Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memlih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah : atau seperti asas bengunan. Tanpa asas , dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan sebagai tempat berteduh, dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata dalam syairnya :


"Landasan yang tersembunyi,

tidak terlihat mata kerana merendah,

Bangunan yang menjulang tinggi,

Di atasnya dibangun megah."


Mu'adz bin Jabal pernah berkata, "Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan , bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."
p/s : Adakah kite lebih gemarkan kemasyhuran daripada apa yang sepatutnya kite lakukan?..adakah kite akan terjejas sekiranya apa yang kite kerjakan tidak mendapat pujian yang setimpal dengan apa yang kite korbankan?...Adakah kite lebih puas mendapat pujian daripada apa yang kite lakukan mendapat manfaatnya kepada orang lain?...Yang mana kite pilih samaada memenuhi keperluan atau memuaskan kehendak?...Terpulang kepada kite untuk memlih, jika dengan Niat keranaNya insyaAllah kite xkan ragu dengan petunjukNya=)
Picture Comments Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Salam.....illa'liqa,
may Allah Bless us=)

4 comments:

nurimo said...

Salam empunya blog,

Satu info yang baik yang akam memberi mafaat jika dihayati

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

w'slm nurimo..insyaAllah mnfaat dikongsi bersame,em..cume huraiannye krg..blh bri p'dpt?..pe2 pn time ksh sdi singgh=)

maskoi said...

Semuga anda di Rahmati Allah,teruskan berkarya ,selamat maju jaya.

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam maskoi,i'Allah..time kasih ats doa anda.. moge Allah memberkati kite semue...time ksh juge sudi singgh,trskn perjuangan anda..may Allah bless u=)


"Always Be There"