Assalamualaikum wbt...29hb Ogos 2011, insyaAllah hari ini adalah hari terakhir kite umat Islam menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan..Hakikatnye, hati ini masih kurang 'ruh'nye untuk menyambut kemenangan pade esoknye..Em..xtahu plk knpe..slalu xmacam ni..Mungkin pade Ramadhan kali ini, diri ini masih blm cukup puas, masih ade yang tidak dapat dilangsaikan pade Ramadhan kali ini..Ya Allah berkati diri ini untuk sampai pade Ramadhan akan datang..ameen. Namun jike ini Ramadhan yang terakhir untuk diri ini..ampuni aku, dan terimelah amalanku yang secebis cume ini...ameen.T__T

Baik, dikesempatan ini saye..ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin(^___^). Moge Perjalanan ke kampung pergi dan pulang sentiasa dalam RahmatNya..Berhati2 dan berhematlah di jalan raya..Sabar itu Penting^__^ . Amik masa untuk berehat klu penat dan jangan lupe bace doa ke mane sje kite berade...



P/S : Doakan kesejahteraan ku..dan jike terdengar mengenai 'ketiadaanku' di dunia ini lagi, sudilah kirenye sedekahkan Al-Fatihah kepada diri ini..Moge diri ini tenang 'disana' ameen=)

Time anda mbawa Al-Quran, syaitan blh chill lg.
Time anda mbukanya, syaitan stat to "weh dia ni da apahal doh".
Time anda mbacanya, syaitan da gigil .
Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time anda m'amalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke Teruskn baca & amalknnya spya syaitan totally stroked , jntungnya mati
When u guys wanna send this msg , syaitan pn m'cegahnya.
Syaitan kta"Jgn SEBARKAN, x pnting, BUANG MAHSE je"

Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal. Didoakan Allah menerima ibdaah kita & memperkenankan keampunan kepada kita, seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H.








Hati ini milik Allah, hanya Dia yang dapat Tentukannya dengan baik...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kite..sungguh, aura tuk menyambut hari raya masih tidak Ada..! Alangkah baiknye, jika waktu ini, berterusan....Ramadhan Kareem~~' Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan setiap yang diciptakan ade hikmahnya...Ya Allah, permudahkan hamba-hambamu untuk terus kekal bermunajat kepadamu..di waktu ini dan seterusnya...istiqamahkan kami untuk mencari Cinta dan SyurgaMu...

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

( H.R. Bukhari dan Muslim )

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa " .

Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai taqwa kita bertambah atau berkurang?.


Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?

Sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah

Al-Qadar :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .

(Surat al-Qadar ayat :1-5 )


Lailatul Qadar anugerah untuk Umat Muhamad

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah . InsyaAllah, moge Allah permudahkan saye dan anda untuk mencarinye..amin...permudahkan hambamu ini Ya Allah,ameen....



P/S ✿~ Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,

✿~ Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,

✿~ Malaikat itulah jurugambarnya,

✿~ Islam itu jalan ceritanya,

✿~ Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,

✿~ Padang masyhar tempat penganugerahannya,

✿~ Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,

✿~ ALLAH S.W.T adalah hakimnya,

✿~ Syurga atau Neraka adalah trofinya *~



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menikmati kehidupan dan meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang mulia..Hari ni dah masuk 16 Ramadhan 1432..cepat betul mase berlalu...makne kate tinggal lagi 13 hari lagi [klu xsilap] berpuase dan menikmati ganjaran di bulan yang penuh keberkatan, penuh keampuan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Moge kite diantara hamba-hamba yang mendapat hidayahMu di bulan ini..amin^_^

Jom Bace dulu^^,




Di minggu2 yang terakhir dan di hari2 yang terakhir di SMKBBST, terdapat beberapa aktiviti dan program yang perlu dilaksanakan dan diberi tanggungjawab. 'Sedikit' penat..tapi Alhamdulillah, kerane semue itu adalah pengalaman yang tidak boleh 'dibeli dengan wang ringgit'. Semalam, 15 Ogos 2011..untuk program Perasmian Sambutan Kemerdekaan 2011 Smkbbst dah dilancarkan..diberi tugas untuk menyiapkan pamplet (buku program) dan tentatif..Alhamdulillah dapat disiapkan walaupun banyak kekeliruan berlaku..p ok..tugas seterusnya, sekaligus kne jadi MC / Pengerusi tuk majlis perasmian nih time perhimpuaan..hoho~_~...yang ni agak mencabar untuk berhadapan dengan lebih 800 orang pelajar sesi pagi..dh lame x ckp dpn org ramai...p Syukur, walaupun agak gementar pade permulaannye...akhirnye..hehe...senyum je(^_^)

Esok 17 Ogos 2011..hehe..cuti...pagi nnt insyaAllah akan ade Qiamullail dengan pelajar asrama...moge pelajar2 asrama dapat menyahut cabaran ni untuk bangun seawal 3.00 pagi nanti..cikgunye jugek..insyaAllah, permudahkan Ya Allah untuk kami same2 bermunajat kepadaMu..Amin.

