Wahai si pemendam rasa,
Mengapa baru kini kau luahkan segala,
Hasrat yang kian lama,
Setelah aku mengangkat pena.
Mengapa dibuang masa
Yang diberi Allah percuma
Adakah semuanya tidak bermakna
Sehingga membiarkan ia.
Mungkin demi mengambil masa
Tapi masa sudah tiada, menuju singgahsana
Masa tidak mengenal kita siapa
Dan Hati berkata Ya kerana kamu tidak berkata apa-apa.
Mana jalan yang perlu aku hadapi
Demi kamu yang sengsara atau dia yang meminta
Atau tidak pada kamu semua.
Mana jalan yang perlu ku tempuhi jika
Segalanya sia-sia
Benarkah ia sia-sia.
Mengapa baru kini
Mengapa baru tergesa-gesa
Adakah ia dari naluri kamu
Atau kerana mereka
Kamu tahu aku turut terluka
Aku harus Bagaimana.
Aku harus Bagaimana.
Kini tiada gunanya
Pena telah ternyata
Kerana aku sudah melepasi semua
Iaitu aku dan kamu…
Ini takdirnya yang perlu ditempa
Dengan redha kepada-Nya.
Tidak sekali gagal jika tidak memiliki
Pada wanita yang pasti mati
Dan jasad akan reput bersemi
Kecuali aku dapat berikan kamu
Syurga Firdausi milik Ilahi
Dan ia pasti kamu boleh perolehi
Dari sesiapa yang dipilih oleh-Nya
Tidakkah kamu yakin dengan aturan-Nya.
Bangkitlah demi Dia
Yang berikan kamu Nyawa
Untuk meneruskan segala
Bukankah cinta-Nya melebihi dari segala yang ada
Hapuskan duka kerana aku tidak membina bahagia
atas wajah duka..
Kamu bimbang aku tidak bahagia
Allah sentiasa ada pastinya Bahagia
Lupakan ia, dan maafkan diri kita
Kerana ini yang dapat aku laksana
Demi kepastian yang telah terpatri
Kerana Allah sudah meneliti
Suratan aku dan dia
Atau mungkin bukan untuk kedua-dua.
Atau mungkin bukan untuk kedua-dua.
Noktah.
Besarkan Jiwa, Lapangkan Dada....Ya Robbi.
Demi Allah, bukan aku, kamu dan dia...Demi Allah.
4 comments:
Salam..awat cek, byk final decision y da d buat? mcm sedih + hampa je..
sedih jom layan perasan dgr
Tafsir al-Qur'an (Y.Bhg. Dr. Zahazan Mohamed), xpn Islam Itu Indah (Y.Bhg. Prof. Dr. Muhaya Mohamad)kat radio ikim.fm.. best taw, aliff slalu dgr dlm kete semenjak dua nie (ulang alik tgk mama)
link:
http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=72
Waalaikumussalam....aku insan lemah lif..ahaks...
okeh, pasti insya-Allah, mekasih :)
moge mama cepat sembuh, amin3x Ya Robbalalamin...
xpe, 2 sifat manusia..mausia mmg d lahir kn lemah..bila beso sikit Allah pinjam kn sikit je kat kekuatan utk kita, tu pn bkn utk ape, utk beribadat kpd-NYA..hehehe.. xpe la..seteruk mane, selemah mane skali pn, Allah uji kita setimpal dgn kemampuan kta..xpe la y pting minta pertlongan pd-NYA k.. ^_^
banyaknye xpe..huhu..orite, insyaAllah baik bos.. ^_~
Post a Comment