Dengan Nama Allah Yang Maha Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang , dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemeliharaan sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-uran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan , dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, Tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan AlQuran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya Allah, Tuhan Yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikaan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhunmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakana dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.

Amin Ya Robbal alamin…

Dengan Nama Allah Yang Maha Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang , dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemeliharaan sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-uran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan , dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, Tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan AlQuran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya Allah, Tuhan Yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikaan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhunmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakana dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.

Amin Ya Robbal alamin…

Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt...moge kite semue dalam lembayung rahmatNya sentiasa..ameen..em..agak usang di sini...time kasih yg sudi singgah..insyaAllah ade kesempatan, saya akan balas kunjungan kalian..pade sesiapa yang ade twitter leh la join n follow ^_^ em..ade beberapa entry yang dah ditaip tapi masih belum siap sepenuhnya..kebuntuan idea untuk menyiapkannye...huhu..

Ade sesuatu nak kongsi...jum bace=)

Dulu hamba suke dengar lagu-lagu, nak-nak sebelum tidur..kadang-kadang sampai tak tertutup lagu tu..ibu selalu tegur.."kalaulah mati dalam tidur macam mana? bukannya kalimah Allah yang didengar, tapi alunan muzik..!"

hehe...sengih nampak gigi..

Jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan untuk kite semua..

Perkara sebelum Tidur (Tafsir Haqqi), Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini, iaitu :

1. Sebelum khatam Al-Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah : " Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas 3x seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Qur'an.

Bismillahirahmaanirrahim..
"Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad" (3x)

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillahirahmaanirrahim,
"Allahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad" (3x)

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih" (3x)

Dan , perbanyakkan bertasbih , bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan haji dan umrah.

Bismillahirahmaanirrahim,
"Subbahanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu allahu akbar" (3x)atau lebih...

Jika bagi yang suke mendengar lagu (muzik) pastikan pilihan muzik itu baik..yang mane liriknya berkaitan memuji kebesaran Allah dan KekasihNya.. Jika mengikut perancangan Yahudi laknatullah, muzik ini adalah salah satu agenda mereka untuk menghancurkan umat Islam..muzik boleh melalaikan, boleh melekakan..jadi jadilah muslim yang bijak..

" Always Remember : Qur'an is better than music, Sunnah is better than tradition, Prayer is better than sleep & Silence is better than bad speech."

Ingatan Bersama^_^,moge kite mati dalam Husnul Khotimah..amin.








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari berganti hari, umur kian panjang dan bertambah...nyawa masih terlekat di badan..teringat pade satu kisah, bukan penghijrahan Rasulullah SAW.. itu jelas..insyaAllah, kite umat Islam memahami dan menghayati setiap detik perjuangan dan kejayaan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW..Selawat dan Salam Buat Baginda dan seluruh keluarga dan sahabat..

Penghijrahan tanpa mengenal erti baik mahupun buruk..mengape perlu 'Hijrah' dalam diri?
Ini Kisahnya..Tapi Awas Kisah Ini Panjang..dan...Mungkin Agak Membosankan...haha...Atas tu ade Butang [X] leh tekan Situ..^_^


Seawal usia kecilnya..sungguh die tidak tahu ape itu Tuhan? "mengapa aku perlu hidup" , ape yang perlu aku lakukan?..Sehingga dia menjejakkan kaki ke sekolah dan ibu bapanya menghantarkan die ke fardhu ain..die pelik? adekah ini yang perlu dilalui oleh semue manusie sekecil aku?pertanyaan tetap ada.. tapi tetap meneruskan ape yang dihidangkan untuknya..

Masuk darjah 3, dia dilantik sebagai pengawas...namun dihati dia terdetik sesuatu dan menyatakan pade ibunya.."Ma, dah jadi pengawas ni adik nak pakai tudung boleh?" Ibunya hairan dan ingin menguji.." tak panas ke nanti?" "Tak de la, orang lain pakai xde pe pun...lagipun malu la xpakai tudung pi sekolah" . Ibunya menuruti dan hanya tersenyum..

