Alhamdulillah. ๐
Esok minggu terakhir pdpr sebelum cuti sekolah bermula. Walau apa jua keadaan yang di hadapi kita tenang-tenang sahaja. Tugasan kerjaya, telatah anak-anak, pdpr, kerja rumah macam mana pun tenang dengan istighfar atau apa jua zikir kepada Dia. Kita tak nak dengar saranan manusia ikut saranan Maha Pencipta kita.
Surah Ar-Rad ayat 28:
ุฃุนูุฐ ุจุงููู ู ู ุงูุดูุทุงู ุงูุฑุฌูู
ูฑَّูุฐَِูู ุกَุงู َُููุงْ َูุชَุทูۡ َูฎُِّูٕ ُُูููุจُُูู ุจِุฐِูุۡฑِ ูฑَِّูููۗ ุฃََูุง ุจِุฐฺِชุۡฑِ ูฑَِّููู ุชَุทูۡ َูฎُِّูٕ ูฑُُููููุۡจُ
ุตุฏู ุงููู ุงูุนุธูู
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram".
๐
Kerja di kejar tidakkan habis. Kepala berat tidakkan ringan jika kita tidak lepaskan dengan cara yang betul. Ambil masa rehat dan susun. Usah di beratkan. Banyak perkara bertindan. Kerja sendiri perlu selesaikan, pdpr anak kena siapkan, rumah perlu dibereskan. Tak mengapapun jika kita dahulukan satu-satu. Bukan kita tinggalkan terus pun. Kalau mampu buat semua dalam satu masa silakan. Jika tidak first thing first. Pilih. Siapkan satu dan satu lagi kemudian. Pandangan orang, ketepikan..kisah masing-masing tidak sama. Kemampuan kita juga berbeza. Usah dibandingkan. Chill for our good health- untuk redha Allah.
Nak cakap stres, semua stres tapi kita masih ada tali๐ฟ. Sama ada nak pegang atau lepas. Kadang ada masa tak nafi rasa serabut dan pening nak urus. Tapi jangan lama, cepat-cepat tepis dan kembali dalam track. Jika ingin luah, cari tempat yang betul dan tepat untuk disampaikan. Kalau penat dan nak berehat. Silakan. Sungguh tak salah. Charge tenaga, dan teruskan. Bila emosi stabil, InsyaAllah aura positif pun ada. Anak-anak happy, kita dan pasangan pun sama. Bila mak ayah happy, anak-anak pun lagi gembira. Kalau kita stres dan lepaskan pada anak dan pasangan pun kadang tidak beri jalan yang baik. Emosi mereka turut tercalar. Ingat, tarik brek. Laju-laju nak ke mana? Hehe...
Dah pkp 3.0 ni, sebagai cikgu plus ibu. Memang mencabar. Tapi tak macam awal pkp awal dulu, nak bagi tugasan nota latihan selagi tak lebih 2 m/s rasa tak puas pula, yeke budak buat? Cukup ke latihan ni? Faham ke nota pendek? Dan hasilnya memang ada yang masih bersih buku nota. Haha. Jadi pkp 3.0 ni berpada-pada. Cikgu pun dah selidik latar belakang anak-anak murid. Masing-masing ada kisah. Jadi cikgu mudahkan selagi dapat permudahkan urusan anak-anak murid. Janji ilmu kita sampaikan. Tanggungjawab dijalankan. Bukan bagi lambakan tugasan yang macam subjek kita sahaja pelajar hadapkan. Dan ramai bersetuju, tidakkan sama belajar bersemuka dan pdpr. Jangan bebankan dan kita cuba seimbangkan yang termampu.
Tak dapat isi link kehadiran kita bantu isikan. Berkongsi peranti dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain, ibu bapa maklumkan pada guru anak tak dapat hadir (tak sihat) atau lewat. Ibu ayah isikan kehadiran dahulu, tugasan di catat. Tidak mengapa. Cikgu terima, tolak ansur, lapang dada dan bersama saling memahami keadaan. Kehadiran juga senang nak dikira. Cikgu sendiri, maklum kepada cikgu anak, anak lewat hantar tugasan sebab mama bekerja. Alhamdulillah, cikgu anak pun faham. Yang kadang jadi kebimbangan bila ada pelajar yang langsung tak respon. Dari awal pdpr sampai nak masuk minggu ke lima tiada maklum balas. Kita cikgu, risau juga, kenapa, ada masalah apa, bukan nak menyibuk tapi memang itulah perasaan dan jiwa bila jadi cikgu. InsyaAllah boleh bantu yang termampu. Tak dapat talian kita sedia luar talian dengan modul. Pilih.
Dan sedih bila tanya kenapa tak masuk pdpr? Sori saya main hp, main game. Cikgu,saya dah bagi hp pada anak dan hari-hari ingatkan suruh masuk kelas. Hurmm... Hati manusiakan? Allah pegang...cikgu dah (d.u.i.t). Bahagian masing-masing. Dah usah runsing. Berbahagialah anak yang amanah kepada kedua ibu bapanya. Dan berbahagialah ibu ayah yang telah membantu anak-anaknya. InsyaAllah moga Allah permudahkan apa jua keadaan.
Wah. Panjang pulak dah. Jadi senang je nak buat karangan respon terbukakan? Hahaha..
*Karangan Respon Terbuka dalam BM Kertas 2, Bahagian B. 30 markah. Panjang karangan lebih daripada 180 patah perkataan. Kalau bagi dua helai kertas pun tak cukup ni, tapi macam mana anak-anak boleh tulis sehelai dan bahagian depan je? Huhu....belum mahir cikguma mengajar karangan rupanya. Huhu.
.
Apapun...
Moga kita sentiasa menghargai untuk dihargai.
Moga kita permudahkan urusan orang lain dan dengan izin Allah urusan kita jua dipermudahkan.. Dan kita sendiri tidak mampu permudahkan apa jua urusan tanpa bantuan daripadaNya.
.
Moga Allah tidak biarkan kita mengurusi nasib kita sendiri. Allah pandanglah kami. Dan kami faham dengan segala ujian yang Kau berikan ini untuk mengangkat darjat dan mendekatkan lagi kami denganMu Ya Rabbi. Kuatkan hati kami untuk melaluinya dengan hati yang sentiasa mengingatimu.
.
Dalam apa jua keadaan....jika..
Ada pasangan, moga kita jadi pasangan yang baik.
Ada kawan, moga kita jadi kawan yang baik.
Ada jiran, moga kita jadi jiran yang baik.
Ada anak, moga kita jadi ibu bapa yang baik.
Ada ibu ayah, moga kita jadi anak yang baik.
Ada anak murid, moga kita jadi cikgu yang baik.
InsyaAllah. Semua kerana Allah.
Peace.✌️
#mayAllahblessus
#syukurselalu
#cubasehabisbaik
#leadertoself
#learningparenting
#muhasabahdiri
#nevergiveup
#Allahisalwayswithus
#cikgumaslowandsteady
#coretanuntukmemori
#terimakasihabidananakanak
0 comments:
Post a Comment