Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts




Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk Ramadan ke 4 hari ini.
Apa khabar iman kita? Astaghfirullah, MasyaAllah...

Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang melanda.
Covid 19. Corona Virus.
Allah hantar tenteranya sebagai ujian semua mahkluk di muka bumi.
Ya, semua terkesan kecuali manusia yang masih sombong dan tidak peduli.
Jauhkan daripada menjadi golongan ini. Nauzubillahiminzalik...

Walaupun banyak aktiviti harian biasa, kita tidak dapat lakukan seperti bersalaman, berjumpa rakan-rakan, tidak boleh berjemaah di surau atau masjid, berkumpul, ziarah ibu bapa, menjual di pasar, tidak boleh ke sekolah atau kerja dan sebagainya. Perlu duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Allah berikan nikmat terbesar yakni - Hiasi "masjid" iaitu rumah. Kenapa rumah? Setiap pasangan yang bernikah, kita diibaratkan dan mengumpamakan ia untuk mendidikan masjid. Kan? 😊

Alhamdulillah. Masjid yang kita inginkan sebelum ini, Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah berikan peluang untuk kita perbaiki hubungan ahli keluarga. Allah beri peluang untuk kita perbaiki compang-camping, senget-benget, lompong-lompong urusan dalam "masjid" kita. Dalam kesibukan sebelum PKP ini. Masing-masing kurang ada masa, saling terkejar-kejar urusan dunia dan tidak dapat menyediakan masa bersama suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Subhanallah...kini kita banyak masa bersama keluarga tersayang.

Jika sebelum ini kita terlupa atau terlepas pandang untuk berjemaah, bertanya khabar pasangan dan anak-anak, terlepas pandang untuk curahkan kasih sayang, lupa untuk peluk sayang, kita mungkin jarang dan tidak sempat  untuk menyediakan hidangan, terlepas pandang untuk bertanyakan urusan anak-anak di sekolah, solat mengaji anak-anak dan sebagainya. Jadi masa ini, hikmah PKP yang semakin dilanjutkan...Allah bagi peluang sebesar-besarnya untuk kita duduk di rumah, menikmati masa dengan orang yang paling kita sayang dunia akhirat. Alhamdulillah, seronokkan. Ibu ayah yang jauh, kita lepaskan rindu dengan telefon , bervideo call dan sebagainya untuk bertanya khabar tanya resipi ke..hehe... Mungkin kita jarang-jarang juga dapat call mak ayah sebelum ni. Rindu masakan mak di kampung, raut wajah mak ayah. Semua ada...tunjukkan sayang ketika ini, jangan simpan!

Ambil masa dan peluang untuk kita bina 'masjid'  dengan mengimarahkan rumah kita seperti suasana masjid. Belajar, saling menghormati, saling menyantuni, saling mengingati, saling berjemaah dalam semua urusan, saling mengaji, saling bertadarus, saling bertadabbur, saling bekerjasama, saling bertolak-ansur, saling menjaga antara satu sama lain, saling berkasih sayang hanya kerana Allah SWT. MasyaAllah, hebatkan Allah, bagi rasa ini. 🥰 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Asbab kita semakin mengenali dan mendekati Allah. Suami makin memahami urusan isteri di rumah, isteri saling membimbing suami, suami membimbing dan mendidik isteri, ibu ayah saling mendidik anak-anak, perbetulkan salah silap supaya sama-sama rasa bahagia duduk dalam "masjid" yang kita bina. Aura selamat dan bahagia.  Ha...para suami pun dah pandai membeli barang dapur. (cikguma alhamdulillah, Allah beri suami mahir bab barang  di rumah 😁hehe). Bertambah nikmat, menjalani ibadah puasa sepenuhnya di rumah. Allahuakhbar! Hikmah besar, kita sebagai ibu bapa atau pasangan suami isteri dapat membangunkan amalan ibadah puasa bersama-sama dengan anak-anak tercinta. Sama-sama ulangkaji tentang ramadan, bersama melaksanakan ia kerana Allah. Suami lebih kerap berjemaah sama-sama, dapat meneliti bacaan Quran isteri dan anak-anak. Beriadah dalam kawasan rumah, tanam pokok sayuran kecil-kecil dan sebagainya. MasyaAllah, banyak sangat perkara boleh buat, macam-macam. Sama-sama beribadah untuk Allah, kerana Allah. 

