TIGA NIKMAT UTAMA ❤️
Surah Al Nahl : 78
Juzuk 14.
✔️Manusia tidak perlu sombong.
✔️Perlu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
✔️Kerana Manusia itu tidak mengetahui sesuatu pun.
👶Awalnya keluar daripada perut ibu dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Hanya tangisan menjadi pengantara untuk melontarkan kehendak diri.
✔️Tiada apa yang perlu dibanggakan. We know nothing.
3 nikmat UTAMA kurniaan Allah :
❤️ Pendengaran
❤️ Penglihatan
❤️Hati
💚Nikmat ini, penggunaannya sedikit demi sedikit semakin bertambah. Untuk memahami, memperhalusi, memerhati ke semua kurniaan Ilahi. Dipergunakan sebaiknya. Menambah pengetahuan. Mendengar, melihat keajaiban Allah sebaik-baiknya lantas membentuk hati yang sebenar-benar tunduk hanya kepada Allah SWT. Dan mensyukuri segala nikmat. 🤗(supaya kamu bersyukur). 🌷
💚Apa jua bidang dan kerjaya yang diceburi, jadilah seorang hamba yang bertakwa dan menyumbang untuk manfaat bersama supaya lebih dekat dengan Tuhanmu. Sungguh Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan.
وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
-Surah An-Nahl, Ayah 78


❤️
Puteri Solehah Sulung.
Nur Aisyatul Izzah💕
Cinta hati pertama.
Pertama menghuni tempat istimewa di dalam rahimku.
Semua ilmu sebagai seorang 'mama' daku belajar daripadanya.
Menjadi mama yang sabar, bersyukur, tabah dan menghayati kurniaan Allah disebalik khalifah kecil.
Semua perkara pertama di lakukan bersama.
Sungguh bersabar dirimu menerima mamaabi.
Menyantuni kamu dan kadang-kala mamaabi terlupa lalu mengenetepikan kehendak kamu.
Ada masa kamu bermain sendirian, kerana kesibukan mamaabi.
Baik budimu kerana tidak pernah mengeluh.
Tanganmu sentiasa didepakan untuk memeluk mamaabi.
Kini, kamu sudah menjadi kakak.
Menjadi tauladan kepada adik-adik.
Sering menjadi orang pertama dimarah .
Namun kamu sentiasa mendahului untuk membantu dan memujuk.
Moga dirimu membesar sebaik akhlak Saidatina Aisyah Abu Bakar RA Ummul Mukminin...🌹
Moga Allah ampunkan kekurangan mamaabi dalam mendidik dan menyantunimu.
👴👵Berbakti kepada ibu bapa.
➡️Ibubapa diuji ketika anak-anak masih kecil.
➡️Anak-anak diuji ketika Ibubapa sudah tua.
Dua-dua keadaan ini menuntut kesabaran yang sangat besar.
💕Bersabarnya ibu bapa membesar kan anak. Mendidik. Menyuap makan dan minum. Membasuh berak dan kecing. Mendukung dan mendodoi. Menahan kantuk malam menjaga anak pabila sakit. Menahan malu atas perbuatan kita. Sentiasa mendoakan kita. Membanting tulang menyediakan segala keperluan anak-anak. Dan banyak lagi..tidak terhitung dan tidak terbalas.
🌷Anak-anak yang baik, akan tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. Tinggi mana pangkat, besar mana gaji, mewah mana anak-anak itu, berhadapan dengan ibu bapa dia perlu tunduk dan merendahkan ego, santun, jangan sombong, jangan sesekali membentak dan meninggikan suara. Siapa pun kita, itulah (ibu bapa) yang mengasuh, menjaga kita semasa kita kecil tapak tangan, lemah dan tidak berdaya. Tidak mengetahui apa-apa. Menangis siang dan malam. Lapar dahaga ditunaikan. Kenangkan semula, ketika kita kecil.
🌷 Berdirinya kita pada hari ini, dengan kerjaya dan apa jua kejayaan, semuanya atas doa dan redha daripada Ibubapa. Jika sebaiknya, tidak tenang, serabut, masalah bertimpa-timpa selidik semula bagaimana hubungan dengan ibu bapa dan Allah SWT. Doa mereka itu sangat ajaib buat kita sebagai anak.
💚Selepas kalimah tauhid, " tidak menyembah melainkan kepadaNya" , Allah menyuruh kita untuk berbuat baik terhadap ibu bapa. Betapa dekat dan tingginya darjat di sisi Allah yakni ibu bapa.
💚Keadaan ini berputar, anak-anak kelak akan menjadi ibu bapa. Dan bagaimana kita nak anak kita melayani kita sewaktu tua kelak?😌 Tepuk dada tanya iman. ❤️
۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ
عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
-Surah Al-Isra', Ayah 23
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
-Surah Al-Isra', Ayah 24
🤲Moga Allah kurniaan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku dan semua. Moga kita dikurniakan kesabaran dalam menyantuni orang pertama yang mendoakan kita walaupun kita belum wujud di dunia.🌹
🤲 Jadikan kami anak yang solehah/soleh buat ibu bapa kami. Moga kami sentiasa menjaga solat, menjaga aurat, menjaga dan bertanya khabar ibu bapa walau dimana anda berada.
🤲Beruntunglah bagi mereka yang masih memiliki ibu bapa.



