Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri dari mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang juga ramai oran yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh membawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk ke neraka lantaran cinta?


Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni : Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain ; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." (HR.Bukhari dan Muslim)


Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasullullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami dan isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya, dalam ayat yang bermaksud :


"Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri

dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka.

Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya pada yang

demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)


Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Demi Dzat yang diriki ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga

sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu

saling mencintai. Hendaklah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan

kalian akan saling mencintai?. Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)


Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah dan asas dalam agama. Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistemyang mempunyai batas. Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.


Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat dengan hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan denga lagu cinta dan dipertontonkan dengan kiah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikanmakna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.


Oleh yang demikian, renungilah hakikat "cinta" ini agar kita tidak terlajak di dalam memahami erti cinta sebenar. Perhatikan dua hadis Nabi SAW berkenaan dengan cinta :


"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri."


"Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah.: (HR Muslim)


sambungan : Cinta Kerana Nafsu


p/s ; Moga kita beroleh Cintanya Allah...


Salam,ill'liqa

May Allah Bless us...

peace:)
Penekanan bersederhana dalam ibadah adalah penting di samping meletakkan prinsip Istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah,tanpa sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikutan, akan menyebabkan ia terbelenggu dan akhirnya kita meninggalkan ibadah tersebut? Betul? sebab? Kite rase die berat, susah dan malas nak buat.

Dalam Islam, solat tidak membebankan, malah ia merupakan satu amalan yang digemari kerana selain dari ibadah ia juga akan :
i ) Melatih daya pemusatan pemikiran.
ii) Meningkatkan keikhlasan kepada Allah SWT.
iii) Mengamalkan kebersihan.
iv) Memberikan kerehatan saraf.
vi) Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah SWT.
vii) Menanamkan rasa muhibah dan semangat perpaduan menerusi solat Berjemaah.

Begitu juga dari aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan apabila tiada alternatif lain yang boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh memakan daging Khinzir , sekiranya ketika itu hanya daging hinzir sahaja makanan yang ada untuk menyambungkan nyawa untuk meneruskan hidup.
Bagi menunjukkan bahawa Islam adalah mudah dan tidak membebankan, kita perhatikan sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat.

Melihat kepada tahap keimanan umat Islam pada ketika itu, proses permulaan pengharaman arak ialah menghindarinya ketika menunaikan solat kerana ditakut tersalah bacaan.
Peringkat seterusnya, ia diharamkan terus kepada umat Islam kerana ia memabukkan dan lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.

Klu kite tengok,effect arak dalam kehidupan sangat banyak terutama ke arah keburukan dan xde langsung ke arah kebaikan(cek rs). Bile mabuk mule meracau2, 2 ok lagi ni de sampai yang berzina, xcdent, bergaduh (pkran luar sedar), dan de gak yang bercerai berai dek penangan arak...! Nauzubillah.

