Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu


by Hijjaz

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt. shout box dh habis limit, lupe nak renew..(xtahu nak renew macam mane..huhu..T_T ) . Time kasih yang sudi jadi follower..insyaAllah nnt saye akan singgah diblog kalian. Lagu di atas ni dituju untuk sahabat sahabiah yang mendirikan rumah tangga atau yang bakal melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, pada tahun lepas dan insyaAllah tahun ini, banyak dapat jemputan, di doakan moge segalanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Mintak maaf juga pade kawan-kawan yang akma tak dapat hadir majlisnye...insyaAllah doa sentiase mengiringi teman-teman.

Baru-baru ni teman rapat akma , yani..dah pun melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati. Alhamdulillah jodohnye sampai begitu cepat dan tak di duga. Itulah rahsia Allah. Banyak ibrah yang akma dapat bermule daripada dia bertunang, majlis akad nikah dan walimahnye...banyak tanda-tanda kebesaran Allah...dan itulah berkat jike dikongsi rezeki. Sangat sweet..untung yani, untung jugak buat cikgu nizam..Sesungguhnya Allah telah mempertemukan kalian didunia dan insyaAllah selamanya. Apepun, i always hepi for both of you...Moge Bahtera disaluti Kebahagiaan Sentiasa..Moge Kekal Hingga Syurga!

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

Dan semalam, dapat berita gembira juga dari dua sahabat baik..yang sorang insyaAllah akan jadi mummy dan sorang lagi insyaAllah akan jadi suami...huhu....Alhamdulillah, syukur buat kalian berdua...insyaAllah moge sentiase dilindungi Allah selalu.

Doa Buat Mereka Yang Nak Kahwin (dah kawin pun boleh) :

Ya Allah Ya Rahim. Dari setinggi dan selaut kasih sayang-MU,kurniakanlah keimanan dan kesabaran kepada pasangan ini supaya mereka berjaya menempuh segala dugaan.

Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran supaya mereka sentiasa menerima nikmat-MU. Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada mereka supaya mereka dapat beramal ibadat di jalan-MU.

Kurniakanlah juga mereka ketabahan dan kecekalan agar mereka menjadi hamba-MU yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamnin.

amik dari Blog Pakar Cinta..

Firman Allah swt dalam surah Rom ayat 21; dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

p/s: Masuk waktu Dhuha, Jom Solat Dhuha^_^

4 comments:

OEN-OEN said...

amiiinnn, *loh g nyambung ;p

Serunai said...

Alhamdulillah. Salam kembara. Terima kasih

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

OEN-OEN : nyambung apainn...hehehe

Serunai : Afwan..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

Salam..kak ma..akhirnya saya dapat update blog sy..huhu saya lupa passwrd blog sy..huhu..em bc entry akak yg ni em rinduuuuuuu kat kak ma..rinduuuu banget nye..;)

Mekaceh utk entry ni..;)

"Always Be There"