Kenapa Kita Mahu Memiliki Anak?
APAKAH YANG MAHU KITA WARISKAN KEPADA ANAK KITA?
Surah Maryam : 3-6
Juzuk 16.
👩‍❤️‍👨Semua pasangan yang berumah tangga menginginkan cahaya mata atau zuriat keturunan.
Namun, apakah faktor utama yang mendorong kita menginginkan anak? Adakah kerana orang lain ada anak dan kita juga mahukan anak? Adakah untuk kita berbangga-bangga punya anak? Apa yang hendak kita wariskan kepada zuriat keturunan kita sebenarnya? Harta, rumah, tanah yang berhasta?
💘Jom tengok apa yang di doakan oleh Nabi Zakaria mengenai anak👶👧👦👇dan bagaimana cara dan akhlak Nabi Zakaria berdoa🤲
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيّٗا
🌷(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
-Surah Maryam: 3
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّي وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبٗا وَلَمۡ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّٗا
🌷Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
-Surah Maryam : 4
وَإِنِّي خِفۡتُ ٱلۡمَوَٰلِيَ مِن وَرَآءِي وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا فَهَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا
🌷Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
-Surah Maryam: 5
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيّٗا
🌷Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
-Surah Maryam: 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌻Alangkah mulia dan baiknya cara Nabi Zakaria meminta dan merintih kepada Allah dengan cara lemah lembut, perlahan, sembunyi, diam-diam dan dalam keadaan merendah diri.
🌻Nabi Allah Zakariamengakui keadaan diri, menunjukkan baginda tidak sombong. Dirinya telah tua dan lemah, uban sudah mulai tumbuh. Dan baginda sentiasa bersangka baik terhadap Allah, tidak pernah berputus asa dalam berdoa, tidak pernah kecewa dan melatah walaupun masih belum dimakbulkan. Walaupun ketika baginda dikurniakan anak, umurnya sudah sangat tua. Betapa besar keyakinannya kepada Robbul Izzati.
🌻Kebimbangan terhadap kerabatnya dalam melaksanakan amanah dalam agama selepas ketiadaannya. Isterinya pula tidak boleh hamil. Maka rayunya untuk dikurniakan anak lelaki yang diredhai sebagai warisnya.
❤️Apa tujuannya untuk memiliki anak?
- Untuk mewarisinya dan mewarisi susur galur kerabat Nabi Yaakub.
❤️Mewarisi kenabiannya, ilmu, perjuangannya dalam berdakwah, semangatnya, menjadi penyelamat agama, menyampaikan agama Allah,meneruskan qudwah.
MasyaAllah. Tabarakallah.
💕Jom cek semula, bagaimana cara kita berdoa kepada Allah? Adab semasa berdoa. Adakah bermula dengan selawat ke atas Nabi dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa? Akhlak kita pabila meminta dan merintih kepada Allah. Apa yang kita minta untuk anak-anak sebagai saham dunia akhirat kita? Adakah kita sudah bersangka Baik terhadap Allah setelah doa-doa yang tidak termakbul? Adakah kita cepat berputus asa dalam berdoa?
Jom muhasabah. Jom Sangka Baik dan Istiqamah berdoa kepada Allah.
💘Saat kita paling mulia adalah saat kita menghambakan diri kita pada Allah.⚘


0 comments:


"Always Be There"