Si kecil tetap mengikut ibunya ke surau untuk solat terawih, solat magrib dan isyak..kenduri di surau..berbuke puasa di surau..dan pade ketikenye..ketike berjemaah solat terawih di surau ada sorang kakak menegurnya dan kian rapat dengannya..Tapi yang jadi tanda tanye pade si kecil ini..disetiap 8 rakaat terawih, kakak tu solatnya diselang-selang maksudnye..2 rakaat yg pertama dia solat, dua rakaat yg 2 die xsolat , 2 rakaat yang 3 die kembali solat dan 2 rakaat yg ke 4 die xsolat dan terus witir..si kecil tu pun pelik..boleh ke macam tu?. Sejurus balik ke rumah die bertanyakan kepada ibunya.." Ma, boleh ke kalau kite semayang terawih tu selang-selang, dua rakaat kite buat pastu tinggal dua rakaat?" Ibunya menjawab " Kalau adik xlarat xpe, wat sikit-sikit nanti dah lame2 biase solat banyak-banyak" Die pun berfikir.."em..kakak tu xlarat kot solat banyak2 janji die semayang" itu kesimpulan bagi die..^__^

Di kelas Fardhu Ain...dia meneruskan pengajian..dari Iqra 1 sampai 6 dan berterusan mengaji muqaddam..dan akhirnya die berjaya membaca Al-Quran..gembira bukan kepalang..ibunya menghantar die ke rumah Pok De jiran tetangganye untuk mengajar mengaji..balik dari sekolah..die dan rakan-rakannya berlumba-lumba ke rumah Pok De untuk mengaji..Berlumbanye tu bukan ape..malas nak tunggu lame2..nak dapat Ngaji paling awal..huhu..Dia hanya bace tulisan di dalam Al-Quran dengan Tartil yang diajar oleh Pok De..tanpa tahu Isi dan Maknanya..Tanpa Tahu Ape Pentingnya Al-Quran..dia hanya tahu..semue orang Islam perlu baca Quran. Dia hanya buat tanpa tahu kenape alasannya..Akhirnya die Khatam Quran bersame rakannya yang lain..Senyum meleret dah habis ngaji Quran besar katenye..

Habis darjah 6..banyak pulak tawaran ke sekolah menengah..banyak-banyak sekolah yang berhampiran, akhirnya die , ibu dan ayahnye memilih sekolah paling jauh untuknya..Masuk Asrama diusia 13 tahun..Die sendiri xtahu sekolah tu kat mane dan kenape die pilih sekolah tu..tapi satu yang membuat hatinye terpegun..name sekolah , sebab namenye panjang sangat dan diberi cuti khas selame seminggu, yang mane pelajar lain dah mule mendaftar dan bersekolah..bermaksud bagi die.."yea..tambah cuti lagik..kesian orang lain kne sekolah awal" tapi lain pulak ibu dan ayahnye..memilih sekolah tersebut sebab die dapat kelas " Aliran Agama". Pernah juge ibu dan ayahnya bertanyekan padenye.." Betul ni nak duk asrama? Nanti duk asrama, xtakut rindu kat ma abah?" " Xpenya..kan dah besar"... Memang die tak tahu ape maksudnya..janji seminggu tu die dapat cuti lagi..haha..

Perjalanan ke sekolah yang agak jauh dari rumah membuatkan die bosan dalam kereta..pemandangan yang hanya dikelilingi pokok-pokok= hutan dan bengkang-bengkok buat die loya.."Aduh kat mane la sekolah ni..hutan je banyak.." die mengeluh..berkire-kire nak lelapkan mata..tak sampai 10 minit kedengaran suara ayahnya " Ok..sampai daa..sekolah die". Dia bingkas bangun..tibe-tibe tersirap darah.." Adui, takut la pulak..da la xde kawan" . Keluar dari kereta dan mengikut ibu dan ayahnya untuk mendaftar..die hanye tertunduk sehingga matanya menangkap sesusuk tubuh.."Macam kenal". Tibe-tibe namenye dipanggil.. Haha...member sekolah rendah rupenye..Die hanye tersenyum..adelah dalam 3 4 orang kawan dari sekolah rendah bersamenye di sekolah baru ni..tanpa die tahu yang ibu bapanya akan meninggalkan die sebentar saje lagi....