Kenapa Kita Mahu Memiliki Anak?
APAKAH YANG MAHU KITA WARISKAN KEPADA ANAK KITA?
Surah Maryam : 3-6
Juzuk 16.
👩‍❤️‍👨Semua pasangan yang berumah tangga menginginkan cahaya mata atau zuriat keturunan.
Namun, apakah faktor utama yang mendorong kita menginginkan anak? Adakah kerana orang lain ada anak dan kita juga mahukan anak? Adakah untuk kita berbangga-bangga punya anak? Apa yang hendak kita wariskan kepada zuriat keturunan kita sebenarnya? Harta, rumah, tanah yang berhasta?
💘Jom tengok apa yang di doakan oleh Nabi Zakaria mengenai anak👶👧👦👇dan bagaimana cara dan akhlak Nabi Zakaria berdoa🤲
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيّٗا
🌷(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
-Surah Maryam: 3
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّي وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبٗا وَلَمۡ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّٗا
🌷Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
-Surah Maryam : 4
وَإِنِّي خِفۡتُ ٱلۡمَوَٰلِيَ مِن وَرَآءِي وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا فَهَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا
🌷Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
-Surah Maryam: 5
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيّٗا
🌷Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
-Surah Maryam: 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌻Alangkah mulia dan baiknya cara Nabi Zakaria meminta dan merintih kepada Allah dengan cara lemah lembut, perlahan, sembunyi, diam-diam dan dalam keadaan merendah diri.
🌻Nabi Allah Zakariamengakui keadaan diri, menunjukkan baginda tidak sombong. Dirinya telah tua dan lemah, uban sudah mulai tumbuh. Dan baginda sentiasa bersangka baik terhadap Allah, tidak pernah berputus asa dalam berdoa, tidak pernah kecewa dan melatah walaupun masih belum dimakbulkan. Walaupun ketika baginda dikurniakan anak, umurnya sudah sangat tua. Betapa besar keyakinannya kepada Robbul Izzati.
🌻Kebimbangan terhadap kerabatnya dalam melaksanakan amanah dalam agama selepas ketiadaannya. Isterinya pula tidak boleh hamil. Maka rayunya untuk dikurniakan anak lelaki yang diredhai sebagai warisnya.
❤️Apa tujuannya untuk memiliki anak?
- Untuk mewarisinya dan mewarisi susur galur kerabat Nabi Yaakub.
❤️Mewarisi kenabiannya, ilmu, perjuangannya dalam berdakwah, semangatnya, menjadi penyelamat agama, menyampaikan agama Allah,meneruskan qudwah.
MasyaAllah. Tabarakallah.
💕Jom cek semula, bagaimana cara kita berdoa kepada Allah? Adab semasa berdoa. Adakah bermula dengan selawat ke atas Nabi dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa? Akhlak kita pabila meminta dan merintih kepada Allah. Apa yang kita minta untuk anak-anak sebagai saham dunia akhirat kita? Adakah kita sudah bersangka Baik terhadap Allah setelah doa-doa yang tidak termakbul? Adakah kita cepat berputus asa dalam berdoa?
Jom muhasabah. Jom Sangka Baik dan Istiqamah berdoa kepada Allah.
💘Saat kita paling mulia adalah saat kita menghambakan diri kita pada Allah.⚘


Assalamualaikum wbt.

Jom buat check list. 😊
Alhamdulillah, cinta hati cikguma belikan buku nota dan alatan tulis untuk di rumah. Maklum, awal cuti memang tak teringat nak bawa balik alatan tulis dan buku. Semua di sekolah. Jadi buku baru cikguma rasmi untuk check list Ramadan. 🥰

Ada macam-macam check list yang boleh kita buat. Bergantung kepada aktiviti masing-masing.
Tujuannya supaya kita dapat didik diri kita untuk jadi lebih disiplin dan melatih diri. Nanti kita boleh semak dan perbaiki mana kurang kita tambah bagi tangki penuh 😊 mudah-mudahan..kita usaha. Redha dan rahmatilah kami Ya Allah.

Dalam check list Ramadan cikguma masukkan :

1. Sahur
2. Tarawih.
3. Mengaji Al Quran
4. Tahajud/ Qiamullai
5. Sedekah
6. Solat Dhuha/ Solat Sunat
7. Kuliah
8. Zikir
9. Masak
10. Satu hari satu ayat (untuk dikongsikan di fb dan ig)


Cikguma masukkan juga jadual kuliah (fb) pilihan mengikut masa yang berkelapangan dan Jadual waktu sekolah sempena PKP

InsyaAllah moga lebih banyak masa yang terisi. Kalau anda buat juga, meh la share dengan cikguma 😉

Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Aaminn..











Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk Ramadan ke 4 hari ini.
Apa khabar iman kita? Astaghfirullah, MasyaAllah...

Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang melanda.
Covid 19. Corona Virus.
Allah hantar tenteranya sebagai ujian semua mahkluk di muka bumi.
Ya, semua terkesan kecuali manusia yang masih sombong dan tidak peduli.
Jauhkan daripada menjadi golongan ini. Nauzubillahiminzalik...

Walaupun banyak aktiviti harian biasa, kita tidak dapat lakukan seperti bersalaman, berjumpa rakan-rakan, tidak boleh berjemaah di surau atau masjid, berkumpul, ziarah ibu bapa, menjual di pasar, tidak boleh ke sekolah atau kerja dan sebagainya. Perlu duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Allah berikan nikmat terbesar yakni - Hiasi "masjid" iaitu rumah. Kenapa rumah? Setiap pasangan yang bernikah, kita diibaratkan dan mengumpamakan ia untuk mendidikan masjid. Kan? 😊

Alhamdulillah. Masjid yang kita inginkan sebelum ini, Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah berikan peluang untuk kita perbaiki hubungan ahli keluarga. Allah beri peluang untuk kita perbaiki compang-camping, senget-benget, lompong-lompong urusan dalam "masjid" kita. Dalam kesibukan sebelum PKP ini. Masing-masing kurang ada masa, saling terkejar-kejar urusan dunia dan tidak dapat menyediakan masa bersama suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Subhanallah...kini kita banyak masa bersama keluarga tersayang.