Selain itu, kita ada banyak masa untuk belajar, dan alhamdulillah hikmah PKP ini juga cikguma dapat jumpa 'Bulatan Gembira' yang dicari-cari selama ini. MasyaAllah Tabarakallah. Ada banyak kuliah-kuliah, tazkirah, group belajar Quran di fb dan ig umpama bulatan gembira (usrah) yang setelah lama dinantikan. 😍 Ya Allah bahagia! Jom rebut peluang. Susun atur jadual kita supaya masa kita dimanfaatkan dengan baik. Hidup sentiasa memerlukan nasihat daripada sesiapa pun. Menasihati diri sendiri amatlah sukar, banyak cabaran dan kita tidak hidup keseorangan. Namun  juga, janganlah berputus asa dan sentiasalah berusaha menasihati diri untuk melihat apa yang di depan mata kita dengan kebaikan. 

Semuanya nikmat Allah 💖

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar- Rahmaan]

Semuanya bermanfaat selagi kita tidak sia-siakan waktu dan ruang masa ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Atau kita semakin lalai dan jauh daripada Allah. Sedikit masa dengan Allah dan menyibukan diri dengan urusan dunia yang tidak putus-putus. Melayani media sosial tidak henti, membaca dan menulis yang tidak memberi manfaat. Menyebarkan berita-berita yang boleh menjadi penyambung dosa mengumpat dan fitnah. Melewat-lewatkan solat. Tidak berzikir dan belajar Quran. Alangkah ruginya kita. 😥 Nauzubillah...jauhkanlah daripada semua yang lagha ini. 😌 Adakah kita  akan mengaku yang kita melakukan perkara lagha? Allahuakhbar. Semoga Allah tidak memadamkan cahaya iman kita untuk melihat kebaikan dan hidayah Allah SWT. 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)":(Al-Kahfi 18:1)

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik." (Al-Kahfi 18:2)



Sungguh sabahat-sahabat sekalian, kehidupan dunia ini hanya sementara. Ia didatangkan dengan penuh tipu daya yang mempesonakan. Beruntunglah bagi orang-orang yang dikurniakan hidayah dan memeliharanya. Moga itulah kita. Manusia sering tertipu dengan dua keadaan, ketika sihat dan waktu lapang. Marilah bersama-sama menjadikan masjid kita penuh barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah..

Waallahualam. Sehingga berjumpa lagi. 




Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah walaupun keadaan tidak berada seperti biasa.  Tidak seperti biasa? huhu...tak de la...nikmat sihat ditarik sementara. Sakit tekak + batuk + selsema = demam. Rakan sebilik saye, selepas balik dari umrah cuti baru ni, masih batuk..dan kemungkinan berjangkit katenye..

Tapi bagi saye berjangkit atau tidak tu hanye Allah yg tahu. Kite bukan tahu pun bile kite akan sakit, bile kite sihat atau bile kite mati. Semua dalam pengetahuaNya. Dah sakit-sakit ni..semuenye Allah aturkan..nak hapuskan dosa-dosa kecil mungkin..supaye kite gandakan kasih sayang dan sentiasa berhubungan dengan Dia mungkin. Sebab time sakit biasenye hati seorang hamba lebih dekat padaNya, sebab ape jugak... mungkin rase 'waktu' dah dekat...hee...Apepun insyaAllah ade hikmah. Bukan baru kali pertame demam, dalam setahun mungkin beberapa kali kite demam. Moga kesakitan yg dialami dapat hapuskan dari dosa dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.

Cuaca agak panas semenjak dua menjak ni..dan Alhamdulillah sekarang belah petang Allah turunkan hujan membasahi bumi. Faktor cuaca jugak boleh menyebabkan antibody kadang-kadang tak stabil ditambah dengan tabiat yang kurang minum air masak. Bile cuace agak panas mulela tekak ni nak minum aisss je..eheh. sekarang dah selesemee...


