Dengan ucap Bismillah, aku menekan..mencari-cari perkhabaran..meneliti satu persatu...menekup muka yg basah..bukan sedih bukan gembira namun ketabahan. Hanya Allah yang tahu, bukan kecewa hatta terkilan...bisik hati, Allah lebih mengetahui segalanya...ingin menguji kesabaran hamba yang lemah supaya tabah . Ingat pesan abah.. " Sabar..nanti ade, sabar dulu..."
Aku mengumpul kekuatan dengan tadahan doa, bisik hati kepada Tuhan..ampuni segala dosa, yang nyata atau dusta..yang mungkin menjadi halangan mengecap iman dan impian. Jika ini menyambung kecintaan kepada Rabbiku..tidak putus, Sungguh aku redha..Sesungguhnya jika ia menjadi milikiku namun tiada redha dariMu..jauhilah.
Jika dulu bertahun-tahun aku boleh melatih kesabaran..menanti dengan tidak putus asa..walau lambat dan tidak cepat.. kenape tidak sekarang? Bukankah latihan itu untuk diamalkan sepanjang perjalanan dan bukan sambilan? Mesti boleh, Pasti Boleh..Allah bukakan cabang ujian bermule dengan satu punca..sebagai tarbiyah supaya tidak goyah..melihat dan melatih dari pelbagai sudut pandangan. Sungguhpun, lelah fikiran..menahan hati, mungkin kerna jiwa tidak sepenuhnya serahkan padaNya. Takut realiti. Pejamkan mata, ingat semula.. Hanya padaNya tempat bergantung..hanya Dia yang layak untuk segalanya.
Dalam kehidupan, Memang sukar untuk membuat pilihan, susah untuk tentukan yang mne lebih terbaik..jaminan, kebaikan dan keburukan...kite tak tahu..buntu, serba salah..mungkin hati perlu dikorbankan...Allah akan tentukan. Moge kebahagiaan itu milik orang yang berhak..moge aku meredhai keputusan. Kata-kata yang mengingatkan " Fikirkan diri dulu, baru orang lain" , tapi mungkin boleh jadi " fikirkan orang dulu baru diri sendiri". Sesungguhnya kaki aku nak ke sana.................tapi mungkin bukan untuk ketika ini.mungkin. Pasti Allah ada disetiap perancangan.
Dahannya satu, rantingnya beribu.....
Kite tahu ape yang kite nak, tapi jarang kite tahu ape yang kite perlukan... Ya Allah jangan Kau serahkan diri aku padaku walau sekejap..Hanya padaMu yang berhak. ya Allah, jika sukar permudahkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika dilangit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah dan jika haram sucikanlah...jika gundah tenangkanlah...wahai hati, tabahlah.. kukuhkan semangat..jangan mudah mengalah..hadapi dengan senyuman...kamu tahu dimana kekuatan, cari balik!...teliti kata-kata itu semula......
HASBUNALLOH WA NI’MAL WAKIIL..
3 comments:
Salam kembara seislam. InsyaAlah pasti ketemu kekuatan yang dicari.
Alhamdulillah, salam kembara. Terima kasih.
Waalaikumusalam...insyaAllah..amin, time kasih singgah ^_^
Post a Comment