Alhamdulillah. 💕


Esok minggu terakhir pdpr sebelum cuti sekolah bermula. Walau apa jua keadaan yang di hadapi kita tenang-tenang sahaja. Tugasan kerjaya, telatah anak-anak, pdpr, kerja rumah macam mana pun tenang dengan istighfar atau apa jua zikir kepada Dia. Kita tak nak dengar saranan manusia ikut saranan Maha Pencipta kita.


Surah Ar-Rad ayat 28:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ


صدق الله العظيم


"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram".


💟


Kerja di kejar tidakkan habis. Kepala berat tidakkan ringan jika kita tidak lepaskan dengan cara yang betul. Ambil masa rehat dan susun. Usah di beratkan. Banyak perkara bertindan. Kerja sendiri perlu selesaikan, pdpr anak kena siapkan, rumah perlu dibereskan. Tak mengapapun jika kita dahulukan satu-satu. Bukan kita tinggalkan terus pun. Kalau mampu buat semua dalam satu masa silakan. Jika tidak first thing first. Pilih. Siapkan satu dan satu lagi kemudian. Pandangan orang, ketepikan..kisah masing-masing tidak sama. Kemampuan kita juga berbeza. Usah dibandingkan. Chill for our good health- untuk redha Allah. 


Nak cakap stres, semua stres tapi kita masih ada tali📿. Sama ada nak pegang atau lepas. Kadang ada masa tak nafi rasa serabut dan pening nak urus. Tapi jangan lama, cepat-cepat tepis dan kembali dalam track. Jika ingin luah, cari tempat yang betul dan tepat untuk disampaikan. Kalau penat dan nak berehat. Silakan. Sungguh tak salah. Charge tenaga, dan teruskan. Bila emosi stabil, InsyaAllah aura positif pun ada. Anak-anak happy, kita dan pasangan pun sama. Bila mak ayah happy, anak-anak pun lagi gembira. Kalau kita stres dan lepaskan pada anak dan pasangan pun kadang tidak beri jalan yang baik. Emosi mereka turut tercalar. Ingat, tarik brek. Laju-laju nak ke mana? Hehe... 


Dah pkp 3.0 ni, sebagai cikgu plus ibu. Memang mencabar. Tapi tak macam awal pkp awal dulu, nak bagi tugasan nota latihan selagi tak lebih 2 m/s rasa tak puas pula, yeke budak buat? Cukup ke latihan ni? Faham ke nota pendek? Dan hasilnya memang ada yang masih bersih buku nota. Haha. Jadi pkp 3.0 ni berpada-pada.  Cikgu pun dah selidik latar belakang anak-anak murid. Masing-masing ada kisah. Jadi cikgu mudahkan selagi dapat permudahkan urusan anak-anak murid. Janji ilmu kita sampaikan. Tanggungjawab dijalankan. Bukan bagi lambakan tugasan yang macam subjek kita sahaja pelajar hadapkan. Dan ramai bersetuju, tidakkan sama belajar bersemuka dan pdpr. Jangan bebankan dan kita cuba seimbangkan yang termampu. 


Tak dapat isi link kehadiran kita bantu isikan. Berkongsi peranti dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain, ibu bapa maklumkan pada guru anak tak dapat hadir (tak sihat) atau lewat. Ibu ayah isikan kehadiran dahulu, tugasan di catat. Tidak mengapa. Cikgu terima, tolak ansur, lapang dada dan bersama saling memahami keadaan. Kehadiran juga senang nak dikira. Cikgu sendiri, maklum kepada cikgu anak, anak lewat hantar tugasan sebab mama bekerja. Alhamdulillah, cikgu anak pun faham. Yang kadang jadi kebimbangan  bila ada pelajar yang langsung tak respon. Dari awal pdpr sampai nak masuk minggu ke lima tiada maklum balas. Kita cikgu, risau juga, kenapa, ada masalah apa, bukan nak menyibuk tapi memang itulah perasaan dan jiwa bila jadi cikgu. InsyaAllah boleh bantu yang termampu. Tak dapat talian kita sedia luar talian dengan modul. Pilih.


Dan sedih bila tanya kenapa tak masuk pdpr? Sori saya main hp, main game. Cikgu,saya dah bagi hp pada anak dan hari-hari ingatkan suruh masuk kelas. Hurmm... Hati manusiakan? Allah pegang...cikgu dah (d.u.i.t). Bahagian masing-masing. Dah usah runsing. Berbahagialah anak yang amanah kepada kedua ibu bapanya. Dan berbahagialah ibu ayah yang telah membantu anak-anaknya. InsyaAllah moga Allah permudahkan apa jua keadaan. 


Wah. Panjang pulak dah. Jadi senang je nak buat karangan respon terbukakan? Hahaha..


*Karangan Respon Terbuka dalam BM Kertas 2, Bahagian B. 30 markah. Panjang karangan lebih daripada 180 patah perkataan. Kalau bagi dua helai kertas pun tak cukup ni, tapi macam mana anak-anak boleh tulis sehelai dan bahagian depan je? Huhu....belum mahir cikguma mengajar karangan rupanya. Huhu. 