Tak dan seminggu bukak sekolah dah demam..faktor kerje yg banyak pun boleh menyebabkan badan tak sihat..n selalu penat..kan..hee..ok,.ngade je lebih..,dah nak kerjekan mane boleh merungut..Moga kije yg kite buat jadi ibadah,amin...

Ok..banyak mane faktor yg ada ape pun secare tersembunyinye semuanya Allah dah tentukan. Cume diri kita..sejauhmana kite bersangka baik dengan apa diberikan...dan sejauhmana diri kite sendiri ambil berat atas kesihatan diri sendiri. Badan kita juga ada hak ke atas kita. Nasib baik Allah tarik nikmat sihat je kalau Dia tarik nikmat Nyawa...huhu..MasyaAllah moga- moga sempat Taubat!

Kadang-kadang bile tak sihat ni...mudah je nak terase..(tak demam pun same..erk) dapat jadual baru semalam dan tengok tengok jadual isnin 8 masa berderet...huuuu...sampainyee hati cikgu jadual tu...rasenye tak pernah lagi org dapat jadual macam tu kat situ..

Allah, Kau lebih mengetahui..Jika ia baik, berikan kekuatan dan kebaikan untuk sentiasa bersangka baik dan  tabah mengharungi pancaroba yang Kau berikan. Hindari dari keburukan yang datang dari bawah atas kiri dan kanan. Jauhi daripada kezaliman...aminn...hukhuk....

Manusia tidak dapat berikan kekuatan melainkan Doa kita kepada Allah SWT.... =)
Moga cepat sembuh!, Aammin....

p/s : moga, bukan time tak sihat sahaja cari Dia~ ^_^



DOA


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala kepujian sebagaimana sepatutnya bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang menyelamatkan kami dengannya dari segala huru-hara dan segala penyakit dan Engkau tunaikanlah bagi kami dengannya dari segala hajat,Engkau bersihkanlah kami dengannya dari segala kajahatan, Engkau angkatkan kami dengannya disisiMu setinggi-tinggi darjat, Engkau sampaikan kami denganya sejauh-jauh kesudahan dari segala kebaikan semasa kami hidup dan sesudah kami mati , dan juga ke atas keluarganya dan sahabatnya, dan selamatkanlah sebagai keselamatan yang banyak dengan RahmatMu wahai Pengasih dari segala Penyayang.

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah solat kami dengan sempurna dan ampunilah bagi kami segala dosa sekaliannya dan janganlah Engkau meyiksakan kami pada hari Qiyamat nanti, Sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah perbaikilah hubungan di antara kami dan jinakkanlah di antara hati-hati kami dan tunjukkilah kami jalan-jalan yang selamat dan lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhilah kami akan kekejian sama ada yang lahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah bagi kami segala pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, keturunan kami, sesungguhnya Engkau banyak menerima taubat lagi Penyayang.

Ya Allah. Sesungguhnya kami berlindung denganMu dari keluh kesah dan dukacita dan kami berlindung denganMu dari lemah dan malas dan kami berlindung denganMu dari sifat penakut dan bakhil dan kami berlindung denganMu dari tekanan hutang dan kekerasan sikap lelaki. Ya Allah sudahilah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau matikan ke atas kami dengan seburuk-buruk kematian. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka….”

Amin...





Wanita Ibarat Bunga
Cantik Indahnya Pada Pandangan
Mata Hanya Sementara
Yang Kekal Menjadi Pujaan Manusia
Hanya Wanita Yang Mulia Akhlaknya
Kerana Akhlak Itu Umpama Bunga Diri


Tiada Guna Juga Berwajah Cantik
Tetapi Hati Kosong Dari Ilmu
Ibarat Bunga
Ada Yang Cantik Bila Dipandang
Tetapi ...Busuk Baunya
Ada pula Yang Kurang Menarik
Dan Baunya Kurang Menyenangkan

Ada Juga Yang Tidak Menarik
Pada Pandangan Mata Kasar
Tetapi Bila Dihalusi Dengan Mata Hati
Ternyata Amat Tinggi Nilainya...





