Bismillahirohmanirrahim...

Assalamualaikum....

Rasulullah SAW bersabda :"Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai
perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki."

‎"Dari Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama ada angin ataupun bumi yang menyapu mereka."


Menyedari hakikat keruntuhan akhlak yang memuncak ini wajib ke atas ummat Islam yang disebutkan ummat terbaik ini, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran..."Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." (Surah Ali Imran: 110)...Bala Allah SWT tidak hanya kena pada mereka yang berbuat kemungkaran, tetapi kepada semua...termasuk mereka yang beriman..Jangan kita sntiasa berada di tahap orang2 yang "selemah-lemah" iman, iaitu mencegah dengan hati...Dalam satu kitab dijelaskan bahawa tahap selemah2 iman ini hanya boleh digunakan apabila fitnah dan maksiat sekeliling,kehidupan sekeliling dipenuhi kemungkaran, maka pada ketika ini, barulah kita hanya mampu mencegah dengan hati...kita jaga diri kita daripada kmungkaran tersebut...W/A [AIN SOLEHAH]

Dh lihat video di atas?( video dan kata2 diatas dipetik dari fb kawan,de nama die kat atas) video yang pertama,kite rase siape mereke?agame ape?dari negara dan negeri mane manusie2 tersebut?melayu?ye..melayu xsemestinya Islam..tapi xmustahil diorg memang Islam..mule2 sye tgk video ni..mmg xtertutup mulut saye dibuatnye,(terkejut) nak2 de name MISS PAHANG..?lagi menyedihkan bile ade artis Melayu dan Islam seolah2 m'yokong event ni?ade potensi?Ya Allah...mungkin sye ketinggalan perkare ni..saye jangkekan di Kuala Lumpur, di negara2 luar yang berleluasa perkare ni..tapi Pahang?(huhu...kampungku)...mati akal bile difikirkan..(Nauzubillah, xde niat nak aibkan mereka yg ada dalam video ini,cume untk pengajaran kite umat islam untuk memikirkan masalah yang melanda umat Islam masa kini)

Teringat kata2 Ustaz Rozaimi bin Ramle di Kuliah Maghrib " Bala akan diturunkan pade sume makhluk, bukan hanya kepade manusia yang membuat kezaliman..hatta ade yang sedang berzikir disebelah manusie yang zalim..die turut akan terkena". Sebab ape saye kaitkan dengan bala?sebab ini salah satu perbuatan yang dilaknat oleh Allah..!

Saye bukan prejudis,(tapi memang) tapi sedih..tidak dinafikan manusie dilahirkan dengan pelbagai rupa dan mempunyai gaya tersendiri..melihat kepada situasi ni,berkenaan tukar jantina..terdapat dua keadaan di mana seseorang yang dilahirkan dalam keadaan khunsa iaitu mempunyai dua kemaluan..dimana golongan ini akan cenderung dengan salah satu jantina tersebut.. boleh rujuk web ni (http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/01/13/18/)

Manakala satu golongan lagi saye boleh katekan pondan..Mereka ialah orang lelaki yang menyerupai wanita dari segi bentuk tubuh, pergerakan, percakapan dan lain-lain.Haram melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Ini kerana perbuatan ini mendatangkan mafsadah atau kerosakan yang besar. Ia juga satu bentuk pencerobohan terhadap penciptaan Allah Taala hanya semata-mata kerana mengikut naluri yang palsu dan bohong.

Saya tidak berniat untuk bercerita panjang, mungkin daripda kite sudah tahu kisah2 di zaman nabi mengenai perkara ini, dan tahu pengajaran daripada kisahnya.. dan siapalah saya untuk menghukum dan menilai manusia2 ini..kerana Allah yang berhak ke atas mereka dan hanya Allah akan menentukan nasib mereka...cume kite sebagai sesama saudara dan sesama agama, saya hanya mampu sedih dan berdoa semoge kite semue diredhai Allah dan supaya Allah membuka pintu hati mereka untuk kenali TuhanNya (ALLAH) dan dilembutkan hati untuk ke jalan Allah yang Satu..amin. Dan tidak dinafikan juga, ramai kalangan wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita..semuanya dikatakan 'fitrah' bile perasaan bertukar seperti itu..dan kita tidak tahu apa perasaan mereka yang sebegini..ada sesetengah lelaki yang mempunyai naluri kearah 'kewanitaan' dan kadang2 ada yang mengatakan mereka lebih baik daripada wanita yang sedia ada..em..mungkin ini ujian bagi mereka untuk lalui perkara ini, dan bagi kita insan yang normal ini tidak boleh terus menghukum kerana kite tidak berada ditempatnye..dan pasti ade hikmahnya kenapa ini terjadi..sebagai kawan, sahabat, kite perlu bimbing hati2 golongan ini kepada TuhanNya dan bukan biarkan dan mengkejinya dan kerana sebab ini mungkin jadi mereka akan lebih terus hanyut dalam dunianya mati.Mungkin agak sukar..tapi insyaAllah, Allah sedia membantu..

Pepun,moge Allah jauhkan kite,keluarga, saudara, dan sahabat daripada penyakit ini..jauhkan dari segala perkara yang memberikan kemurkaan Allah kepada seluruh kehidupan kite..amin..


p/s : Cinta itu fitrah, tapi jika ia tidak berlandaskan kepada TuhanNya ia boleh jadi FITNAH..Yang membezakan kita bagaimana kite salurkan fitrah itu supaya ia ditunjangi Anugerah yang Indah..Nikmatnya hidup BerTuhan hanya kerana ALLAH SWT:)


7 comments:

Iman said...

Assalamualaikum....
ia ukhti, sekarang da banyak yang terjadi..
kini kawan ana pun ada seorang, lelaki yg mana ia seperti perempuan, d facebooknya ade gambar dia pakai tudung...cuma nasib baik dia terikat dengan kerja je...
Doakan kawan ana tu berubah, menjadi lelaki sejati...

naasiha said...

i like this post !

Izzati Hashim said...

sedih kan tgk tu?
terkejut + terkedu!

mengucap panjang. mcm mana blh terlepas pandang dan mungkin pihak atasan tahu saja tapi tutup mata. Allah. akhir zaman yg makin menakutkan -.-

SRenungan said...

asalamualaikum..
blog yang menarik..ska sngt..
tpi ada muzik..x dpt nk melihat suara dari video yang diletakan dengan jelas..
teruskan perjuangan... :)

Admin said...

setuju..., semoga kita dijauhkan dari hal2 semacam itu...,
salam ^^^

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Iman : W'salam...em..yeke..xpe insyaAllah kite same2 doakan moge kawan iman diselamatkan Allah Taala..mudah2an..begitu juge kite..

naasiha :^__^ mekasih..salah ukhwah..

Izzati Hashim : sedih=( insyaAllah sama2 doakan moge kite semue diselamatkan..dunia akhir zaman, dunia semakin menakutkan..moge Allah merahmati kite..

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

jarn : W'salam..huhu..mekasih sudi singgh..amat2 dialu2kan..o..a'ah de muzik je..klu nak tgk videonye leh tgk kat youtube..Maha melihat..nynyian Opick gan marshanda xsilap..insyaAllah,trskn p'juangan jugak=)

Edo :W'salam.. insyaAllah,jauhi kami dari siksaan api neraka jahanam..dan jauhi kami dari perkare2 yg menyebabkan kemungkaran dariNya..amin..mekasih sudi singgah^__^


"Always Be There"