Klu bab pakaian, bagi wanita pakailah pakaian yang menutupi aurat..Sayangi diri Kite. Jangan dedahkan ape yang xsepatutnya didedahkan. Cintai diri kite...!Klu bukan muhrim tengok boleh naikkan nafsunye,melihat pinggang,betis, rambut kepade mereke?..Masya Allah, bukankah dosenye datang dari kite?
Tak susah...tutupi mahkotamu dengan selendang/tudung. Tak semestinye wajib bertudung labuh, bertudung biase pun boleh asalkan ia menutupi dadamu sehingga pusatmu dan tidak menampakkan auratmu..itu yang wajib. Jangan susahkannya. Klu xpakai tudung t rambut rosak, kering kne sinaran matahari..kan susahkan kite..p pe2 pun pakai tudung Wajib bagi umat Islam.,Kan lebih manis klu bertudung..Pakailah baju yang longgar agar tidak menampakkan bentuk tubuhmu. Tak Lemas ke pakai baju ketat? Tak lemas ke pakai tudung berbelit2 dan menampakkan dadamu?...lemass...p bgi yang lain xtahu pe yg dirasainye. Tapi xsemestinye kene pakai Jubah 24 jam...! Jangan sempitkan fikiran..Bukankah ia untuk kesenangan kite jugak? mudah untuk bergerak jika pakaian yang dipakai lebih longgar berbanding yang sebaliknya yang saye kire lebih menyukarkan pergerakan. Bile pakai baju singkat dan ketat, bile nak tunduk atau nak mengambil barang yang tinggi..Allah nampak plk badannye..bukan ke menyukarkan kite?t nak tarik2 baju p nmpak jgk..Bersederhanalah selesekan diri nak nmpak cntik tapi xselese, bukan xde baju longgar dari badan kite yang boleh nmpak lebih cantik. tak perlu memakai tudung berbelian2..baju bertransperent jika akan mendatangkan riak dalam diri kite, bangge hanye seketika selebihnye??P klu nak pakai tudung yang de berlian xsalah, (jangan salah fhm) pakailah asalkan kite tahu pe yang patut(ttp mane yg patt)..Klu nak pakai baju yang macam fesyen sekarang(transperent) k boleh pakai la p pakai la baju alas dalam pe yang org panggil 2 tah pe die,die cm t'shirt p kain die lmbut skt (de yg labuh tuk baju labuh & de yang biase cm t'shirt) so xpanas sangat,kan sopan..jangan pakai singlet plk lengan die xdak t nmpak lengan nampak ketiak...alaa..xcome la.... Sayangi Diri kite. Nak ikut fesyen xsalah,p kne pandai pilih fesyen yang macam mane jangan men redah t kite yg rebah....(?)

I'Allah Allah akan mengasihi dan memberkati hambenye jika kite tahu menyanyangi dirinya.

Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah SWT dengan yakin dan sempurna akan merasa nikmat dan kebahagiaan daripada perintah tersebut. Sesungguhnya Islam itu Indah dan mudah. Oleh itu, marilah kite bersame-same menghayati KEINDAHAN ISLAM.

Oleh itu, selalu lah berfikiran positif dan jangan menganggap sesuatu ibadah itu menyusahkan.

Mungkin de yang terkurang dan terlebih dalam ni, mohon maaf...(Dunia&Akhirat)




Salam,ill'liqa...
May Allah Blees us,
peace:)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Pada malam perjalananku ke langit, diperlihatkan kepadaku semua Syurga. Maka aku melihat empat macam sungai : Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai Madu. Lalu aku bertanya kepada Jibril. "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia mengalir?"

Jibril menjawab : " Mengalir ke kolam Al Kautsar, tetapi aku belum mengetahui dari mana ia bersumber. Cuba ku tanya dahulu dengan Tuhanmu."

Kemudian datanglah seorang Malaikat dan berkata kepadaku : " Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih, pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah. Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas kubah ini, akan seperti burung yang hinggap di atas gunung atau seperti telur yang diletak di atas gunung. aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah kubah tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah Malaikat tersebut menyuruhku memasukinya.

Aku bertanya : " Bagaimana aku boleh masuk, sedangkan pintunya terkunci?".

Berkatalah Malaikat tersebut : " Kuncinya berada ditanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim".

"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Tiba-tiba terbukalah pintu kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika aku hendak pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut kubah itu. Aku menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai Susu bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim."

Kemudian Allah SWT berfirman : "Hai Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebutKu dengan nama-nama ini, akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini."

Jike kite lihat perkataan Bismillahirrahmanirrahim ni mudah dan ringkas. Tetapi disebaliknya tersirat maksud dan Keajaiban yang tersendiri. Tapi kenape sukar untuk kite jadikan ia sebagai amalan sepanjang kehidupan kite? jika kite mengamalkan kalimah suci ini nescaya kite akan dilindungi dan sentiasa diredhai. Setiap perkare yang hendak kite lakukan dahuluinye dengan kalimah ini, yang bermaksud : " dengan nama Allah yang maha pengasih , maha penyayang". Tak rugi jika kite amalkan bahkan mendapat berkat, hatta jika kite ingin lakukan ape sekalipun,walaupun hanya ingin mengangkat beg. Tak susah kan? i'Allah kalu kite selalu sebut 'kunci' kite xtak hilang...