Di sekolah baru..bermaksud kehidupan baru bagi die..dah xde ibu untuk masakkan makanan kegemarannya..dah tak de ayah yang selalu dodoikan die untuk tidur...dan xde cite karton si kancil dan si buaya yang jadi tontonan selepas baik dari Fardhu Ain..Hari pertama di asrama, sayunye hati..tidur di katil tingkat atas (katil 2 tingkat) terkebil-kebil die memanjat..selimut tertinggal..nasib rakan disebelahnya menghulurkan selimut dan menenangkannya..seakan tahu die merindui rumahnya..Dan esoknya..die bergegas menelefon ke rumah dan bercakap dengan ayahnya..ayahnya bertanya.." Sihat?".. die diam seribu bahase..bukan xtahu nak cakap ape..tapi tekaknye perih menahan sendu.." Nape ni.." " Em..abah..orang xbawak selimut.." menahan getar suara..ayahnya cam suara lain tu.. "Ok2..esok abah datang, ade barang lain lagi yang xde atau xcukup". " Ade hanger.........dll" ... Kini, die mula tahu ape itu 'RINDU' .

Selang beberapa minggu dan bulan..dari bertudung biase...tibe-tibe seorang guru adekan 'dasar baru' wajib bertudung labuh..kene lepas paras siku dan melepasi punggung. Ramai..ramai gile yang mengeluh.. " Aduh, bukannye sekolah agame nak pakai tudung labuh..tension betul aku" itu la diantare keluhan-keluhan yang banyak n selalu didengari..Memandangkan die ditempatkan dikelas KAA (Kelas Aliran Agama) di Sekolah Kebangsaan..die hanye ikut dasar baru tu.."peraturan sekolah, ikut je..xkan la cikgu tu suke-suke je nak buat." itu jawapan die jike ade rakan-rakannya bertanyekan tentang dasar baru tu..Die hanye pakai tudung barunye tu walaupun tanpa sebab mengape..bagi die itu Peraturan Sekolah jadi wajib ikut klu xnak kne denda or kne tulis name dalam buku record..haha..lantak korang la nak mengeluh atau ape..nak xnak kne pakai gak..hehe..

Satu ketike die baru tersedar..ketika die ditugaskan untuk memadam papan hitam..sedang asyik die memadam..die teringat "Dulu time aku padam papan hitam dengan tudung bawah sikit pade bahu..nampak singlet aku alik dalam ni..aku pelik..aik..baju aku ni jarang sangat ke? dan teringat kate kawan aku.."da namenye baju putih memang la jarang.." aku jadik malu pulak..mane tahu ade orang pandang time aku padam papan hitam?Same gak kalu aku nak angkat tangan tuk tanye soalan ke.. Haishh.....Tapi sekarang tudung baru ni dah dapat cover kejarangan baju putih sekolah. Die dah tak bimbang lagi kalau nak padam papan hitam..Die Selamat dengan tudung baru tu..Tudung Labuh.

Dah masuk tige tahun die kat sekolah tu..banyak jugak perubahan dalam diri die..dengan masalah sekolah, kawan, asrama dan lain-lain..buat die jadi sangat berdikari..Duk asrama ni satu fenomena yang buat die pelik iaitu "keluarge angkat".. kakak angkat, adik angkat, abang angkat..semue die sapu...haha..layan.. die pun pelik..ape la maknenye tu.. p ok gak..macama ade orang concern gitu..haha..p Alhamdulillah ukhwah terjalin baik..pastu klu..dulunye setiap balik ke rumah pasti dibawa baju kotor untuk dibasuh dirumah..tapi sekarang tidak lagi..Kalau dulu time balik umahnye nagis-nagis xnak balik asrama..Kini tidak lagi..Dah Form 3 kan..Dah pertengahan senior tu..haha..die suaikan diri dengan baik dengan keadaan di sekolah tu..

Time ni jugak ade terdetik kat hati die..lepas die tengok ustazah di kelas fardhu ain nya di sebelah petang habis sekolah.."Em..nape la ustazah ni pakai stokin yek, xpanas ke? tapi macam best je pakai.." Tak de niat pulak die bertanye kepade ustazahnya..dan hanye mengajak kawannya untuk memakai stoking..

" Ecah, jum pakai stoking nak..aku tengok ustazah duk pakai macam best pulak..hehe"
"bukan macam best la, kaki kan aurat bagi perempuan sebab tu ustazah tu pakai.." "O..yeke..jum pakai nak?"

