Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum
wbt.
Alhamdulillah selesai
mesyuarat permulaan persekolahan kali pertama untuk hari ini dan akan disambung
pade esok hari dan seterusnya. MasyaAllah, hari ini saje, pelbagai perkara yang
dihenyak di atas bahu dan kepala. Em..apepun, memandangkan sekolahku sangat
hebat jadi sebagai guru juga perlu bertindak secara hebat dan yang penting
profesional. Satu perkare juga yang menjadi tanda tanye untuk satu tugas ‘khas’
yang paling dielak oleh semua guru akhirnye terjawab pada hari ini, dan siapa
yang bertuah menyandangnya..ialah Guru Baru iaitu Saya, bagi J/K Relief.
Wah..haha. Selain dari itu juga, secara rasmi ‘dianugerahkan’ 9 lagi bidang tugas yang lain. Eheh, nak
pengsan jap..huhu. Em..ape pun, moge segalanya baik-baik sahaja dan
dipermudahkan.
Program…dikira-kira
yang ada setakat ini, sebanyak 63 program yang akan dijalankan dan akan
ditambah dari masa ke semasa.
Cuti…hanya cuti
penggal dan umum sahaja yang betul-betul cuti..sabtu dan ahad kebanyakkanya
sudah dipenuhi.
Kursus…paling
terdekat, PBS Ting. 1 & 2.
Tugas yang banyak
bukan bermakna kite perlu lemah dan putus asa tak tentu arah. Ambillah ia
sebagai ilmu dan pengalaman untuk menjadi insan yang dapat berikan manfaat pada
sekelilingnya. Mudah-mudahan, Aamiin.
Jadual pun dah dapat.
Subjek M/P pun dah
dapat.
Takwim pun dah ada.
Tugas Kokurikulum
& Kurikulum pun dah ada dll,
Abah @ Cikgu Duan
senget sebab ganggu time mesyuarat,
Pn. Pang tak kenal?..adeh, spoil...
Pn. Pang tak kenal?..adeh, spoil...
Badan pun dah nak
demam,
Esok lusa mesyuarat
lagi…
Sekarang..Zzzzz.
*P/S : “Usia sekadar
angka, hanya TAQWA yang membezakan makhluk disisi-Nya”