Tuhan
Bila Aku Melihat Laut
Bilakah Kan Reda Alunan Ombaknya
Lalu Jawab Laut
Tunggulah Nanti Bila Kering Airnya

Tuhan
Bila Aku Merasa Bayu
Bilakah Kan Terhenti Hembusannya
Lalu Jawab Bayu
Tunggulah Nanti Bila Ribut Taufan

Tuhan
Bilah Aku Melihat Purnama
Bilakah Kan Hilang Sinarnya
Nanti Jawab Purnama
Tunggulah Bila Mentari Tiba

Tuhan
Bila Aku Melihat Alam
Bilakah Kan Pupus Hidupannya
Lalu Jawab Alam
Tunggulah Nanti Bila Kemarau Panjang

Tuhan
Bila Aku Melihat Aku
Bilakah Kan Tiba Ajal
Mautnya?
Tunggulah Nanti
Bila Tiba Waktunya...
Dalam suatu peperangan, seorang daripada kaum musyrikin melihat kaum Muslimin sedang berehat, lalu dia mengambil kesempatan mendekati Rasulullah s.a.w dan berdiri di kepalanya. Di tangannya sebilah pedang, lalu berkata kepada Baginda, “siapakah yang dapat mempertahankan engkau daripada pedangku ini?”

Rasulullah s.a.w segera menjawab. ”ALLAH”. Mendengar perkataan itu, tangan orang musyrik itu gementar dan pedangnya terjatuh. Maka Rasulullah s.a.w pun mengambilnya dan berkata kepadanya, ”Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?”. orang musyrik itu menjawab dangan sukar, ”Ambillah nyawaku dengan cara yang baik”.

Baginda berkata kepadanya, ”Katakanlah : ’Asyhadu alla ilaha ilallah wa anni Rasulullah (Aku menyaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah). Kata lelaki itu, ”Tidak. Aku tidak akan mengucapkannya, akan tetapi aku berjanji tidak akan memeranginya lagi, dan tidak akan membantu orang-orang yang memerangimu itu.”

Maka Baginda pun melepaskan orang itu. Lalu dia pergi kepada kaumnya dan berkata : ”Wahai kaumku! Aku telah datang dari seorang yang amat baik sekali di antara manusia sekalian (maksudnya Nabi Muhammad s.a.w).

Dalam peristiwa-peristiwa lain, banyak kali para sahabat meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk membunuh orang-orang yang membuat jahat terhadap baginda. Mereka berkata, ”Izinkanlah kamu menetak kepalanya wahai Rasulullah!”. Tetapi Baginda tidak bersetuju, malah melarang.


"Seringkali terfikir,bagaimana Mulia dan Bersihnya hati Nabi kite ..
tetap senyum bile dibenci,
tetap tenang bile dimusuhi,
tetap membantu walau di sakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi...

Tapi kenape?..kite mudah membenci bile dikasari,
mudah putus asa bile yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bile orang lain tak memahami,
mudah terguris bile kite dinasihati...
mungkin kerana Lemahnya IMAN dihati..."

Salam...illa'liqa,

ma'assalamah,peace:)



Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?


Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul.

Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan.Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan.Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal Ramadan, jemaah penuh menunaikan solat Tarawih, tetapi pada pertengahan dan hujungnya, jumlah mereka tinggal separuh daripada kapisiti jemaah.Mengapa perkara itu boleh berlaku? Jika pada awal Ramadan, masjid penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Tarawih, sepatutnya di pertengahan dan hujungnya, keadaan adalah sama.Tetapi, sayangnya tidak begitu.


Kebanyakan masjid suram di hujung Ramadan. Ramai umat Islam sibuk membuat persiapan Aidilfitri, membuat kuih raya, bermain mercun atau berpusu-pusu ke pusat beli-belah.Justeru, di mana KPI berpuasa mereka sepanjang Ramadan ini? Perunding Motivasi Human-Touch Consultant, Mohd Zawawi Yusoh, berkata sebahagian umat Islam semakin hilang stamina beribadat dan jumlah jemaah menunaikan solat tarawih merudum pada hujung Ramadan."Malah, jemaah makin maju ke depan, sebabnya di belakang sudah kosong dan makin kurang jemaah."Sepatutnya makin ke hujung Ramadan makin seronok dengan janji fadilat Ramadan," katanya.Persoalannya, mengapa fenomena begini berlaku dan tidak serupa semaraknya ketika awal dahulu? Ibadat yang dilakukan bukan saja berkurang kuantitinya malah kualitinya boleh dipersoalkan.