(Perkara yang amat mudah tetapi ganjaranya amat besar.)
Salam,ill'liqa.
Selamat Berbuke...
peace:)
em...cek ingat nak customize kan page ni....ayoOk...ni la klu xcelik it...huhu..
klu kat page len cek leh gak wat sndiri..ni pn kawan cek yang tlg..(mak ude yni)..hi2
em...pening2...xpe la kne blaja lgi,hu2..tq sape2 yg sudi dtg ziarah,xdatang pn xpe..cek cume tlis pe yang nak tulis, tuk kepuasan sndiri..hi2..maaf ana budak baru blaja..
banyak lagi......yg perlu p'baiki.




Salam,ill'liqa...

peace:)


em...pejam celik pejam celik dh masuk Ramadhan. Mungkin bahangnya kurang cek rasei di sini.

Selalu klu kat umah cek tak pernah lepaskan peluang tengok pergumuman kat Tv1 ke / Tv3..kat sni xsempat nak tengok.Ni dh kali kedue cek berpose kat tempat stdy (Upsi)..em...bestnye klu sahur kat umah,mesti Ma (mak cek) duk kalut kejutkan kami adik beradik dalam kul 5am..."bangun2, meh makan ni..xnak makan nasi pun minum air n makan kurma..sunat tau sahur ni"..lebih kurang lagu 2 la Ma cek cakap time nak kejut....huhuu...rindu kat Ma...paling liat adik bongsu cek (Aina)...em...susah betul die nak bukak mate...(p cek pun g2 gak ,kdg22..hi2).


So klu sok pose,malam ni dah mule Solat Terawih kan?.em...selalu orang kate,.."xpe x g pun..sunat je..."....Ramadhan datang setahun sekali je,nak dapat berkat dan nikmat setahun sekali dalam Bulan ni bukan senang...jadi gunekan peluang yang ade...mane tahu tahun depan kite dah tak berkesempatan nak jumpe Ramadahan dah?...jadi..mage kite insan yang mendapat keberkatan dalam mengharungi Bulan Yang Mulia ini dan jauhi daripada larangannya...



Salam,ill'liqa..

Peace:)
yea..yea...nanti nak pose,(sok dah pose),huhu...sukenye die nak pose

Alhamdulillah kite masih sempat bertemu dengan Bulan Yang Mulia yang sentiase dinanti2 kan oleh kite semue. Sebab ape? dalam Bulan Mulia ni kite dapat banyak manfaat sama ade dapat meningkatkan ibadah kite, hubungan kite dengan Allah, sihatkan tubuh badan dan macam2 lagi nikmat yang kite perolehi. Jadi gune sebaiknye Ramadhan kali ini, seumpama kite tidak akan bertemu lagi dengannye. Banyak Berkat dalam Bulan Ramadhan ni. Andai kate saye menghembuskan nafas dalam bulan Ramadhan ni sekurang2nye saye masih sempat bertemu dan menikmati Ramadhan. Rugi jika kite lepaskan peluang untuk menikmati erti Ramadan yang sebenar. Waktu inilah dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka. Di mane awalnye Rahmat, Pertengahannya Magfirah dan Penghujungnya Pembebasan dari Api Neraka. Banyakkan berdamping dengan Quran, mendengar alunan Suci dan semoge perkare yang kite lakukan mendapat Keredhaan dariNya.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu KEBERKATAN...
TAN.
Dalam kalut2 nak gi kelas kul 2, cek singgah jap kat kedai nak beli air kotak Vico. Kedai 2 jual buku2, peralatan dan lain2. Kawan cek duk belek buku jap. Pas bayar...cek tepuk kawan cek suh beredar,"jom kak na".. kawan cek kate "emm...ma bestnye buku ni". cek pun patah balik nak tengok buku yang dimaksudkan. Kak Na sempat cite sikit tentang pe yang die bace. "die kate tentang Bidadari syurga yang cantik jelite, putih bersih yang selalu menundukkan pandangannye..bidadari yang perawan, penuh cinte dan lain...." kat sini kak na tekankan walaupun bidadari ni cantik xde tandingan die tetap menjage 2 perkare 'perawan' dan pandangannye. cek jadi terpegun, dengan kesungguhan si kawan ni bercerite. Tengok isi kandungan, waa...best2 die menunjukkan gambaran di Syurga yang sebenar. Tanpe pk panjang saye pn zaapp...mik buku 2 terus nak g bayar. "eh...ma nak beli ke ?" soal kak na. "nak2 "... die pun termenung, " em...nak beli gak la,hihi".. "la..nanti blh pinjam je, pas ma bace". "xpe buku ni leh bace bile2 "..so due2 beli.