.

Apapun... 

Moga kita sentiasa menghargai untuk dihargai.

Moga kita permudahkan urusan orang lain dan dengan izin Allah urusan kita jua dipermudahkan.. Dan kita sendiri tidak mampu permudahkan apa jua urusan tanpa bantuan daripadaNya.

.


Moga Allah tidak biarkan kita mengurusi nasib kita sendiri. Allah pandanglah kami. Dan kami faham dengan segala ujian yang Kau berikan ini untuk mengangkat darjat dan mendekatkan lagi kami denganMu Ya Rabbi. Kuatkan hati kami untuk melaluinya dengan hati yang sentiasa mengingatimu. 


.


Dalam apa jua keadaan....jika..

Ada pasangan, moga kita jadi pasangan yang baik.

Ada kawan, moga kita jadi kawan yang baik.

Ada jiran, moga kita jadi jiran yang baik.

Ada anak, moga kita jadi ibu bapa yang baik.

Ada ibu ayah, moga kita jadi anak yang baik. 

Ada anak murid, moga kita jadi cikgu yang baik.


InsyaAllah. Semua kerana Allah.

Peace.✌️


#mayAllahblessus

#syukurselalu

#cubasehabisbaik

#leadertoself

#learningparenting

#muhasabahdiri

#nevergiveup

#Allahisalwayswithus

#cikgumaslowandsteady

#coretanuntukmemori

#terimakasihabidananakanak






TIGA NIKMAT UTAMA ❤️
Surah Al Nahl : 78
Juzuk 14.
✔️Manusia tidak perlu sombong.
✔️Perlu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
✔️Kerana Manusia itu tidak mengetahui sesuatu pun.
👶Awalnya keluar daripada perut ibu dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Hanya tangisan menjadi pengantara untuk melontarkan kehendak diri.
✔️Tiada apa yang perlu dibanggakan. We know nothing.
3 nikmat UTAMA kurniaan Allah :
❤️ Pendengaran
❤️ Penglihatan
❤️Hati
💚Nikmat ini, penggunaannya sedikit demi sedikit semakin bertambah. Untuk memahami, memperhalusi, memerhati ke semua kurniaan Ilahi. Dipergunakan sebaiknya. Menambah pengetahuan. Mendengar, melihat keajaiban Allah sebaik-baiknya lantas membentuk hati yang sebenar-benar tunduk hanya kepada Allah SWT. Dan mensyukuri segala nikmat. 🤗(supaya kamu bersyukur). 🌷
💚Apa jua bidang dan kerjaya yang diceburi, jadilah seorang hamba yang bertakwa dan menyumbang untuk manfaat bersama supaya lebih dekat dengan Tuhanmu. Sungguh Allah Maha Melihat apa yang kita kerjakan.
وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."
-Surah An-Nahl, Ayah 78


❤️
Puteri Solehah Sulung.
Nur Aisyatul Izzah💕
Cinta hati pertama.
Pertama menghuni tempat istimewa di dalam rahimku.
Semua ilmu sebagai seorang 'mama' daku belajar daripadanya.
Menjadi mama yang sabar, bersyukur, tabah dan menghayati kurniaan Allah disebalik khalifah kecil.
Semua perkara pertama di lakukan bersama.
Sungguh bersabar dirimu menerima mamaabi.
Menyantuni kamu dan kadang-kala mamaabi terlupa lalu mengenetepikan kehendak kamu.
Ada masa kamu bermain sendirian, kerana kesibukan mamaabi.
Baik budimu kerana tidak pernah mengeluh.
Tanganmu sentiasa didepakan untuk memeluk mamaabi.
Kini, kamu sudah menjadi kakak.
Menjadi tauladan kepada adik-adik.
Sering menjadi orang pertama dimarah .
Namun kamu sentiasa mendahului untuk membantu dan memujuk.
Moga dirimu membesar sebaik akhlak Saidatina Aisyah Abu Bakar RA Ummul Mukminin...🌹
Moga Allah ampunkan kekurangan mamaabi dalam mendidik dan menyantunimu.
👴👵Berbakti kepada ibu bapa.
➡️Ibubapa diuji ketika anak-anak masih kecil.
➡️Anak-anak diuji ketika Ibubapa sudah tua.
Dua-dua keadaan ini menuntut kesabaran yang sangat besar.
💕Bersabarnya ibu bapa membesar kan anak. Mendidik. Menyuap makan dan minum. Membasuh berak dan kecing. Mendukung dan mendodoi. Menahan kantuk malam menjaga anak pabila sakit. Menahan malu atas perbuatan kita. Sentiasa mendoakan kita. Membanting tulang menyediakan segala keperluan anak-anak. Dan banyak lagi..tidak terhitung dan tidak terbalas.
🌷Anak-anak yang baik, akan tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. Tinggi mana pangkat, besar mana gaji, mewah mana anak-anak itu, berhadapan dengan ibu bapa dia perlu tunduk dan merendahkan ego, santun, jangan sombong, jangan sesekali membentak dan meninggikan suara. Siapa pun kita, itulah (ibu bapa) yang mengasuh, menjaga kita semasa kita kecil tapak tangan, lemah dan tidak berdaya. Tidak mengetahui apa-apa. Menangis siang dan malam. Lapar dahaga ditunaikan. Kenangkan semula, ketika kita kecil.
🌷 Berdirinya kita pada hari ini, dengan kerjaya dan apa jua kejayaan, semuanya atas doa dan redha daripada Ibubapa. Jika sebaiknya, tidak tenang, serabut, masalah bertimpa-timpa selidik semula bagaimana hubungan dengan ibu bapa dan Allah SWT. Doa mereka itu sangat ajaib buat kita sebagai anak.
💚Selepas kalimah tauhid, " tidak menyembah melainkan kepadaNya" , Allah menyuruh kita untuk berbuat baik terhadap ibu bapa. Betapa dekat dan tingginya darjat di sisi Allah yakni ibu bapa.
💚Keadaan ini berputar, anak-anak kelak akan menjadi ibu bapa. Dan bagaimana kita nak anak kita melayani kita sewaktu tua kelak?😌 Tepuk dada tanya iman. ❤️
۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ
عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
-Surah Al-Isra', Ayah 23
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
-Surah Al-Isra', Ayah 24
🤲Moga Allah kurniaan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku dan semua. Moga kita dikurniakan kesabaran dalam menyantuni orang pertama yang mendoakan kita walaupun kita belum wujud di dunia.🌹
🤲 Jadikan kami anak yang solehah/soleh buat ibu bapa kami. Moga kami sentiasa menjaga solat, menjaga aurat, menjaga dan bertanya khabar ibu bapa walau dimana anda berada.
🤲Beruntunglah bagi mereka yang masih memiliki ibu bapa.



