allah SWT.
3. Kewajipan Terhadap Keluarga.
Tabiat semulajadi manusia ialah hidup bermasayarakat. Oleh itu, setiap orang mesti membentuk keluarganya menjadi keluarga Islam yang baik dan seterusnya memelihara keselamatan dan kebahagiaan ahli2nya iaitu anak, isteri, dan orang yang dibawah jagaannya. kita juga diwajibkan menjaga kesihatan, makan, minum, asuhan yang baik, pelajarn agama yang membentuk peribadi, tingkahlaku dan sebagainya. Selain itu juga, kite perlulah menjaga hubungan di antara sesama manusia. Sentiasa membantu dan menjaga kebajikan sesama umat muslim. idak menerapkan nilai2 Islam dan sebagainye.
Kita biase melihat institusi keluarga yang tidak menjaga dan memelihara kesejahteraan ahli keluarganya. Anak2 terbiar, bergelumbang dengan masalah keruntuhan akhlak, ibu bapa tidak menerapkan dengan nilai2 dan unsur2 yang diunjurkan di dalam Islam. Jadi siapa yang perlu diperslahkan? adekh anak anak smakin kecil dan tidak mampu mencari ilmu Agama yang suci?adekah kite perlu mencari alasan menyalahkan sepenuhnye kepada ibu dan ayah kite?Itulah kewajipan kite sebagai anak2 untuk membantu keluarga kite ke arah yang diredhai..
i) Mengenal Allah dan beribadah kepadaNYa.
ii) Menjaga dan memelihara kebaikan serta keselamatan diri sendiri.
iii)Menjaga dan memelihara kebaikan serta kebahagiaan keluarga dan masyarakat.
Orang yang tidak menjalankan tugasnya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.. dan kite hanya menuju yang 1 SyurgaNya Allah SWT...amin.
Salam,ill'liqa...
peace:)
Wednesday, September 9, 2009
Labels: Ramadhan 1 comments(bersyukur pade kesakitan). Kelas ganti tuk malam ni pun dibatalkan Alhmdllh...kan de hikmahnye..Sekarng musim duk pulun asgmnt coz klu boleh mmg nak siapkan sebelum balik cuti raye,hi2..so t leh raye sakan tanpe m'mkirkan ayat2 yang perlu di karang untuk asgmnt..tinggal due tige asgmnt yg perlu diberehkan dalm mase lebih kurang 7 hari je lagi sebelum balik umh..em..nnti terpakse balik awl ke sini coz terlibat dengan seminar persidangan bhse di johor..(p xpe untuk ilmu)..lagipun xmudah dapt peluang macam ni. Seminar dari 28-30 p dh g 27 tuk pendaftaran. Moge Allah lindungi perjalanan ke sane, balik umah dan kembali ke sini semule.
em..kat bawah ni copy and paste je..tuk tatapan..
Why 09/09/09 Is So Special
Have special plans this 09/09/09?
Everyone from brides and grooms to movie studio execs are celebrating the upcoming calendrical anomaly in their own way.
In Florida, at least one county clerk's office is offering a one-day wedding special for $99.99. The rarity of this Sept. 9 hasn't been lost on the creators of the iPod, who have moved their traditional Tuesday release day to Wednesday to take advantage of the special date. Focus Features is releasing their new film "9," an animated tale about the apocalypse, on the 9th.
Not only does the date look good in marketing promotions, but it also represents the last set of repeating, single-digit dates that we'll see for almost a century (until January 1, 2101), or a millennium (mark your calendars for January 1, 3001), depending on how you want to count it.
Though technically there's nothing special about the symmetrical date, some concerned with the history and meaning of numbers ascribe powerful significance to 09/09/09. For cultures in which the number nine is lucky, Sept. 9 is anticipated - while others might see the date as an ominous warning.
Math magic
Modern numerologists - who operate outside the realm of real science - believe that mystical significance or vibrations can be assigned to each numeral one through nine, and different combinations of the digits produce tangible results in life depending on their application.
As the final numeral, the number nine holds special rank. It is associated with forgiveness, compassion and success on the positive side as well as arrogance and self-righteousness on the negative, according to numerologists.
Though usually discredited as bogus, numerologists do have a famous predecessor to look to. Pythagoras, the Greek mathematician and father of the famous theorem, is also credited with popularizing numerology in ancient times.
"Pythagoras most of all seems to have honored and advanced the study concerned with numbers, having taken it away from the use of merchants and likening all things to numbers," wrote Aristoxenus, an ancient Greek historian, in the 4th century B.C.As part of his obsession with numbers both mathematically and divine, and like many mathematicians before and since, Pythagoras noted that nine in particular had many unique properties. Any grade-schooler could tell you, for example, that the sum of the two-digits resulting from nine multiplied by any other single-digit number will equal nine. So 9x3=27, and 2+7=9.
Multiply nine by any two, three or four-digit number and the sums of those will also break down to nine. For example: 9x62 = 558; 5+5+8=18; 1+8=9.