Sementare tunggu lecturer masuk, cek sempat bace sikit kandungan yang de dalam buku 2.

"Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini dan mereka menganggap inilah 'Kampung Halaman' yang sebenar. Setiap hari mereka hanyalah sibuk dengan urusan2 dunia ini : sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada 'Kampung Halaman' yang hakiki, iaitu syurga atau neraka."

Pas 2 die terangkan bagaimane rupenye syurga dan bagaimane pulak nerake. Cek jadi ralit...bace g...Syurga Menurut Berbagai Agama. Bagi pandangan Islam :....

Syurga adalah tempat Anugerah pada manusia yanag telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak dikebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.

".......dan barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."
(An-Nisa' : 13)


Sungai-Sungai Di Syurga

Sungai di Syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai2 tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah berubah rasanya.




Kalu tengok sungai kat sini..em...macam teh susu pun de,huhu...(jahatnye), ikan2 pun menjerit2 nak naik kat darat, p klu nek die xleh hidup plak...

sambung cite...

Sungai2 Syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju ke semua tingkatan-tingkatan syurga seperti dalam hadis tersebut yang bermaksud :

" Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di

atas Firdaus terdapat "Arsy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai Syurga."

(HR. Bukhari)

Cek termenung jap....em..membayangkan sungai2 yang mengalir mengikut tingkat2...penuh kedamaian, sejuk...keindahan yang nyate.

Mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah ( Muqarrabin), sedang para abrar ( orang yang berbuat-buat baik ), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur ( air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil ( air halia yang segar dan wangi).

" Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (iaitu) mata air ( dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."

(Al-Insan: 5)

"Assalamualaikum and good evening class.."
em...madam dh masuk.

sempat bace sampai muke surat 9, belek2 lagi...em...banyak g tajuk best. ni first time cek beli buku lagu ni,huhu...dan paling cek suke die gune tulisan italic)sebelum ni bli gak 2 3 je yang lain cek selalu pinjam, novel bli gak hihi...p kebanyakkanye akk cek yang sllu beli and cek tukang bace..hihi..(suke bce) p cek nak sangat beli buku yang tajuknye "Jangan Bersedih" -Don't be sad- (klu xsilap)..em..La Tahzan,em..ri 2 dah pegang,belek2..kelmarin cadang nak beli tgk2 dah habis..wawawawa....xde rezeki,i'Allah t cri len.
em...sampai sini dlu, t bace bagi habis buku " Malam Pertama di Syurga".

ill'liqa, Salam...
"Love Allah Care 4 Other"
peace:)
Salam...moge Dilindungi Allah hendaknye.

Kenape saye tulis ni??

pernah tak dapat surat cinte?. Surat cinte yang macam mane? klu yang meminati buku, menganggap buku, novel mahupun majalah sebagai surat cinte yang xnak dilepaskan. Emm...klu dapat surat cinte dari Teman? suke x??saling utus mengutus, klu boleh xnak terputus hubungan. dah dapat surat cinte, bace berulang2 letak bawah bantal bace lagi, lipat...eh...bace lagi...wah...xleh jadi ni. Klu yang mementingkan kewangian diletaknye bedak dalam surat 2 bagi tenang sikit si pembace, berkepuk bile bukak..(hi2..cam penah buat je..haha..)

emm...tapi klu buku agame??kite bace x? berulang-ulang?mengantuk x? klu bace bile boleh habis?seminggu? sejam?atau tahun depan la..sikit2. Klu bace novel bape jam leh habis bace?bile dapat surat cinte, bagaimane rase?ape reaksi? suke? gembire?bace tiap2 hari tuk hilangkan rindu...xkisah la dari sahabat ke kawan ke klu dari pakwe?oOpss...sukeeenye...

tapi lain jadinye bile dapat surat cinte dari mak ayah kat kampung " maaf anakku duit tak dimasukkan lagi" wah..marah kite.

Bile ditanye kepade seseorang hambe ni, ape reaksi bile dapat surat cinte? katenye :
' of course, sebagai menusie yang normal saye rase seronok, gembire bile orang yang kite sayang mengirimkan surat. Itu menandakan die mengingati dan sayang pade kite. saye menghargainye dan sudah tentu saye akan menyimpan surat tersebut dan membalasnye.'

em....ye?
saye terfikir..Surat Cinte yang mane harus dibace dan harus saye hayati??. Contohnye, klu saye ade kete wolksagen tibe2 rosak, kemudian saye baiki tapi gunekan panduan bagi kete yang lain adekah kete wolksagen kesayangan saye akan makin baik/ makin rosak??

Kemudian, saye pk lagi...klu ade penyakit mesti ade penawar. klu saye tak tenang ape yang boleh tenangkan saye?surat dari kekasih pn xleh nk berikan ketenangan yang berpanjangan..em...Ooo...'nadi' saye... Al-Quran.
bape kali bace Quran? Quran selalu letak kat mane? klu jatuh? kite ambil, cium dan letak kembali di atas almari dibiarkan berhabuk tanpa berbelek. bpe kali bace Quran dengan sungguh2??

Atas nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda2 kaum yang berfikir, Yaitu orang2 yang meningati ALLAH ketika berdiri, duduk atau berbaring supaya memikirkan 1 penciptaan langit dan bumi " (maaf saye lupe petikan surah mana) dan berkata :

Ya Tuhan kami Yang Maha Suci, kami dari api neraka yang sepanjang hidupmu, sudah berapa lama malam berlalu olehMu tapi pernahkah kite membaca Surat Cinta dari Allah dengan sepenuh hatimu?? Wahai orang2 yang diciptakan oleh Allah.

Sudah berapa lama siang berlalu olehMu, tapi pernahkah kite tergetar pabila membaca Surat CintaNya Allah untukmu??
Sudah berapa lama sepanjang hidup kite, Bayangkan...pernahkah kite bergetar mendengar Ayat Allah? Surat Cinta Allah Untukmu.
Bayangkan..Sudah berapa lama kite lebih suke baca komik, dari Surat Cintanya Allah?
Sudah berapa lama kite suka membace majalah dari membace Surat Cintanya dari Allah??
Sudah berape lama sepanjang hidup kite hanya menjadikan Al-Quran sebagai hiasan di atas almari, padahal Quran itu Allah jadikan Ciptakan, Allah Turunkan untukmu kerana Allah Sayang pada kite, kerane Allah cinta pade kite kerane Allah ingin kite agar selalu Selamat Wahai Hamba Allah...

Tetapi mengape?..sepanjang hidup kite mengabaikan Quran itu? Mengapa sepanjang hidup kite lebih suka membace surat cinte dari pacar kite? lebih suke bace Surat dari sahabat kite tapi kite Tak suke bace Surat Cinta Allah yang menciptakan diri kite..Bayangkan..sudah bape lame kite abaikan surat cinta itu.....