Mengapa umat Islam di negara ini tidak mahu mencari fadilat pada 10 malam terakhir Ramadan yang terkandung satu malam yang sangat berkat, iaitu Lailatul Qadar?Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah dalam al-Quran.Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih, Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak. Jika bertemunya, berdoa untuk kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.


Mohd Zawawi berkata, generasi salafussoleh dahulu makin tidak senang duduk apabila Ramadan makin memasuki penghujung kerana bersemangat hingga bergilir tidur, bangun dan saling mengejutkan yang lain untuk qiamullail."Boleh jadi juga tanggapan tak betul dalam menghayati ibadat Ramadan. Kalau beribadat hanya ikutan sahaja, dorongan memang tak kuat. Bukan sahaja tak kuat, tetapi tak dapat bertahan, hanya main ikut 'mood'."Hari ada 'mood', beribadat bukan main manakala hari tak ada 'mood' main-main pula beribadat," katanya, sambil menegaskan: "Beribadat bukannya boleh dibuat main-main sebab ibadat hendak masuk syurga."Hadis Nabi s.a.w bermaksud: "Jalan ke syurga penuh dengan duri manakala jalan ke neraka penuh dengan seronok dan lalai." Solat katanya, memang duri bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh, manakala Tarawih beratnya dirasa seperti ditusuk duri."Duduk lama sedikit ketika bertadarus tidak tahan, sebab terasa macam duri," katanya.


Beliau berkata, dek salah faham antara makna Ramadan dan bulan puasa juga menjadi sebab kenapa ramai cepat sangat malas menggandakan ibadat?"Kalau difahami ini bulan puasa, seolah-olah bulan ini hanya untuk puasa. Orang ajak buat kerja lebih sedikit, dia kata ini bulan puasalah. "Apabila diajak bergotong-royong, dijawab ini bulan puasalah dan bila hendak buat kursus ketika bulan puasa, terus disanggahnya, 'ini bulan puasa', seolah-olah bulan ini bulan rehat saja."Berbeza dengan kefahaman Ramadan, sebab apabila difahami ini Ramadan bermakna bulan ini bukan hanya untuk berpuasa."Malah, bulan ini menjadi penghulu segala bulan kerana sangat banyak ibadat yang perlu dilakukan sebagai pakej," katanya.


Menurutnya, bulan ini juga adalah bulan mencipta prestasi kerana dalam sejarah Islam, perang pertama berlaku dalam keadaan lapar kerana berpuasa."Boleh jadi juga semakin tidak bersemangat sebab jahil mengenai ganjaran dan nilai yang terkandung dalam ibadat pada Ramadan. "Inilah akibatnya tak bersedia dengan ilmu ketika menyambut kedatangan Ramadan. Tak baca dan menelaah kembali hakikat tawaran Allah."Sehingga yang terpikat bukannya tawaran Allah, tetapi lebih kepada jualan murah 'beli dan belah'. Membeli bukan main sakan, tetapi bab ibadat asyik belah saja," katanya.


Kekurangan stamina sebelum Ramadan lagi, katanya, menjadi satu lagi punca yang menyebabkan momentum beribadat ketika Ramadan tidak begitu stabil."Benarlah doa Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah berkatkan Rejab dan Sya'ban serta panjangkan umur sehingga Ramadan.""Rupanya kerajinan beribadat sepatutnya sudah bermula persiapannya sejak Rejab lagi dan kalau ikut sepatutnya memang sejak baligh lagi sudah kena rajin beribadat. "Kalau sudah mula berazam nutuk bersungguh ketika Rejab lagi taklah terkejut melayani dan menangani jadual ibadat Ramadan. "Bayangkan kalau jarang ke masjid, tetapi bila saja tiba puasa hendak berterusan 30 hari ke masjid. "Rasanya, mungkin tak larat. Begitu juga dengan membaca al-Quran, berbulan-bulan tak ada jadual membaca al-Quran, tiba-tiba hendak khatam 30 juzuk, memang berat sangatlah," katanya.