Kenapa Kita Mahu Memiliki Anak?
APAKAH YANG MAHU KITA WARISKAN KEPADA ANAK KITA?
Surah Maryam : 3-6
Juzuk 16.
👩‍❤️‍👨Semua pasangan yang berumah tangga menginginkan cahaya mata atau zuriat keturunan.
Namun, apakah faktor utama yang mendorong kita menginginkan anak? Adakah kerana orang lain ada anak dan kita juga mahukan anak? Adakah untuk kita berbangga-bangga punya anak? Apa yang hendak kita wariskan kepada zuriat keturunan kita sebenarnya? Harta, rumah, tanah yang berhasta?
💘Jom tengok apa yang di doakan oleh Nabi Zakaria mengenai anak👶👧👦👇dan bagaimana cara dan akhlak Nabi Zakaria berdoa🤲
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيّٗا
🌷(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
-Surah Maryam: 3
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّي وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبٗا وَلَمۡ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّٗا
🌷Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
-Surah Maryam : 4
وَإِنِّي خِفۡتُ ٱلۡمَوَٰلِيَ مِن وَرَآءِي وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا فَهَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا
🌷Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
-Surah Maryam: 5
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيّٗا
🌷Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
-Surah Maryam: 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌻Alangkah mulia dan baiknya cara Nabi Zakaria meminta dan merintih kepada Allah dengan cara lemah lembut, perlahan, sembunyi, diam-diam dan dalam keadaan merendah diri.
🌻Nabi Allah Zakariamengakui keadaan diri, menunjukkan baginda tidak sombong. Dirinya telah tua dan lemah, uban sudah mulai tumbuh. Dan baginda sentiasa bersangka baik terhadap Allah, tidak pernah berputus asa dalam berdoa, tidak pernah kecewa dan melatah walaupun masih belum dimakbulkan. Walaupun ketika baginda dikurniakan anak, umurnya sudah sangat tua. Betapa besar keyakinannya kepada Robbul Izzati.
🌻Kebimbangan terhadap kerabatnya dalam melaksanakan amanah dalam agama selepas ketiadaannya. Isterinya pula tidak boleh hamil. Maka rayunya untuk dikurniakan anak lelaki yang diredhai sebagai warisnya.
❤️Apa tujuannya untuk memiliki anak?
- Untuk mewarisinya dan mewarisi susur galur kerabat Nabi Yaakub.
❤️Mewarisi kenabiannya, ilmu, perjuangannya dalam berdakwah, semangatnya, menjadi penyelamat agama, menyampaikan agama Allah,meneruskan qudwah.
MasyaAllah. Tabarakallah.
💕Jom cek semula, bagaimana cara kita berdoa kepada Allah? Adab semasa berdoa. Adakah bermula dengan selawat ke atas Nabi dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa? Akhlak kita pabila meminta dan merintih kepada Allah. Apa yang kita minta untuk anak-anak sebagai saham dunia akhirat kita? Adakah kita sudah bersangka Baik terhadap Allah setelah doa-doa yang tidak termakbul? Adakah kita cepat berputus asa dalam berdoa?
Jom muhasabah. Jom Sangka Baik dan Istiqamah berdoa kepada Allah.
💘Saat kita paling mulia adalah saat kita menghambakan diri kita pada Allah.⚘


Assalamualaikum wbt.

