“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala kepujian sebagaimana sepatutnya bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang menyelamatkan kami dengannya dari segala huru-hara dan segala penyakit dan Engkau tunaikanlah bagi kami dengannya dari segala hajat,Engkau bersihkanlah kami dengannya dari segala kajahatan, Engkau angkatkan kami dengannya disisiMu setinggi-tinggi darjat, Engkau sampaikan kami denganya sejauh-jauh kesudahan dari segala kebaikan semasa kami hidup dan sesudah kami mati , dan juga ke atas keluarganya dan sahabatnya, dan selamatkanlah sebagai keselamatan yang banyak dengan RahmatMu wahai Pengasih dari segala Penyayang."
Assalamualaikum, moge semue sihat dan dalam RahmatNya selalu, insyaAllah..em...blog yang ku sygi, maaf lame xupdate..perkare2 dunia yg selalu memeningkan fikiran sampai kadg2 terleka dgn ape yg ade..^_^terlekakah kite dgn nikmat dan ujian dunia?pejam mate tnye iman=)...Alhmdllh masih diberikan nikmat hidup utk meneruskan kehidupan yang semakin tenggelam dek isu2 meruncing yang melibatkan perilaku dan akhlak muda mudi dan tidak terkecuali golongan veteren di akhir zaman ni..sampai ade yang membakar bayi baru lahir, MasyaAllah..moge Allah lindungi kite dan hindari dari melakukan perkara yg dilarang. Sempena kehadiran 12 Rabiulawal 1431 hari ini memberi pengertian sangat mendalam buat umat Islam di seluruh dunia kerana menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang turut dikenali sebagai Maulidur Rasul. Moge kite same2 menghidupkan Sunnnah Rasulullah s.a.w..Berbalik kepada tajuk, sedikit perkongsian...

Allah Ta'ala menyeru : "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangkan sejauh 500 tahun perjalanan." Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru : "Wahai Muhammad ! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Ta'ala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad ! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari ! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik : " Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Ta'ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi ! Jika tidak , hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad. Umat Nabi Muhammad telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya : "Ikutilah aku wahai umatku di atas Sirat ini."

1. Kumpulan pertama memancar - Berjaya melintasi seperti klat yang memancar.

2. Kumpulan kedua - Melintasi seperti angin yang kencang.

3. Kumpulan ketiga - Melintasi seperti kuda yang baik.

4. Kumpulan keempat - Seperti burung yang pantas.

5. Kumpulan kelima - Berlari.

6. Kumpulan keenam - Berjalan.

7. Kumpulan ketujuh - Berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda akan menarik tangannya dan membangunkan kembali.

8. Kumpulan kelapan - Menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru " "Wahai Muhammad !" Nabi Muhammad berkata : "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan ! Selamatkan Mereka!"

9. Kumpulan kesembilan dan kesepuluh - tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Diriwayatkan bahawa, di pintu Syurga ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Ta'ala sahaja yang mengetahuinya. Di Atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata : "Aku mengharamkan syurga bai diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." Kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata : "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia. Malaikat berkata kepada mereka : "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata : " Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Ta'ala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka." Demikianlah ! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong" . Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga , kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab : "Mereka menangis kerana terpisah dengan bapa dan ibu mereka." Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuli syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Ta'ala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

INSYA ALLAH...
Begitu baik dan mulia hati Nabi Muhammad SAW yang selalu membela dan sentiasa memastikan yang terbaik untuk kite, tapi ape balasan atas kebaikan yang telah baginda curahkan?Kenalkah kite kepadanya? adekah kite memperjuangkan Sunnah dan ape yang baginda perjuangan? mencari cahaya kebenaran...!adekah kite sentiase menegakkan kebenaran dan keadilan? Kite mahu digolongkan dalam kumpulan yang mane apabile tibe di titian Sirat? Kite mahu anak-anak kite menangisi ke kerana dosa2 kite dan menjadi yatim buat selame-lamenye?..Bangunlah kite, susuri lembaran sirah Nabi Muhammad di mana pahit getir dlm perjuangannya hanya untk kite umatnya...Cintailah Nabi Muhammad SAW yang memberikan syafaat kepade kite umatnye..
p/s : "Seringkali kite terfikir, bagaimana Mulia dan bersihnya hati Nabi kita. Tetap senyum bile di benci, tetap tenang bile dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi...tapi kenape kite mudah membenci bile dikasari, mudah putus asa bile yang dilakukan tak menjadi, mudah kecewa bile orang lain tidak memahami, mudah terguris bile kite dinasihati..Mungkin kerana Lemahnya IMAN di hati.."
SALAM MAULIDUR RASUL (12 RABIULAWAL 1431)
illa'liqa...may Allah bless us=)
Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada Kemurkaan Allah 'Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh.

