Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.😇
Aku mencari-cari usrah. Bulatan gembira yang lamaa aku tinggalkan. Suasana damai tenang di jiwa. Rindu. Rindu, sebak.
Rupanya ia ada di dalam rumahku sendiri. Selepas solat berjemaah bersama. Merajuk. Selepas makan sepinggan. Membesarkan anak-anak. Berjalan, memasak di dapur, mengemas rumah, dan semua di dalam rumah. Call dan pesanan ringkas semasa bekerja. Setiap masa, ada "usrah".
Kami memujuk, bersembang, berkongsi, bertukar pendapat dan fikiran, menenangkan dengan baris-baris ayat, merasionalkan kematangan, membantu, menyokong dan sebagainya untuk mengukuhkan binaan yang dibina.
Tujuan "binaan" kami ingin bersama masuk syurga Allah atas tiket berkasih-sayang. Allah meredhai keluarga kami.
Bukan ingin mengantikan sekiranya prestasi antaranya tidak memberangsangkan. Meninggalkan ketika salah seorang kecundang atau tersasar. Membiarkan pabila salah seorang remuk, busuk, jatuh, dan sebagainya. Tiada rasa tercabar untuk ahli usrah aku. Kerana aku hanya perlu kamu.
Gantian itu tiada. Kerana dalam doa hanya ada kami. Aku dan Kamu. Noktah. 💖
Usrah aku, bersama si dia dan khalifah kecil kami bertambah gembira. Kerana kami saling membantu. Malah kami bertambah gembira. Bertambah sayang dan bertambah cinta antara kami.
Namun dalam membina untuk kukuh. Kesilapan dan masalah adalah ujian besar bagi kami dan semua manusia. Kerana kesempurnaan itu bukan dari manusia. Allah mengajar, melatih daripada itu untuk lebih berusaha. Itulah membuatkan kami bertambah rasa cinta. Manusia, memang akan belajar dari kesilapan. Allah hantarkan Aku dan kamu saling untuk membantu. Kerana itu, kita bersatu.💪 Kami saling mengetahui kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dan aku memang perlu kamu, ahli usrahku.
Aku. Cintakan Allah kerana mengizinkan aku melayari pengalaman indah bersama ahli usrah ini. Moga Allah sentiasa kekalkan sakinah, rahmah dan mawaddah dalam kehidupan kami untuk menuju destinasi abadi.💝
Aamin.
InsyaAllah. Aamin.
1.03am.
AkmaKasim.
#bersambung.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago