Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...Moge dalam lindungan Rahmat Allah.

Dah seminggu lebam masih membiru..pelik jugak, kenape xbaik-baik. Rasenye hentakan tu tidak berapa kuat, sakit masih boleh ditahan. Lepas pade tu, bimbang hentakan terkena urat yg menyebabkan lebam masih belum surut..cuba sapu minyak gamat dan urut-urut sikit. Alhamdulillah, dua hari lepas tu bengkak pun dah tak de, lebam pun dah makin surut. Sakit pun dah beransur pulih. Alhamdulillah.

" ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...." [Surah Ar-Ra'd: 11]

Lebam sembuh mungkin disebabkan ubat yang disapu..makna, usaha untuk menyembuhkan kesakitan. [Hakikatnya itu hanya perantaraan, yang menyembuhkan itu atas kehendak Allah.] 

Selalunya, kita hanye mengharapkan keajaiban daripada Tuhan, tanpa perlu berpenat-lelah. Kite hanya menanti datangnya penyembuh tanpa ingin mencari penawar. Kita hanya berdoa tanpa bersungguh berusaha memperoleh apa jua keinginan. Kita tidak berhenti berharap, Tetapi Allah inginkan kita berusaha..supaya kita menghargai apa yang dikirimkan percuma. Ya, kita perlu bergantung harap kepada-Nya tapi bukan bermakna kita tidak perlu lakukan apa-apa. 

Em...aku hamba yang malas.
Habuk masuk mata.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka pasti azab-Ku sangat berat." [Surah Ibrahim: 7]

Nikmat sihat mahupun sakit, kedua-duanya adalah tarbiyah dari Tuhan kepada kita. Berusaha untuk sihat, atau hanya menunggu untuk sihat. Kita boleh mencipta takdir jika berusaha dan meminta pertolongan dari-Nya. Allah tidak akan pernah menyia-yiakan permintaan hambanya yang beriman. 

Walaupun kita mungkin banyak terdedah dengan penyakit atau kecederaan luaran @ fizikal. Kesakitan dalaman, yakni hati juga akan kian parah jika tidak diubati. Ini, lagi lebam yang parah. Untuk mengubah keadaan diri untuk jadi lebih baik atau lebih sihat..berusaha untuk mengubahnya, untuk mengubatinya bukan hanya menanti, berdoa dan berhenti begitu sahaja. Usaha, kita berdoa dan tawaQal akhirnya. 

Langkahnya, kita tidak hanya perlu menunggu...bertindak dan usaha sedaya-upaya! dan TawaQal dengan sebenar-benar TaQwa. 

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [Surah At-Taubah: 41]

Redha tidak perlu ditunggu, redha perlu dicari dan diburu. 
Jika sakit, belajarlah untuk mengubati..
Berusaha mencari penawar.
Bukan hanya menunggu saja.
Moga tidak 'sakit' lagi.

Astaghfirullahala'zim...

0 comments:


"Always Be There"