Bermula pade itu, mereka mule pakai stoking dengan hanya menggunakan stokin putih sekolah..die cube pakai secare beransur-ansur..kejap pakai kejap tak..lame-lame ramai kwan-kawannye mengikutnye..ditambah dengan kehadiran dua rakan baru dari sekolah agama.... [bersambung....] 












sori..lupe amik pic ni kat mane O_o

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way



My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


***************************************************************************************


Setiap hari, detik dan ketika kite pasti akan dihadiahkan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Itu pasti untuk semua manusia dan ia tidak dapat dikecualikan. Namun yang membezakan setiap manusia itu hanya cara, bagaimana nak mengatasi setiap cabaran dan ujian yang diberikan. Mungkin ade sebilangan yang mengeluh, kenapa itu, kenape ini berlaku..kenape perlu aku? dan sebagainya.

Kite mungkin selalu melakukan kesilapan, namun itu tidak menjadikan sebab dan alasan untuk kite terus melakukan kesilapan. Refleksi diri dan pengajaran daripada setiap ujian dan cabaran itu perlu tersisip rapi buat pedoman diri. Jangan ditanye kenape perlu aku hadapi, tapi fikirlah bagaimane untuk kite hadapi. Dan kite perlu ingat, "Allah tidak akan beratkan sesuatu musibah setanding dengan kemampuan hambaNya.." . Jadi apabile kite diberikan cabaran dan ujian yang mungkin...kite rase kite tidak mampu hadapi..Percayalah, Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNya..Cuma yang penting, kite sebagai hamba perlu bersyukur dan redha atas pemberian ujian sebagai tarbiah @ latihan dalam kehidupan seharian kite...Kerana itu salah satu tanda kasih sayang dari Allah...Dan perlu juge kite ingat, sebagai hamba yang mencintai Tuhannya, harus berusahe sehabis baik untuk mengatasinya dengan jalan yang bijak.. InsyaAllah, Allah akan sentiasa disamping kite dalam setiap ape yang kite lakukan dan akan membimbing kite untuk mencari yang terbaik.

Sedih, gembire, terkilan dan sebagainya..itu satu perasaan yang dianugerahkan Allah pade kite. Senyuman di bibir namun belum tentu hati turut tersenyum.. Gembire hari ini belum kite akan berterusan gembire pade esoknye..Sedih hari ini belum tentu kite akan sedih untuk selame-lamenye.. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang..dan hidup itu umpama roda...Jike berhadapan dengan insan lain yang tidak memahami kite, tidak dinafikan.. Umpama pepatah " rambut sama hitam, hati lain-lain" jangan marah atau sedih..sebab kite tidak boleh paksa orang untuk memahami kite seadanye..kite tidak boleh menyuruh orang lain untuk berfikirkan hanya yang baik-baik mengenai kite.. itu tidak adil bukan? Mungkin juge disebabkan diri kite yang tidak mahu memahami diri orang lain atau tidak mahu menerime orang lain seadanya? Jadi ayuh kite Berlapang dada..kerana setiap ape yang kite inginkan belum tentu akan jadi milik kite. Setiap ape yang kite rasai mungkin tidak dapat dirasai oleh orang lain. Jangan Sedih!.. Kite belajar memahami untuk difahami..Kite belajar menerime untuk diterime. Jangan bimbang pernilaian daripade manusie, tapi bimbang dengan penilaian dari Allah..kerana dia Hakim Yang Bijaksana. Sentiasa terapkan niat baik dalam diri..dan InsyaAllah segala kesulitan akan mampu kite hadapi atas pertolongan Allah SWT.

Kadang-kadang tidak semua perlu kite jelaskan. Kadang-kadang Allah yang akan menjelaskannya bagi pihak kita. Kenapa perlu risau kalau manusia tidak pernah memahami kita, sedang Allah yang lebih agung memahami kita? Mana yang lebih bernilai, Allah tahu keadaan kita atau manusia tahu keadaan kita. Sudah tentulah Allah. Manusia sekalipun dia tahu, apa yang dia boleh bantu kalau ia di luar batas mampu?.. memetik kata-kata dari Afdholul Rahman of LangitIlahi.