Jumaat ni 19 Ogos 2011..insyaAllah akan penuhi permintaan atas jemputan Program Pendidikan Khas Integrasi SMKBBST..bukan ape pun..p majlis berbuke je..huhu..dan berterawih sekali..sempena Program Ihya' Ramadhan..Kat sek ni ade kelas untuk pelajar pendidikan khas..comel2 budaknye..dan baik...makna kate juge, minggu ni kne stay dihostel untuk minggu yang terakhir cz minggu depan dah packing barang balik kampung...

Seterusnye.. ade buat kertas kerja untuk majlis berbuka puasa untuk pelajar Pra-Universiti.. pade 23 Ogos 2011 ni nanti..em..yang ni mungkin agak penat jugak..tapi xpe, xde kje yang xpenat..xde kje yang xsusah..jadi kne buat sehabis baik untuk majlis ni nanti..sekarang dh mule untuk gerak kerjanye...dari segi jemputan, peralatan, tentatif dan sebagainye..ya Allah, moge ia dipermudahkan, diberi kekuatan dan majlis ini diberkati olehMu...insyaAllah,amin..

Em...program yang terakhir..ikutkan pade 25 Ogos 2011 ni..kami para guru praktikal selaku 'pembantu warden' telah menyediakan program-program untuk pelajar asrama..dan 25hb ni merupakan aktiviti adekan 'rewang' utk berbuke puase. em..tapi, kurang bernasib baik..program ni xdapat dijalankan...sian kat budak2 cz diorg xpernah rasai bergotong-royong tuk memasak bersame2..dan diorg merayu-rayu tuk cikgu berjumpe dgn pengetue..=_=p xpe..insyaAllah ade hikmahnye...pepun majlis tetap berjalan dengan majlis berbuke puase sempena majlis khatam Al Quran, dan sebagainye..ok la tu..insyaAllah, setiap ape yang kite lakukan, akan ade kemanisannye..jike Redha Allah yang dicari..dan moge ukhwah dengan anak-anak diasrama ini mendapat rahmat dariNya...insyaAllah, raikan ape yang dilakukan dengan rase rendah diri untuk setitis ilmu dan pengalaman..dan moge perjalanan pengalaman ini dapat mengeratkan silaturahhim diantara saye dan pihak-pihak lain yang terlibat terutame guru-guru dan pelajar di sekolah ni..Doakan saye=)


InsyaAllah, sampai sini dahulu...JuMpO lagi dikemudian hari.. May Allah bless us...always....Amin.



(tido jap..huhu...)


P/S : Islam is not about 'we're better than you'. Islam is about 'let me show you something that is better for you'.:)

Usah difikirkan penat didunia..jike ingin rehat diakhirat...dan usah difikir untuk berehat didunia jika nnti penat diakhirat...Berkejar-kejar untuk melakukan kebaikan, tinggalkan larangan dan laksanakan suruhanNya..Berjihad di jalan Allah..kerna itu matlamat utama.


Apabila jiwa merasa kosong..kita mula mencari keseronokan..selepas satu keseronokan..jiwa berasa kosong kembali..mencari satu lagi keseronokan, kemudian kosong kembali.. keseronokan dicari kembali..kemudian kosong kembali..selepas itu satu lagi...dan lagi...dan lagi...selepas berseronok, terasa kosong kembali...

(^_^) bukanlah keseronokan yang perlu dicari..tetapi ketenangan jiwa..carilah Tuhan Ilahi..


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Assalamualaikum....Moge semue dalam RahmatNya selalu...

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya,"

Agak tidak terlewat untuk saye ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semue..ketidakkesempatan (de ke perkataan ni?huhu) dan keadaan kesihatan yang agak kurang baik m'yebabkan lame sanggggggat xupdate n dh t'tangguh 2 entry yg nak dipostkan..

Macam mane dengan Ramadhan kali ni?Moge2 Ramadhan kite lebih baik dari sebelumnye...same2 kite ambik peluang yang dianugerahkan sepanjang bulan yang mulia ini..bukan selalu dapat,setahun sekali je kan...jum tgk video ni dulu...



Kadang-kadang, ia dah menjadi kebiasaan..bilemana tibe bulan Ramadhan atau bulan pose yang telah diwajibkan ke atas umat Islam untuk laksanakan..ramai yang berkejar-kejar untuk laksanakan Rukun Islam yang ketiga ni..tapi,walaupun begitu, sedar-xsedar dalam ketaatan menunaikan ibadah berpuase, sedikit kelalaian manusia yang menyebabkan ibadah itu jadi sia-sia..

