(Al-fatihah).
em...tugsan dan aktiviti yg xpernah sunyi..jadi ruangan ni usang je..jadi malas je nk update..huhu..k la..apekah ciri2 wanita syurga?em..adekah kite memiliki ciri2 utk bertapak ke Istana indah yang bername Syurga?...saye?huhu...xtahu la..jahat@nakal, malas, cepat marah, menjadi2..aii..bile la nak berubah..?
Apakah hanya orang2 beriman dari kalangan laki2 dan bidadari2 saje yang akan menjadi penduduk syurga?Bagaimana dengan isteri2 kaum Mukminin di dunia, wanita2 penduduk di bumi? Isteri2 kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dgn amalnya selama di dunia.
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan RasulNya. seluruh ciri2nya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri2 wanita ahli Syurga ialah :
1. Bertakwa
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikay-Nya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, hari kiamat dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepda Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapt melihat Allah, dia akn mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah ,tawaqal kepda Allah, mencintai Allah dan RasulNya, takut terhadap azab Allah, mengharap Rahmat Allah, bertaubat kepadaNya, dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepdanya.
6. Gemar membaca Al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama ramai orang dan berdoa kepda Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma'ruf nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk , serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap org yang memutuskannya, memberi kepda org dan menahan pemberian kepda dirinya dan memaafkan org yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orag lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberkan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua ibu bapa.
15. Menyambung silaturrahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan jauh.
Demikian beberapa ciri2 wanita Ahli Syurga (rujukan: "Majmu' Fatawa" karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah). Jika kita lihat, ciri2 tersebut bukanlah sebagai satu batasan akan tetapi ia berada dalam lingkugan taat kepada Allah dan RasulNya sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
"...dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasu-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An-Nisa' : 13)
Tapi..fenomena sekarang,ramai wanita2 yang berjebak dengan kancah kerosakan di dunia..berita saban hari menceritekan kes pembuangan bayi, lari dari rumah, terlibat dengan zina dan sebagainye yang melibatkan wanita..MasyaAllah..saye pn xmahu ulas pjg mengenai ini...kehidupan saye kelak saye pn xtahu..moge Allah tidak menarik hidayah yg telah diberikan. Itu mgkn perkare besar yg melande wanita sekarang, dan jangan lupe perkara yg remeh dan kecil, melawan ibu bapa, hasad dengki sesame manusie, sombong, riak , menghine sesame manusie..dan lain2 lagi.. Adekah di dalam hati-hati kite dapat menghindar dari tajamnya hasutan syaitan yang xlekang menggoda nafsu kite?...Nauzubillah,wahai Tuhan yang membolak-balikan hati,tetapkanlah hati2 kami dlam kesetiaan kepada agamaMu dan ketaatan kepda perintahMu..Moge kite sentiasa dlam RedhaNya. em..klu kite tahu matlamat dan tujuan kite hidup i'Allah Allah akan sentiase membimbing kite.. jagn sesekali m'belakangkanNya..KLu kite mengejar yg berada di dunia semata..kite akn dapat sekadar yg itu shje, dan jke kite m'imbangi dunia dan akhirat..kite akan dapat bahagiannye..baik dan buruk..niat dan care kite yg tentukan..
Ok la,sampai sini dlu..lupe ptg ni de traning..
p/s : Menggemari Dunia itu akan Meletihkan Pengemarnya,Di Dunia dan Akhirat.Sedangkan Zuhudkan Dunia itu, akan Merehatkan Tuannya,Di Dunia dan Akhirat..
Salam,illa'liqa..may Allah Bless us=)
2 comments:
amiinnn...
amiin....
Post a Comment