Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah semakin menghampiri ke dalam Bulan yang penuh barakah dan Mulia. Bulan diturunkan Al Quran. Bulan yang terbaik di antara bulan-bulan yang ada. Ahlan ya Ramadan. ❤

Teruja dan rasa tak percaya. Menanti kedatangan bulan penuh rahmat. Bulan yang di malamnya penuh pengampunan. Lailatul Qada' yang penuh sunyi dan nyaman. Allahuakhbar.

Dalam kita semua diuji dengan wabak virus Covid 19 ini, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita bermuhasabah sedalam-dalamnya, berkhulwah denganNya untuk mendapatkan pengampunan dan keredhaan. Moga kita mengambil peluang terbesar ini untuk sebenar-benar bertkwa kepadaNya.

Mengambil kesempatan ini cikguma ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak. Sama-sama perbaiki diri dan menambah amalan supaya dikembalikan kepadaNya dalam keadaan diredhai olehNya aamin..

Jom :

* Coundown Ramadan 😍😍
* Hiasi rumah atau ruangan untuk persediaan menyambut Ramadan.
* Persediaan alatan ibadah - telekung bersih wangi, al Quran, buku catatan dan sebagainya.
* Ulangkaji hukum hakam dalam bulan Ramadan.
* Jadual tugas ahli keluarga pada bulan Ramadan - kejut sahur, masak sahur dan berbuka, kuliah, tazkirah, jadual imam tarawih, tadarus dan sebagainya.
* Taubah Nasuha
* Persediaan fizikal dan mental. Memperbaiki diri luaran dan dalaman.
* Tetapkan niat, target dan sasaran yang ingin dicapai dalam Bulan Ramadan kali ini.
* Rancang dan buat jadual amalan harian sepanjang Ramadan.
* Baca sekurang-kurangnya 2 helai muka surat Al Quran setiap kali selepas solat. Target khatam dalam bulan Ramadan.
* Niat untuk buat perkara sunat - solat sunat, bantu ahli keluarga ,bangun malam dan sebagainya.
* Target untuk bangun malam dan kejar keberkatan.
* Memperbanyakkan amalan - berzikir, berdoa, menambahkan ketaatan, bersedekah.


dan banyak lagi yang tuan puan nak buat....😊🥰😉


Ya Allah sampaikanlah Ramadan kepadaku, sampaikan aku kepada Ramadan dan ambillah Ramadan dalam keadaan Kau menerima segala amalanku..aamin..

0 comments:


"Always Be There"