Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Assalamualaikum wbt.

Jom buat check list. 😊
Alhamdulillah, cinta hati cikguma belikan buku nota dan alatan tulis untuk di rumah. Maklum, awal cuti memang tak teringat nak bawa balik alatan tulis dan buku. Semua di sekolah. Jadi buku baru cikguma rasmi untuk check list Ramadan. πŸ₯°

Ada macam-macam check list yang boleh kita buat. Bergantung kepada aktiviti masing-masing.
Tujuannya supaya kita dapat didik diri kita untuk jadi lebih disiplin dan melatih diri. Nanti kita boleh semak dan perbaiki mana kurang kita tambah bagi tangki penuh 😊 mudah-mudahan..kita usaha. Redha dan rahmatilah kami Ya Allah.

Dalam check list Ramadan cikguma masukkan :

1. Sahur
2. Tarawih.
3. Mengaji Al Quran
4. Tahajud/ Qiamullai
5. Sedekah
6. Solat Dhuha/ Solat Sunat
7. Kuliah
8. Zikir
9. Masak
10. Satu hari satu ayat (untuk dikongsikan di fb dan ig)


Cikguma masukkan juga jadual kuliah (fb) pilihan mengikut masa yang berkelapangan dan Jadual waktu sekolah sempena PKP

InsyaAllah moga lebih banyak masa yang terisi. Kalau anda buat juga, meh la share dengan cikguma πŸ˜‰

Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Aaminn..









Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah semakin menghampiri ke dalam Bulan yang penuh barakah dan Mulia. Bulan diturunkan Al Quran. Bulan yang terbaik di antara bulan-bulan yang ada. Ahlan ya Ramadan. ❤

Teruja dan rasa tak percaya. Menanti kedatangan bulan penuh rahmat. Bulan yang di malamnya penuh pengampunan. Lailatul Qada' yang penuh sunyi dan nyaman. Allahuakhbar.

Dalam kita semua diuji dengan wabak virus Covid 19 ini, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita bermuhasabah sedalam-dalamnya, berkhulwah denganNya untuk mendapatkan pengampunan dan keredhaan. Moga kita mengambil peluang terbesar ini untuk sebenar-benar bertkwa kepadaNya.

Mengambil kesempatan ini cikguma ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak. Sama-sama perbaiki diri dan menambah amalan supaya dikembalikan kepadaNya dalam keadaan diredhai olehNya aamin..

Jom :

* Coundown Ramadan 😍😍
* Hiasi rumah atau ruangan untuk persediaan menyambut Ramadan.
* Persediaan alatan ibadah - telekung bersih wangi, al Quran, buku catatan dan sebagainya.
* Ulangkaji hukum hakam dalam bulan Ramadan.
* Jadual tugas ahli keluarga pada bulan Ramadan - kejut sahur, masak sahur dan berbuka, kuliah, tazkirah, jadual imam tarawih, tadarus dan sebagainya.
* Taubah Nasuha
* Persediaan fizikal dan mental. Memperbaiki diri luaran dan dalaman.
* Tetapkan niat, target dan sasaran yang ingin dicapai dalam Bulan Ramadan kali ini.
* Rancang dan buat jadual amalan harian sepanjang Ramadan.
* Baca sekurang-kurangnya 2 helai muka surat Al Quran setiap kali selepas solat. Target khatam dalam bulan Ramadan.
* Niat untuk buat perkara sunat - solat sunat, bantu ahli keluarga ,bangun malam dan sebagainya.
* Target untuk bangun malam dan kejar keberkatan.
* Memperbanyakkan amalan - berzikir, berdoa, menambahkan ketaatan, bersedekah.


dan banyak lagi yang tuan puan nak buat....😊πŸ₯°πŸ˜‰


Ya Allah sampaikanlah Ramadan kepadaku, sampaikan aku kepada Ramadan dan ambillah Ramadan dalam keadaan Kau menerima segala amalanku..aamin..

Dikesempatan ini,saye ingin mengucapkan selamat hari Raye Aidilfitri maaf zahir batin klu de salah silap selame mengenali kalian..may Allah Bless us..and be hepi always

Berpuasa sepanjang bulan Ramadhan adalah kewajipan wanita yang akan memudahkannya masuk dari mana2 arah pintu Syurga yang disukainya . Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh lelaki. Ini menunjukkan Allah meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mereka menunaikan perintah Allah dan menjaga diri dari segala yang diharamkan ke atas mereka.
p/s : Sabar dalam menempuhi ujian yang diberikan..
Jangan tinggal pose,t xleh raye...(ye ke?)
Moge dapat bertemu malam lailatulqadar...Amin.
Salam....
peace:)

em...pejam celik pejam celik dh masuk Ramadhan. Mungkin bahangnya kurang cek rasei di sini.

Selalu klu kat umah cek tak pernah lepaskan peluang tengok pergumuman kat Tv1 ke / Tv3..kat sni xsempat nak tengok.Ni dh kali kedue cek berpose kat tempat stdy (Upsi)..em...bestnye klu sahur kat umah,mesti Ma (mak cek) duk kalut kejutkan kami adik beradik dalam kul 5am..."bangun2, meh makan ni..xnak makan nasi pun minum air n makan kurma..sunat tau sahur ni"..lebih kurang lagu 2 la Ma cek cakap time nak kejut....huhuu...rindu kat Ma...paling liat adik bongsu cek (Aina)...em...susah betul die nak bukak mate...(p cek pun g2 gak ,kdg22..hi2).


So klu sok pose,malam ni dah mule Solat Terawih kan?.em...selalu orang kate,.."xpe x g pun..sunat je..."....Ramadhan datang setahun sekali je,nak dapat berkat dan nikmat setahun sekali dalam Bulan ni bukan senang...jadi gunekan peluang yang ade...mane tahu tahun depan kite dah tak berkesempatan nak jumpe Ramadahan dah?...jadi..mage kite insan yang mendapat keberkatan dalam mengharungi Bulan Yang Mulia ini dan jauhi daripada larangannya...



Salam,ill'liqa..

Peace:)
yea..yea...nanti nak pose,(sok dah pose),huhu...sukenye die nak pose

Alhamdulillah kite masih sempat bertemu dengan Bulan Yang Mulia yang sentiase dinanti2 kan oleh kite semue. Sebab ape? dalam Bulan Mulia ni kite dapat banyak manfaat sama ade dapat meningkatkan ibadah kite, hubungan kite dengan Allah, sihatkan tubuh badan dan macam2 lagi nikmat yang kite perolehi. Jadi gune sebaiknye Ramadhan kali ini, seumpama kite tidak akan bertemu lagi dengannye. Banyak Berkat dalam Bulan Ramadhan ni. Andai kate saye menghembuskan nafas dalam bulan Ramadhan ni sekurang2nye saye masih sempat bertemu dan menikmati Ramadhan. Rugi jika kite lepaskan peluang untuk menikmati erti Ramadan yang sebenar. Waktu inilah dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka. Di mane awalnye Rahmat, Pertengahannya Magfirah dan Penghujungnya Pembebasan dari Api Neraka. Banyakkan berdamping dengan Quran, mendengar alunan Suci dan semoge perkare yang kite lakukan mendapat Keredhaan dariNya.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu KEBERKATAN...
TAN.

"Always Be There"