Jom buat check list. 😊
Alhamdulillah, cinta hati cikguma belikan buku nota dan alatan tulis untuk di rumah. Maklum, awal cuti memang tak teringat nak bawa balik alatan tulis dan buku. Semua di sekolah. Jadi buku baru cikguma rasmi untuk check list Ramadan. 🥰

Ada macam-macam check list yang boleh kita buat. Bergantung kepada aktiviti masing-masing.
Tujuannya supaya kita dapat didik diri kita untuk jadi lebih disiplin dan melatih diri. Nanti kita boleh semak dan perbaiki mana kurang kita tambah bagi tangki penuh 😊 mudah-mudahan..kita usaha. Redha dan rahmatilah kami Ya Allah.

Dalam check list Ramadan cikguma masukkan :

1. Sahur
2. Tarawih.
3. Mengaji Al Quran
4. Tahajud/ Qiamullai
5. Sedekah
6. Solat Dhuha/ Solat Sunat
7. Kuliah
8. Zikir
9. Masak
10. Satu hari satu ayat (untuk dikongsikan di fb dan ig)


Cikguma masukkan juga jadual kuliah (fb) pilihan mengikut masa yang berkelapangan dan Jadual waktu sekolah sempena PKP

InsyaAllah moga lebih banyak masa yang terisi. Kalau anda buat juga, meh la share dengan cikguma 😉

Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Aaminn..











Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk Ramadan ke 4 hari ini.
Apa khabar iman kita? Astaghfirullah, MasyaAllah...

Alhamdulillah banyak hikmah disebalik ujian yang melanda.
Covid 19. Corona Virus.
Allah hantar tenteranya sebagai ujian semua mahkluk di muka bumi.
Ya, semua terkesan kecuali manusia yang masih sombong dan tidak peduli.
Jauhkan daripada menjadi golongan ini. Nauzubillahiminzalik...

Walaupun banyak aktiviti harian biasa, kita tidak dapat lakukan seperti bersalaman, berjumpa rakan-rakan, tidak boleh berjemaah di surau atau masjid, berkumpul, ziarah ibu bapa, menjual di pasar, tidak boleh ke sekolah atau kerja dan sebagainya. Perlu duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Allah berikan nikmat terbesar yakni - Hiasi "masjid" iaitu rumah. Kenapa rumah? Setiap pasangan yang bernikah, kita diibaratkan dan mengumpamakan ia untuk mendidikan masjid. Kan? 😊

Alhamdulillah. Masjid yang kita inginkan sebelum ini, Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah berikan peluang untuk kita perbaiki hubungan ahli keluarga. Allah beri peluang untuk kita perbaiki compang-camping, senget-benget, lompong-lompong urusan dalam "masjid" kita. Dalam kesibukan sebelum PKP ini. Masing-masing kurang ada masa, saling terkejar-kejar urusan dunia dan tidak dapat menyediakan masa bersama suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Subhanallah...kini kita banyak masa bersama keluarga tersayang.

Jika sebelum ini kita terlupa atau terlepas pandang untuk berjemaah, bertanya khabar pasangan dan anak-anak, terlepas pandang untuk curahkan kasih sayang, lupa untuk peluk sayang, kita mungkin jarang dan tidak sempat  untuk menyediakan hidangan, terlepas pandang untuk bertanyakan urusan anak-anak di sekolah, solat mengaji anak-anak dan sebagainya. Jadi masa ini, hikmah PKP yang semakin dilanjutkan...Allah bagi peluang sebesar-besarnya untuk kita duduk di rumah, menikmati masa dengan orang yang paling kita sayang dunia akhirat. Alhamdulillah, seronokkan. Ibu ayah yang jauh, kita lepaskan rindu dengan telefon , bervideo call dan sebagainya untuk bertanya khabar tanya resipi ke..hehe... Mungkin kita jarang-jarang juga dapat call mak ayah sebelum ni. Rindu masakan mak di kampung, raut wajah mak ayah. Semua ada...tunjukkan sayang ketika ini, jangan simpan!

Ambil masa dan peluang untuk kita bina 'masjid'  dengan mengimarahkan rumah kita seperti suasana masjid. Belajar, saling menghormati, saling menyantuni, saling mengingati, saling berjemaah dalam semua urusan, saling mengaji, saling bertadarus, saling bertadabbur, saling bekerjasama, saling bertolak-ansur, saling menjaga antara satu sama lain, saling berkasih sayang hanya kerana Allah SWT. MasyaAllah, hebatkan Allah, bagi rasa ini. 🥰 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Asbab kita semakin mengenali dan mendekati Allah. Suami makin memahami urusan isteri di rumah, isteri saling membimbing suami, suami membimbing dan mendidik isteri, ibu ayah saling mendidik anak-anak, perbetulkan salah silap supaya sama-sama rasa bahagia duduk dalam "masjid" yang kita bina. Aura selamat dan bahagia.  Ha...para suami pun dah pandai membeli barang dapur. (cikguma alhamdulillah, Allah beri suami mahir bab barang  di rumah 😁hehe). Bertambah nikmat, menjalani ibadah puasa sepenuhnya di rumah. Allahuakhbar! Hikmah besar, kita sebagai ibu bapa atau pasangan suami isteri dapat membangunkan amalan ibadah puasa bersama-sama dengan anak-anak tercinta. Sama-sama ulangkaji tentang ramadan, bersama melaksanakan ia kerana Allah. Suami lebih kerap berjemaah sama-sama, dapat meneliti bacaan Quran isteri dan anak-anak. Beriadah dalam kawasan rumah, tanam pokok sayuran kecil-kecil dan sebagainya. MasyaAllah, banyak sangat perkara boleh buat, macam-macam. Sama-sama beribadah untuk Allah, kerana Allah. 