Jika sebelum ini kita terlupa atau terlepas pandang untuk berjemaah, bertanya khabar pasangan dan anak-anak, terlepas pandang untuk curahkan kasih sayang, lupa untuk peluk sayang, kita mungkin jarang dan tidak sempat  untuk menyediakan hidangan, terlepas pandang untuk bertanyakan urusan anak-anak di sekolah, solat mengaji anak-anak dan sebagainya. Jadi masa ini, hikmah PKP yang semakin dilanjutkan...Allah bagi peluang sebesar-besarnya untuk kita duduk di rumah, menikmati masa dengan orang yang paling kita sayang dunia akhirat. Alhamdulillah, seronokkan. Ibu ayah yang jauh, kita lepaskan rindu dengan telefon , bervideo call dan sebagainya untuk bertanya khabar tanya resipi ke..hehe... Mungkin kita jarang-jarang juga dapat call mak ayah sebelum ni. Rindu masakan mak di kampung, raut wajah mak ayah. Semua ada...tunjukkan sayang ketika ini, jangan simpan!

Ambil masa dan peluang untuk kita bina 'masjid'  dengan mengimarahkan rumah kita seperti suasana masjid. Belajar, saling menghormati, saling menyantuni, saling mengingati, saling berjemaah dalam semua urusan, saling mengaji, saling bertadarus, saling bertadabbur, saling bekerjasama, saling bertolak-ansur, saling menjaga antara satu sama lain, saling berkasih sayang hanya kerana Allah SWT. MasyaAllah, hebatkan Allah, bagi rasa ini. 🥰 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Asbab kita semakin mengenali dan mendekati Allah. Suami makin memahami urusan isteri di rumah, isteri saling membimbing suami, suami membimbing dan mendidik isteri, ibu ayah saling mendidik anak-anak, perbetulkan salah silap supaya sama-sama rasa bahagia duduk dalam "masjid" yang kita bina. Aura selamat dan bahagia.  Ha...para suami pun dah pandai membeli barang dapur. (cikguma alhamdulillah, Allah beri suami mahir bab barang  di rumah 😁hehe). Bertambah nikmat, menjalani ibadah puasa sepenuhnya di rumah. Allahuakhbar! Hikmah besar, kita sebagai ibu bapa atau pasangan suami isteri dapat membangunkan amalan ibadah puasa bersama-sama dengan anak-anak tercinta. Sama-sama ulangkaji tentang ramadan, bersama melaksanakan ia kerana Allah. Suami lebih kerap berjemaah sama-sama, dapat meneliti bacaan Quran isteri dan anak-anak. Beriadah dalam kawasan rumah, tanam pokok sayuran kecil-kecil dan sebagainya. MasyaAllah, banyak sangat perkara boleh buat, macam-macam. Sama-sama beribadah untuk Allah, kerana Allah. 

Selain itu, kita ada banyak masa untuk belajar, dan alhamdulillah hikmah PKP ini juga cikguma dapat jumpa 'Bulatan Gembira' yang dicari-cari selama ini. MasyaAllah Tabarakallah. Ada banyak kuliah-kuliah, tazkirah, group belajar Quran di fb dan ig umpama bulatan gembira (usrah) yang setelah lama dinantikan. 😍 Ya Allah bahagia! Jom rebut peluang. Susun atur jadual kita supaya masa kita dimanfaatkan dengan baik. Hidup sentiasa memerlukan nasihat daripada sesiapa pun. Menasihati diri sendiri amatlah sukar, banyak cabaran dan kita tidak hidup keseorangan. Namun  juga, janganlah berputus asa dan sentiasalah berusaha menasihati diri untuk melihat apa yang di depan mata kita dengan kebaikan. 

Semuanya nikmat Allah 💖

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar- Rahmaan]

Semuanya bermanfaat selagi kita tidak sia-siakan waktu dan ruang masa ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Atau kita semakin lalai dan jauh daripada Allah. Sedikit masa dengan Allah dan menyibukan diri dengan urusan dunia yang tidak putus-putus. Melayani media sosial tidak henti, membaca dan menulis yang tidak memberi manfaat. Menyebarkan berita-berita yang boleh menjadi penyambung dosa mengumpat dan fitnah. Melewat-lewatkan solat. Tidak berzikir dan belajar Quran. Alangkah ruginya kita. 😥 Nauzubillah...jauhkanlah daripada semua yang lagha ini. 😌 Adakah kita  akan mengaku yang kita melakukan perkara lagha? Allahuakhbar. Semoga Allah tidak memadamkan cahaya iman kita untuk melihat kebaikan dan hidayah Allah SWT. 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)":(Al-Kahfi 18:1)

