Pagi yang indah dan baik.
Alhamdulillah sakit-sakit badan, kaki crem dan sakit kepala dah baik.
Alhamdulillah perjalanan semalam juga baik walaupun sesat.
Cume perjalanan balik agak tidak larat disebabkan seluruh badan dah sakit.
Alhamdulillah Allah masih selamatkan perjalanan.
Moga perjalanan diredhai Allah.
Rata-rata yang berjumpa dengan saya, tidak percaya yang saya sudah berumur 26 tahun ni.
Masih mude katenye,macam budak-budak atau mungkin faktor ketinggian yang agak sama dengan pelajar sekolah rendah. Hah.. Mungkin kalau saya dah meninggal pun mereka mungkin tak percaya. "Muda lagi dah meninggal?" Tak percaya pada umur.
Ya, umur sekadar angka. Kita mungkin boleh nampak muda pada angka umur berapa saja, tapi amal dan ibadat akan semakin tua. Tidak tunggu tua, Mati boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Selama 26 tahun, apa amal yang dapat dipersembahkan kepada Allah nanti?. atau masih tiada amal yang saya lakukan, atau adakah amal itu diterima?. Haih, berpeluh nak menjawab.
Umur masih muda, tidak menjamin apa-apa. Masa muda inilah yang akan dipersoalkan kelak. Apa yang dah kita lakukan semasa muda.? Atau masih nak berfoya-foya dengan maksiat yang melata di dunia yang fana?. Masih tidak percaya dengan balasan Allah di akhirat kelak? Masih ingin menolak syariat Allah dan menunggu masa tua baru ingin bertaubat dan beribadat?. Sungguh, itulah hamba yang rugi..rugi.
Masa muda inilah kita nak cari ilmu.
Masa muda inilah kita nak pandai baca Qu'ran.
Masa muda inilah kita nak faham Islam.
Masa muda inilah kita nak banyakkan amal.
Masa muda inilah kita nak membentuk akhlak.
Masa muda inilah kita nak sebarkan dakwah dalam bahagia.
Masa muda inilah kita perlu manfaatkan segala nikmatNya.
Kerana Mati itu tidak kita usia.
Bayi, Muda, Remaja atau Tua,
Sama saja.
Yang berbeza Amalan kita Di dunia.
Taqwa kita Kepada-Nya,
Allah Yang Maha Esa.
Wallahua'lam.
Moga Allah menerima amalan-amalan kita. Dan moga kita tidak menjad hamba yang rugi. Aamin
^_^
p/s : lagi 69 hari nak masuk 26 tahun.
0 comments:
Post a Comment