Sept. 9 also happens to be the 252nd day of the year (2 + 5 +2)...
Loving 9
Both China and Japan have strong feelings about the number nine. Those feelings just happen to be on opposite ends of the spectrum. The Chinese pulled out all the stops to celebrate their lucky number eight during last year's Summer Olympics, ringing the games in at 8 p.m. on 08/08/08. What many might not realize is that nine comes in second on their list of auspicious digits and is associated with long life, due to how similar its pronunciation is to the local word for long-lasting (eight sounds like wealth).
Historically, ancient Chinese emperors associated themselves closely with the number nine, which appeared prominently in architecture and royal dress, often in the form of nine fearsome dragons. The imperial dynasties were so convinced of the power of the number nine that the palace complex at Beijing's Forbidden City is rumored to have been built with 9,999 rooms.
Japanese emperors would have never worn a robe with nine dragons, however.
In Japanese, the word for nine is a homophone for the word for suffering, so the number is considered highly unlucky - second only to four, which sounds like death.
Many Japanese will go so far as to avoid room numbers including nine at hotels or hospitals, if the building planners haven't already eliminated them altogether.
Nikmati hari anda dengan rase kesyukuran dan jadikan kesulitan anda sebagai tanda kesayangan Allah kepade anda untuk menjadikan lebih tabah, sabar, bijak menghadapi hari2 sukar yang mendatang...
Salam...
peace:)
Adakah Islam hanya setakat itu sahaja? Terdapat satu kisah ketika Rasulullah SAW sedang berjalan dengan Sayyidina Abu Bakar RA. Tiba-tiba datang seseorang yang baru memeluk agama Islam berjumpa Nabi. Dia bertanya kepada Nabi, "Ya Nabi Allah apakah yang boleh membuatkan aku masuk Ke Syurga?".
Nabi menjawab," Cukuplah sekadar engkau sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji jika engkau mampu."
Kemudian Sayyidina Abu Bakar bertanya kepada baginda, "Kenapa tuan berkata begitu kepadanya sedangkan kepada aku, tuan berkata untuk masuk ke Syurga bukan hanya dengan melakukan perkara yang lima itu."
Nabi SAW menjawab, "Baginya, itulah yang terbaik, tetapi bagimu banyak tanggungjawab yang harus engkau lakukan sebelum merasai Syurga Allah."
Ertinya, mendapat Syurga Allah bukanlah hanya dengan melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja, tetapi ia mencakupi segala bentuk pekerjaan dalam hidup seharian. Sesungguhnya bukan mudah dan senang untuk memasuki Syurga Allah. Terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi di dunia sebelum memasukinya.
Di dalam dunia, tiada istilah rehat bagi seorang Muslim yang betul2 menghayati Islam. Rehat bagi kita yang sebenar ialah di Syurga. Jadikan dunia ini sebagai jambatan menuju ke Akhirat. Pada satu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, " Mahukah aku beritahu kamu satu perniagaan yang menguntungkan?". Sabahat menjawab," Apakah pekerjaan itu ya Rasulullah?". "Lakukanlah amal kebajikan di dunia dan itulah sebaik-baik perniagaan." Jawab Rasulullah SAW.
Sesungguhnya hasil yang diperolehi tidak akan dirasai di dunia. Tambahan pula hasilnya pasti ada dan kita tidak akan mengalami kerugian. Kita akan merasai segala hasil dan nikmatnya di akhirat kelak. Dunia sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam dan hasilnya dituai di akhirat kelak. Jadikanlah dunia sebagai ladang akhirat.
Tetapi, sejauh manakah kita mampu mengharungi onak duri duniawi? Di dunia ini, Allah telah memberikan kita dua jalan. Jalan yang membawa kepada kebaikan atau jalan yang membawa kepada kehancuran. Sesungguhnya menjadi sunnah Allah SWT menjadikan jalan menuju ke syurga penuh dengan cabaran dan rintangan. Jalan menuju ke neraka itu mudah, cantik serta penuh dengan keenakan dan keseronokan. Tidak ramai yang mampu mengharungi cabaran rintangan ini.
Untuk masuk ke syurga, bukan hanya lihat pada luaran sahaja zahirnya islam tapi dalamannya?batinnya?bagaimana? sucikan hati, ikhlaskan jiwamu untuk berdepan dengan Allah SWT. Bukan sekadar kita mendabik dada mengatakan kita islam melakukan ibadat solat tetapi mengapa maksiat tidak ditinggalkan?Kenape kite hanya memikirkan malu di hadapan Masyarakat tetapi tidak malu dengan Allah yang sentiasa melihat perbuatan kita dalam terang dan gelap?Adakah dengan hanya bersedekah dan tidak menunaikan solat kita boleh menduduki SyurgaNya Allah? Adakah dengan hanya duduk di masjid, setiap masa kita confrm masuk ke syurgaNya Allah? Adakah kita hanya perlu mendapat pujian daripada masyarakat dan tidak mahu mendapat pujianNya dari Allah?Jadi kita perlu mendalami apa ertinya Islam pada seseorang Muslim..Apa yang perlu kita lakukan dan apa yang patut kita tinggalkan. Tetapkan iman kite. Moge kite beroleh KeredhaanNya Allah SWT..
