Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita



4 comments:

sea_lavender said...

sesungguhnya kte berusaha menjadi insan dan muslimah yg solehah..
namun pelbgai halangn dan dugaan kte tempuhi..jd sme2 la kte mndoakan antara 1 sme lain mampu utk lakukan penghijrahn tu ..Insya-Allah..
ke arah muslimah sejati... =)

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam sea_lavender..
insyaAllah same2 kite usahekan dan lakukan yg terbaik demi Redha dariNya^____^ sesungguhnya kemanisan hidup tidak dikecapi jika tidak disulami dgn cabaran dan dugaan dariNya..krne dgn itu tnda sayangNya pada kite...

ajim seven said...

mohon share ya ukhti

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

silakan^^,

"Always Be There"