Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk Ramadan ke 4 hari ini.
Apa khabar iman kita? Astaghfirullah, MasyaAllah...

Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang melanda.
Covid 19. Corona Virus.
Allah hantar tenteranya sebagai ujian semua mahkluk di muka bumi.
Ya, semua terkesan kecuali manusia yang masih sombong dan tidak peduli.
Jauhkan daripada menjadi golongan ini. Nauzubillahiminzalik...

Walaupun banyak aktiviti harian biasa, kita tidak dapat lakukan seperti bersalaman, berjumpa rakan-rakan, tidak boleh berjemaah di surau atau masjid, berkumpul, ziarah ibu bapa, menjual di pasar, tidak boleh ke sekolah atau kerja dan sebagainya. Perlu duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Allah berikan nikmat terbesar yakni - Hiasi "masjid" iaitu rumah. Kenapa rumah? Setiap pasangan yang bernikah, kita diibaratkan dan mengumpamakan ia untuk mendidikan masjid. Kan? 😊

Alhamdulillah. Masjid yang kita inginkan sebelum ini, Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah berikan peluang untuk kita perbaiki hubungan ahli keluarga. Allah beri peluang untuk kita perbaiki compang-camping, senget-benget, lompong-lompong urusan dalam "masjid" kita. Dalam kesibukan sebelum PKP ini. Masing-masing kurang ada masa, saling terkejar-kejar urusan dunia dan tidak dapat menyediakan masa bersama suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Subhanallah...kini kita banyak masa bersama keluarga tersayang.

Jika sebelum ini kita terlupa atau terlepas pandang untuk berjemaah, bertanya khabar pasangan dan anak-anak, terlepas pandang untuk curahkan kasih sayang, lupa untuk peluk sayang, kita mungkin jarang dan tidak sempat  untuk menyediakan hidangan, terlepas pandang untuk bertanyakan urusan anak-anak di sekolah, solat mengaji anak-anak dan sebagainya. Jadi masa ini, hikmah PKP yang semakin dilanjutkan...Allah bagi peluang sebesar-besarnya untuk kita duduk di rumah, menikmati masa dengan orang yang paling kita sayang dunia akhirat. Alhamdulillah, seronokkan. Ibu ayah yang jauh, kita lepaskan rindu dengan telefon , bervideo call dan sebagainya untuk bertanya khabar tanya resipi ke..hehe... Mungkin kita jarang-jarang juga dapat call mak ayah sebelum ni. Rindu masakan mak di kampung, raut wajah mak ayah. Semua ada...tunjukkan sayang ketika ini, jangan simpan!

Ambil masa dan peluang untuk kita bina 'masjid'  dengan mengimarahkan rumah kita seperti suasana masjid. Belajar, saling menghormati, saling menyantuni, saling mengingati, saling berjemaah dalam semua urusan, saling mengaji, saling bertadarus, saling bertadabbur, saling bekerjasama, saling bertolak-ansur, saling menjaga antara satu sama lain, saling berkasih sayang hanya kerana Allah SWT. MasyaAllah, hebatkan Allah, bagi rasa ini. πŸ₯° 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Asbab kita semakin mengenali dan mendekati Allah. Suami makin memahami urusan isteri di rumah, isteri saling membimbing suami, suami membimbing dan mendidik isteri, ibu ayah saling mendidik anak-anak, perbetulkan salah silap supaya sama-sama rasa bahagia duduk dalam "masjid" yang kita bina. Aura selamat dan bahagia.  Ha...para suami pun dah pandai membeli barang dapur. (cikguma alhamdulillah, Allah beri suami mahir bab barang  di rumah 😁hehe). Bertambah nikmat, menjalani ibadah puasa sepenuhnya di rumah. Allahuakhbar! Hikmah besar, kita sebagai ibu bapa atau pasangan suami isteri dapat membangunkan amalan ibadah puasa bersama-sama dengan anak-anak tercinta. Sama-sama ulangkaji tentang ramadan, bersama melaksanakan ia kerana Allah. Suami lebih kerap berjemaah sama-sama, dapat meneliti bacaan Quran isteri dan anak-anak. Beriadah dalam kawasan rumah, tanam pokok sayuran kecil-kecil dan sebagainya. MasyaAllah, banyak sangat perkara boleh buat, macam-macam. Sama-sama beribadah untuk Allah, kerana Allah. 

Selain itu, kita ada banyak masa untuk belajar, dan alhamdulillah hikmah PKP ini juga cikguma dapat jumpa 'Bulatan Gembira' yang dicari-cari selama ini. MasyaAllah Tabarakallah. Ada banyak kuliah-kuliah, tazkirah, group belajar Quran di fb dan ig umpama bulatan gembira (usrah) yang setelah lama dinantikan. 😍 Ya Allah bahagia! Jom rebut peluang. Susun atur jadual kita supaya masa kita dimanfaatkan dengan baik. Hidup sentiasa memerlukan nasihat daripada sesiapa pun. Menasihati diri sendiri amatlah sukar, banyak cabaran dan kita tidak hidup keseorangan. Namun  juga, janganlah berputus asa dan sentiasalah berusaha menasihati diri untuk melihat apa yang di depan mata kita dengan kebaikan. 

Semuanya nikmat Allah πŸ’–

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar- Rahmaan]

Semuanya bermanfaat selagi kita tidak sia-siakan waktu dan ruang masa ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Atau kita semakin lalai dan jauh daripada Allah. Sedikit masa dengan Allah dan menyibukan diri dengan urusan dunia yang tidak putus-putus. Melayani media sosial tidak henti, membaca dan menulis yang tidak memberi manfaat. Menyebarkan berita-berita yang boleh menjadi penyambung dosa mengumpat dan fitnah. Melewat-lewatkan solat. Tidak berzikir dan belajar Quran. Alangkah ruginya kita. πŸ˜₯ Nauzubillah...jauhkanlah daripada semua yang lagha ini. 😌 Adakah kita  akan mengaku yang kita melakukan perkara lagha? Allahuakhbar. Semoga Allah tidak memadamkan cahaya iman kita untuk melihat kebaikan dan hidayah Allah SWT. 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)":(Al-Kahfi 18:1)

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik." (Al-Kahfi 18:2)



Sungguh sabahat-sahabat sekalian, kehidupan dunia ini hanya sementara. Ia didatangkan dengan penuh tipu daya yang mempesonakan. Beruntunglah bagi orang-orang yang dikurniakan hidayah dan memeliharanya. Moga itulah kita. Manusia sering tertipu dengan dua keadaan, ketika sihat dan waktu lapang. Marilah bersama-sama menjadikan masjid kita penuh barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah..

Waallahualam. Sehingga berjumpa lagi. 




0 comments:


"Always Be There"