Jadikan Allah sebagai tempat utame untuk meluahkan segala penderitaan. Namun tidak bermakna untuk mengabaikan setiap insan yang berada di sisi kite..sahabat yang baik mampu menenangkan sahabatnya, baik dalam kesusahan mahupun senang..dan moge kite dapat menjadi sahabat yang baik itu. Menghulurkan tatkala sahabat rebah, membimbing tatkala diri penat dengan keperitan hidup..mungkin suatu hari nanti bile mane kite dilanda musibah, sahabat kite pula membantu kita?..Jangan berkire-kire untuk menghulurkan kebaikan..sebab setiap ape yang kite lakukan akan dihitung oleh Allah..Tapi jangan mengharapkan kebaikan yang kite berikan akan dibalas dengan kebaikan, boleh jadi akan dibalas keburukan..tapi itu ujian Allah untuk melihat sejauhmana keikhlasan daripade kebaikan yang kite hulurkan itu..Jadi, Jangan Mudah Melatah atau menuduh 'tidak mengenang budi" . Biarkan dibalas keburukan oleh manusie, jangan dibalas keburukan oleh Allah..itu lebih pedih dan lebih teruk kesannya..

"Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang tinggi, sekiranya kamu beriman." [Surah Ali Imran : 139]

Jika kita menjaga hak-hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak kita. Jika kita ingat pada Allah sewaktu senang, nescaya Allah akan ingat kita pada waktu kita susah. Jika kita ingat Allah sewaktu kite sihat, nescaya Allah akan ingat pada kita sewaktu kita sakit. Baikkan Allah.. tapi walaupun kite tidak ingat kat Dia, Allah tetap berikan nafas untuk kite hidup..berikan mata untuk kite melihat, berikan mulut untuk bercakap, berikan tangan untuk menaip di blog? Jadi Mana Lagi nikmat yang kite nak nafikan? [Surah Ar-Rahman] Dalam ape jua keadaan..kite perlu ingat bahawa Allah adalah segala sesuatu yang paling penting dalam hidup kite..dan jangan jadikan selain darinya sebagai p'gantung hidup..InsyaAllah, hidup pasti lebih bermakna. Trust Allah dan La Tahzan(^^,)

"Wa lirobbika fashbir" Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah=)

p/s : Dengan mengeluarkan kata-kata agama, tidak semestinya aku seorang ustazah. Labuhnya tudungku, tidak semestinya aku seorang yang alim. Dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu, cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku tahu. Dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik, lebih kuat! dan mendapat Redha Ilahi. Tiada lain..hanya Redha Allahurabbi♥

* umm...Ambil masa menenangkan diri seketika...tata, kuala lipis(*_~)"






From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !
'


Oh God! Oh God! I cannot see !
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!


Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


Hope my mum get well soon, ameen~_~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me


Bismillahirahmanirrahim..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah hari ni dah masuk 08 Zulhijjah 1432 dan esok 09 Zulhijjah 1432 atau dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya tersendiri hari yang amat mulia di dalam Islam. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wukuf ke pdang Arafah, kita yang di sini (Malaysia atau mane shje) yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini insyaAllah jangan disia-siakan. Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika tertinggal maka terbatallah haji yg dilaksanakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari itu..dan mempertingkatkan lebih alaman.. [insyaAllah utk seterusnya] . diTerdapat beberapa buah hadis untuk direnungkan bersama :

Daripada Abi Qatadah al-Ansar , Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa Arafah. maka jawab Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dikaffah (diampun dosa ) setahun lalu dan setahun akan datang. ~Hadis Isnad Sohih yg dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi~

Puasa Arafah, Sabda Nabi s.a.w : " Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang. " ~HR Muslim~


Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah yang mana boleh kita lihat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka :" Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu" ~HR Ahmad~

Umat Islam pada hari ini tidak mengira warna kulit, kaya atau miskin, tua mahupun muda bersama-sama mengenakan pakaian serba putih memenuhi Padang Arafah semata-mata untuk melaksanakan rukun haji. Jika kita lihat, realitinya Padang Arafah merupakan simbolik atau persediaan kepada umat Islam melihat bagaimana suasana pada hari Qiamat iaitu di dataran Mahsyar yang penuh dengan ujian menanti keputusan amalan masing-masing.


Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang lepas dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa tahun 1432H mula beransur meninggalkan kita bersama kenangan indah dan pahit yang tersendiri. Sangat terharu tengok orang mengerjakan haji dan menghadap Kaabah yg sangat dekat..mesti syahdukan..betape seorang hamba yang sangat kerdil melihat kebesaran Sang PenciptaNya..dan mengharap keredhaanNya..Walaupun kite tidak disana insyaAllah bahangnya terasa di sini..