Tanggapan sesetengah pihak yang berasakan usianya masih panjang dan muda juga menyebabkan ibadat Ramadan tidak dilakukan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir bulan. "Sekarang masa bersuka ria, masih bujang lagi, nanti apabila sudah kahwin atau bila tua barulah ibadat betul-betul dan ini pun satu punca tidak bersungguh dalam beribadat. "Kalau yang muda terasa masih awal serta banyak lagi peluang dan ruang, kerenah yang tua pula mula pasang angan-angan walaupun ramai teman taulan sudah jalan."Mati bukan ikut usia dan penyakit, tetapi rahsia Allah. Marilah pada kesempatan Ramadan yang masih berbaki kita bersungguh-sungguh menggandakan ibadat."Ini supaya kita berasakan kehangatan pesta ibadat menjadi hiburan dan pengisian rohani agar bersiap dengan bekal mencukupi di alam selepas dibangkitkan semula," katanya.

copyrightsomewere...



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "Murid 3 = " Teman "Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "Murid 3 = " Matahari "Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"Sampaikanlah walau satu ayat"..:
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu si dia, Cinta Agung adalah CintaNya,
Tolong beritahu si dia, Cinta manusia bakal
Membuatnya Alpa...

Tolong nasihati si dia, jangan Menyintaiku
Lebih dari dia Menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, Jangan Mengingatiku
Lebih dari dia mengingati Yang Maha Berkuasa...
Tolong nasihati si dia, Jangan Mendoakanku
Lebih dari dia Mendoakan Ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Allah Kerana di situ ada Syurga..
Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Ibu bapanya
Kerana di telapak itu Syurganya...

Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana
Imannya bukan Rupanya..
Tolong ingatkan si dia, Aku lebih Cintakan
Zuhudnya bukan Hartanya..
Tolong ingatkan si dia, Aku Kasihinya
Kerana Santunnya bukan manis bicaranya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula
Mengagungkan Cinta manusia,
Tolong tegur si dia, bila dia
Tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia, andai
nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, Aku milik
yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, Aku masih
Milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya
Besar kepada keluarga..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap Cinta
Dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini

Enggan dirapati kerana Menjaga Batasan Cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi
Penyebab bertambah Rindunya...

Tolong pesan pada si dia, Aku tidak Mahu menjadi Fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan pada si dia, Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan pada si dia, Aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong Sampaikan pada si dia, Aku mendambakan Cinta Suci yang terjaga..
Tolong Sampaikan pada si dia, Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong Sampaikan pada si dia, Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia, kerana Aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui
siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...
Moga dia bagai seekor lebah yang Sentiasa Memuji Keagungan Yang Maha Kuasa,
Memasuki Taman Larangan dengan Sopan Santunnya dan bertemu Mawar berduri yang Terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


-Kembara Assyafie-
Di lahirkan di dunia yang serba indah merupakan Anugerah yang tidak dapat digambarkan dengan kata2... Perkara paling mulia apabila Ibu yang selama 9 bulan 9 hari mengusung kite ke hulu ke hilir dengan penat dan lelah yang tidak dapat dibayangkan. Adakah kenikmatan yang kite kecapi hanya dan semata hidup di Dunia sahaje?..apakah tugas yang perlu kite pikul pabile abah(ayah) mengAzan dan mengIqamatkan kite selepas dilahirkan...Usia meningkat dan kite mula mengenali dunia, masyarakat dan sebagainye. Guru, keluarga, rakan, sahabat, jiran merupakan nadiku sewaktu susah dan senang. Allah Tuhanku, hanya Dia yang perlu kite sembah...Abah & Ma ibu bapaku yang perlu aku hormati dan membalas jasanya...Hanya mereka tiada gantinya.

peace:)

"Always Be There"