Selain itu, kita ada banyak masa untuk belajar, dan alhamdulillah hikmah PKP ini juga cikguma dapat jumpa 'Bulatan Gembira' yang dicari-cari selama ini. MasyaAllah Tabarakallah. Ada banyak kuliah-kuliah, tazkirah, group belajar Quran di fb dan ig umpama bulatan gembira (usrah) yang setelah lama dinantikan. 😍 Ya Allah bahagia! Jom rebut peluang. Susun atur jadual kita supaya masa kita dimanfaatkan dengan baik. Hidup sentiasa memerlukan nasihat daripada sesiapa pun. Menasihati diri sendiri amatlah sukar, banyak cabaran dan kita tidak hidup keseorangan. Namun  juga, janganlah berputus asa dan sentiasalah berusaha menasihati diri untuk melihat apa yang di depan mata kita dengan kebaikan. 

Semuanya nikmat Allah 💖

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surah Ar- Rahmaan]

Semuanya bermanfaat selagi kita tidak sia-siakan waktu dan ruang masa ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Atau kita semakin lalai dan jauh daripada Allah. Sedikit masa dengan Allah dan menyibukan diri dengan urusan dunia yang tidak putus-putus. Melayani media sosial tidak henti, membaca dan menulis yang tidak memberi manfaat. Menyebarkan berita-berita yang boleh menjadi penyambung dosa mengumpat dan fitnah. Melewat-lewatkan solat. Tidak berzikir dan belajar Quran. Alangkah ruginya kita. 😥 Nauzubillah...jauhkanlah daripada semua yang lagha ini. 😌 Adakah kita  akan mengaku yang kita melakukan perkara lagha? Allahuakhbar. Semoga Allah tidak memadamkan cahaya iman kita untuk melihat kebaikan dan hidayah Allah SWT. 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)":(Al-Kahfi 18:1)

"(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik." (Al-Kahfi 18:2)



Sungguh sabahat-sahabat sekalian, kehidupan dunia ini hanya sementara. Ia didatangkan dengan penuh tipu daya yang mempesonakan. Beruntunglah bagi orang-orang yang dikurniakan hidayah dan memeliharanya. Moga itulah kita. Manusia sering tertipu dengan dua keadaan, ketika sihat dan waktu lapang. Marilah bersama-sama menjadikan masjid kita penuh barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah..

Waallahualam. Sehingga berjumpa lagi. 






Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah semakin menghampiri ke dalam Bulan yang penuh barakah dan Mulia. Bulan diturunkan Al Quran. Bulan yang terbaik di antara bulan-bulan yang ada. Ahlan ya Ramadan. ❤

Teruja dan rasa tak percaya. Menanti kedatangan bulan penuh rahmat. Bulan yang di malamnya penuh pengampunan. Lailatul Qada' yang penuh sunyi dan nyaman. Allahuakhbar.

Dalam kita semua diuji dengan wabak virus Covid 19 ini, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita bermuhasabah sedalam-dalamnya, berkhulwah denganNya untuk mendapatkan pengampunan dan keredhaan. Moga kita mengambil peluang terbesar ini untuk sebenar-benar bertkwa kepadaNya.

Mengambil kesempatan ini cikguma ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak. Sama-sama perbaiki diri dan menambah amalan supaya dikembalikan kepadaNya dalam keadaan diredhai olehNya aamin..

Jom :

* Coundown Ramadan 😍😍
* Hiasi rumah atau ruangan untuk persediaan menyambut Ramadan.
* Persediaan alatan ibadah - telekung bersih wangi, al Quran, buku catatan dan sebagainya.
* Ulangkaji hukum hakam dalam bulan Ramadan.
* Jadual tugas ahli keluarga pada bulan Ramadan - kejut sahur, masak sahur dan berbuka, kuliah, tazkirah, jadual imam tarawih, tadarus dan sebagainya.
* Taubah Nasuha
* Persediaan fizikal dan mental. Memperbaiki diri luaran dan dalaman.
* Tetapkan niat, target dan sasaran yang ingin dicapai dalam Bulan Ramadan kali ini.
* Rancang dan buat jadual amalan harian sepanjang Ramadan.
* Baca sekurang-kurangnya 2 helai muka surat Al Quran setiap kali selepas solat. Target khatam dalam bulan Ramadan.
* Niat untuk buat perkara sunat - solat sunat, bantu ahli keluarga ,bangun malam dan sebagainya.
* Target untuk bangun malam dan kejar keberkatan.
* Memperbanyakkan amalan - berzikir, berdoa, menambahkan ketaatan, bersedekah.


dan banyak lagi yang tuan puan nak buat....😊🥰😉


Ya Allah sampaikanlah Ramadan kepadaku, sampaikan aku kepada Ramadan dan ambillah Ramadan dalam keadaan Kau menerima segala amalanku..aamin..
Bismillahirahmanirahim....

akan ada masa-masa kita rasa penat dan lelah mengurusi dunia. 
memikirkan hal-hal yang tidak berkesudahan.
hal yang belum diselesaikan...
penat, letih dan mengalah.

sebab itu....dunia...letaklah hanya di tangan. 
bukan di hati.
supaya tak goyah bila di uji.