Pada 10 Zulhijjah 1432 pula insyaAllah umat Islam akan menyambut Hari Raya Eid'ul Adha iaitu Hari Raya Qurban. Jadi mesti ramai yang menjalankan ibadah qurban. Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Jika kite lihat Hukum melakukan ibadah Qurban mengikut Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat Muakkad iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. (jika salah tolong betulkan na...mekasih)

Jadi yang berkemampuan boleh laksanakan ibadah qurban dan bagi yang tidak berkemampuan melakukan qurban xpe jangan sedih, bak kata ustaz dalam Al-Kuliyah petang tdi :" Klu xmampu nak qurban (sembelih haiwan) maka hendaklah die qurban (sembelih) nafsu yang membawanye kepade kemungkaran." maksud, kite qurbankan sifat atau perkara yang tidak baik dalam diri kite. Memang agak sukar, tapi xpe..kalu kite latih insyaAllah sikit demi sedikit akan berjaya kan.."Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Bagi kisah 10 Zulhijjah saye dah masukkan dlm blog sebelum ni.

Baiklah , sampai sini dlu, selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..moge segala amalan yang kite lakukan diterime Allah SWT. Moge Allah ampuni segala kesalahan dan sentiasa memandu hati kite ke jalan yang diredhai olehNya.Amin...

P/S : Bulan ini juge merupakan bulan haram, haram utk berperang termasuk juga jangan ada permusuhan.
Salam ingatan untuk sahabat, ayah sedara dan mak sedara yang berada di Makkah Al Mukaramah, moge selamat di sana dan pulang..



Assalamualaikum..Salam Jumaat Penghulu Hari..sayu pulak dengar lagu ni..jum same-same hayati..^^',



Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurahman Allahurahim
Allahul malikul kudus hussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabar hul muttaqabir



Kadang-kadang hati bisa tersentuh tanpa sebab
air mata bisa mengalir tanpa sedar
Kepala pusing tanpa alasan
Sesak dada tanpa hembusan
Cinta Tuhan penyembuh mustajab, sungguh terkesan..
Teman jiwa suka nan lara..
bukan sementara, tapi akhirnya..

Bisa hati bertanyakan..
mengapa perlu itu?
mengapa perlu dia?
Setiap jawapan mungkin tidak dapat merawat,
hilang tenteram..bisa sakit bertambah..
namun, hadapinya itu perlu..
pasti yakin jika tunjangi dengan Redha, syukur..
Allah pasti ada, jika ingatan hamba sentiasa semat.


ah...mengeluh itu beban,
bisa jadi lepasan beban..
berat nafas , gundah lepaskan..
Usah jiwa fikir ujian..
Doa, yakin itu dari Tuhan..
untuk jadi hamba syukur berterusan..
putus asa jangan sesekali difikirkan.





**kAcaUbiLau**

~Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan untuk kita, maka Allah akan mempertemukan kita dengan apa yang terbaik untuk kita(= .
Hopefully, yakinkan hati ini..Ya Allah, ameen~




Bismilahirrahmanirrahim....

Celik sahaja mata, mulut kita pun akan memulakan tugasnya bercakap sehinggalah mata kita terpejam. Bolehkah kita hidup seharian tanpa bercakap? Bayangkanlah andai kita duduk berseorangan seharian tanpa dapat berkata-kata.

*************************************************************************************


Bayangkan anda berada di rumah seharian dan bersendirian tanpa teman berbicara. Pasti boleh sakit jiwa. Begitulah pentingnya teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata.


Namun, kita harus ingat bahawa bercakap ini harus kena pada tempatnya. Kita tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan akibat daripada ungkapan yang kita keluarkan. Macam kata pepatah Melayu, " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Islam juga mengariskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka berbicaralah dengan baik atau diam." (Riwayat al-Bukhari)


Jika bicara kita tidak mendatangkan kebaikan, lebih baik kita berdiam diri. Tujuan dan matlamat manusia berbicara atau bercakap perlu jelas. Kesannya harus mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dan bukan sebaliknya. Selain itu, untuk menjamin wujudnya keharmonian sesama manusia. Islam telah menggariskan beberapa syarat untuk kita patuhi sebelum, semasa dan selepas kita berbicara. Peringatan ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah Qaf ayat 18 yang bermaksud : "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan, melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir
(malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan). (Surah Qaf 50: 18)




ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap Benar

Sebelum perkataan keluar dari mulut kita, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar . Pepatah Melayu juga ada menyebut , "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya." Kewajipan untuk bercakap benar seperti firman Allah dalam al-Quran surah al-Tawbah ayat 119 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, bertawaqalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar".