Ingatlah, bukan senang hendak memasuki syurga Allah. Insya Allah marilah kita sama2 berusaha untuk masuk ke SyurgaNya...
Salam...
peace:)
Monday, September 7, 2009
Labels: PesonaNya Islam 3 commentsri ni murah rezaki, kak lin wat kelas 1 jam je..(suke kls habis awl,p mgu depan kene ganti 3 jam haha) so pas kelas terus gerak g libry. p tanya akk kat kaunter,wah...prosedur paling lingkup ktorg wat..hu2,slowtalk..spe nak kne intrview..Akk 2 duk belek2 surat duk belek2 soaln..em...cam ok je responnye..p die bagi cadangan jmp Tim.Pustakawan lagi bagus coz die bhgian survis n yang arif hal etika, atau pentadbiran ni TP..so g la nek ke tingkat 4 di libry..fuhh...sempput...p demi tgs kami gghi jg..huhu
Tanya2 kat kaunter, katenye TP baru je turun jap gi die nek...
so tunggu..........tunggu....tunggu....
hi2...die sampai,"Tunggu saye ke?,kenape"
so kami pun mulekan bicare...
bincang2 pnye bncang...die snyum je..respond pun alhmdllh baik sgt. Yela bukan mudah ri ni tunjuk surat sok dah boleh intrview...huhu alhmdllh syukur mudah sangat pengurusan...
kami kua libry gan senyuman tande kesyukuran,mane xnye orang len dah p pjabt sane p institusi sni tah g mane2 dh...ni dh last minit,p xpe klu kite dh usahe, doa dan tawaqal i'Allah Allah xkan sie2kan usahe hambenye kan, cume lambat atau cepat je..jadi jangan mengeluh dengan usaha yang tidak menjadi itu cume menuntut kesabaran daripade kite saje..2 la hikmahnye
oopss...buke pose dlu,t smbung...
pas balik dri libry, cm bese duk kat port biase tnggu zhr, kul 2 de kelas balik. Jumpe mmber kelas tanye la khbar ttg report etika dh siap ke blm?emm...."g intrview je awl2 buat dok lagi, tugas pun xbagi lagi"... kate mmberku.
em...jadi sme je la wat awl/lmbt..(??)em..xpe la sekurang2nye kami xla ketinggalan sangat cume org len xyah pk dh sal intvw cm kami je...p pe2 pun xksh la...janji hepi and dapt siapkan kije jgn tnguh2 dh..
em ri ni umur dh bertambah 1 angke 21-22 (makin pendek umur)..Ramai kawan2 yang wish,kwn2 kat tagged pn(maaf cek xsmpat nk reply cz bbrpe k'sltan yg berlaku)..time kasih byk2 terharu sgt...pas buka pose smlm kawan bek tfon siap nyanyikan lagu brthday...huhu...sedihnya,time kasih...(ingt lagi anda dengan diriku yang jahat ni..hi2)Moga Allah memberkati kalian semue. Alhmdllh..i'Allah dengan peningkatan usie ni moga dilimpahi kerahmatan dan keredhaan,dan moga cek lebih mengenali dunie dan akhirat..dan tabah mengharungi hitam putih kehidupan..i'Allah.
Ri ni gak, cek gan sorang hambe Allah ni dh bertegur sape,hu..berkatnye kesabaran sekali sekale mengalah xpe kan xrugi pn..em...tanpe perbincangan masalah xkan selesai...(mengalah xsemestinye kite yg salah dan sebaliknye) alhmdllh dh baik2 je..Biase la dalam kehidupan kite sebgai manusie xlari dari melakukan kesilapan,asam garam kehidupan..Pahit manis,kelat jatuh hatta bangun sekalipun semuenye ade hikmah disebaliknye. Jangan mudah mengalah dan mengeluh dengan dugaan yang dianugerahkan kepade kite. Selalu berdoa, usaha dan tawaqal i'Allah Allah akn sentiasa disisi kita setiap mase dan ketike. Kepahitan dijadikan sebagai pengajaran, Kemanisan dijadikan sebgai pedoman Moga berkat mengharungi jalan Tuhan...amin.
p/s : 1) Jangan mudah Salah Sangke (Buruk Sangke) terhadap orang lain. Selidiki perkara
sebenar terlebih dahulu,fahami tindakan orang lain sebelum menghukum dan
menyatakan penyataan. ( Don't judge a Book by it's Cover)
2) Selalulah memaafkan sesame kite, jangan berdendam. Pemberi maaf lebih baik dari
yang meminta maaf.
Salam,ill'liqa maassalamah...
Love Allah Care 4 Other,
peace:)
(em..ni dh post yg ke3)