Salam,moge kite semue dalam RahmatNya selalu…

Emm…kenape xleh ade 2 cinta? Saye cinte pade die dan juga cinte pade Allah,ape salahnye klu bercinte sesame insan??...

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampannya dan sebagainya dan lelaki cinta pada wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan sesiapa yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas Rahmat dan kasihan belas daripada Allah kepada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita palbagai nikmat seperti sihat tubuh badan, gembira, dan macam-macam lagi kenikmatan. Samaada masa kita ingat padaNya ataupun masa kita lalai, tetap diberiNya nikmat-nikmat itu. Begitulah kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
”Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan pelbagai lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman dan damai lagi bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa pada yang memberi. Sedangkan, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu, orang yang betul kenal dan malu pada Allah, malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah semata-mata dan sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga terlalu mendalam cinta kepada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, ”Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu, tapi kerana ZatMu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuanMu”.


Itulah rintihan hati seorang wali Allah, Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Ada orang mengatakan, : ”Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. ” Ertinya, cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat .

Jika kite lihat fenomena yang berlaku, cinta, kasih sayang, dan kegembiran pasangan yang berkasihan sebelum dan selepas...ada yang sanggup bermatian dan berbunuh-bunuhan jika berpisah..cemburu, dendam, sakit hati apabila hasrat tidak ditepati. Sebab apa?..Redha, tidak ada rasa untuk meredhai ape yang telah berlaku. Semasa berkasihan, pelbagai kemungkaran dan larangan yang mungkin terjadi tanpa kite sedari...rindu, mendambakan kasih setiap masa, keluar dan sebagainya. Adakah masih ada lagi kesucian dalam perhubungan cinta. Masihkah ada lagi yang mendambakan Cinta yang diRedhai olehNya?...Masih adekah lagi yang sanggup bermatian kerana Cintanya tidak dibalas oleh Tuhannya?...Adekah aku tidak malu bile berhadapan denganNya, jika cinta aku bukan untukNya yang hakiki?...Rasenye kite boleh menilai tahap mana dan pade siape cinta dalam hati ini ditujukan..Fikir, menilai dan renungkan...
Jadi seorang yang bijak dan malu kepadaNya akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah. Pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain disamping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita kepada Allah SWT yang patut kita letakkan yang akan menghantarkan kita ke dalam Syurga...InsyaAllah,Amin.

p/s : Apabila Kasih Sayang itu lahir daripada IMAN, ia akan kekal.
Apabila Kasih Sayang itu kerana KEDUNIAAN, ia tidak akan kekal.
Boleh jadi ia disudahi dengan Permusuhan.

Coretan Untuk Diriku yang lemah.






Salam,ill'liqa...
may Allah Bless us=)
peace.

0 comments:


"Always Be There"