Dalam suatu peperangan, seorang daripada kaum musyrikin melihat kaum Muslimin sedang berehat, lalu dia mengambil kesempatan mendekati Rasulullah s.a.w dan berdiri di kepalanya. Di tangannya sebilah pedang, lalu berkata kepada Baginda, “siapakah yang dapat mempertahankan engkau daripada pedangku ini?”

Rasulullah s.a.w segera menjawab. ”ALLAH”. Mendengar perkataan itu, tangan orang musyrik itu gementar dan pedangnya terjatuh. Maka Rasulullah s.a.w pun mengambilnya dan berkata kepadanya, ”Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?”. orang musyrik itu menjawab dangan sukar, ”Ambillah nyawaku dengan cara yang baik”.

Baginda berkata kepadanya, ”Katakanlah : ’Asyhadu alla ilaha ilallah wa anni Rasulullah (Aku menyaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah). Kata lelaki itu, ”Tidak. Aku tidak akan mengucapkannya, akan tetapi aku berjanji tidak akan memeranginya lagi, dan tidak akan membantu orang-orang yang memerangimu itu.”

Maka Baginda pun melepaskan orang itu. Lalu dia pergi kepada kaumnya dan berkata : ”Wahai kaumku! Aku telah datang dari seorang yang amat baik sekali di antara manusia sekalian (maksudnya Nabi Muhammad s.a.w).

Dalam peristiwa-peristiwa lain, banyak kali para sahabat meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk membunuh orang-orang yang membuat jahat terhadap baginda. Mereka berkata, ”Izinkanlah kamu menetak kepalanya wahai Rasulullah!”. Tetapi Baginda tidak bersetuju, malah melarang.


"Seringkali terfikir,bagaimana Mulia dan Bersihnya hati Nabi kite ..
tetap senyum bile dibenci,
tetap tenang bile dimusuhi,
tetap membantu walau di sakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi...

Tapi kenape?..kite mudah membenci bile dikasari,
mudah putus asa bile yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bile orang lain tak memahami,
mudah terguris bile kite dinasihati...
mungkin kerana Lemahnya IMAN dihati..."

Salam...illa'liqa,

ma'assalamah,peace:)

0 comments:


"Always Be There"