Sepanjang hidup kite, teman2..surat cinta Allah untukmu bukan hanya tertulis di dalam Al-Quran tapi tertulis pula pade Rembulan. Sudah berape lame kite tak pernah membace surat cinta Allah yang tertulis pade rembulan. Sudah berape lame kite tak pernah membaca surat cinta Allah yang tertulis pada Matahari. Sudah berape lame kite tak pernah membace surat cinta Allah yang tertulis pade setiap Alam semestenya. BAYANGKAN jika kite dipanggil oleh Allah sementare selame ini kite sering mengabaikan surat CintaNya, sementare sebelum ni kite lebih suke membace surat cinte dari kekasihmu dari membace SURAT CINTA dari ALLAH...maka marilah kite memohon ampun pade Allah.

Bayangkan, sudah berape lame kite mengabaikan Allah. Ape salahnya Allah pade kite? Lihatlah betape sayangnya Allah kepade kite. Allah ingin kite bahagie di Dunia dan Akhirat. Kemudian Dia turunkan Al Quran sebagai panduan dan mencipta kebahagiaan tapi kenape kite abaikan? walaupun kite tak sayangkan Nya tapi Dia tetap mengirimkan Surat Cinta pade kite. tapi kenape kita tidak membalasnya? kenape kite xhayatinye? kenape kite tak hargainye?kenape kite tidak menyimpannya dengan baik?kenape?? sedangkan dalam Surat Cinta itu boleh mendamaikan kite, segale penyakit dapat disembuhkan dengan penawar yang terkandung dalam Surat CintaNya itu...

"Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepade mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada TuhanNya mereka bertawaqal ". (Al-AnFaal:2)

Ya Allah bukakan lah Mata hati kami. Berikanlah cahayaMu Ya Allah. Biarkan NurMu menerangi hati kami ya Allah. Begitu banyak cara yang diberikan untuk menuju ke jalan kebaikan dan semua itu Kau tunjukkan melalui Ayat-ayat SuciMu. Namun betapa kami sering melupakan Mu Ya Allah. Betapa kami sering khilaf, betapa kami tak sedar begitu CintaNya Engkau kepada kami Ya Allah. Begitu banyak kebaikan yang Engkau berikan. banyak jalan menuju ke Syurga yang Kau tunjukkan, kau tuliskan. Tugas kami hanya untuk membaca ayat2 SuciMu Ya Allah dan itu pun kami telah abaikan. Betapa kami sering lupa Ya Allah. Bukakanlah mata hati kami, berikanlah kesedaran kepada kami, sudilah menerima kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang memahami kami, Engkaulah yang paling tahu apa yang terbaik bagi kami. Betapa Engkau ingin kami berkumpul kembali dan bertemu di Syurga. Ampunkan kami Ya Allah. Berikanlah hanya kebaikan kepada kami. Ampunkan dosa2 kami yang sering melupakanMu, kami sering lalai, alpa, kami sering malas untuk membaca SURAT CINTAMU Ya Allah. Betapa kami sering lupa, malas, marah, bosan bila disuruh membaca SuratMu Ya Allah. Ampuni Dosa-dosa kami Ya Allah....

May Allah Bless us...
Don't ever forget read Al-Quran...(especially4me)
ill'liqa,Salam...peace:)
ISLAM ITU MUDAH ?

BENARKAH Islam itu mudah?. Pertanyaan ini sering bermain difikiran kite. Apatah lagi difikiran Mereka yang baru mengenali Islam. Kat mane nak rujuk perkare ni?dalam komik ke?(ana suke bace komik huhu) em...bagi menjelaskan perkare ni, marilah kite merujuk kepade petunjuk Allah SWT yang mengatakan bahawe Dia tidak mahu menyusahkan atau membebankan manusia sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"(Dengan ketetapan yang demikian) Allah mengkehendaki kamu beroleh

kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran".
(Al-Baqarah :185)


Rasulullah SAW telah bersabda bagi menjelaskan perkara tersebut melalui hadith baginda yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud :

"Sesungguhnya Islam itu mudah."