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik." (Al-Kahfi 18:2)



Sungguh sabahat-sahabat sekalian, kehidupan dunia ini hanya sementara. Ia didatangkan dengan penuh tipu daya yang mempesonakan. Beruntunglah bagi orang-orang yang dikurniakan hidayah dan memeliharanya. Moga itulah kita. Manusia sering tertipu dengan dua keadaan, ketika sihat dan waktu lapang. Marilah bersama-sama menjadikan masjid kita penuh barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah..

Waallahualam. Sehingga berjumpa lagi. 






Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah semakin menghampiri ke dalam Bulan yang penuh barakah dan Mulia. Bulan diturunkan Al Quran. Bulan yang terbaik di antara bulan-bulan yang ada. Ahlan ya Ramadan. ❤

Teruja dan rasa tak percaya. Menanti kedatangan bulan penuh rahmat. Bulan yang di malamnya penuh pengampunan. Lailatul Qada' yang penuh sunyi dan nyaman. Allahuakhbar.

Dalam kita semua diuji dengan wabak virus Covid 19 ini, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita bermuhasabah sedalam-dalamnya, berkhulwah denganNya untuk mendapatkan pengampunan dan keredhaan. Moga kita mengambil peluang terbesar ini untuk sebenar-benar bertkwa kepadaNya.

Mengambil kesempatan ini cikguma ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak. Sama-sama perbaiki diri dan menambah amalan supaya dikembalikan kepadaNya dalam keadaan diredhai olehNya aamin..

Jom :

* Coundown Ramadan 😍😍
* Hiasi rumah atau ruangan untuk persediaan menyambut Ramadan.
* Persediaan alatan ibadah - telekung bersih wangi, al Quran, buku catatan dan sebagainya.
* Ulangkaji hukum hakam dalam bulan Ramadan.
* Jadual tugas ahli keluarga pada bulan Ramadan - kejut sahur, masak sahur dan berbuka, kuliah, tazkirah, jadual imam tarawih, tadarus dan sebagainya.
* Taubah Nasuha
* Persediaan fizikal dan mental. Memperbaiki diri luaran dan dalaman.
* Tetapkan niat, target dan sasaran yang ingin dicapai dalam Bulan Ramadan kali ini.
* Rancang dan buat jadual amalan harian sepanjang Ramadan.
* Baca sekurang-kurangnya 2 helai muka surat Al Quran setiap kali selepas solat. Target khatam dalam bulan Ramadan.
* Niat untuk buat perkara sunat - solat sunat, bantu ahli keluarga ,bangun malam dan sebagainya.
* Target untuk bangun malam dan kejar keberkatan.
* Memperbanyakkan amalan - berzikir, berdoa, menambahkan ketaatan, bersedekah.


dan banyak lagi yang tuan puan nak buat....😊🥰😉


Ya Allah sampaikanlah Ramadan kepadaku, sampaikan aku kepada Ramadan dan ambillah Ramadan dalam keadaan Kau menerima segala amalanku..aamin..
Bismillahirahmanirahim....

akan ada masa-masa kita rasa penat dan lelah mengurusi dunia. 
memikirkan hal-hal yang tidak berkesudahan.
hal yang belum diselesaikan...
penat, letih dan mengalah.

sebab itu....dunia...letaklah hanya di tangan. 
bukan di hati.
supaya tak goyah bila di uji.


Allahuakhbar....
Sungguh. Jangan biarkan aku menentukan nasibku sendiri.
Bimbinglah dan jangan tinggalkan hambamu yang hina ini.

Astaghfirullahalazim...
Ampunilah dosa-dosa yang menghakis tenang.
Agar dapat aku menghela nafas dengan hela yang panjang.
Dan tersenyum riang.





"Always Be There"