⭕ PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1  SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2  Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3  Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4  Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5  Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6  Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.
7  Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8  Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9  Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10  Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11  Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12  Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13  Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 
14  Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15  Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16  Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17  Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18  Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19  Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20  Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21  Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22  Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23  Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24  Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25  Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26  Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27  Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28  Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29  Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
          Surah At-Taubah, ayat 128-129.
          Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30  Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
          Surah Ibrahim, ayat 40.
31  Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
          Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32  Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
          Surah Maryam, ayat 1-10.
                                                                     ⭕cnp#
Moga kami sekeluarga pun begini juga. Aamin..
Assalamualaikum wbt.
Messy room, messy living room messy all in house. Huh. Kedatangan hari Jumaat semalam sangat2 melegakan untuk berehat dan melepaskan lelah. Hari sabtu sekurang2nya dapat melupakan segala kerja di sekolah yang ada walaupun setiap masa wassap sekolah asyik berbunyi. Tak apalah kita ambil yang perlu dan malas nak beratkan fikiran.

Kat rumah biasalah berperang dengan anak2 gigirl. Ikutkan penat Allah ja yang tahu. Tapi itulah kehidupan. Syukur. Kat rumahlah anak2 nak bertanya itu ini minta kita buatkan itu ini nak belajar itu ini. Dalam dunia mereka sekarang hanya ada kita ibu bapanya dan orang rapat disekeliling mereka. Mama doa moga mama sentiasa jadi mama yang baik. Walaupun memang tak dapat nafikan terjerit marah tu memang ada. Haih... 洛
Kalau kepala serabut dan penat ni memang kena lebih2 dekat dengan Tuhan. Kena tambah2 doa pada Allah. Allah janganlah aku melampaui batas terhadap anak2 mereka tidak tahu apa2. Sitambah pula dengan sakit kepala Sebenarnya anak2 ni boleh je ikut cakap kalau kita yang besar ni terlebih dahulu rasional. Kadang2 anak menjerit menangis nakkan sesuatu, kdg2 kita pun duk ikut intonasi depa juga sebab tu keadaan jadi lebih tegang dan akhirnya ada makpak yang terlepas tangan or denda sampai hilang kawalan. Kalau mama, bila anak mengamuk mama selagi boleh jauhkan daripada anak dahulu, tenangkan diri dalam 1-2 minit lepas tu explain bebaik dekat anak2 kenapa tak boleh, kenapa macam ni kenapa macam tu. Slow talk, perlahan2 bagi diorg respond tetang penerangan kita dan baru bagikan cadangan.

Kakak tadi nak pakai baju tapi baju yang di ambil baju untuk keluar berjalan. Mama tak bagi, mama suruh ambil baju untuk dirumah. Dia tetap nak baju tu. Ikut senang mama bagi je dia pakai. Tapi mama nak dia tak biasakan dapat apa yang dia nak, dan tak semua yang dia pilih tu betul. Dia apa lagi wawawawawawawa...
Sampai khadeejah pun bangun tido.  Mama marahla juga, sebab sebelum ni kakak dah tahu mana baju jalan mana baju tido dll.  Lepas tu mama tinggal dia di luar bilik dan mama dodoikan deeja. Biarlah dia lepaskan kegeraman dia dahulu. Last lepas die jerit2 menangis dia dah stabil dia merengek sebelah mama. So emosi mama pun dh stabil masa tu mama pun bagitahulah. Kakak itu baju jalan2 nanti abi balik baru kita pakai baju ni, kalau pakai sekarang nanti nak jalan dah bau busuk. Kakak tak suka kan baju busuk? Kakak faham tak? Time ni dia akan diam je dan dengar sambil mata kebil2. Faham katanya.  Kakak pakai baju ni dulu sebab nanti kakak nak main2 dulukan, berpeluh.. Nak keluar nanti kakak pakai baju ni, baju ni simpan dulu ok? Terus dia ok mama dan back to normal macam tak pernah ada isu baju tadi Alhamdulillah. Nak tak nak mama... Pleasela releks huhu... Berat sungguh kadang2. Moga Allah bantu.

Jadi sekarang emosi dah semuaaa ok, tunggu abi balik. Nenek bagitahu nak masakkan gulai lemak ikan ayee..sebab minggu lepas mama masak tak menjadi.. Haha... Ikutkan hati nak ja balik lipis sekarang tapi apakan daya meraikan kenduri pengasuh anak dan abi berkerja hari ini. Kampung lipis adalah salah satu tempat yang boleh merelekskan mama. Bila penat, stress balik lipis memang rasa tenang dan legaa. Sangat free and freedom bile kat sana. InsyaAllah next time.


Orite, nak bersiap pergi kenduri. May Allah bless us.


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt. Semua orang perlu masa bertenang, masa rehat,  masa melepaskan lelah dan masa untuk cas semula bateri diri  supaya dapat merefleksi kembali dan mendapatkan kembali diri yang lebih baik.

Hari2 yang dilalui ada naik turun pasang surut emosi. Recharge soul time adalah salah satu masa yang saya sangat10x suka. Masa ini suami dan saya akan sama2 berbincang, menasihati, merefleksi diri melapangkan hati dan menjiwai kehidupan yang dilalui. Recharge soul time ini sama ada kami bersama anak2 atau hanya kami berdua sahaja, dua2 kami lakukan. Selalunya selepas solat atau sebelum solat atau bila2 masa semasa dirumah. Kami akan sama2 bertanya satu sama lain. Letih, penat, Marah, merajuk, terasa, kebaikan yang perlu diteruskan, kelemahan yang perlu dibaiki dan sebagainya. Masa ini banyaknya saya menerima nasihat dan bimbingan suami,  rasa sangat tenang dan gembira. Saya tak nafikan semenjak dua ini saya agak stress dan sangat tertekan. Allah uji dengan anak tidak berapa sihat, diri sendiri yang selalu juga penat dan tidak sihat, datang sekolah selalu lambat dan sebagainya. Huhuu datang lambat😓 lembik!

QS 2.Al Baqarah:286
لاَ يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلَـٰنَا فَٱنْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Masa ini juga dapat sama2 luangkan masa,dan sebagainya. Moga kami sentiasa manfaatkan masa bersama2 berpegangan tangan, berpelukan dan sentiasa dalam suka dan duka. Aamin😊
InsyaAllah, jumpa lagi. 🌷

Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.

Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.

Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, "OK ke?"

Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.

Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.

"Ada apa ni?" tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.

Jawab isteri, "Penat... Sebab penat."

Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?

"Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye," pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.

"OK," jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.

Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.

Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.

5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.

Saya tak faham apa kaitan kepenatan  dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.

Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.

Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.

Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.

Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.

Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.

Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
11/07/2018
#InspirasiDrSyahr #KisahSuamiIsteriDrSyahr #KeluargaDrSyahr #MemahamiIsteri #MemahamiWanita

Update: Boleh #SHARE. Diizinkan 100%.

Disebalik mama yang lemah ,
Ada abi yang gagah.

Disebalik mama yang cepat marah,
Ada abi yang penyejuk ceria.

Disebalik mama yang berkulit sawo matang,
Ada abi yang senyumnya manis.

Disebalik mama yang gemuk dan rendah,
Ada abi yang kurus dan tinggi.

Indahnya ciptaan Allah.
Melengkapi dengan kepelbagaian ciptaanNya. Mengenali, memahami, mempelajari dan melengkapi antara salah satunya. 💟 Kekalkan kami sampai syurga. Aamin3x 🌻

#mylifemyjannah


"Always Be There"