"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." (Hadis Qudsi)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan kurniaan kebahagiaan, kesedihan, kehampaan, kesenangan dan segalanya yang seluas langit di bumi ini. Moge diri ini menjadi hamba yang benar-benar taat kepada Penciptanya dengan sebenar-benar iman.

Alhamdulillah, telah dipostingkan diakhir bulan Mei iaitu pade 23 Mei 2012. Walaupun seawal sebelum itu telah tahu negeri penempatan dan tarikh keramat itu, namun di hati masih tertanye-tanye disekolah manekah diri ini akan menumpahkan bakti yang secebis ini. Hari yang ditunggu telah tiba, 23 Mei 2012 bergegas ke PPD Temerloh untuk mendapatkan taklimat guru baru dan mendapatkan surat penempatan ke sekolah. Wah…macam amik anugerah je, bila kami dipanggil nama seorang demi seorang ke atas pentas untuk mengambil surat penempatan. Apabila surat ditangan, akma bergegas pergi kpd abah yang setia menunggu di luar dewan, membuka surat bersama dengan bisikan “Bismillahirrahmanirrahim” , di mane lah agaknye…Meneliti kandungan surat dan name sekolah yang dicari dulu..dan akhirnya segala tanda tanye terlerai juge. SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS menjadi destinasi pertama utk menimba pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih Ya Allah!

Seawal pemikiran, dekat mahupun jauh tidak menjadi persoalan..yang menjadi persoalan pade diri akma adalah bagaimana akma akan ‘hidup’ di tempat yang baru dan menyesuaikan diri untuk memberi manfaat untuk manusia yang lain. Walaupun dapat mengajar di sekolah yang hanya 10 minit dari rumah belum memberikan jaminan akma dapat memberikan yang terbaik , tidak memberikan jaminan bahawa akma tidak akan diuji dengan dugaan, dan sebagainye. Dan tidak semestinya jike hanye mendapat penempatan jauh dari rumah semestinye ujian dan cabaran bakal menerpa bertubi-tubi..tidak same sekali. Manusia itu punya ujian dan dugaan yg tersendiri kecil mahupun besar, tidak same mahupun serupa tapi ada ^_^

Ini diantara dialog yg pernah dilalui….huhu :

Kawan : wah hebat kebel hang dapat ngajar sek dkt umah, untung la..!

Aku : kebel?

Kawan: yela..bkn senang nak dapat posting dekat umah, hang gune kebel ka?sapa?

Aku : o..of course gune…

Kawan : sape?

Aku : ALLAH SWT=)

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawaqal."

[ Surah Ali Imran: 159]

~ Rabbi yassir wala tu'assir!

Saye tidak tahu ape itu ‘kebel’, yang tahu hanye pergantungan kepada Allah SWT dan bukan manusia ^_^ (xpernah terfikir..tpi depa fikir..huhu..Allahuakhbar)




Ya…tak dinafikan, bile dapat penempatan yang berdekatan dengan rumah terdapat beberapa kelebihan, contohnye..tak berjauhan dengan keluarga, tak serabut nak cari rumah, dan sebagainye. Tapi tanggungjawab yang digalas tidak berkurangan pun kan? Amanah yang dipikul tidak semakin pudar pun kan? Tetap sama…

Memang akan ade yang kate, “org yang tidak berada ditempat orang lain tidak akan merasai keadaan orang lain” .

Hakikatnye…..bersangka baik dengan kurniaan Allah itu lebih baik..dan usah menyempitkan hati dan perasaan dengan bahagian yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kite dan orang lain. Allah Maha Adil, masakan kite nak mempersoalkan ape yg diterime oleh orang lain daripada pemberian Tuhan?.masih ada yang tak dapat peluang utk dipostingkan..maka bersyukurlah walau dimana kite berada..

Sejujurnye, akma teringin juge utk ke Sabah dan Sarawak, dan tidak nafikan yang akma ade mendoakan untuk dapat ke sana. Tapi Allah itu lebih mengetahui kemampuan hambanya…mungkin akma tidak sepantasnye berada di sana utk ketika ini. Doa ibu dan bapa itu lebih mustajab…dan mereka mendoakan akma dapat berhampiran dengan mereka…nyata Allah memakbulkan doa ma dan abah akma. Dan secara tidak langsung, ini juge memakbulkan satu doa akma selama ini..aduhh…jadi malu dengan Allah…banyak yang Dia kurniakan tanpa sedar..

Walaupun demikian, bahang utk mengajar masih belum terasa..2 hari masuk sekolah dah cuti..huhu…tapi still kne pi sekolah utk oreintasi..tapi bukan sepanjang minggu cuti…de jgk akma ‘curik tulang’ tak datang..tpi bersebab ^_^

SMK CLIFFORD

Di daerah Lipis, siapa yang tak tahu name sekolah ni? Sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

§ Tun Muhamad Ghazali Shafie ( Mantan Menteri Pertahanan Malaysia dan Mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)

§ Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) (Wartawan, Penulis dan Aktivis Politik)

§ Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin(Penyanyi)

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

§ SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.

§ Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.

§ SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .

§ Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

§ Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.

Dan banyak lagi sejarah di sekolah ni..klu rajin boleh bace di sini ^_^

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Clifford_Kuala_Lipis

Apepun, reputasi di sekolah ni sangat2 tinggi dan terbaik..em..berdebar dan takut hanya Allah yang tahu..akma bukanlah mahasiswa yang cemerlang di universiti, bimbang tidak dapat berikan komitmen yang terbaik utk sekolah dan pelajar..akma akan cube sedaya yang termampu untuk berikan yg terbaik..Sesungguhnya Allah akan ade utk kite kan.."Memanusiakan Manusia" membawa kepada ilmu Allah dan meladani kehidupan Rasulullah SAW..sungguh besar amanah..Moge Allah merahmati hingga ke hujung perjuangan..aamin.! Apepun..walau rumah dekat, akma bakal jadi warden lepas cuti ni..hehe..merasa jugak perasaan 'balik kampung' huhu....

bimbingi daku Ya Allah..berikan insan-insan yang dapat memberikan kekuatan disepanjang perjalanan perjuangan ini..aamin.


AaAaaaaaa? emm....zzzZzz...

2 comments:

NoorVictory said...

Tahniah! Heee~ semoga menjadi pendidik yg bukan sahaja mndidik ank bgsa dengan opsyen yg ditawarkan tp jgk dgn ilmu agaman. ;)

Semoga Allah permudahkan urusan awak.

Kami di sini baru nk start praktikal. Doakan junior anda ini! Heee~

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

NoorVictory : Alhamdulillah, mekasih! InsyaAllah..mudah2an..dapat 'memanusiakan manusia' dismping membentuk diri kepada Tuhan...doakan ^_^

Aamin...

All The Best yep...may Allah bless always..


"Always Be There"