Allahuakhbar....
Sungguh. Jangan biarkan aku menentukan nasibku sendiri.
Bimbinglah dan jangan tinggalkan hambamu yang hina ini.

Astaghfirullahalazim...
Ampunilah dosa-dosa yang menghakis tenang.
Agar dapat aku menghela nafas dengan hela yang panjang.
Dan tersenyum riang.




Risau juga tidur lambat.
Kakak nak sekolah dah esok ni.
Tengah mama dodoikan adik. Kakak bentang sejadah solat 'isyaktanpa telekung. Selesai solat katanya nak baca. Mama dah suh die tido. Datang dia dari bawah,  mama tolong kakak baca sambil belek quran kecil dia. Bacalah alfatihah.. Sampai... .Maaliki yaumiddiin,. Hah...mcd? Bukan...middin..oo... Dah selesai baca 3 kul dan baca surah al asr.. Sampai lllallazadzii na aamanu.. Ha.. madu?  Bukan naamanu..dah selesai...baca doa.. Ya Allah jadikan akhlak kami seperti akhlak al quran.. Ha.. Peti?  Bukann... Dahla kakak kamu ni dah ngantukk... Sebelum ni tak pernah2 tersasul2 macam ni.. Malam ni pelik lain macam pulak...hahaha... Moga Allah permudahkan urusan anak2 esok dan seterusnya. Mama berdebar juga, sebulan tak hantar ke pengasuh. Petang tadi sempat melawat pengasuh2 kakak2 dan khadeejah. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kesabaran buat pengasuh anak2. Moga anak2 pelajar juga dipermudahkan urusan. Ya Allah bantulah kami dalam apa jua keadaan. Aamin... Selamat kembali ke sekolah. Selamat Tahun Baru 2019🎉💘

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,  Allahuakhbar.

Makin berginjak usia. Tahun hadapan masuk usia kakak 5 tahun. Dah nak sekolah. Tak sabar betul dah nak sekolah. Hari2 cakap nak sekolah. InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Kakak Aisya anak yang sulung.
Manusia pertama Allah titipkan dalam rahim mama.
Orang pertama yang Allah jadikan untuk saya menjadi  seorang mama, memanggil gelaran mama.
Orang pertama yang Allah berikan untuk mengajar erti sakit melahirkan dan menyusukan.
Orang pertama yang Allah jadikan untuk saya mengenali diri sebagai seorang mama.
Banyak jasa dan hikmah Aisya yang Allah berikan. 💖

Pada mula tahu mengandungkan kakak. Mama diuji dengan bleeding semasa dalam tempoh menjaga stpm. Tak sedar berdiri lama dan tak sedar lenguh dan tak larat. Bila balik nak solat zohor,  Allah banyak darah. Dan terus maklumkan pada kawan untuk buat apa. Terus sahabat kak safinah bawa ke hospital. (T. Kasih banyak kak saa.) Semasa checkup di unit pesakit luar, katanya tak nampak apa, dah tak de kata doktor, kosong. Agak mengjengkelkan doktor tu kerana agak kasar semasa proses itu dan dia biarkan mama dengan tanda soal?  Haha.. And die pas mama pada pakar untuk kepastian dan check up.

Masa ini juga agak mendebarkan sebab semasa buat scan doktor tak nampak jantung dan kantung. Katanya...Err...macam tak de..beberapa kali juga scan dan katanya hopefully masih ada yang hidup. And u can come again after 2week. What? 2 weeks? Fikiran memang dah tak tenang. Sampai mama cakap kalau gugur just bagitahu bebetul jangan tinggal tanda tanya. So doktor tak dapat cakap pape😑. So lepas balik mama call suami and bagitahu. Dan beliau pun terus balik. Masa ni mama abi pjj mama di lipis abi di selangor. So malam tu duk terfikir mama ni mengandung ke tak. Gugur ke. Jadi berat sangat masa tu dan abi bawa ke klinik swasta. Checkup. MASYAALLAH!  jelas dalam screen scan nampak jantung dan kantung. Doktor cakap.  Eh... Ada ni.. Alhamdulillah kuat jantung dia. Alhamdulillah. Kuat kakak! T. Kasih Allah.

