Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan: Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.” Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah. Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889) Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)



Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu: Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.” Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda: Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.” “Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.” Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t. Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’” Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji. Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim) Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja. Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah) Menurut riwayat sebuah athar iaitu,

Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.


Fais: Atuk, nape bawak Mak Lang datang sini?
Atuk: Mak Lang tak sihat, Mak Lang demam
Fais :o..sebab tu Mak Lang kene cucuk ek..tapi nape suare Mak Lang jadi lain?
Atuk: Ha'ah badan Mak Lang kurang air..badan pun panas..tekak Mak Lang pun sakit sebab tu Mak Lang batuk n suara jadi lain..
Fais: Mak Lang jangan takut ek..fais ade..(sambil mengusap2 tangan Mak Langnye)


"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." (Hadis Qudsi)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan kurniaan kebahagiaan, kesedihan, kehampaan, kesenangan dan segalanya yang seluas langit di bumi ini. Moge diri ini menjadi hamba yang benar-benar taat kepada Penciptanya dengan sebenar-benar iman.

Alhamdulillah, telah dipostingkan diakhir bulan Mei iaitu pade 23 Mei 2012. Walaupun seawal sebelum itu telah tahu negeri penempatan dan tarikh keramat itu, namun di hati masih tertanye-tanye disekolah manekah diri ini akan menumpahkan bakti yang secebis ini. Hari yang ditunggu telah tiba, 23 Mei 2012 bergegas ke PPD Temerloh untuk mendapatkan taklimat guru baru dan mendapatkan surat penempatan ke sekolah. Wah…macam amik anugerah je, bila kami dipanggil nama seorang demi seorang ke atas pentas untuk mengambil surat penempatan. Apabila surat ditangan, akma bergegas pergi kpd abah yang setia menunggu di luar dewan, membuka surat bersama dengan bisikan “Bismillahirrahmanirrahim” , di mane lah agaknye…Meneliti kandungan surat dan name sekolah yang dicari dulu..dan akhirnya segala tanda tanye terlerai juge. SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS menjadi destinasi pertama utk menimba pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih Ya Allah!

Seawal pemikiran, dekat mahupun jauh tidak menjadi persoalan..yang menjadi persoalan pade diri akma adalah bagaimana akma akan ‘hidup’ di tempat yang baru dan menyesuaikan diri untuk memberi manfaat untuk manusia yang lain. Walaupun dapat mengajar di sekolah yang hanya 10 minit dari rumah belum memberikan jaminan akma dapat memberikan yang terbaik , tidak memberikan jaminan bahawa akma tidak akan diuji dengan dugaan, dan sebagainye. Dan tidak semestinya jike hanye mendapat penempatan jauh dari rumah semestinye ujian dan cabaran bakal menerpa bertubi-tubi..tidak same sekali. Manusia itu punya ujian dan dugaan yg tersendiri kecil mahupun besar, tidak same mahupun serupa tapi ada ^_^

Ini diantara dialog yg pernah dilalui….huhu :

Kawan : wah hebat kebel hang dapat ngajar sek dkt umah, untung la..!

Aku : kebel?

Kawan: yela..bkn senang nak dapat posting dekat umah, hang gune kebel ka?sapa?

Aku : o..of course gune…

Kawan : sape?

Aku : ALLAH SWT=)

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawaqal."

[ Surah Ali Imran: 159]

~ Rabbi yassir wala tu'assir!

Saye tidak tahu ape itu ‘kebel’, yang tahu hanye pergantungan kepada Allah SWT dan bukan manusia ^_^ (xpernah terfikir..tpi depa fikir..huhu..Allahuakhbar)




Ya…tak dinafikan, bile dapat penempatan yang berdekatan dengan rumah terdapat beberapa kelebihan, contohnye..tak berjauhan dengan keluarga, tak serabut nak cari rumah, dan sebagainye. Tapi tanggungjawab yang digalas tidak berkurangan pun kan? Amanah yang dipikul tidak semakin pudar pun kan? Tetap sama…

Memang akan ade yang kate, “org yang tidak berada ditempat orang lain tidak akan merasai keadaan orang lain” .

Hakikatnye…..bersangka baik dengan kurniaan Allah itu lebih baik..dan usah menyempitkan hati dan perasaan dengan bahagian yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kite dan orang lain. Allah Maha Adil, masakan kite nak mempersoalkan ape yg diterime oleh orang lain daripada pemberian Tuhan?.masih ada yang tak dapat peluang utk dipostingkan..maka bersyukurlah walau dimana kite berada..

Sejujurnye, akma teringin juge utk ke Sabah dan Sarawak, dan tidak nafikan yang akma ade mendoakan untuk dapat ke sana. Tapi Allah itu lebih mengetahui kemampuan hambanya…mungkin akma tidak sepantasnye berada di sana utk ketika ini. Doa ibu dan bapa itu lebih mustajab…dan mereka mendoakan akma dapat berhampiran dengan mereka…nyata Allah memakbulkan doa ma dan abah akma. Dan secara tidak langsung, ini juge memakbulkan satu doa akma selama ini..aduhh…jadi malu dengan Allah…banyak yang Dia kurniakan tanpa sedar..

Walaupun demikian, bahang utk mengajar masih belum terasa..2 hari masuk sekolah dah cuti..huhu…tapi still kne pi sekolah utk oreintasi..tapi bukan sepanjang minggu cuti…de jgk akma ‘curik tulang’ tak datang..tpi bersebab ^_^

SMK CLIFFORD

Di daerah Lipis, siapa yang tak tahu name sekolah ni? Sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

§ Tun Muhamad Ghazali Shafie ( Mantan Menteri Pertahanan Malaysia dan Mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)

§ Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) (Wartawan, Penulis dan Aktivis Politik)

§ Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin(Penyanyi)

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

§ SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.

§ Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.

§ SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .

§ Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

§ Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.

Dan banyak lagi sejarah di sekolah ni..klu rajin boleh bace di sini ^_^

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Clifford_Kuala_Lipis

Apepun, reputasi di sekolah ni sangat2 tinggi dan terbaik..em..berdebar dan takut hanya Allah yang tahu..akma bukanlah mahasiswa yang cemerlang di universiti, bimbang tidak dapat berikan komitmen yang terbaik utk sekolah dan pelajar..akma akan cube sedaya yang termampu untuk berikan yg terbaik..Sesungguhnya Allah akan ade utk kite kan.."Memanusiakan Manusia" membawa kepada ilmu Allah dan meladani kehidupan Rasulullah SAW..sungguh besar amanah..Moge Allah merahmati hingga ke hujung perjuangan..aamin.! Apepun..walau rumah dekat, akma bakal jadi warden lepas cuti ni..hehe..merasa jugak perasaan 'balik kampung' huhu....

bimbingi daku Ya Allah..berikan insan-insan yang dapat memberikan kekuatan disepanjang perjalanan perjuangan ini..aamin.


AaAaaaaaa? emm....zzzZzz...



I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late


Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent



by Maher Zain~

Ampuni aku ya Allah, sembuhkan aku Ya Allah...aamin.!

"Always Be There"