Ya
Allah, aku hanya mampu meminta kemaafan dariMu setelah aku lakukan kesalahan,
setelah aku tidak sabar dalam ujianmu, setelah aku buntu dalam cubaanmu,
setelah aku lemah dalam musibahmu dan setelah aku bungkam dalam pancarobamu..
Ya
Allah,
Berikan
aku kesabaran Menghadapi setiap mehnah yang berada dihadapan, dibelakang, ditepi
kiri dan kanan dan dari atas dan bawah.
Ya
Allah,
Aku
tahu..
Mereka
tidak tahu tika itu aku dalam kesedihan dan semahunya mereka gembira.
Mereka
tidak tahu aku dalam kelelahan dan kepenatan dan semahunya mereka lakukan apa
yang mereka mahu.
Mereka
tidak tahu kesakitanku dan sewenangnya mereka curahkan duri dihadapanku.
Mereka
tidak tahu, berharganya masa luangku dan sewenangnya mereka mencurinya dariku.
Mereka
tidak tahu keadaanku bagaimana.
Jadi,
Ya Allah..
Tenangkan
hatiku ketika ingin marah ,
Tambahkan
keringat ketika aku kepenatan,
Bentengi
lidahku dengan nama-nama indahMu daripada aku mengeluarkan kata-kata rungutan,
Pelihara
telunjukku daripada menyalahkan sesiapa,
Lindungi
akalku daripada berburuk sangka yang tidak baik,
Kentalkan
jiwaku menghadapi sebarang karenah,
Gagahkan
kakiku untuk melangkah walaupun segala tenaga telah aku curah,
Raupkan
wajahku dengan senyuman walaupun aku ingin rebah dengan kesesakan,
Kuatkan
tanganku untuk sentiasa bersyukur atas kasih sayangMu ini.
Mereka
mahupun aku adalah hantaran ujian antara sesamanya..
Jadikan
aku lebih baik dari sebelumnya,
Jadikan
aku lebih baik dari sebelum ini…
Aku bukan hambaMu yang seringkali berkorban,
Namun jika Kau campakkan aku ke dalam keadaan itu,
Moga pengorbanan aku Ikhlas hanya keranaMu.
Moga
RedhaMu sentiasa bersamaku..Aamin, aamin, aamin Ya Robbil Alamin..