Betapa inginku diami sebuah daerah
seindah Lakaran Minda
Dunia anganan yang damai terlalu sempurna
Bagaikan gambaran Syurga
Kesantunan murni menjadi wiritan

Segalanya tunduk dalam ketaatan
Dan lantas memohon ampun
Mendermakan harta sehingga tiada siapa
Yang sudi menrimanya
Tiada terdengar tangis kelaparan
Tiada sengketa peperangan

Kupadamkan mentari kehangatan
Kunyalakan bulan kegelapan

Bebintang kusentuh kupetik
Kutabur di jalanan
Menjadi lampu alam
Berkelip kelipan

Anak-anak minta dipukul
Kerana merasa sakitnya ibu melahirkan
Para isteri memukul diri
Kerana merasa diri derhaka pada suami

Keluarga bagai syurga disegerakan
Para suami rela akui kelemahan

Begitu indahnya dunia mimpiku
Dapatkah kubawa dalam realitiku

3 comments:

mnoordin said...

Moga ditemui apa yang dicari, samada di bumi mahupun di langit.

mamawana said...

Teruskan berkarya
Melakar skrin dgn cetusan iman.... :-)

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam to mnoordin : insyaAllah begitu juge dgn kalian..=)

Salam to mamawana : insyaAllah dgn keizinan Tuhan Yang Satu,time ksh sdi singgh,trskn p'juangan juge=)

"Always Be There"