Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, terlalu banyak bersedih buat hati mudah dihantui hasutan syaitan yang pasti akan melemahkan iman.. Ahh...bangunlah dengan segaran IMAN.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita ketika saya berada di Hospital Temerloh seminggu yang lepas.
Sehari sampai kat sana, selera makan memang xde..mungkin abah kene puasa jadi saye pun berkire-kire untuk tidak makan. Sehingga masuk hari ke dua, doktor bagi green light untuk abah boleh makan .
Saye turun ke tingkat dua untuk ke cafe dan kedai runcit mencari makanan dan bahan bacaan.
Ramai jugak manusia kat hospital ni...pasti mereka datang ke sini dengan pelbagai situasi kesihatan. Moge mereka semua dilimpahkan Rahmat dan diberi kesihatan yang baik..Allah, sembuhkan mereka, kerana ku tahu tiada ubat yang paling mujarab selain redha dari-Mu..
Saya beratur untuk membayar barang-barang yang saye beli dari kedai runcit tersebut. Uih...panjang, saya berdiri berdekatan dengan pintu masuk. Sedang berdiri mata teralih kepada seorang budak kecil dalam lingkungan umur 2-3 tahun berdiri kaku di tepi akak chasier sambil menunjuk-nunjuk botol air mineral. Saya cuba memahami keadaan, ape sebenarnya budak tu nak dan ape yang akk chasier tu cakap kat budak kecil tu. Saya berdiri lebih hampir dengan budak kecil dan akak chasier untuk mendengar "apekah yang berlaku".
"Nak air"
"Tak boleh, pergi cari ayah atau mak..bagi duit dulu"
"Nak.."
"Tak boleh, mane duit?"
dan perbualan itu berulang-ulang sehingga datang akak kepada adik kecil itu yang dalam lingkungan 4-5 tahun.
"Adik jom...mane boleh beli, duit xde"
dan budak kecil itu masih menunjukkan jarinye ke arah air mineral tersebut. Berdiri kaku...
Allahuakhbar...macam mana kalau ini anak saya?
"kak, die nak ape? air ni..tak xpe saye bayar...bape ringgit?"
dan budak kecil itu terus berlalu bersama akaknya......
Bukan nak kata saya superwomen atau wonderwomen...
Ahhh...bukan.
Kaki saye melangkah dari kedai itu dengan penuh tanda tanya...
Sanggupnya akak chasier tu xnak bagi hanya sebotol air mineral...kesian kat budak tu...
Saya cube letakkan diri dalam situasi akak chasier tu...
Ini punca rezekinya, mungkin kedai ini bukan kedai die yang mana die hanya diamanahkan saja untuk menjaganya. Mungkin takut dimarahi tuannya dengan kurangnya barang tapi untungnya tiada.
Adik kecil...
Ibunya entah kemana...adakah disitu?
fahamkah dia, apabila mengambil sesuatu kena tukarkan dengan wang?
Sangat dahaga atau apa saja...
Apapun...saya cume berandaian..Allah jua yang mengetahuinya.
Saya tidak setuju, ibu bapa membiarkan anak-anak sendirian...
Saya juga kurang setuju, masyarakat tidak mengendahkan sesamanya...
Tapi kita masing-masing punya alasan...
Moga saya dapat mendidik, diri untuk lebih menjaga manusia yang ada di mana sahaja bukan sahaja pada saudara tapi seluruh makhluknya...Aamin Ya Robb.
Baik itu sahaja...Wallhua'lam...
Ampukan saya jika ada silapnya..
:')
p/s : dah lama tak update blog, syukran jazilan buat follower blog ini..insya-Allah bekesempatan saya akan singgah di blog anda yang osem..insya-Allah :)
*Ya Allah, sangat-sangat sakit....tersepit,
Allah, tabahkan hatiku untuk hadapi semua ini...
Maafkan hambamu yang lemah ini.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
3 comments:
good decision.. moga abah cpt smbuh ye ^_^
Alhamdulillah..
jazakallah for that day..
May Allah bless u always.
Aamin.
Assalamualaikum..ana blogger baharu..silalah beri tunjuk ajar ea..inisiatif untuk menulis coretan hati menerusi medium menaip di blog ana baru sahaja ana temui lantaran ana terlalu sibuk dengan aktiviti maktab perguruan sehingga lupa tugas sebagai khalifah Allah dalam memberi nasihat dan sama-sama berbicara perihal isu kemasyarakatan kini.. tak de apanya di blog ana..tapi kalau berkesempatan, silalh follow ea..
http://senimansastera.blogspot.com/
Post a Comment