Assalamualaikum...
Alhamdulillah... [^_^]

5 Mei 2013, Tarikh PRU ke 13 kali pertame saye mengundi. Inilah masa dan peluang utk saye jalankan tanggungjawab dan melaksanakan hak sebagai rakyat Malaysia. Memilih pemimpin yg akan memerintah negara. Jadi kriteria apa yg telah saye tetapkan untuk menjadi pemimpin?. Adakah sekadar memilih sebelah mata. Mugkin tidak.

Kite ade sejarah yg perlu dipelajari. Kita ade teladan yg perlu dicontohi. Kita ada coretan peristiwa negara untuk kite meneliti. Bukan sahaja dengan mata tetapi dengan hati dan akal. Semua dah besar..carilah sebanyak mungkin maklumat.

Nak kata saya bijak sejarah, bukan,nak kata saya bijak agama dan politik pun bukan. Nak kata saya banyak ilmu pun tidak. Ya..kita ada hak utk memilih, siapa saja yg layak. Parti ungu atau pink..nilailah dengan imbangan yg bijak, bukan hanya ikut - ikutan. Ya, saya pelajar Pengajian Malaysia dan kini guru mata pelajaran Pengajian Am. Bukan nak kata dah bijak semua perkara dalam negara. Cuma dengan akal milik Allah ini kite dapat nilai atau teliti apa yg ada dan apa yg tersedia. Kita kaji dasar, kite kaji ekonomi, study politik, semak dasar sosial, kite nilai sejarah itu dan ini walaupun hampir muntah dengan tebalnye buku - buku yg dicetak. Tapi kite kaji dengan "Tahu" dan "Celik".  Nak buat assignment  pun kene banyak bibliografi, sumber..makna kata bukan tertumpu satu bahan saja..jadi nilailah dengan pelbagai bahan yg ada. Jangan terpengaruh dgn satu media sja.

Tak semua yg benar dapat diterangkan. Tak semua yg salah itu ditolak. Allah jadikan macam - macam keadaan semata nak menguji hambaNya. Sama ada benar mempercayai Allah memandangnya atau tidak. Takut atau tidakberbuatlah sebaiknya kerana yg baik atau sebaliknya akan menjanjikan balasannya nanti.


Dah lama memerintah bukan menjamin itulah pilihan yg tepat atau bermakna kite sejahtera. Firaun juga memerintah bertahun lama. Tapi akhirnya bagaimana?. Saya bukan nak kata saya pro mana - mana, itukan fikiran masing-masing.

Kalau kerajaan kita yg lama benar-benar jalankan apa yg dicatatkan dalam buku yg saya baca bermuka-muka surat tidaklah mata saya ini terbuka utk mencari kerajaan yg lain. Menaburkan habuan "duit" kepada rakyat itu sangat tidak bijak. Seolah-olah kita menjasikan rakyat sebagai hamba dunia semata-mata. Bukankah kekayaan itu ujian dunia?.

Nak kata banyak pun malas..(eh..bukan cakap tpi tulis..) em..undi dengan bijak. Kalau tak yakin buat solat hajat atau istiqarah. Solat hajat n istiqarah bukan utk berhajat nk dpt jodoh yg baik jek nak dapat 9A 12A je tapi kite sama - sama hajatkan pemerintahan yg lebih baik yg menunjukkan kite ini negara Islam Agama Islam sebagai agama rasmi. Pilih calon yg terbaik dikalangan yg baik. Pilihan kite itu hak kite tapi hak kite akan dipersoalkan kelak.

Wallahua 'lam..

"cikgu, dlm buku ni tulis nak bebas media. Tapi macam berat sebelah je..Satu pihak je yg cakap itu ini.."

"depa lupa nak tunaikan janji tu" :D

PEACE! Selamat Mengundi.


1 comments:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

ops..lupa..walau siapa pun pilihan kita jaga lidah jangan marah atau sakiti orang lain. Manusia berbeza. Fikiran pun berbeza..tapi Allah berikan kita contoh yg sama..iaitu akhlak Rasulullah saw..ikuti akhlak Rasulullah saw moga semuanya dalam lindungan dan Rahmat Allah Yang Maha Esa. Aamin Ya Robb..


"Always Be There"