Assalamualaikum W.B.T

Dengan izin yang Maha Pemurah, Maha Pelindung lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, semoga kita dalam lembayung RahmatNya. Selawat serta salam kepada kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W Nabi junjungan besar. Semoga kita sekalian umat tidak tersisih dari syafaatnya, InsyaAllah.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk menulis diruangan ni..em..memandangkan msk sem baru, mase hanye terluang utk memikirkan tugasan yg dh bertimbun2 dan program2 yg dh bermule..huhu..moge kite semue diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan2 yang bakal ditempuhi dlm kehidupan (^_^) em..buat mase ni sye xth nak coretkan cerite ape, walaupun dalam fikiran ni bermacam2 isu n cerita yg ingin dikongsi..mgkin fikiran masih penat memikirkan tajuk2 proposal dan tugasan kursus yg perlu diselesaikan dlm wktu yg terdekat ni dn bru sihat menyebabkan xdpt nk mengarang...huhu..(alasan...)

ok..straight to the point...


Jika anda telah mengenali Allah, mensucikanNya, beribadah kepadaNya, dan menempatkanNya sebagai Tuhan, sementara anda berada dalam sebuah pondok, nescaya anda akan mendapatkan kebaikan, kebahagian, ketenangan dan rasa damai.

Namun jika anda menyimpang, walaupun tinggal di dalam istana yang paling megah, di rumah yang paling luas, dan memiliki semua yang anda sukai, maka ketahuilah bahawa akhir kehidupan adalah pahit sekali dan penderitaan yang berpanjangan dalam erti yang sebenarnya. malah, itu bererti bahawa anda hingga kini belum memiliki kunci kebahagiaan.

"Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya (saja) sungguh berat dipikul oleh beberapa orang yang sangat kuat..."(Al-Qashash:76)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman...(Al-Hajj:38)

Ayat ini bererti Allah akan membela mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kejahatan dunia dan akhirat. Ini adalah sebuah berita, janji dan sekaligus khabar gembira dari Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Dia akan membela mereka dari semua yang tidak baik. Allah akan menghindari mereka daripada perkara tidak baik kerana KEIMANAN mereka, dari semua keburukan orang-orang kafir, keburukan dirinya sendiri, keburukan amal perbuatan mereka sendiri, dan membantu meringankan beban yang memberatkan mereka. Setiap mu'min berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti itu sesuai dengan kadar keimanannya. Ada yang mendapat banyak, dan sebaliknya. Namun bersyukurlah, jika diuji..kerana bila mana kita diuji insyaAllah keimanan kita semakin bertambah kepadaNya ^_^ dan jangan rasa kite ditinggalkan olehNya. (jika kita tidak meninggalkanNya) yakinlah padaNya dan sentiasalah bersangka baik terhadapNya..kerana ujian dan musibah itu hanya satu latihan untuk menjadikan kite lebih baik..sama ada di dunia dan akhirat..insyaAllah=)


Bahawasanya Allah meghiburkan hamba yang sedang ditimpa bencana dan meringankan kesulitan yang mereka hadapi adalah satu dari sekian banyak buah keimanan. Dan buah keimanan itu akan menjadi hiburan kepada hamba dan akan membuatnya merasa ringan tatkala ditimpa musibah dan bencana.


.....barangsiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk pada hatinya....

(At-Taghabun :11)

Menurut ayat ini adalah seorang hamba yang sedang ditimpa musibah, dan dia menyedari bahawa musibah yang menimpanya ini berasal dari Allah, bahawa segala yang akan menimpanya pasti terjadi, dan bahawa segala yang terjadi itu adalah yang menurut ketentuan Allah dan jika bukan yang diatur olehNya pasti tidak akan terjadi dan tidak akan menimpanya...Sehingga ia dapat menerima dan pasrah kepada takdir sekalipun menyakitkan dan bencana sebesar apa pun akan tidak bererti di hadapannya, kerana keyakinannya bahawa semua itu berasal dari Allah dan itu bererti ia kan mendapatkan pahala atas kesabarannya..


Oleh yang demikian, jangan terus mengeluh dan putus asa jika diuji..ambil masa untuk bertenang, bermuhasabah dan berwudhuklah tiap kali dilanda musibah dan masalah...orang bijak mesti berfikir sebelum bertindak(^_^) tidak ada sekelumit masalah tanpa penyelesaian...pasti ada..!=)


Ukuran kebahagiaan itu ada dalam Kitab Allah yang agung, dan takaran dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hambanya, baik ketika masih di dunia mahupuj ketika di akhirat kelak...

Moge kite beroleh Kunci Kebahagian di dunia dan Akhirat,insyaAllah...amin ^___^



jom baca Buku La Tahzan =)

p/s : Seorang penyair mengatakan :

....Ku tinggalkan dunia

untuk beralih kepada yang lainnya

kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini

bagi orang-orang yang soleh....


Salam illa'liqa...

may Allah bless us=)

3 comments:

mamawana said...

Salam caiyang

Menangis kerana gembira...
biarkan................
Menangis itu suatu kebahagiaan
Satu kepuasan..........
Namun meratap sesia itu
suatu larangan
Dan aku, akan terus menangis.

l bro m said...

RahmatMU ya Rabb
semoga cinta Mu kami kecapi
semoga cinta MU kami dakapi
Semoga cinta MU lebih dari yg lain
Semoga cinta MU lebih dari yg lain
Semoga cinta MU lebih dari yg lain

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam mamawana..Keindahan dunia ini
tidaklah kekal bagi pemiliknya dan kesulitan yang ada padanya bukanlah merupakan harga mati.
Masing2 dari keduanya mempunyai masanya sendiri yang pasti akan berlaku dan semua yang kita alami terasa(jadikan hanya) mimpi di siang hari..

Salam I bro m..insyaAllah,amin ya Allah=)

"Always Be There"