Bercakap harus berpandukan kepada fakta yang benar dan bukanlah pendustaan yang dilemparkan untuk memuaskan hati atau demi kepentingan diri. Maka jadilah kita hamba yang sentiasa bercakap benar.

Perkataan yang Baik

Setiap kebaikan yang kita berikan akan dibalas dengan kebaikan. Oleh sebab itu, ucapkanlah kata-kata yang baik agar sedap orang mendengarnya, kata-kata itu akan dibalas juga dengan kata-kata yang baik. Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, memberikan rangsangan motivasi , menimbulkan semangat dan menggembirakan orang yang mendengarnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebeleh kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik. " (Riwayat al-Bukhari)

Allah juga menyuruh kita bercakap dengan baik sesama manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud: " Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia."

Kurangkan Bercakap

Inilah perkara yang amat susah untuk kita praktikkan. Ramai orang tahu bahawa kita hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Realitinya memang sukar untuk kita laksanakan. Mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tidak dapat bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Kita harus mencari jalan untuk mendorong hati agar sedikit berbicara. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara." (Riwayat al-Tirmizi)

Jelas dan Terang

Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang mendengarnya. Ini hanyalah sebahagian daripada adab atau seni berbicara yang dianjurkan dalam Islam. Apabila berbicara, jadikanlah bicara dan setiap lafaz yang terucap itu ibadah. Moga Allah nilai sebagai satu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata juga satu sedekah. Apabila berkata-kata juga, selitkanlah mesej tauhid. Moga ada manfaatnya buat diri yang sedang berbicara dan orang yang mendengarnya.


Interaksi Islami : Hj. Zainuddin Ali_ Solusi


Kesan bersikap jujur lebih baik berbanding kesan daripada tidak bersikap jujur,
Natijah daripada bercakap dusta (menipu) lebih berat berbanding berkata benar,
Kesan berkata baik lebih menyenangkan berbanding berkata tidak baik,
Mungkin ramai yang tidak ingin ditipu, tapi masih menipu..
Mungkin ramai ingin orang bersikap jujur namun sendiri tidak jujur..
Jika keburukan dibalas kebaikan...itu bicara Tuhan,
untuk membuka mata hati supaya selami diri...
~Jika aku membalas keburukan dengan keburukan apa bezanya antara aku dan kamu~








Mungkin hati seperti layang-layang...
perlu si pengemudi yang utuh mengenggam..
tidak jemu walau berubah arah..
tetap berperang walau rebah..
di tiup angin yang kian gagah..

Mungkin hati seperti pelita..
ingin memancar walau membakar..
perlu si tegar untuk menadah walau payah..
tidak endah atau gundah..
berjuang walaupun payah..
si tegar perlu tabah!

Mungkin jua hati seperti bunga..
ingin subur sebelum tikanya..
ingin mekar tersenyum sendirinya..
walau ditaman larangan..
akan diri pagari dengan durinya..
Jangan dipetik jika tidak menghargainya..
Akan bunga menjaga diri dengan takdirNya.

Mungkin jua hati seperti rembulan..
yang gah diangkasa...
namun terselindung dek awan yang kelam..
tidak perlu cantik dipandangan..
tidak perlu siapa tahu penderitaan..
kerna bisikan syahdu kepada Rabbimu..
itu keistimewaan...
wahai rembulan bertemankan bintang...
kamu cantik dengan kesungguhan..
teruskan menjadi purnama yang indah.

Mungkin jua hati seperti madu..
memberi kemanisan walau dilontar kepahitan..
ingin menyembuhkan walau derita..
si lebah bisa menyakitkan..
diterima mungkin hempedu, tapi tetap diganti madu..
biar perit akan ditelan..
kerna itu lumrah dalam kehidupan.

Mungkin hati seperti kapal layar..
yang turut jua memerlukan si pelayar..
bijak mengembara, cekap harungi badai..
melatah bisa hanyut..
melepaskan bisa karam..
lautan seiring bersama deras ombak..
mampu kapal layar berlabuh?
wahai pelayar, berjihad untuk jalan terus disuluh..













_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Pohon semalu, memang pemalu. Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.


Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah RA. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu." (HR Thabrani)

Sabda Rasulullah SAW:
Malu dan Iman itu adalah teman seiring jalan. Jika satu di angkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.



~Aurat Itu Mahkota Wanita~

"Always Be There"