Bismillahirahmanirrahim..
Allahummasolli'alamuhammad..


Kadang-kadang kita membuat sesuatu keputusan dalam fikiran yang sementara, yakni semasa 'kita memerlukan  membuat keputusan' [sekarang] dan tidak memikirkan pada masa akan datang. Namun, sebagai ujian..[atau nak dijadikan cerita] Allah telah menentukan ia sebagai masa hadapan kita untuk kita terus harungi. Salahkah Allah? atau kita?. 

Jika kita berundur kembali, tidaklah bermakna kita mungkir pada janji atau takut untuk menghadapi realiti. Cuma, kadang-kadang suara hati  tenggelam dengan kepasrahan hati. Terburu-buru rasanya. Hah. Pasrah. Bukan disebabkan kita tidak dapat mengubah keputusan yang ada, cuma lebih baik kita teruskan sahaja, berusaha dan tawaQal pada yang Esa. Kita sendiri terkapai-kapai tak tahu mana arah atau penghujung kehidupan kita. Jadi, kenapa nak meneka-neka kesudahan yang belum tentu endingnya.? Apa, Siapa atau Bagaimana nanti, kita juga yang akan menentukan jalan cerita dengan izin Yang Maha Berkuasa. Apa yang perlu dijalani, itu tanda tarbiyah dariNya. Kuatkan saja, wahai hati. Optimis dan positif dalam mengemudi kehidupan yang sementara ini dan mungkin selamanya bersambung di syurga nanti. Mana tahukan?

Orang lain boleh mengatakan apa sahaja. Hanya kita dan Allah sahaja yang memegang rahsianya. Kita tidak memerlukan kata-kata hina, cuma perlukan doa dan nasihat yang berguna daripada sahabat-sahabat yang beragama. Semua manusia, Allah telah ciptakan pelbagai cara cerita dan ada ujian masing-masing sesuai dengan kemampuannya. Jadi, jangan dibandingkan kita dan mereka. Aku dan kamu berbeza. Cuma tarbiyahnya atau ibrahnya mungkin sama. Namun bertunjangkan bekalan yang sama, Iman dan taqwa pegangannya kepada Allah Maha Besar. 

Cukuplah dengan fikiran yang tidak membina. Sokongan yang merosak jiwa. Keyakinan yang langsung tidak yakin. Allah punya segalanya. Mintalah. Yakinlah. Berusahalah. Bahagia atau derita itu semua atas kehendaknya. Jangan cepat berputus asa. Terimalah. Terimalah seadanya. Bukan kerana kita pasrah. Tapi kita yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah tidak pernah tinggalkan kita hatta dalam mengharungi ujian yang datang dariNya. Allah tidak membiarkan kita membuat keputusan sendirian. Allah tidak meletakkan kita dalam sesuatu ujian itu sia-sia. Ada hikmahnya. InsyaAllah. 

Kita mungkin tidak dapat memuaskan hati manusia yang lain, hati kita pun tidak terjaga. Moga Allah redha dan tidak berpaling pada kita. Ikhlas mungkin dapat menyembuhkan segalanya. =)



"Never make permanent decisions based on temporary feelings."

2 comments:

mamawana said...


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah. Usaha , ikhtiar dan tawakkal insya allah.

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Waalaikumussalam...
InsyaAllah, T.Kasih banyak2 mama sebab selalu bagi semangat dan nasihat..Moge Allah permudahkan urusan mama dan diberkati selalu..Aamin.

"Always Be There"