Sepanjang mengandung tiada banyak alahan atau ragaman. Sikit2 ade la.. Haha. Lepas buat buku pink. Selang beberapan week di kenal pasti kencing manis.. Wooohu.. Konfiden xkena, malam sebelum tu p balun rambutan, durian. Sebab tak tahu teknik lagikan nak minum air gula. Sebab kalau ikut sejarah keluarga xde kencing manis. Jadi kena control on diet je n kena buat bsp!  Haha 4x amik darah untuk cek tahap gula dalam badan. Disebabkan susah nak berulang alik ke kk, mama beli set utk cucuk amik darah tu terus n cek sendiri. Sebab masa tu penat la sesangat nak berulang ke kk.. Seingat mana adela 2,3 kali berulang pastu minta misi utk cek sendiri. Malam ja kena tunjuk result n amik darah utk kali ke 4. Disebabkan gdm ni jgk, mama kne bersalin on due. Jadi ikut tarikh 21hb oktober or 22 something. Dah masuk minggu bersalin kakak masih xnak keluar. Jadi rujuk kk.. Die minta g hospital sehari sebelum. Time tu xtahu nak ke hospital mana. Suami suggest ke Hosp. Sg. Buluh. Mama ikut je sebab tak tahu jauh ke dekat n tak nak ke HTAR hehe.  Sampai hosp. Nurse tanya awalnya puan dtg selalu on due baru check in. Allah nyesal plk mama.. Mama minta nak balik tapi nurse cakap dah alang2 sampai jom check up dulu. 😀

Kalau ikut kira2 yang betul, dua kakak 4/11 awal bulan november.. Tapi doktor pakar awalkan sebab sejarah bleeding tu. Doktor pun cakap macam bukan masa lagi tapi sebab puan dah datang kita check in je ya. Huhuhu.. Mama antara redha xredha je masa tu tapi mama yakin Allah ade sebab kenapa. Jadi lepas check up mama masih lagi keluar dgn abi sebab masih belum dapat katil. Sempatla abi tolong belikan kfc.. Hehe.. Makan2 sembang2 nurse panggil katanya dah ade katil kosong dalam kul 10 mcm tu.  Takut la sikit.. Hihi.. Masuk, dan 4 hari jugak berkampung, kakak xnak keluar. Makan induce jugak 2 biji.. Akhirnya.... Pagi tu tolak masuk labour dan keluarlah kakak. Alhamdulillah. Pengalaman yang cukup2 bermakna💖

Mama minta maaf, sepanjang 4 tahun bersama mama.. Banyak salah dan silap mama. Kakak sangat2 memahami dan banyak tolong mama. Bila ada adik, kakak pandai sangat main dengan adik dan pujuk adik. Sangat patuh dan sangat menurut kata. Maafkan mama kalau ada permintaan yang tak dapat dipenuhi. Semuanya untuk kebaikan kakak. Mama doakan kakak dipermudahkan urusan dan Allah sentiasa bantu kakak dalam semua perkara. Aamin.. Sekarang  mama dapat ajar 4 surah je pada kakak. Huhu..cuai betul mama. Tahniah kakak dah dapat hafal semua mama ajar. Moga kakak lebih lancar dan lagi banyak yang kakak boleh hafal dan baca.. Aamin.

Doakan mama jadi mama yang baik dunia akhirat untuk anak2🌻 aamin...


First love💖
First kiss💋
First hug👨‍👩‍👧
Love u so much, kakak Aisya😘❤️
May Allah bless u always..

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Kali ini berkesempatan lagi ke AWAQ 2.0 di UIAM Gombak. Seronoknya,  saya drive sendiri dan sampai awai... Hehe...bertemankan sahabat yang sama2 ke AWAQ 1.0 yang diadakan di Shah Alam bulan Ramadhan tempoh hari.

Seronok dan bertuahnya p Konvensyen AWAQ ni sebab, ia berkisarkan tentang kehebatan wanita yang disebutkan oleh Allah dalam Al Quran. Saya terjumpa poster AWAQ ni masa Allah takdirkan terbuka fb ust don. Belek2 minta izin suami terus daftar dan bayar. Alhamdulillah atas izin Allah dapat hadir dan mendengar kupasan oleh panel2 yang masyaAllah hebat.

Sebenarnya, memang lepas berkahwin dan ada anak terdapat sedikit kekangan untuk hadir majlis ilmu. Walaupun suami tidak menghalang tapi kekangan itu tetap ada. Memandangkan anak2 masih kecik dan dalam era aktif, jadi mama tak dapat bawa anak2 ke masjid. Walaupun anak2 suka sangat tengok dan pergi ke masjid. Bimbang mengganggu orang dan menyusahkan orang lain. Jadi jarang2 juga abinya bawa anak2 ke surau dan kalau behave abi bawa lagi. InsyaAllah dah makin besar moga Allah izinkan kita sama2 ke majlis ilmu. Saya cuba mencari usrah2 berdekatan tapi masih belum berjodoh. Moga2 suatu hari nanti akan ada. Tapi usaha mencari tidak pernah berhenti.

Berbalik pada Konvensyen AWAQ  2.0, majlis dimulakan dengan

💖 Reset Minda Wanita : Datuk Prof. Dr. Che Muhaya.  Berbesar hati, teruja mendengar suara prof. Saya memang berkobar untuk reset kembali kehidupan untuk menjadi lebih baik. Mengalir air mata bila mengikut gerak tangan yang diajar oleh prof. Pentingnya kita dekat dengan Allah dan bersangka baik dengan Allah dan manusia. Fokuskan untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain.