Umumnye, perkataan mudah dan susah/payah itu bersifat agak subjektif bagi saye, (mengikut penilaian masing2). Neraca timbangan digunakan untuk memastikan sama ade perkare tersebut satu bebanan yang tidak mampu dilakukan atau faktor persekitaran yang menyebabkan keupayaan kite terbatas.

Menurut prinsip Islam, semue perintah, tanggungjawab dan bebanan dibuat mengikut kaupayaan manusia. Betul x?? Allah SWT tidak membebankan manusie melainkan dengan ape yang mereka mampu. Ini ditegaskan dalam firmanNya yg bermaksud :

"Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang TERDAYA

olehnya. Dia mendapat Pahala kebaikan yang diUsahakan dan juga Menanggung

Dosa kejahatan apa yang diusahakannya. " (Al-Baqarah:280)


Contoh ketare adelah perintah Ibadah Solat. Permulaan sebelum menunaikan Solat pe yang kene ade ?em... wudhuk dan bahan asas yang diperlukan??... ialah air. Dalam keadaan tertentu, jika berlaku ketiadaan air, Islam membenarkan dan memberi Kelonggaran Tayammum bagi menggantikan air.

Perkare kedue adelah bab menutup aurat. Pakaian yang biase boleh digunekan untuk mengerjekan solat Kecuali jika terkena Najis. Garis panduan pakaian yang ditetapkan untuk Lelaki ialah menutup antara pusat sehingga lutut. Manakala bagi Wanita pulak adalah menutup seluruh anggota badan Kecuali Muka dan tapak tangan. Dalam perkara ni, klu pakai Tudung Labuh dan Stokin pun kite dah boleh mengerjakan solat.

Oleh sebab solat merupakan ibadah yang tak boleh kite tinggalkan, make Islam memberi Kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. Klu kite dalam Musafir (dalam perjalanan dengan tujuan baik dan dibolehkan syarak) yang melebihi 2 Marhalah (lebih 91 kilometr), make kite boleh menjamak dan mengqasarkan solat.

Begitu juge klu kite sakit, kite boleh mengerjekan solat secare duduk, berbaring, mengiring atau dengan isyarat. seperti dalam beberape kaedah, kite boleh membace Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Al-Fatihah) atau ayat surah sebagai ganti Surah al-Fatihah yang merupekan Rukun Solat jika tidak dapat membacenye setelah diusahakan dengan bersunggung2.

Daripade contoh yang diberikan di atas, jelas bahawe Islam Itu Mudah, ia akan menjadi Sukar jike kite keterlaluan dalam mengamalkannya.

akan bersambung...
ill'liqa...ma'ssalamah
peace:)
Salam...

hari ini, saye luangkan mase untuk menambahkan input di dalam blog saye yang masih baru dan fresh ni. Dah lame teringin ade ruang sendiri untuk memuntahkan rase dan pendapat yang sukar untuk orang lain fahaminye, dan mungkin klu ade yang sudi kite boleh menukar idea dan buah fikiran bagi manfaat dan faedah bersame. Dan dalam kehidupan yang dilalui, terdapat pelbagai perkare dan cabaran yang dihadiahkan kepade kite untuk dijadikan panduan dan menjadikan kite lebih memotivasikan diri untuk menjadi yang lebih baik dari mase ke semase...
saye harap ade yang sudi membantu. Dalam penulisan saye ini mungkin perkare yang melibatkan realiti kehidupan,kenangan, ilmu yang boleh dikongsi bersame.Tapi bukan itu saje, perkara2 lain turut saye bincangkan,coretkan dan dapat merehatkan minda bersame dan harapan saye, dapat menikmati penulisan yang ade dan dapat berkongsi Ilmu dengan sesiape saje...

Salam Taaruf,
Ukhwah fillah Fil Abadan Abada...
Peace:)

Salam sahabat semua..

Em memandangkan blog ini masih baru nak bertapak mg kter semua dapat berkongsi ilmu serta pendapat..pandangan amat2x dia alu-alukan..

Ok jumpa di entry akan dtg..

SaLam alaik..

"Always Be There"