Ramai wanita yang berpuasa, tapi masih mendedahkan aurat..berpakaian yg menampakkan susuk tubuh..jike puasa itu Allah yang suruh dan wajib dilakukan..tapi Siapa pulak yang suruh tutup Aurat?bukan ianya juga datangnya dari Suruhan Allah, dan ia juga wajib kite lakukan?

Ramai yang berpuasa, tapi masih ramai yang meninggalkan solat fardhu 5 kali sehari semalam..jike puasa itu wajib yang disuruh oleh Allah..bagaimana pula dgn solat..adekah ia datang dari suruhan manusia?tidak kan...datangnye dari Allah jua..

Ramai yang berpuase, tapi tidak menjage tutur kate...tidak menjage tingkah-laku. Berpuase bukan hanye menahan diri daripada lapar dan dahage semate-mate..ia juge adalah latihan utk mendidik kite untuk meningkatkan kesabaran, membentuk peribadi utk jadi lebih baik dan sebagainya..

Dari Abu Hurairah R.A : Rasulullah SAW bersabda : "Puasa itu perisai, maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh, jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya, maka hendaklah ia berkata.." Aku berpuasa Aku berpuasa" [Hadith Riwayat Bukhari]

Maksud Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [H.R Muslim].


haa...bonus bagi kite, coz time bulan Ramadhan ni musuh utame kite dh digari xleh kua-kua dah selagi xhabis bulan pose..jadi kite xkan kne kacau lah kecuali nafsu dalam diri sendiri yang kacau..jadi kalu nak berubah or nak didik diri untuk istiqamah, insyaAllah inilah peluangnye..klu kite still macam dlu time bulan Ramadhan ni cth klu dulu kite xmo wat baik, xmo tlg org..xmo ttp aurat xmo solat, xmo ngaji Quran..xmo xmo wt ape yg disuruh dan tinggalkan ape yang dilarang..suke m'gumpat, suke lawan cakap mak ayah...dll, means itulah diri kite sebenarnye..yang INGKAR padaNya..ye kan..coz klu dlu leh kite cakap yang syaitan dok hasut...p Ramadhan ni Syaitan dah xda...

Se lagi, time bulan pose nk jugak kite nak tgk setakat mane kite leh tahan diri dalam berbelanje..hehe...perkataan yang sokMo dengar ialah "PEMBAZIRAN' . Ini selalu berlaku time nak p beli juadah berbuka...nampak itu beli nampak ni beli nampk sane nak beli...semue beli tapi akhirnye tak termakan...hoho..xbaik m'bazir,beli hanye utk nak makan bukan utk dihadiahkan ke dustbin... lain klau beli byk2 n sedekah pade jiran2 atau masjid..insyaAllah xmembazir...ingat membazir amalan siape?^_^

Satu lagi keadaan yang membuatkan hati ini terguris...3 hari sebelum kite menyambut bulan Mulia penuh Keberkatan ini....saye pergi ke pusat membeli belah..yang agak menyedikan..penuh di jalan-jalan, di dalam mall di luar mall dengan signboard "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI' adoi..ya Allah, belum pose pun lagi dh nak smbut raye? bukan itu sahaje..p kuih-kuih raye dh berlambak jual..siap dah pasang lagu raye lagi...[agak berdesing telinge mendengar...] baju raye iklan raye tok sah cakap..em... keghairahan menyambut raye berlebihan berbanding bulan ramadhan..ape salahnye wt singboard atau banner 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SEMOGE KITA BEROLEH KEREDHAAN ALLAH DISEPANJANG BULAN MULIA" haa..tu satu doa pe..klu ramai2 yg duk tgk board ni dan semue duk baca..insyaAllah cnfrm Allah makbulkan..[p bula pose insyaAllah doa yg baik dimakbulkan] pasang lagu ramadhan ke..sambil dapat latih diri utk selalu ingat kat Allah, di mana2.. sebab time ni kite nak rebut peluang untuk menjernihkan tautan hati kehambaan kite terhadap Allah..

InsyaAllah..same-same kite manfaatkan ape yang diberikan..ok..tuk akhirnye..saye selitkan entry dari blog Ust.Zaharuddin...same-same kite amik ikhtibar dan renungkan...

_________________________________________________________________

~KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN~

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya.

Selamat menunaikan ibadat puasa :)

‎~* Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?

~* Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. ::.




p/s : Moge kite diantara insan yang diberikan hidayah di bulan Mulia dan dapat kekalkan perubahan sehingga bulan-bulan seterusnya..InsyaAllah,Amin.

Jangan jadi hamba kepada Ramadhan..Tapi jadilah Hamba kepada Allah(^__^)

"Always Be There"