Slot ke dua tentang,
💖Aisyah - Wanita Yang Mengutamakan Tuhan : Ustazah Nazirah.  Hebatnya jiwa dan hati Aisyah pabila dirinya difitnah. Tenang dan tabah pabila ditegur oleh suami tercinta. Seberat-berat fitnah dihadapi dengan kental dan tidak melatah. Akhirnya Allah mensucikan fitnah tersebut. Aisyah, seorang pakar perubatan, pakar hadis,  pakar tafsir, pakar syair.  Isteri Rasulullah saw yang ke 3.

Manakala slot ke 3,
💖Ibunda Nabi Musa A.S - Sabar Menanti Khabar : Ustazah Isfadiah.

Cerita perihal ibunda nabi musa ini boleh dikatakan sambungan dengan AWAQ 1.0 tempoh hari yang menceritakan tentang kakak Nabi Musa yakni Maryam. Yang mana firaun mengeluarkan polisi untuk membunuh semua anak lelaki yang akan dilahirkan kerana menerima mimpi bahawa kerajaannya akan terbakar dan runtuh disebabkan oleh kaum bani israel selepas mendapatkan tafsiran daripada nujum firaun. Lalu,  pada ketika itu ibunda sedang mengandung, menjaga kandungannya dengan baik tanpa pengetahuan orang lain dengan berpakaian besar dan kurang berinteraksi dengan orang ramai. Akhirnya, Ibunda selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dalam gundah gulana bimbang dibunuh dan diambil. Ibundanya meletakkan Musa di dalam tanah yang dikorek namun keadaan tetap tidak selamat kerana tentera firaun mengeledah satu persatu. Akhirnya, ibundanya menyusukan dan menidurkan lalu mendapat ilham untuk meletakkan bayi lelakinya di dalam peti lalu diletakkan di Sungai Nil dan tanpa semena2 tali peti tersebut putus dan hanyutlah nabi Musa di lautan Sungai Nil dan berjumpa dengan dayang2 istana dan diberikan kepada Asiah isterinya firaun. Lalu jatuh hati dan kasihnya kepada bayi lelaki comel itu lalu dipujuk firaun untuk menjaganya dan diterima oleh firaun. Namun Allah berjanji akan mengembalikan semula anaknya itu kepada ibundanya. Dengan cara kakak nabi musa menjejak adiknya dan kecerdika  maryam memberikan idea di istana firaun untuk musa disusukan oleh keluarga kandungnya (dirahsiakan). Hal ini kerana nabi musa langsung tidak mahu menyusu dan hanya menagis. Akhirnya Allah mengotakan janjinya kepada ibunda Musa dan dapat menyusukan Musa. MasyaAllah hebat jalan cerita. MasyaAllah hebat nabi musa dikelilingi oleh 3 wanita hebat.

🌹 Maryam - Wanita Taat Yang Suci : Ustazah Ros Izanuri. Semua sedia maklum. Nama Maryam terdapat dalam surah Maryam satu2nya surah yang sangat penuh sarat pengajaran. Maryam seorang ahli ibadah yang sangat mencintai Tuhannya. Sehingga sanggup berhijrah ke satu tempat dan meletakkan tabir untuk bermujahadah lalu turun Malaikat Jibril menyerupai manusia dan menghantar wahyu daripada Allah yang mengatakan akan lahir seorang bayi lelaki dalam rahimnya. Terkejut, lantas memberitahu bagaimana mungkin kerana dirinya tidak disentuh oleh mana2 ajnabi. Kuasa Allah lalu ditiup roh dalam rahimnya dan sehari demi sehari kian membesar dan tiba masa untuk melahirkan, jibril meminta maryam menggoncangvpohon tamar lantas gugur dan makan buah tamar untuk memberi tenaga. Lalu lahirlah seorang bayi lelaki yang comel. Maryam berfikir lalu mambawa pulang ke kampung halaman bersama bayi tersebut. Melihatkan keadaan itu, penduduk kampung mencemuh dan mengeluarkan tohmahan kepada maryam sehinggakan bayi lelaki itu sendiri yang berkata-kata dan membela ibunya. Kisah ni boleh rujuk dalam Surah Maryam. 

Fuhh...panjang kisahnya tapi maaf tak dapat nak cerita habis. Saya pun niat nak cari2 buku2 berkisar wanita Al Quran  sebagai rujukan. Malu, kadang ujian tak sehebat mana tapi mengeluh meratap ya Rabbi. Moga Ada manfaat disebalik perkongsian. Ada rujukan surah2 dalam setiap slot nanti insyaAllah saya uodate semula.. Lupa.. 

Bersama moderator hebat, Ustazah Nony.


Baik sehingga bertemu lagi. Katanya ada AWAQ 3.0. Jom sertai, boleh jumpa sama-sama. Hehe. Assalamualaikum wbt. Jumpa lagi. 💖


"Always Be There"