Berusaha membuat manusia redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Tetapi membuat Allah Redha adalah kemuncak diterimanya Amalan...

Salam...moge semue sihat dalam RahmatNya selalu...petikan yang cukup ringkas daripada buku : "Malam Pertama di Syurga"...tetapi memberi makna yang cukup mendalam jika dihayati dan mengetahui tujuan hidup yang sebenar. Adakah naluri hati kite sentiasa berpandukan jalan dan niat yang tulus ? Adakah dengan mendapat penerimaan dan pujian daripada manusia sekeliling bermakna apa yang kite kerjakan mendapat di sisi Allah Yang Maha Pemurah?...ana amat takut sekirenya setiap yang dilakukan mendapat kemurkaan daripada Allah, walaupun kite menganggap ia sudah cukup baik untuk dilakukan...

Hati...ya, hati sering menukar niat kite tak kire mase..Nafsu..ya..nafsu sering digoda dengan bisikan halus syaitan laknattullah, fikiran..ya fikiran sentiasa ingin yang indah disekiling kite..Adakah berbaloi melakukan kebaikan tetapi niat untuk mendapat hanya dipandangan manusia?adakah manusia itu sendiri yang memberikan nikmat pahala dan ganjaran yang lebih baik daripada Allah SWT??...di Dunia...ya..penangan Dunia amat hebat...kemasyuran dan pujian umpama satu zat bagi insan yang bergelar manusia..."puji..puji la aku, kerana aku telah lakukan sedekah..." " hebatnye kamu, dapat menolong ramai orang".." dan banyak lagi contoh yang ada..dan mungkin berlaku disekeliling kite dan mungkin kite juge tergolong??..Nauzubillah.

Perlukan kite mempunyai ramai penyokong dan kroni jika kite tidak dapat manfaatkan nikmat Allah dengan sebaiknya.. dan sia-sia jika kite tidak dapat membimbing penyokong kite ke arah yang diRedhaiNya...kite perlu lihat bagaimana cara yg telah kite lakukan pastikah ia tidak menyimpang daripada unjuran yang sepatutnya?..Tidak gune mendapat sokongan daripada penyokong (manusia) tetapi jauh dari RedhaNya Allah...mendabik dada, menghina dan mengutuk orang tidak sekufu dengan kite...apa yang kite perlu sebenarnya?...RedhaNya Allah kite cari, bukan sebaliknya...

Pabila ramai yang menyokong kite mule sombong dengan Allah, mengharapkan berkat manusia daripada Keberkatan Allah, (adakah manusia yg memberikan berkat kepada kita?)riak..."ya..aku di Jalan TuhanKU..."..adakah ai sekadar laungan? "aku tidak pedulikan yang lain janji ramai yang menyokongku"... (sebagi contoh shj)...

Secara realitinye, kite sering mengharapkan ganjaran dan manfaat dengan apa yang kite lakukan...Beriman, Yakin dan setialah kepadaNYA..InsyaAllah..dengan niat hanya mengharapkan KEREDHAAN dariNYA..Allah tidak akan sia-sia kan kite..dan tidak sesekali DIA berpaling untuk memberikan nikmat kepada kite..tetapi jike berpaling dariNYA....ingat, dan sentiasa bermuhasabah diri.. DIA amat berkuasa dan DariNYA kite dijadikan kepada Dia kite kembali...dan Dunia ini hanya tempat persinggahan yang singkat, jika kite tidak manfaatinya..rugi yang nyata.Sesungguhnya ana mengingati diri ana sendiri...


p/s : BERDOA DENGAN NAMA ALLAH YANG MUSTAJAB

" Ya Allah , Ya TuhanKu..Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bahawa bagiMu segala puji-pujian, tiada tuhan melainkan Engkau yang satu. Tiada sekutu bagi Engkau yang Maha Memberi anugerah, yang Maha Mencipta langit dan bumi, yang Memiliki Keagungan.



note : time kasih pade adik2 halaqah yang hadir dan moge ukhwah berkekalan...amin,i'Allah.=)

Salam, illa'liqa...
May Allah bless us.

"Always Be There"