Angin,
Timur, Barat, Utara, Selatan.
Berubah mengikut Kuasa Pencipta-Nya.
Mendamaikan dan boleh Menghampakan.
Semuanya, ada hikmah.

Allahuakhbar.

Mudahnya perasaan ini berubah.
Mudahnya gembira jadi resah.
Mudahnya suka jadi duka.
Benarlah, setiap hamba itu tidak dibiarkan
dengan mudah dan tidak dibiarkan tanpa diuji.
Benarlah, Allah mengasihi hambanya yang
sentiasa kembali kepada-Nya,
dalam resah atau gembira.
Hanya kita yang sering lupa.

Allahuakhbar.
Allahuakhbar.
Allahuakhbar.

Jangan Kau bolak-balikan hati ini setelah Kau berikan hidayah.
Tetapkan aku dijalan yang Kau Redha.
Berikan jalan disetiap pencarian.
Permudahkan segala urusan.
Moganya ia sama seperti perancanganMu terhadap
hamba hina ini.





And the men and women who remember Allah frequently, Allah has prepared for them forgiveness and great reward." Al-Ahzab 33:35

T_T"



Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt..
Allahmdulillah, atas nikmat Allah...Ramadhan Kareem buat semue...

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Selalu kita mengharapkan macam tu. Moge kite bertambah usaha untuk meningkatkan amalan-amalan yang baik di bulan mulia. Bertambah semangat untuk mendidik diri menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Peluang bertemu ramadhan hanya sekali dalam setahun, belum tentu akan bertemu pade tahun berikutnye. 

Bila tiba bulan ramadhan, pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup. Dan tak mustahil kite dah fasih mengenai kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan ramadhan, kesilapan-kesilapan yang kerap kali dilakukan. cume kite cakna ataupun tidak. Moga Allah berikan keberkatan kepada kite dan dipilih menjadi hamba yang bertuah untuk mendapat kerahmatan sepanjang masa. Aamin.

Jadual pada hari khamis sepanjang puasa ini kelas secara marathon. Bermula awal pagi 7.30, dua masa di tingkat 4, sambung pula 10.30 dua masa di tingkat 3 terus sambung di tingkat 2 dan last di tingkat 4 kembali. Tadi bile masuk di kelas yg terakhir, mulut saye dah malas nak mengeluarkan suara..dan hanya menulis arahan di papan hitam. Pelajar tetap mengasak2 supaye saye bercakap. Saya hanye mampu untuk menghadiahkan senyuman, namun mereka tetap juge tidak senang duduk selagi cikgunye tidak mengeluarkan suara..akhirnya saye bercakap juga. Alhamdulillah tak letih sebenarnye cume malas...boleh ke macam tu? huhu..suara sangat penting dalam pdp. 

Puasa kali ini, cuaca mendung...sejuk..moge hati juga sesejuk itu. Latih untuk jadi lebih sabar dan tidak marah. Cume kadang-kadang saye keliru bile jadi seorang guru. Kalau tak garang katenye budak tak takut, pijak kepale, tak hormat dan sebagainye. Ya, kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah. Tapi tidak semestinye perlu jadi garang utk semue tu. Em..tak pela..moge cikgu selesa untuk menjadi diri sendiri. Moga cikgu ada semangat untuk memperbaiki diri jadi insan yang diredhai, jadi insan yang bermanfaat untuk semua.

Minggu pertama ramadhan dah berlalu, sangat cepat...moge masa waktu ramadhan ni bergerak lambat. Selamat Berbuka.





Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...Moge dalam lindungan Rahmat Allah.

Dah seminggu lebam masih membiru..pelik jugak, kenape xbaik-baik. Rasenye hentakan tu tidak berapa kuat, sakit masih boleh ditahan. Lepas pade tu, bimbang hentakan terkena urat yg menyebabkan lebam masih belum surut..cuba sapu minyak gamat dan urut-urut sikit. Alhamdulillah, dua hari lepas tu bengkak pun dah tak de, lebam pun dah makin surut. Sakit pun dah beransur pulih. Alhamdulillah.

" ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...." [Surah Ar-Ra'd: 11]

Lebam sembuh mungkin disebabkan ubat yang disapu..makna, usaha untuk menyembuhkan kesakitan. [Hakikatnya itu hanya perantaraan, yang menyembuhkan itu atas kehendak Allah.] 

Selalunya, kita hanye mengharapkan keajaiban daripada Tuhan, tanpa perlu berpenat-lelah. Kite hanya menanti datangnya penyembuh tanpa ingin mencari penawar. Kita hanya berdoa tanpa bersungguh berusaha memperoleh apa jua keinginan. Kita tidak berhenti berharap, Tetapi Allah inginkan kita berusaha..supaya kita menghargai apa yang dikirimkan percuma. Ya, kita perlu bergantung harap kepada-Nya tapi bukan bermakna kita tidak perlu lakukan apa-apa. 

Em...aku hamba yang malas.
Habuk masuk mata.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka pasti azab-Ku sangat berat." [Surah Ibrahim: 7]

Nikmat sihat mahupun sakit, kedua-duanya adalah tarbiyah dari Tuhan kepada kita. Berusaha untuk sihat, atau hanya menunggu untuk sihat. Kita boleh mencipta takdir jika berusaha dan meminta pertolongan dari-Nya. Allah tidak akan pernah menyia-yiakan permintaan hambanya yang beriman. 

Walaupun kita mungkin banyak terdedah dengan penyakit atau kecederaan luaran @ fizikal. Kesakitan dalaman, yakni hati juga akan kian parah jika tidak diubati. Ini, lagi lebam yang parah. Untuk mengubah keadaan diri untuk jadi lebih baik atau lebih sihat..berusaha untuk mengubahnya, untuk mengubatinya bukan hanya menanti, berdoa dan berhenti begitu sahaja. Usaha, kita berdoa dan tawaQal akhirnya. 

Langkahnya, kita tidak hanya perlu menunggu...bertindak dan usaha sedaya-upaya! dan TawaQal dengan sebenar-benar TaQwa. 

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [Surah At-Taubah: 41]

Redha tidak perlu ditunggu, redha perlu dicari dan diburu. 
Jika sakit, belajarlah untuk mengubati..
Berusaha mencari penawar.
Bukan hanya menunggu saja.
Moga tidak 'sakit' lagi.

Astaghfirullahala'zim...

"Always Be There"